Showing posts with label SPH. Show all posts
Showing posts with label SPH. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Kahwin biar sekufu! Erk.. Sekufu?

Alhamdulillah, masih mampu membarukan entri. eceh! 
Assalamualaikum!
okay, entri kali ni ada kaitan dengan komen-komen di cerpen Hatimu Sedingin Salju :)
maaflah cik Anon, kalau rasa abc sengaja membesarkan komen anda.
siapa suruh letak nama anonymous, ekekeke. gurau aje!

topik yang cik anon komen, buat abc nak huraikan sedikit.
yelah, kongsi ilmu yang abc baru dapat :)

komen cik anon.
klik gambar untuk lebih jelas :)


okay, dari komen cik anon, cik anon ni tekankan isu SEKUFU.
katanya Firdaus (cerpen HmSS), tidak sekufu dengan Aisyah.
Firdaus tiada rupa (abc gambarkan Firdaus seorang yang sasa + encem!)
Firdaus kerja kampung (usahakan sawah dan kebun/dusun miliknya) dan tiada pelajaran (SPM).
Aisyah pulak seorang guru dengan taraf pendidikannya Master. Rupa? kalau abc menulis, perempuannya sederhana sahaja :)

disebabkan Firdaus tak belajar tinggi, kerja sendiri, jadi Firdaus memang tidak SEKUFU dengan Aisyah?
Pelikkan...
 maaf, abc juga tidak arif soal SEKUFU. jadi abc update status di FB abc sendiri.
respon ada 2 orang yang bagi jawapan. yang lain sama dengan abc iaitu tak tahu ^^v

klik untuk lebih jelas

kisah Firdaus dan Aisyah, bermula apabila mama abc cerita tentang kawan dia yang sedang sambung belajar.
dari Ijazah Sarjana Muda sekarang sedang mengambil Ijazah Sarjana. suaminya hanya berkelulusan SPM.
kawan mama suruh suami dia sambung study, tapi alasan suaminya sama macam Firdaus dalam cerpen HmSS, hehehe sebab abc copy alasan dia :) nak tau, kena baca (HmSS)

komen cik anon tu agak 'harsh' bagi abc.
tiada rupa, tiada pelajaran, kerja kampung. bukan terlalu hina.

kalau tak hensem kena cari yang tak cantik?
kalau kerja kampung kena cari suri rumah?
kalau tiada pelajaran kena cari yang sama?

kerja kampung takleh bagi nafkah kepada anak isteri?
aishhh... 
mungkin tidak mewah, tapi cukup, inshaaAllah :)

macam moral of the story yang abc selitkan akhir cerpen.
yang lebih pada Firdaus menutup kurangnya Aisyah.
yang lebih pada Aisyah menutup kurangnya Firdaus.
In Shaa Allah.

komen cik anon tu tak salah.
mungkin dia tak berdepan lagi dengan pasangan2 yang nampak macam tidak sekufu ni.
sebelum ni kita hanya tahu sekufu ni dari segi  kewangan keluarga aje kan.
miskin kahwin dengan orang kaya. :) selalu kan...

zaman sekarang, lebih kepada pelajaran. abc ada buat research sikit. jom baca ye :)


Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

"Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. "Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

"Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga. (Halaqah.net)

Sekufu dalam perkahwinan elak pelbagai masalah. (Utusan)

Bermula dengan sejarah kisah penciptaan Adam dan Hawa, melalui sulbi merekalah keturunan manusia dilahirkan di dunia ini. Pelbagai bangsa, agama, keturunan, darjat, warna kulit dan sebagainya. Mereka ini diciptakan berpasangan-pasangan demi lengkap-melengkapi kehidupan antara satu sama lain, iaitu wanita memerlukan lelaki untuk melengkapi hidup mereka. (Mencari Bahagia-I Luv Islam.com)

Bagi abc, selagi isteri menghormati suami dan menerima suami seadanya. serta suami menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik. berusaha demi keluarga. In shaa Allah, tiada masalah.

abc tak mau komen banyak, sebab abc masih dalam proses mencari pasangan.
in shaa Allah, yang disebut dibibir ni sentiasa yang hebat2
jodoh kita Allah jua yang tahu. :)
di doakan agar yang hadir cukup nilai 'islam' nya. supaya dia mampu mendidik diri ini dan bakal anak2 terjamin syurga. Ameen. 


kalau ada pandangan, silalah komen ye :)

terima kasih!



