(Noh
Daniel + Nur Nadia)
Part 1
Nadia
memisat-misat matanya yang payah nak dibuka. Terasa pedih. Kepalanya pula
terasa amat berat untuk di angkat. Namun beban yang terasa di atas badannya itu
membuatkan dia memaksa diri untuk bangkit daripada pembaringan. Jantungnya
seakan mahu terhenti. Apa yang berlaku? Tubuh lelaki sasa itu ditolak sekuat
hati, lalu Nadia terus menjarakkan diri. Air mata mengalir laju, tubuhnya hanya
berselimut, begitu juga lelaki yang berada sekatil dengan dia ketika ini.
“Siapa kau
ni hah?! Bangun la woi!” marah Nadia dalam tangisan yang kian deras. Tubuh lelaki
itu baru bergerak-gerak selepas disepak-sepak Nadia. Laju sahaja lelaki itu
bangun dari katil dengan selimut ditekap ke tubuh. Dia memerhati tubuhnya dan
memandang Nadia.
“Kau siapa?”
Soal lelaki itu. Nadia yang mulanya mahu memaki terdiam, tangannya menekup
mulut.
“Nadia?”
Soal lelaki itu.
“Encik Noh?
Kenapa, Kenapa saya boleh ada dekat sini?” Nadia menarik gebar menyelimuti
kepala dan tubuhnya yang terdedah.
“Awak tu
kenapa ada dekat sini? Ni bilik.....” Noh Daniel termati kata-kata. Bukan
biliknya, bukan!
“Saya tak
tahu, saya tak tahu.... Allah!!!!” Nadia sudah hilang akal. Entah apa yang
berlaku, yang dia tahu, mereka berdua dalam keadaan tidak senonoh!
“No, no,
no... nothing happen. Pakai baju awak, balik kolej.” Arah Noh Daniel kepada
Nadia.
“Habis tu,
selepas ni macam mana? Apa yang jadi ni?!” Nadia tidak puas hati.
“Saya pun
tak tahu, saya tak ingat.” Noh Daniel memegang kepalanya kuat. Cuba memikirkan
apa yang telah terjadi sehingga dia boleh berada di dalam bilik itu
bersama-sama Nadia tanpa sehelai pakaian.
“Lepas ni
macam mana?” Nadia sudah jauh berfikir. Risau apa yang difikirkan kala itu
benar-benar terjadi.
“Boleh tak
sekarang awak pakai baju!” Marah Noh Daniel dengan persoalan-persoalan Nadia
dan tangisan Nadia tak berhenti-henti. Jarinya tepat menunjuk ke arah pakaian
mereka yang berteraburan. Nadia tak tunggu lama, dikutip kembali semua
pakaiannya dan terus ke tandas.
Noh Daniel
turut berbuat yang sama, pakaian di ambil dan terus di sarungkan ke tubuh.
Semua barangan miliknya di ambil, baru sahaja mahu menapak keluar, langkahnya
terhenti. Beberapa keping gambar yang berteraburan di atas meja solek dibelek.
Noh Daniel meraup wajah. Apa yang terjadi?!
Gambar-gambar
itu di ambil dan mahu terus disimpan ke dalam kocek bajunya namun ada tangan
yang merampas.
“Ya Allah!”
Terduduk Nadia melihat gambar-gambar itu. Gambar dia dan Noh Daniel di atas
katil. Tangisannya kembali berlagu.
“Kita
lupakan semua ni.” Ujar Noh Daniel.
“Senang
Encik Noh cakap, saya ni perempuan.” Bentak Nadia.
“Habis tu
apa yang awak harap saya buat Nadia?”
“Gambar-gambar
ni, siapa yang ambil?”
“I don’t
know!” Noh Daniel bengang.
“kalau
tersebar, saya yang malu, maruah saya, masa depan saya. Saya boleh kena buang Universiti!”
Nadia membentak. Kepalanya masih tidak dapat menghadam apa yang berlaku, ada
pula gambar begini, hatinya remuk!
“Saya akan
pastikan ia tak akan tersebar. Saya pun ada maruah dan masa depan yang saya
perlu jaga. Bukan awak seorang!” bidas Noh Daniel. Dia hanya mahu keluar dari
situ dahulu, baru boleh otak memikirkan semua yang terjadi.
“How? Encik
tahu apa yang terjadi? Siapa yang buat semua ni?” soal Nadia lagi dan lagi.
“I said I
don’t know Nadia, I don’t know!” jerkah Noh Daniel. Nadia mengetap bibir.
“Entah-entah
Encik punya rancangan, Encik memang benci dengan saya kan? Encik memang suka
dengan apa yang jadi sekarangkan? Encik memang tak suka dengan perempuan kampung
yang konon rajin belajar dalam kuliah kan?” Nadia mengungkit-ngungkit semuanya.
Noh Daniel, pensyarah Elektrik sementara bagi kuliah Nadia tahun itu,
menggantikan pensyarah fakulti yang cuti bersalin. Sejak hari pertama Noh
Daniel masuk ke kuliah Nadia, ada sahaja yang tidak kena di mata Noh Daniel
terhadap gadis yang bernama Nur Nadia. Sudah banyak kali hati Nadia terluka
dengan sindiran-sindiran Noh Daniel di dalam kelas. Namun gadis itu cekalkan
hati demi ilmu yang dicarinya.
“Gila! Aku
memang tak suka kau Nadia, tapi aku masih bertuhankan Allah. Aku tahu halal
haram dan aku tak bodoh untuk jerat diri dengan kau. Kalau aku nak hancurkan
kau sekalipun, bodoh ke aku nak bagi kau nampak muka aku sekarang ni? Otak tu
guna baik-baik. Aku nak balik, sebelum kita kena cekup baik kita keluar dari
sini.” Noh Daniel bengang, bahasanya menjadi kasar. Nur Nadia sungguh menguji
kesabarannya. Nadia mati kata.
“Encik,
tolonglah. Tolonglah saya.” Belum sempat kaki Noh Daniel melangkah keluar,
Nadia memegang erat kakinya.
“Eh!
Lepaslah! Aku nak balik!” Noh Daniel menarik kakinya namun dipegang erat Nadia.
“Apa yang
akan jadi dengan saya? Kita tak tahu apa yang kita buat malam tadi, saya takut
kalau-kalau kita dah....” Nadia tidak meneruskan kata-kata, hanya tangisan yang
menyambung kata-katanya. Noh Daniel merengus kasar.
“Saya takut
orang tahu hal ni, kalau saya kena buang dari belajar macam mana? Kalau pak cik
mak cik saya dekat kampung tahu macam mana? Encik, saya merayu, tolonglah saya.
Noh Daniel meraup mukanya. Nafas di tarik dalam-dalam. Bukan dia tak mahu
fikir, otaknya mati. Tidak tahu mahu fikir apa dan bagaimana.
“Kita balik
dulu. Tenangkan fikiran. Saya akan bertanggungjawab kalau apa yang awak fikir
tu betul-betul terjadi. Kita balik, nanti kita bincangkan hal ni.” Lengan Nadia
ditariknya supaya gadis itu berdiri. Beg gadis itu diambil dan mereka berdua
melangkah keluar bersama-sama. Biarlah mata-mata yang memerhati, hanya mata
yang Satu itu yang Maha Mengetahui.
to be continued...
tinggalkan komen anda. much love readers!
5 comments:
wowww.. nice,,
tk sabar nk baca next chapter
tq! akan habis part 11 or 12. :)
Baru buka....menarik
enjoy!!! komen tau.
menarik !!
Post a Comment