Tuesday, January 11, 2011

barakallah~~

assalamualaikum.

alhamdulillah. walaupun abc kurang (tinggal) berblog ni. maseh ada yang sudi and setia menjejak kaki ke sini.

maaf tersangat maaf kawan-kawan. abc tak sempat. pening and penat memikirkan tugasan yang sedia banyak and projek2 yang perlu dijalankan setiap masa. erm. duit ptptn tu dah macam kena guna semua untuk projek aje. abc ni bukan la orang senang. bergantung 110% kepada duit pinjaman aje tau. huhu. malu la dah besar panjang gini nak mintak kat mama (akhir sem mesti mama kena hulur, kalau tak anaknye kebuluran. hua3)

susah menjadi pelajar? tidak.

penat menjadi pelajar? tak!

benci menjadi pelajar? jauh sekali.

belajar itu membahagiakan sebenarnya, tekanan and dugaan semasa belajar itu mendewasakan.^^

walaupun penat+habes duit+ tension, abc suka belajar daripada bekerja, abc suka tengok buku-buku. abc suka benda baru.

semester ni belajar perkhidmatan bangunan dan perpaipan. walaupun berat alat paip! tapi sangat teruja and syiokk!!! semua itu sebab benda-benda baru ^^

abc belajar demi memperolehi keberkatan hidup kat dunia ni.

abc tekun and rajin menimba ilmu, sebab itu semua pinjaman Allah. kenapa tak rebut?

moga kita semua terus belajar, menimba ilmu-ilmu yang ada, ikhlas dan rajin, moga memperoleh barakah dari Allah.

AMIN!

2 comments:

lynn angel said...

Semoga berjaya dalam apa yang anda kerjakan.. May Allah bless u dear.. :)

akubersamaCahya said...

amin.. i'Allah.. thanks lynn