Tuesday, October 16, 2012

Gambar Pre - Konvo - After :)

Pra-Konvokesyen










KONVOKESYEN










Selepas - sebelum hantar jubah :)



Alhamdulillah.
semua urusan sudah selesai :)
terima kasih Allah atas kejayaan yang hambaMu ini perolehi.
pinjamkan hamba ini kebijaksaanMu, moga lebih banyak kejayaan akan hamba perolehi kelak.
ameen!

Monday, October 15, 2012

Konvokesyen!

muka gembira + penat = gemnat ;p






Alhamdulillah.
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Kepujian Kelas Pertama
Anugerah Dekan

hadiah buat mama dan famili
yang sentiasa mendoakan kejayaan abc, 
menjadi tulang belakang abc.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah!

Tuesday, October 9, 2012

Masa untuk Konvokesyen. :)

Assalamualaikum wbt.
Hai readers!

Alhamdulillah, abc sudah post satu cerpen sebelum abc konvo 14.10 ni. insyaAllah lusa abc akan bertolak ke Johor Bharu. Jumaat abc ada raptai. Nervous nak tahu tersenarai atau tak dalam Anugerah Dekan dan pelajar yang dapat medal huhuhu. Moga usaha abc selama ini berbalas (Doa mak yang tak putus2!)

cerpen Bukan Pilihan, maaf kalau ada kekurangannya. abc buat terhenti-henti.
setakat yang komen, cerpen ni TOUCHING. betul?
alamak! tak tau, abc tak berapa feel yang sedih. lebih kepada 'kental'! hehehehe

harap yang membaca akan komen. abc 'open'. nak kritik pun boleh, as long as, guna ayat yang baik ye :)

abc akan post cerpen atau part novel yang seterusnya bila abc balik semula ke Kedah ye. (lepas abc konvo la maksudnya) ^^v

thank u korang-korang.

Much love!

Monday, September 3, 2012

Mahu Jadik Cikgu?

Assalamualaikum

malam ni, tak tahu nak menulis apa.
mood ZERO

abc layan FB, cikgi-cikgi sedang sibuk dengan isu temuduga dan penempatan
doakan kami :)

kalau dulu, ambik kursus pendidikan, habes belajar
pekerjaan guru tu menunggu untuk di isi.
tapi sekarang tak lagi.
para graduan ISMP kena bersaing antara satu sama lain.
dan bergantung kepada rezki masing-masing.

dengan kemudahan teknologi sekarang,
semua graduan daripada semua U boleh berkomunikasi
macam cikgi2 ^^v

syukur ada yang berjuang untuk isu ini.
sangat2 menghargai mereka dan sangat2 berterima kaseh.

semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.
semoga semua cikgi2 graduan ISMP Jun 2012
dapat temuduga dan posting tahun ni juga :)

doakan kami ye.

+++

nak tulis cerita cikgu-cikgu lah pulak witt witt!

Thursday, June 28, 2012

Maaf.

Maaf.
abc tengah sibuk dengan hal2 sebelum benar2 habes belajar.
insyaAllah. 30hb abc akan selesaikan semua kerja.

01.07.12
^^v
rasa-rasanya ada apa??


>>>>>>>>>>>>>

untuk cerpen bulan ni, sabar ye!
abc sedang cari masa untuk edit dan post ^^

thank you so much readers. untuk komen dan sokongan anda!

