Wednesday, January 25, 2012

Melodi CINTA = bohong



Senyap tidak bererti diam
Diam tidak bererti setuju
Setuju tidak bererti mahu

Dalam diam, saya kadangkala menangis. Dalam ketawa, saya kadangkala menangis. Kisah itu tidak terpadam, malah kian melebar dan membiak bagai barah pada manusia. Saya tidak dapat melupakan walau sedikit daripada kisah itu. Kisah itu bak kisah hitam dalam diri saya. Harus bagaimana untuk saya melupakan? Dalam doa setiap kali nafas saya hembuskan, saya mohon moga Allah membantu saya melupakan kisah itu. Saya bagai hidup dalam bayang-bayang hitam, penuh ketakutan, penuh kebimbangan!


Bohong jika saya kata saya tidak tenang. Ya! Saya tenang. Kerana kini dalam setiap tingkah dan langkah, saya sentiasa mengingat DIA Yang Mencipta. Bohong jika saya kata saya tidak redha. Saya redha ini adalah ujian daripada DIA. Tanda kasihNya buat saya yang masih dalam pandangan dan perlindunganNya.

Namun, bohong juga andai saya kata, saya sudah mampu melupakan. Kerana saya sentiasa diingatkan. Kotor yang saya cipta hanya dalam satu tempoh masa singkat itu, akan saya kenang dalam tangisan selama hayat saya dimuka ini, mungkin!


Bagaimana saya boleh lupakan? Bantulah saya!

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Kau berikan nikmat. Bukan jalan mereka yang Kau murkai, bukan juga jalan mereka yang sesat.” 

Surah Al Fatihah: ayat 6 dan 7


Saya bagai menghuni jalanan penuh kegelapan tanpa cahaya haluan!

1 comment:

Anonymous said...

setiap jln ada cahaya.....pasti ada...cuma insan, smada mnutup atau dttup mata mreka dri cahaya...mnutup krana alpa...dttup krna dslaputi dosa...yg pasti Al-Rahman memberi kpd sseiapa yg mncari....

“ Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”.
[An Nur: 35]

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders