Tidak sepi
sendiri
Sunyi
hati, berisi
Mudah
jua mencari
Redhanya
ilahi.
Lumrah dalam hidup. Tambahan
pula, pabila umur menginjak dewasa. Saya sedar itu. Namun tidak pernah sedar
natijahnya membawa pulang cinta yang hanya mainan jiwa remaja. Sukar bila keluarga
sudah mula bersuara. Perlukah sekali lagi saya katakan, “hanya kawan?”.
Acapkali saya berfikir sendiri, kenapa terlalu mudah hati ini menerima? Teman
pernah memberi kata semangat, yang lepas
adalah sejarah, lupakan! Teruskan
kehidupan dengan cara baru.
Saya sedang mencuba. Mencari
jalan yang terbaik untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini. Kisah lama? Tidak
akan saya lupa walau secebis. Saya biarkan dalam kotak ingatan. Ya memang
menyakitkan dan memeritkan jiwa, tetapi ia menyedarkan saya, membetulkan
bengkoknya jalan yang saya lalui kini. Alhamdulillah. Dalam buruknya dosa yang
saya sendiri ukir, saya lihat ada baiknya ia untuk masa sekarang.
Manusia sering sahaja bertanya
kepada saya, kenapa dan mengapa serta bagaimana. Saya tidak pernah mampu menjelaskan.
Saya hanya menjawab dengan satu senyuman, “adalah, biar saya dan DIA yang
tahu”. Hanya itu, walaupun tidak cukup memuaskan hati seorang manusia, akan
tetapi itu jawapan terbaik. Perkara itu ‘aib’ bagi saya. Biarlah bukan apa-apa,
tetapi ia memalukan. Moga Allah mengampunkan saya.
“Sesungguhnya
yang paling utama di antara kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling
bertaqwa.”
Surah
Al-Hujurat: ayat 13
Saya mencari imam buat diri,
kerna saya tidak mampu mengimami.
No comments:
Post a Comment