Friday, June 22, 2012

semester yang penuh!

Assalamualaikum ^^

hari ni nak post as a blogger la pulak.
asyik2 post cerita aje kan... heeeee~~~

semester akhir, adalah semester yang penuh sepenuhnya.
tapi... paling best!

semester ni berjalan dalam kesibukan!
termasuklah ke Singapura :)




untuk yang terakhir kali berada di UTM sebagai 'pelajar'
abc and kawan-kawan kelas akan ke Batu Layar. yeah!!

sharing our last moment together! ^^
walaupun ramai yang tak join, tapi teruja tu tetap ada.


dinner fakulti pun dah lepas. dah sempat melaram apa semua.
siap join buat persembahan lagi hahahahha~~ (tak lupa kut sampai bila2)



empat tahun. rasa kejap sangat!
tapi penat sudah terasa.
apa-apa pun, abc nak sambung lagi ke peringkat lebih tinggi! ^^


p/s: doakan abc menjadi penulis yang konsisten dan berjaya. dan menjadi guru yang terbaek untuk anak bangsa.

Friday, June 8, 2012

Saya: pelajar tahun akhir ~ 20 hari lagi


hai. sepagi tidak tahu nak tulis apa ^^
study pun masuk lebih kurang aje :(

abc masih dalam kesibukan.
tapi tak dapat nak tahan 
menulis ni 'release stress' yang ada :)

20 hari lagi.
kuliah dah habes
yang tinggal exam dan viva

'viva' bukan kenderaan tapi presentation kajian akhir ^^
insyaAllah 25hb nanti.

+++

moga Allah melancarkan semuanya
ameen.

doakan abc ye ^^

Sunday, May 27, 2012

30 hari lagi - tempoh bercuti ^^

singapore!

30 hari lagi.
tak sabar nak kembali menulis.

sabar abc sabar!

Saturday, May 19, 2012

Hari Inovasi Fakulti Pendidikan

untuk pertama kali
Fakulti Pendidikan
akan mengadakan Hari Inovasi ^^v

Jom?

boleh jumpa blogger-blogger UTM sekali
yang bukan UTM nak datang pun boleh :)









DATANG JANGAN TAK DATANG!

Thursday, April 26, 2012

Pesta Konvo datang lagi!!


kenapa takde yang best??

jemput Ustaz Azhar Idrus dengan Ustaz Don lagi best! ^^v

Sunday, April 22, 2012

The "Last day" will come


mengumpulkan sebanyak mungkin memori indah bersama 
masa mungkin panjang
namun entah bila kita akan bertemu dan bersama sebegini lagi

namun JODOH ditangan Tuhan ^^

Wednesday, March 28, 2012

Doakan Kesihatan abc

Alhamdulillah.
pagi tadi sangat tak larat, sekarang sudah berpeluh-peluh dan boleh buat kerja.

kelas pagi terpaksa ponteng, nak rehat yang cukup, sebab petang ni ada Exam TECS
exam ni sama macam muet yang bezanya takde listening exam.

doakan kesihatan abc, jumaat ni abc kena pergi kem Bina Insan Guru.
aktiviti dia agak mencabar, takut jugak demam makin teruk dekat sana.
al maklum tido dalam khemah, dan dalam hutan, mesti sejuk! =.=

doakan jugak abc boleh jawab exam petang ni.
jawab dengan baik dan lancar. cukup masa! ^^

" Ya Allah, sehatkan dia, kembalikan kesihatannya, dan bantulah dia dalam peperiksaannya. Kau yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih."

terima kasih atas doanya ^^

much love readers

Friday, March 9, 2012

seawal pagi - UTM Skudai.

Assalamualaikum.

