Sunday, February 21, 2021

MINI NOVEL 2020: MUZIKAL CINTA 14

 



BAB 14

Rashid memarkirkan keretanya di kawasan rekreasi itu. Terus mematikan enjin dan keluar dari kereta. Nur Ayla turut sahaja keluar dari perut kereta. Terasa bahang memancar dari terik matahari. Jam ditangan dibelek sekilas. Hampir sudah hampir 2 petang, angan-angan hendak pusing Ipoh hanya tinggal angan-angan. Kini dia perlu berdepan dengan angan-angan yang langsung tak pernah dia berangan!

“Kita naik bot? Sebelah sana privacy dan view dia cantik.” Ujar Rashid. Nur Ayla hanya mengangguk. Rashid kemudian melangkah ke arah kaunter tiket. Nur Ayla hanya membuntuti langkah Rashid yang sudah ke depan.

“Nah buat lapik perut, after kita selesai apa yang perlu kita selesaikan saya belanja awak makan.” Ujar Rashid, langsung tidak meminta pandangan atau bertanya dengan Nur Ayla. Sebotol air teh hijau bertukar tangan. Seakan menggunakan kuasa veto entah dari mana. Malas bertekak atau melawan, Nur Ayla hanya dengar, diam dan ikut.

Pemandu bot menggamit mereka berdua dan beberapa pasangan yang telah membeli tiket untuk menaiki bot. Nur Ayla berdecit. Tak sesuai langsung pakaiannya ketika itu untuk menaiki bot. baju kurung kedah kainnya sisip agak susah hendak melangkah besar.

“Kenapa?” Soal Rashid yang menyedari Ayla yang tidak selesa.

“Kain baju kurung saya ni ketat sikit, susah nak langkah besar naik bot tu.”

“Saya naik dulu, nanti pegang tangan saya.” Rashid melangkah ke arah bot dan terus melangkah naik. Tangan dihulurkan ke arah Ayla yang masih berkerut wajah. Tahu saja Rashid, Ayla mesti menyumpah dalam hati. Rashid tersenyum sendiri melihat gelagat Ayla ketika itu yang teragak agak hendak menyambut tangan Rashid.

“Pegang lengan baju saya ni la.” Ujar Rashid dengan senyuman yang meleret. Ayla berdecit lagi. Dicapai lengan baju Rashid dan digenggam kuat, risau tersungkur dalam bot. Rashid dengan pantas menggenggam lengan Ayla yang turut berlapik lengan baju kurung dan membantu Ayla melangkah naik ke dalam bot. Selamat mendarat tanpa insiden memalukan, laju Ayla melepaskan genggaman lengan baju Rashid dan menarik tangannya dari genggaman Rashid. Rashid hanya tersenyum sahaja.

Nur Ayla mengambil tempat duduk di belakang sekali bertentangan tempat pemandu bot. Segan berdua dengan Rashid di situ walaupun orang lain langsung tidak mempedulikan mereka berdua.

“Cantikkan?” Rashid memecah kesunyian antara mereka, deru air dan bunyi bot membuatkan Rashid mendekatkan sedikit jarak antara mereka berdua. Lengan sengaja direhatkan di atas sandar kerusi yang diduduki Nur Ayla membuatkan Nur Ayla duduk menegak badannya. Rashid memang sengaja. Sesekali Rashid menunjukkan burung-burung yang berterbangan dan hingap di pokok-pokok yang menghijau disekeliling tasik Gunung Lang itu dengan sengaja mendekatkan lagi jarak tubuhnya dengan Nur Ayla.

“Jauhlah sikit, tak selesalah.”

“Alah, tu saya tunjuk burung hijrah tu. Jarang-jarang boleh nampak tu.”

“Iyelah sangatnya… dah jauh sikit naa, kita datang bukan bercinta.”

“Kenapa? Kalau bercinta boleh dekat-dekat?”

“Tak juga, bukan mahram.”

“That’s why saya nak jadikan awak mahram saya.”

“Bukan dah cancel? Tiba-tiba muncul, mahram bagai.” Rashid terdiam, dari lantunan Nur Ayla, kedengaran marah benar. Rashid menarik nafas dalam-dalam dan menghela perlahan. Bot telah sampai ke jeti seberang tasik. Semua orang bangun dan mula melangkah keluar. Rashid seakan terlupa akan Ayla yang berperang dengan kain ketatnya itu, terus sahaja melangkah lebih laju ke depan. Sampai sahaja ke depan bot, Ayla mula memanggil dan menggapai tangan ke arah Rashid.

“Awak… ishh.. tolonglah saya ni.” Rashid yang baru tersedar, cepat-cepat kembali ke arah Ayla dan tanpa sedar dia terus menggenggam jemari Ayla dan menarik Ayla naik ke jeti. Akibat terlalu kuat Rashid menarik, Ayla terus sahaja terjatuh ke dalam pelukan Rashid.

“I’m so sorry… I didn’t mean. I swear.” Rashid mengangkat kedua- dua tangannya seakan pesalah polis. Orang-orang yang ada berdekatan sudah mula senyum-senyum dan ketawa memandang mereka berdua.

Nur Ayla tampak mula memerah wajahnya, malu dan berang. Terus sahaja dia menarik baju Rashid dan mula melangkah jauh dari kawasan itu. Sampai di kawasan yang agak jauh dari kawasan jeti, Nur Ayla melepaskan genggaman baju Rashid dan memberikan satu jelingan tajam kepada Rashid yang hanya tersenyum sahaja sejak dari tadi.

“Auch… tajamnya.” Rashid mengusik sebelum turut melabuh duduk di sebelah Nur Ayla yang terkial-kial mahu membuka penutup botol air teh hijaunya. Rashid menarik botol air itu dan membukanya dengan sekali cubaan sebelum kembali menyerahkannya kepada Nur Ayla.

“Sorry pasal tadi. Saya risau pak cik bot tu dukung awak aje, sebab tu terus tak fikir apa ter… tertarik tangan awak and too strong. Sorry tau.” Ujar Rashid memulakan bicara.

“Dah… lupakan.” Nur Ayla membalas sepatah. Malu masih menebal diwajahnya.

“Okay, kita terus kepada tujuan utama kita ke sini boleh?”

“Lagi cepat lagi bagus, saya nak balik.” Ayla membalas. Pandangan dibawa jauh ke tempat lain, bertentang dengan Rashid yang berada di sebelahnya.

“Eh, saya ada satu hari untuk bawak awak jalan-jalan hari ni.” Ujar Rashid membuatkan Nur Ayla laju memandangnya.

“Eh dah kenapa pulak?”

“Ila cakap saya kena bawak awak pusing satu Ipoh… Ila cakap Husna yang suruh dia cakap macam tu.” Rashid menunjukkan telefonnya. Nur Ayla berkerut keningnya.

“Atas kebenaran siapa? Tuan badan tak nak.”

“Awak nak kebenaran siapa? Husna dah memang green light. Ayah awak? Mak awak? I bet sejak kes haritu memang awak dah tak balik kampung kan?” Nur Ayla terdiam dengan kata-kata Rashid.

“Macam mana awak tahu?” Nur Ayla sudah beremosi. Sejak kes Malik, dia dan Rashid, Mak dah halau dia jauh-jauh. Iyalah sudah kecoh satu kampung yang dia punca pertunangannya dengan Malik putus.

“Dalam usaha saya hendak kembali kepada awak, yang suatu masa dulu pernah bagitau saya. Selagi kita tak ada apa-apa hubungan yang sah, awak adalah milik awak, milik mak ayah awak. Jadi, sebab awak melarikan diri. Saya pergi ke kampung awak dan jumpa mak dengan ayah awak.” Rashid menerangkan panjang lebar, tidak mahu Nur Ayla salah faham atau terus berfikir buruk tentang dirinya.

“Jadi awak dah tahulah semua cerita saya?”

“Tidak secara keseluruhannya. Saya cuma tahu mak awak memang buang awak, Malik memang dah tak ada dekat kampung dan awak memang terus jauhkan diri awak dari saya.” Ujar Rashid. Nur Ayla sudah bermain emosi. Air mata yang lama disimpan menitis sendiri tanpa sedu sedan. Laju sahaja Ayla mengesat air mata yang jatuh dan menarik nafas dalam-dalam.

“Sadiskan?”

“Nope. Tak sadis, tapi awak yang paling merana dalam hal ni Ayla.”

“Dah nasib saya nak buat macam mana. Saya tak boleh nak ubah, saya redha dan terima. Saya bukan lari, maaf ya. Saya nak mulakan hidup yang baru, hidup sendiri tanpa sesiapa.”

“But I do love you Ayla.” Rashid meluahkan rasa yang lama disimpan. Nur Ayla ketawa.

“Really?”

“Yes, I do.”

“Sudahlah, dah terlambat sangat kut. And Diana eh perempuan yang awak selalu keluar bersama tu?” Nur Ayla seakan menempelak Rashid, tetapi Rashid sebaliknya. Berkerut dahi namun bibir terukir senyuman meleret memandang Nur Ayla.

“Apa?” Nur Ayla menyoal, akan jengkel dengan senyuman Rashid itu.

“Kata nak lupakan tapi tahu pulak dengan siapa saya keluar and tahu pula berapa banyak kali saya keluar dengan dia?”

“Dah dia datang jumpa saya, mau tak tau.” Ujar Nur Ayla bersahaja.

“Hah? Bila?” Rashid terkejut besar. Langsung dia tidak tahu menahu akan hal itu.

“Tak ingat tapi sebelum saya pindah ke kafe’ kedua saya. Diana datang dengan Mak sedara awak kut yang ada datang dengan awak masa kes dulu tu. Saya ingat mama awak, tapi tadi mama awak orang lain.”

“Diorang cakap apa dekat awak?”

“Awak rasa diorang cakap baik ke cakap tak baik?” Nur Ayla hanya kembali menyoal.

“Sebab apa yang diorang cakap dekat awak tu la yang awak terus lari dari saya? Betul?” Soal Rashid. Ayla hanya menjungkit bahunya sedikit.

“Tak jugalah. Saya berkurung sebulan lebih dalam rumah. Fikir, muhasabah diri, renung balik semua salah silap saya. Lepas kembali bekerja, jumpa pulak dengan kekasih baru awak dan mak sedara awak yang memang tak suka saya tu. Semua tu buat saya tekad, untuk mulakan semula hidup saya.” Nur Ayla cuba menjelaskan supaya dia tidak dikatakan menyampai fitnah atau apa sahaja yang memburukkan keadaan antara Rashid, Diana dan Mama Long kelak.

“She’s not my kekasih. No way. Awak yang pertama and the last one.”

“Eleh, iye sangatlah.”

“Betullah, sebab tu mama papa siap dah bagi cincin dekat awak tanpa pengetahuan saya.”

“Dah tu macam mana awak boleh tahu pasal tadi?”

“Ila mesej saya.”

“Tak sangka Ila tu adik awak, kalau tahu memang taklah saya nak hired dia kerja dengan saya.”

“Mujurlah tak tahu, kalau tak… tak merasalah cheesetart awak dah.”

“Ishhh geram pulak.”

“Janganlah marah dia, saya memang tak tahu dia kerja dengan awak. Saya tahu pun lepas dia bawak balik cheesetart tu. Tapi mama papa memang tahu. Okay back to our discussion?” Nur Ayla memandang Rashid dengan muka tak puas hati.

“Apa lagi?”

“Malik dan semua tuduhan dia tu?”

“Tak… saya memang tak akan cerita apa-apa. Terpulang kepada sesiapa sahaja untuk percaya apa dia kata.” Laju Nur Ayla menolak.

“Tapi dia dah burukkan nama awak, maruah awak.”

“Biarlah dia, lillahitaala, saya dah move on… hal yang terjadi antara kami biar saya dengan dia dan Allah sahaja yang tahu.”

“Habis tu kalau setiap kali awak nak kahwin dia buat hal macam mana?”

“Takyah la kahwin.”

“Jangan main-main…”

“Kan saya dah kata tadi, terpulanglah kepada bakal suami saya tu nak terima saya ke tak. Lagi pun saya dah tutup semua pintu untuk ke arah tu. Saya dah give up percaya lelaki dalam hidup saya.”

“Habis saya?”

“Lah kenapa dengan awak?”

“Nur Ayla… saya masih mengharapkan awak untuk kembali kepada saya.”

“Awak ada Diana. Cukuplah seorang, dua orang nanti senget bahu.”

“Ayla saya serius.”

“Saya pun serius. Dah la, saya lapaq sangat-sangat.” Nur Ayla bangun dan membetulkan bajunya.

“Apa yang selesai kalau macam ni?” Rashid tidak berpuas hati.

“Selesai dah kan. Saya dah move on, kisah Malik dengan saya biarlah rahsia. Terpulang orang nak percaya apa pun. Awak pun dah ada Diana. Selesai…” Rashid menghela nafas kasar. Matanya tajam memandang Ayla. Ayla hanya ketawa sahaja.

“Tu tak puas hati la tu. Lapaq la… makan dulu jom. Kata ada sehari dengan saya.” Laju Rashid bangkit dan berdiri berdepan dengan Nur Ayla.

“Betul eh, ada sehari.” Rashid membelek jam tangannya.

“Tadi kita jumpa pukul 1 so, ada sampai esok la eh?” Rashid tersengih mengada.

“Jangan melampau sangat, satgi dari ada jadi takdak.” Nur Ayla membalas sambil berpeluk tubuh.

“Yelah… tak boleh nak bergurau dah sekarang. Serius nau.”

“Kena seriuslah baru selesai kalau tak nanti orang kata kita bagi harapan.”

“Okay baik. Jom… kita cari tempat solat dulu lepas tu kita decide nak makan mana.”

“Cari tempat yang boleh solat dan makan terus pun lagi okay.”

“Mana tu?”

“Kalau yang dekat Mydin Meru tu… nak jauh and luas sikit Aeon Station 18, dekat sikit dengan rumah saya.”

“Kita pergi jauh sikit and dekat rumah awak.”

“Haa adalah tu. Nanti saya suruh Husna ambil saya.”

“Eh… kenapa pulak, saya hantar awak balik. No excuses.”

“Yelahh… nanti jangan tinggal saya terkial-kial naik bot tu.”

“Tak… saya dukung kejap lagi.”

“Nak rasa air tasik tu boleh cuba.” Rashid ketawa. Tak sia-sia dia cepat-cepat datang apabila Ruhaila memaklumkan yang mama papa sedang bertemu empat mata dengan Nur Ayla. Dan, tak sia-sia dia bertegas dan memaksa Nur Ayla mengikut dia ke sini. Walaupun masih tidak ada jawapan untuk segala persoalan yang ada, tapi Rashid lega, terasa terubat rindu buat Nur Ayla.


FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders