BAB
12
Bunyi
mesin menyedarkan Nur Ayla dari lelap yang panjang. Perit di tangan dan dahi
membuatkan Nur Ayla membuka mata dan memandang tangannya yang berbalut jarum
terus sahaja membuat Ayla memandang sekitarnya. Husna yang baru sahaja masuk ke
bilik yang menempatkan Nur Ayla menyedari Ayla sudah sedar dari lenanya.
“Akak
dah sedar… nak air?” Laju sahaja tangannya menuang segelas air untuk Nur Ayla
sebelum membantu Ayla untuk bangun dan minum.
“Berapa
lama akak tak sedar?” soal Nur Ayla dengan suara yang perlahan.
“Sekarang
dah maghrib kak, lama juga tu. Terkejut Husna tadi bila Ila call akak pengsan
tepi jalan.”
“Tepi
jalan?”
“Aah,
Ila kata akak nak ke klinik sebab sakit kepala, sekali abang Ila call Ila
bagitau akak pengsan.”
“Haa
betullah, akak sakit kepala sangat. Lepas tu tak tau dah apa. Lost.”
“Mujurlah
kebetulan abang Ila tu lalu situ nak jumpa si Ila. Kalau orang lain tak tahu la
kak. Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah.
Ila mana?”
“Lepas
dia hantar akak dengan abang dia tadi, dia balik dulu nak tutup kedai.”
“Akak
mintak maaf sangat, dah susahkan Ila dengan Husna… tak pasal-pasal abang si Ila
tu pun dah akak susahkan.” Nur Ayla terasa ralat.
“Tak
ada apalah kak. Saya dengan Ila aje yang akak ada kan sekarang? Kami sayang
akak dah macam kakak sendiri tau. Jangan fikir sangat. Rest.”
“Husna
ada jumpa abang Ila?”
“Ada,
jumpa tadi. Memang peminat setia cheesetart akak.”
“Husna
kenai ka?”
“Dulu
Ila kata saya akan kenal kalua jumpa abang dia tu. Memang kenal sangat, selalu
aje datang kedai akak dekat Meru tu.”
“Ya?
Tak perasan pulak ya siapa yang kerap datang. Next time akak nak kenai
betul-betul regular customer kita.”
“Alahhh
akak pun akan kenal sangatlah.”
“Iya?”
Husna mengangguk dengan senyum penuh makna.
“Akak
rest tau. Doktor kata akak tak cukup tidur dan stress. Kenapa kak?”
“Semalam
akak memang tak dapat nak tidur. Ingat tak akak cerita minggu lepas akak dengar
macam ada orang dekat tingkap bilik akak.”
“Ada
lagi ke?”
“Ada,
boleh kata setiap malam. Malam tadi macam nak masuk rumah ja. Akak takut
sangat, sampai nak tidur pun tak boleh. Sebab tu kut sampai jadi macam ni.” Nur
Ayla mengeluh perlahan.
“Kita
buat police report ya lepas akak discharged?”
“Tapi
polis layan ke? Tak ada bukti orang ke apa ke…”
“Kita
buat aje, nanti peronda akan selalu ronda kawasan tu, so kalau betul orang akan
takutlah dia. Kalau bukan orang, kita baca Yassin aje nanti. Boleh?” Husna
kedengaran tegas. Nur Ayla mengangguk perlahan.
“Akak
rest, pucat sangat dah tu. Husna nak keluar kejap, nanti Husna datang balik.
Akak nak apa-apa tak?”
“Tak
ada apa. Akak nak tidur aje. Rasa letih sangat.”
“Okay,
ambik masa ni rest puas-puas.” Husna kemudian melangkah keluar dari bilik
membiarkan Nur Ayla berehat.
“Ayla
dah sedar?” Suara itu terus sahaja menyapa sebaik sahaja Husna menapak keluar.
Mungkin sedari tadi sudah menanti di depan bilik ini, Husna mengagak sendiri.
“Alhamdulillah.
Nurse dah check tadi, just kena rehat aje.”
“Alhamdulillah.
Ni Husna tak teman kak Ayla?” Soal Rashid, riak wajah penuh gusar.
“Teman.
Nak beli barang sikit untuk kak Ayla and Husna nak call mak sekali.”
“Boleh
abang jumpa kak Ayla? Sekejap aje.” Rashid meminta izin. Sangat, sangat mahu
berada dekat dengan Ayla ketika ini.
“Husna
rasa belum masanya kut. Kak Ayla letih lagi tu. Baru sedar aje kan.”
“Tak
apalah macam tu, mungkin nanti kan.” Husna mengangguk. Rashid beriak kecewa.
“InsyaAllah.
Mungkin nanti.”
“Kak
Ayla masih… Husna fahamkan keadaan kami…” Rashid teragak-agak untuk meneruskan.
Husna menggeleng perlahan.
“She’s
recovered. Slowly tapi Alhamdulillah, semakin okay. Apa yang jadi harini bukan
sebab abang. Jangan risau, sebab lain.” Terang Husna, tidak mahu Rashid
menyalah diri sendiri. Lagi pula Husna mahu Rashid tahu Nur Ayla kuat dan kisah
mereka itu telah lama berlalu. Sudah hampir setahun.
“Sebab
apa?”
“Kurang
rehat dan stress. Faham kut, kedai kedua baru 2 bulan lebih bukak kan. Banyak
benda nak handle.”
“Kalau
macam tu tak apalah, abang balik dulu. Apa-apa boleh Husna bagitau Ila?” Husna
hanya sekadar mengangguk sahaja.
“Abang
jangan risau, Husna jaga kak Ayla sebaik-baiknya, insyaAllah.” Ujar Husna
sebelum Rashid melangkah untuk pergi.
“Terima
kasih Husna. Abang mintak maaf, gagal pegang janji abang dengan Husna untuk tak
kecewakan kak Ayla. Abang…”
“Kalau
masih ada rasa sayang untuk kak Ayla, kejar. Kalau tak, jangan muncul lagi
depan kak Ayla. Husna tak nak kak Ayla serba salah dan akhirnya dia menangis
sendiri.” Husna memberi pesan tapi dengar tegas dan jelas. Rashid diam,
kemudian mengangguk dan terus melangkah pergi.
Husna
mengeluh perlahan. Bukan hendak mencampuri urusan kedua-duanya tetapi dia
menjadi saksi betapa terlukanya Ayla dengan apa yang berlaku. Dia sendiri saksi
gadis itu menangis setiap malam seperti tiada kesudahan. Oleh sebab itu, dia
tidak mahu Nur Ayla kecewa dan menangis lagi.
Ruhaila
mundar mandir di depan rumahnya. Resah dan gelisah. Mama hanya menggeleng
sahaja.
“Kejap
lagi baliklah abang kamu tu. Duduk sini dengan mama” Suara mama yang sudah
penat melihat kelakuan Ruhaila. Ruhaila mengeluh kuat.
“Risaulah.
Kak Husna pun tak ada mesej apa lagi. Okay ke tak okay ke?” Luah Ruhaila.
“Iye
tahu. insyaAllah semua okay. Doa yang baik baik.” Ujar Mama. Ketika itu kereta Rashid
memasuki ruang garaj rumah. Ruhaila bingkas bangun dan menanti Rashid
menghampiri mereka.
“Macam
dengan kak Ayla?” Soal Ruhaila sebaik sahaja Rashid memberi salam. Mama
menggeleng.
“Alhamdulillah.
Dah sedar sebelum abang balik tadi.” Ruhaila menghela nafas dan rasa syukurnya.
“Abang
jumpa kak Ayla?” Ruhaila menyoal lagi, Rashid menggeleng perlahan.
“Ila
biar abang rehat dulu ya.” Celah mama, memandang suram wajah Rashid ketika
disoal Ruhaila bertalu-talu.
“Rashid
naik bilik dulu mama…” Rashid terus melangkah ke biliknya. Ruhaila hanya
memandang dan kemudian kembali melabuh duduk.
“Kut
iye pun, bagilah abang tu duduk dulu ke.”
“Ila
risau aje.”
“Tahu
tapi tengok muka abang tu. Mesti dia lagi risau, lepas kecewa tak dapat nak
jumpa Ayla. Dah 11 bulan kan sejak kejadian dulu tu.” Ujar mama agak tegas.
“Iye
tahu, Ila ingat. Dah mama papa diam aje bila mama Long masuk campur urusan
abang. Kalau mama papa tegas, berdiri belakang abang, Ila rasa sekarang mama
tengah cucu mama keluar tengok dunia.” Ruhaila seakan membidas. Mama berdecit,
tangannya diangkat mengagah untuk menampar. Ruhaila mencebik bibir.
“Mama
ni tak naklah ulang apa mama pernah buat dekat mama Long kamu tu. Mama dulu nak
kahwin dengan papa pun mama Long halang. Tapi tengoklah sampai sekarang mama
Long tu suka aje perli-perli mama. Mama rasa nak balas tapi mama dengan papa
bahagia, bahagia dengan cara kami.”
“Kak
Ayla bukan macam mama. Dia tegas dalam cara dia tapi bila ada kena mengena
dengan orang lain, dia memang tak akan bersuara pun. Ila tak rasa kak Ayla akan
fight untuk abang.”
“Perasaan
untuk fight apa yang kita nak ni, datang dalam dua hala. Kenapa mama berani?
Sebab papa pun fight untuk bersama mama. Abang Rashid? He chooses to obey and
follow.”
“Tapi
mama papa yang minta abang tak buat chaos, nak diam-diam dulu.” Ruhaila
membalas. Mama cuma diam dan senyum pahit.
“Terpaksa
bila mama Long dah mula kaitkan sikap mama dengan apa yang berlaku. Dan apa
yang bekas tunang kak Ayla cakap masa tu….”
“Ila
yakin sangat semua tu fitnah.”
“Ya
mungkin fitnah tapi takada siapa tahu apa yang berlaku, dan Ayla hanya diamkan
sahaja semuanya.”
“Jadi
kita kena percaya apa bekas tunang kak Ayla cakap tu?”
“Mama
pun tak tahu Ila.”
“Kita
kena tolong abang selesaikan, kalua tidak sampai bila nak tengok abang macam
tu? Kak Ayla pun, masih lagi pendam rasa.”
“Kita
tak boleh nak masuk campur, ini hal diorang berdua. Kita biarkan diorang
tentukan.” Papa mencelah, entah bila papa datang menghampiri.
“Tapi
mama papa kena bagi sokongan, bukan halang.”
“InsyaAllah,
nanti papa akan cakap dengan abang tapi sebelum tu… papa dengan mama nak jumpa
Nur Ayla dulu.” Ujar papa dan kemudian terus melangkah pergi. Ruhaila dan mama
saling berpandangan, tak tahu kenapa dan mengapa papa mahu bertemu dengan Nur
Ayla.
No comments:
Post a Comment