09 march 2012. Jumaat.

pagi ini bangun dengan sedikit terkilan.
niat ingin habiskan Kahfi, tapi subuh pagi ini selewat 7.15 pagi.

rancangan untuk daftar elektrik dibatalkan. terpaksa.
abc lewat bangun untuk bersiap. baju belum diseterika.
tudung pula tiada yang 'match' dengan baju yang baru dibeli.
baju ini terlalu diidamkan. alhamdulillah. selesa. boleh dibeli lagi dua tiga.

seawal pagi. sudah membuatkan kakak-kakak tertunggu-tunggu. maaf.
perut pula meragam. biasalah. rutin. panggilan alam.
seawal 8.05 pagi. bas yang selalunya ulang alik setiap masa, tiada.
yang ada asyik panaskan enjin. kami juga yang akhirnya panas hati!
salah sendiri. siapa suruh lewat?

pagi ini redup.
terasa terlalu awal keluar daripada bilik.
matahari seolah masih bersembunyi dibalik awan kelabu.

kaki menjejak turun dan melintasi jalan ke Fakulti Alam Bina.
Fakulti yang sunyi daripada manusia biarpun bangunannya besar dan luas seluasnya.
kagum. tiap kali melangkah melaluinya.
yalah... tempat bakal arkitek belajar. dalamnya ada satu gazebo, bentuknya ala-ala korea lama.
bila entah berani hendak bergambar di situ.

melalui tangga dibelakang perpustakaan. melalui belakang Masjid Sultan Ismail.
bangku-bangku kayu yang sudah berlumut. cantik.
terfikir juga hendak membawa D5100. biar dia simpan kenangan yang cantik ini.

pagi ini, hadam dalam minda.
langkah lagi 3 bulan.
tempat ini akan jauh aku tinggalkan.
moga benar, tahun ini terakhir untuk aku berada di sini.

kalaupun masih ada. mungkin untuk perjalanan seterusnya.
perjalanan yang lebih jauh dalam hidup saya. ameen.

Saturday, March 3, 2012

You will be okay, just okay :)

Assalamualaikum.

i woke up early this morning. no agenda at all for today. i slept a little bit early last night, so i woke up early in the morning ^^b

sepatutnya hari ni pergi ladang dan siapkan tempat untuk fertegasi dan hidroponik tapi, dibatalkan selewat malam. kawan-kawan lelaki balik lewat menunggu kawan yang accident semalam.

pagi ni mesej Kak Liza, beritahu tentang kawan yang accident tu, so Kak Liza ajak kami pergi melawat. around 12 kami bergerak ke HSA. hujung minggu waktu melawat dia lebih panjang. syukur, mudah bagi kami sahabat2 melawat kawan kami tu.

pity him.

abc bukan seorang yang pandai 'comfort' kan hati orang melalui kata-kata, hanya tulisan =.='
a bit shy and i think i'm a bit lack of confident. ;p

b/p rendah sangat. mungkin risau. sekarang sudah bulan march. Mei PSM kena hantar. kami yang sehat ni pun risau teramat, tambah dia. takkan nak tangguh. kalau  dia tangguh pengajian, dia kena tangguh setahun bulan satu sem tapi dua sem! erm... kalau kita dekat tempat dia pun akan risau kan.

mujur.
mujur dia ada rakan-rakan yang sangat baik yang sangat memberi semangat.
buat dia gelak, buat dia senang hati. indahnya!

tangan dan kaki kanan patah. kiranya sebelah kanan badan teruk cedera. termasuk muka.
alhamdulillah, tiada lain, hanya patah. isnin dia kena operation untuk masukkan besi. subhanaAllah. moga Allah permudahkan segalanya bagi dia.

Buat Amizi: You'll be okay. kami sentiasa doakan kamu dan kami sama-sama habeskan pengajian di UTM ni bersama. ameen. insyaAllah. Sakit ini ujian Allah. laluinya dengan tabah dan cekal. Allah bersama kamu!



p/s: sakit tengok dia menahan sakit. Allahuarabbi... kurangkan sakitnya itu. sembuhkan dia seperti sediakala, ameen.

Friday, March 2, 2012

Kissable.


owh! walaupun ianya gurauan selingan.
tapi ia memalukan! =.="

abc bukan penggemar gincu. tapi pemakai pelembap bibir.
pengaruh Lisa Surihani sangat kuat,
sampai abc beli pelembap bibirnya. so mints.. ^^

entah kenapa, tiba-tiba aje Lecturer Filipina tu tegur,
'your lips are red..."
"kissable"

satu kelas gelak besar... malu-malu.
malu oittt sampai tunduk muka aje. ;p

hailah dr. apa salah saya =.="

+++++

apa-apa pun.
ayat dia best. KISSABLE ^^b
hehehe

01.03.2012 - 200 hari, hari cinta!

Assalamualaikum w.b.t

sewaktu menaip ni, sudah masuk 02.03.12 ;)
cepat masa berlalu, awal minggu ni abc sangat stress dengan assignment yang sudah berlonggok-longgok.
terpaksa ubah beberapa jadual belajar dan semak beribu kali list kerja =.="

dalam kesibukan abc menjadi pelajar semester akhir, tak terlepas lagi nak fikir masa depan.
kesihatan lately tak berapa nak okeh. huhuhu... tolong doakan abc ye ;)
dalam fikir masa depanlah abc 'create' my own 200 days.

kalau korang ada tengok drama Korea 'dream high', tahu la maksud 200 days tu hehehe

++++

semakin menjadi dewasa
abc kurang faham.
kenapa ada yang masih belum sematang usianya?
bergantungan kepada orang lain dan takut dengan cabaran. =.="

memang susah nak faham.


p/s: orang tua lagi banyak bawak masalah. lebih penakut!

Wednesday, February 22, 2012

abc di semester terakhir. I Love UTM ^^





Salam Petang Rabu.
wordless wednesday?? erk... abc tak wordless kut hehee

sunyi aje blog abc nih beberapa hari.
ala... sudah semester akhir, so faham-faham diri sendiri,
tak boleh nak enjoy over sangat
tak boleh nak relax sangat
dan boleh nak macam-macam sangat!

nak buat gaya macam ni. rasa-rasa nampak hensem tak hahaha

abc sedang mendisiplinkan diri sendiri
rajin bangun pagi,
rajin belajar
kurang makan malam. (dah gemok sangat!)

owh! semester akhir ni jugak banyak aktiviti awal sem.
selalu bukan akhir-akhir ke?
abc tak bawak mr.Nik. =.="

 er... suddenly-suddenly, abc jadik wordless! 0_0b

++++

nak sambung, Janji Terpateri. sudah lama beta meninggalkannya. bye!

Saturday, February 18, 2012

Balik bercuti, sambung terus belajar!

Assalamualaikum!

abc baru balik dari Cameron Highland.
fuhh! jujur, baru first time pergi hehehe

excited gila tengok ladang teh!

nanti abc upload gambar yang sedappp! hahaha

tak berapa excited nak makan strawberi segala
uh! i tak makan lorh! ^^

++++

ala.... takde feedback yang banyak pun untuk
HATIMU SEDINGIN SALJU ;(

tak best eh. okay =.="


p/s: abc nak balik JB malam ni. lusa dah start kuliah hu~~~

Tuesday, February 14, 2012

emosi!


gambar sekadari hiasan ^^

abc emosi sedikit
counting days...

only 4 days left!
uh-no.

nak menulis tak boleh.
otak asyik pikir barang nak kemas.
=.="

perkara paling sedih dalam hidup
bila nak meninggalkan keluarga.
abc akan homesick!

dah tahu tahap stress yang abc akan hadapi masuk sem ni huhuhu
tapi dibalik susah. abc kenal erti SYUKUR ^^

oh-emosi
abc tak dapat nak menulis dengan baik
i'm sorry.

insyaAllah.
cerpen kedua bulan ni akan tetap abc siapkan ;)

much love readers!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders