BAB 15
Nur
Ayla yang baru selesai solat mendekati Rashid yang sedang termenung jauh dan
tersenyum sendiri. Nur Ayla menggeleng kepala, dia sendiri tersenyum sambil
melangkah menghampiri lelaki itu. Lelaki yang buat dia hampir membuat keputusan
paling bodoh dalam hidupnya, lelaki yang buat dia lari jauh dan lelaki yang
selalu hadir dalam kesunyian yang ada.
“Haa…
berangan apa tu? Tersengih sorang-sorang.” Tegur Nur Ayla, mematikan lamunan
Rashid.
“Dah
siap?” Rashid kembali menyoal, tidak membalas dengan jawapan. Memandang Nur
Ayla tak lepas.
“Dah.
Nak makan apa ni? Dah dekat pukul 3 pun.”
“Awak
rasa nak makan apa?”
“Kita
try makanan korea nak? Haritu saya ada tengok dalam IG iklan kedai ni. Rasa dekat
kawasan street food tu kut.” Nur Ayla memberi cadangan.
“Untuk
awak apa pun boleh.”
“Iye
iye aje lah…” Mereka berdua berjalan beriringan menyelusuri deretan kedai yang
ada sambil berbual bual kosong. Adakala Nur Ayla mencebik, adakala dia ketawa.
Rashid? Tersenyum sahaja. Bagaikan ditampal lukisan senyuman di mukanya.
Dari
kejauhan kemesraan Rashid dan Nur Ayla diperhatikan sepasang mata. Yang
memandang penuh amarah dan kebencian. Tak tunggu lama, terus sahaja dia
mengikut pasangan itu dari jauh.
“Kan
panas harini, minum panas pulak?” Rashid menyoal Nur Ayla yang masih sibuk
membelek menu biarpun mereka sudah membuat pesanan.
“Perut
ni kosong, minum air ajekan tadi. Saya memang suka minum yang panas-panas kalau
perut kosong.”
“Iye
ke? Kenapa saya tak tahu?”
“Sebab…
rasanya ni kali pertama kita keluar macam ni kan?” Balas Nur Ayla. Rashid
mencebik, dia berfikir dan kemudian mengangguk.
“Kan…
kita hanya kenal untuk kahwin selama seminggu. Dan, kita terpisah kemudiannya.”
“Tak
ada jodoh.” Nur Ayla menjungkit bahunya dengan senyuman nipis. Rashid menghela
nafasnya. Tubuh dipeluk kedua-dua tangannya. Mata memandang terus ke arah Nur
Ayla.
“Betul
dah move on? Tak ada dah rasa sayang dekat saya?”
“Iye
dah move on, nak buat apa lagi…”
“Betul?”
“Terpulanglah
nak percaya ke tak.” Nur Ayla membalas tak teragak. Rashid meraup wajahnya.
“Saya
sayang awak, sama… sayang yang masih sama.”
“Hari
ni dah berapa haribulan, erm… dah nak masuk tahun lain dah pun. Sudah-sudahlah
Encik Rashid.”
“Haa
jangan mengada nak berencik-encik dengan saya eh. No, never…”
“Lahhh
kenapa? Encik Rashid?” Nur Ayla mengusik.
“Janganlah,
dah la awak jauhkan diri awak dari saya, bila macam tu, nanti lagi jauh.”
“Alah
Encik Rashid ni, semua tak boleh.”
“Ayla,
no.”
“Encik
Rashid…” Nur Ayla ketawa, sesekali dia menekup mulutnya kerana ketawa tak
berhenti. Rashid pula bersungguh-sungguh mencuba dan mencuba.
“Wow,
happy couple…” Suara itu mematikan ketawa mereka berdua. Nur Ayla melarikan
pandangan. Diana, masih teringat kata-kata pedih Diana buat dia suatu ketika
dulu sebelum dia tekad membina hidup baru, jauh dari Rashid dan segala-galanya.
“Apa
you buat dekat sini?” Rashid sudah berdiri tegak.
“What?
You yang buat apa dengan perempuan ni? You tahukan dia ni perempuan macam mana?
Kalau mama tahu ni, mau sakit jantung dia.” Diana seakan mengugut Rashid.
“Perempuan
apanya? She is Ayla.”
“Perempuan
rosak. Tu kan? Hey perempuan, bukan aku dah cakap ke kau ni tak layak pun untuk
mana-mana lelaki sebab taraf kau dah sama macam pelacur!” Diana bersuara
perlahan tapi dekat di telinga Nur Ayla. Ayla menggenggam tangannya kuat
menahan marah. Rashid bengang, Diana ditarik menjauhi Nur Ayla.
“You
jangan sibuk dekat sini boleh tak? Just go.” Rashid terketar-ketar menahan
marah, rahangnya kelihatan diketap kuat.
“Okay,
I’ll go but this is right for her!” Diana mengangkat cawan yang berisi teh
hijau yang masih berasap itu dan terus menyimbah ke muka Nur Ayla. Terjerit Nur
Ayla menahan sakit dek air panas yang mengena tepat wajahnya. Rashid cuba
menghalang tetapi tidak sempat, Diana terus berlalu pergi tanpa rasa bersalah
meninggalkan Nur Ayla yang sudah terketar-ketar menahan kepedihan yang terasa.
“Ya
Allah Ayla…” Rashid sudah hilang arah mahu membantu Nur Ayla. Nur Ayla yang
terkapai-kapai sakit terus mencapai tangan Rashid yang cuba membantunya ketika
itu dan terus sahaja Ayla memegang tangan Rashid dan menggenggamnya kuat.
“Sakit
awak…” Nur Ayla merintih dengan sebelahnya menekap-nekap muka. Rashid mengambil
napkin dan meminta pelayan di situ membawa air berais secepatnya. Mujurlah ada
staff yang memerhati kejadian itu, laju membawa semangkuk air berais kepada
Rashid. Rashid kemudian merendamkan napkin tersebut dan terus menekap ke wajah
Nur Ayla yang sudah memerah.
“Sakit…”
Nur Ayla merintih lagi setiap kali Rashid menekap napkin itu ke wajahnya. Mujur
sahaja air panas itu hanya mengena sebelah muka, kalau tidak, tak tahu apa akan
jadi.
“Sorry-sorry,
awak pegang napkin ni. Kita pergi emergency ya.” Nur Ayla hanya mengangguk
sahaja. Air mata dek sakit dan sedih masih setia mengalir. Selepas menyelesaikan
semua bil makanan mereka yang belum sempat dijamah, Rashid segera memimpin Nur
Ayla keluar dari situ. Rashid tekad, selepas ini memang Diana akan terus
dipadam dalam sejarah hidupnya dan mama Long tak akan ada lagi alasan untuk
menghalang dia dan Ayla untuk bersama.
“Mujur
tak melecur, kalau tak huduhlah saya.” Ujar Nur Ayla sebaik keluar dari
Poliklinik berhampiran Aeon Stesen 18. Doktor hanya meletakkan gel bagi
menyejukkan kesan air panas yang mengena wajah. Darjah kelecuran bukanlah pada
tahap bahaya. Sebab itu wajahnya hanya memerah dan pedih.
“Mujurlah,
kalau tak memang Diana tu masuk jel.” Rashid membentak, marah.
“Terima
kasih.” Ujar Nur Ayla dengan wajah yang masih merah dan penuh gel.
“Dah
kenapa terima kasih? Perli saya ke apa?”
“Lahh
pulak. Terima kasihlah, marah Diana bagi pihak saya.” Ujar Nur Ayla. Rashid
menghela nafas perlahan.
“Ni
dah maafkan dia ke apa ni?”
“Taklah,
malas fikir. Ni tengok ni, baru jumpa and makan sama-sama dah kena curah air
panas. Bayangkan kalau kita kahwin, entah-entah kena asid apa.” Nur Ayla
menempelak dengan niat mengusik lelaki di depannya ketika itu. Rashid berdecit.
“Lepas
ni, memang dia tak akan berani muncul depan awak dah. Dengan mama Long sekali
tak akan muncul depan awak. Dah settle dua-dua tu.” Rashid bersuara, kedengaran
penuh marah. Nur Ayla masih terukir senyumannya dengan kening yang berkerut.
“Amboi,
tekad sangat tu… dah lah, saya ni dari lapar sampai dah rasa kenyang dah. Saya
nak baliklah. Letih sangat.” Ujar Nur Ayla. Rashid hanya menurut, tangan
dihulurkan kepada Nur Ayla. Nur Ayla memandang tangan yang dihulurkan dan
kemudian memandang ke arah Rashid.
“Dah
kenapa ni?” Ujar Nur Ayla.
“Eh,
tadi kuat awak pegang tangan saya nak datang sini, balik tak nak dah.” Jawapan
yang membuatkan Nur Ayla tergamam dan mula terasa bahang mukanya. Nak merah dah
memang merah sangat dah.
“Ishhh
tadi saya sakit.” Jawab Ayla menahan malu yang menerpa.
“Ooo
kalau sakit kira pass lah?” Rashid kembali mengusik.
“Awak…”
Nur Ayla mengacah mahu menampar lengan Rashid tapi dalam keadaan menahan malu
diusik begitu.
“Ayla…
Rashid…” Keloi Puan Ruhil dari jauh, dia sudah pun berjalan laju hampir berlari-lari
anak ke arah Rashid dan Nur Ayla bersama-sama Encik Rahmat.
“Awak
bagitau mama awak ke?” Soal Nur Ayla.
“Tadi
saya dah cakap, semua dah settled.”Ayla terlopong.
“Ya
Allah, tengok ni abang muka Ayla… merah macam udang kena bakar. Terok betul perangai
si Diana ni. Ish… kita buat police report aje lah macam ni.” Puan Ruhil sudah
membebel marah.
“Eh
tak payahlah makcik, okay dah.” Ujar Nur Ayla, sungguh dia memang marah dan
bengang tapi malas nak panjang cerita.
“Baik
sangat kamu ni Ayla. Memang betul apa makcik cakap, kita buat laporan polis.
Bukan apa, kalau-kalau dia berani datang depan Ayla lagi nanti macam mana?”
Encik Rahmat seakan menyokong apa yang dikatakan isterinya.
“Tak
payahlah kut…” Ujar Nur Ayla kemudian memandang Rashid memohon lelaki itu
menyokong dirinya. Rashid yang sedar terus sahaja bersuara.
“Tak
apa mama papa, Rashid dah call mama Long. Siap gambar Ayla tadi, Rashid dah
hantar. insyaAllah Diana atau mama Long memang tak akan masuk campur dah hal
Rashid dengan Ayla.” Terang Rashid panjang lebar.
“Wah,
dah jadi hal Rashid dengan Ayla?” Puan Ruhil mencuit Encik Rahmat, mengusik Nur
Ayla dan Rashid. Nur Ayla yang perasan cepat-cepat menidakkan.
“Eh
makcik pakcik jangan anggap lain, saya dengan Rashid hanya bincangkan apa yang
patut aje. Mungkin haritu, kami habiskan dengan situasi yang tak elokkan, jadi
harini kami habiskan sebaik-baiknya.” Nur Ayla cuba membetulkan keadaan. Rashid
hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Puan Ruhil dan Encik Rahmat hanya
tersenyum sesama mereka.
“Tak
apalah, jom… datang rumah makcik. Husna pun ada tu dengan Ruhaila. Dapat tau
aje tadi pasal Ayla, makcik suruh diorang terus ke rumah dulu. Jom? Rashid
bawak Ayla balik rumah kita.” Nur Ayla sudah hilang kata.
“Mama
Papa balik dulu, kita jumpa dengan rumah. Jangan melencong ke lain pulak.”
Pesan Encik Rahmat sebelum berlalu pergi.
“Nampaknya,
tak terlepas dah awak ni dari saya.” Ujar Rashid dengan bangga. Nur Ayla
menjungkit hujung bibir.
“Perasan
sangat. Dah la, cepatlah.”
“Aik
dah tak sabar nak jumpa bakal mertua?” Rashid cuba mengusik Nur Ayla.
“Taklah.
Cepat selesai harini cepatlah selesai kita.” Balas Nur Ayla bersahaja.
“Tekad
ye?” Nur Ayla menjungkit bahu dan terus menapak ea rah kereta Rashid. Rashid
hanya ketawa kecil sahaja sebelum menapak laju ea rah Nur Ayla yang sudah
berada di keretanya. Dalam hati, Rashid tekad untuk memenangi semula hati Nur
Ayla. Walau sekeras mana pun hati Nur Ayla ketika ini, akan dicari apa sahaja
cara untuk kembali memenangi gadis itu semula. Kembali bercinta seperti
sebelumnya.
No comments:
Post a Comment