Cinta
tidak buta
Manusia
yang tiada mata
Cinta
itu indah
Saat
hati terngadah
Jatuh
tak bertadah
Bagai semalam kisah pahit itu
bermula. Malu. Itu yang mampu saya ungkapkan. Hendak senyumkah dengan perbuatan
begitu? Akhirnya, keputusan bijak telah saya lakukan. Jika tidak, pasti hidup
saya dalam keserabutan, ketakutan dan kebimbangan. Sejak keputusan itu saya
lafazkan. Hati ini sentiasa berdegup riang hingga bisa membuahkan senyuman.
Terima kasih pada teman itu,
yang meneguh keputusan saya. Tanpa dia, saya terlalu lembut dan pasti akan
kembali menerima. Allahuakbar, Allah lemahnya hamba ini. Mengapa? Bukankah
hamba ini dulunya garang seperti singa betina? Kuat dan teguh pada setiap
kata-kata. Setelah sekian lama hamba hidup begitu, kini hamba menjadi selemah-lemahnya.
Mungkinkah kerna cinta dosa itu? La haulawala Qu wata illahbillah.
Daripada
Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu
tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah
dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya)
dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala
quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah
SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda:
“Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”
Saya mahu memulakan hari yang
baru dalam hidup ini. Mampu atau tidak, pada DIA saya telah serahkan
segala-galanya, jiwa dan raga. Saya mahu mati dalam iman, dan suci daripada
segala dosa, kerna saya takut azabnya neraka. Allahuakbar.
“Barang
siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakan baginya jalan
keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.”
Surah
Al Talaq : ayat 23
Saya dalam pencarian, sebuah
jalan keluar. Ameen.
1 comment:
Sudhanallah..
thanks kak ABC..tersentuh baca post yang ni..
teruskan usaha!!Ajaja hwaiting!=Dv
Post a Comment