Saturday, February 13, 2021

MINI NOVEL 2020 : MUZIKAL CINTA 11

 



BAB 11

Ayla menghempas badan yang sudah terasa amat keletihan dengan pembukaan hari pertama kafe keduanya. Tidak disangka, sambutan hari pertama amat menggalakkan. Habis semua jualannya hari ini. Senyuman terukir di bibir. Gembira dan terasa puas.

Telefon yang berbunyi menandakan ada mesej yang diterima, diambil.

“Dia tahu.” Bisik hati Nur Ayla saat mesej yang diterima dibaca.

+ Tahniah. Semoga terus sukses.+

Nur Ayla tidak membalas, telefon diletakkan semula dengan helaan nafas yang lemah. Fikirannya kosong. Tiada apa yang hendak difikirkan. Lelaki itu atau apa sahaja yang pernah berlaku, Ayla telah kosongkan semuanya. Tipulah kalau tak ingat, Ayla sedar dia adalah selemah-lemah manusia. Semua itu dikosongkan dengan tidak fikir atau cuba fikir. Segalanya ditinggalkan di belakang. Menjadi sebuah sejarah.

Ayla bangkit dari pembaringan. Tuala diambil, melangkah membersihkan diri dan bersihkan segala yang cuba untuk kembali dalam fikirannya.

“Kalau suatu hari nanti abang Rashid datang sini, jumpa akak dan nak kembali menjadi yang istimewa untuk akak, macam mana?” Soalan Husna yang dibiarkan tanpa jawapan. Sekadar renungan kosong. Bahu diangkat perlahan. Benar, dia sendiri tidak tahu apa yang patut dikatakan. Bagi Ayla, untuk kembali membuka hati adalah dengan menoreh luka yang ada dan masih merah. Pedih.

“Kalau dia datang, akak okey?” Soal Husna

“Sampai bila dan sampai mana akak boleh lari?” Husna tersenyum dengan jawapan Ayla.

“Akak kuat.”

“Sebab Husna bantu akak untuk kuat.”

“Husna sayang akak, lillahitaala.”

“Kak Ayla pun sayang Husna lillahitaala.”

Ruhaila melabuh duduk di sebelah mama dan papa yang kusyuk menonton buletin. Ruhaila memandang mama dan papa berselang seli. Mama membalas pandangan dan menggeleng.

“Bukan mama tak suka, tak benci pun. Mama pun tak halang. Cuma mama nak tahu cerita sebenarnya. Mama curiga.”

“Kan adik dah cerita. Kak Ayla bukan perempuan bukan-bukan.”

“Papa dengan mama tau. Tapi saudara kita yang lain faham ke, tambah mama long kamu tu. Papa ni malas dengar orang bising-bising dan cakap yang menyakitkan hati.” Papa mencelah. Ruhaila mengeluh perlahan.

“Habis tu, papa dan mama nak biar abang Rashid terus macam tu. Pendam rasa hati dia demi kita yang tak boleh terima orang yang dicinta?”

“Bukan macam tu adik… kita biarkan dulu boleh hal ni?” Pinta Mama. Papa memandang, dalam hati minta yang sama. Ruhaila mengangguk sahaja.

“Kalau itu yang mama papa nak, adik tak boleh nak buat apa. Tapi izinkan adik dekat dengan Kak Ayla. Biarlah untuk sekejap, adik nak kenal wanita yang berjaya menang hati abang.” Mama dan papa mengangguk faham.

 

Ruhaila melangkah ke atas, berselisih dengan Rashid yang segak dalam baju melayunya.

“Baru balik?”

“Aah banyak kerja dekat kafe. Abang, ada favourite abang dalam peti. Makan bagi habis. Adik naik dulu.” laju sahaja Ruhaila melangkah ke bilik. Rashid mengangguk dan terus menghala ke peti sejuk mencari ‘favourite’nya itu. Masih tertanya apa bendanya?

“Wah cheesetart.” bisik Rashid sendiri. Laju sahaja tangannya mengambil dan duduk di meja makan. Tak buang masa, sebiji cheesetart terus digigit perlahan. Keningnya bertaut, terus memasukkan baki cheesetart ke dalam mulut. Perlahan sahaja kunyahannya. Sebiji cheesetart diambil lagi. Kaki laju melangkah ke bilik Ruhaila.

“Adik, keluar kejap.” Teriak Rashid setelah mengetuk pintu bilik Ruhaila.

“Malas, nak solat pulak ni.” Ruhaila membalas dari dalam biliknya.

“Alahhh sekejap aje. Ni, cheesetart ni adik beli mana?”

“Orangkan kerja dekat kafe, boss bagi tadi.”

“Adik kau kerja kafe mana?”

“Orang nak solat ni…”

“Adik, kau keluarlah kejap.” Gesa Rashid tapi Ruhaila sudah tidak membalas. Rashid berdecit. Kaki kembali melangkah ke bawah.

“Dah kenapa bertempik kat atas tu?” Soal mama sebaik sahaja Rashid melabuh duduk di ruang tamu.

“Ma, adik kerja kafe mana?” soal Rashid sambil matanya kecil-kecil membelek cheesetart di tangannya.

“Kafe bakery baru bukak dekat D-Hotel tu.” Ujar mama yang memandang pelik perlakuan Rashid.

“Udah kenapa dibelek macam tu cheesetart tu?”

“Macam Ayla punya.” jawab Rashid dan terus cheesetart itu selamat masuk ke mulutnya.

“Kebetulan kut. Jangan dicari pulak boss adik tu. Ingat Mama Long kamu pesan apa?” Papa yang masih setia di depan televisyen mencelah.

“Ingat papa. Clear and save, here…” Rashid menunjuk ke arah kepalanya.

“Papa dan mama tak nak any chaos… biar semua tenang dulu ya?” Papa bersuara lagi. Rashid memandang papanya, pandangan kosong.

“Rashid faham pa… and esok mama long dah set another date for me. And again with Diana. I hate that girl.” Rashid meraup wajahnya.

“Kalau tak suka, bagitau mama long. Ni diam aje.” Mama membalas.

“Dah beribu, berjuta kali Rashid bagitau. And the answer is, kalau Ayla muda yang Rashid pilih why not Diana? Two different girls with the same age.”

“Macam nilah, Rashid pergi aje dulu esok. Nanti mama jumpa mama long. Mama tak suka tengok anak mama macam ni.” Ujar mama.

“Berani awak nak jumpa kak long?”

“Seberani saya masa nak kahwin dengan awak dulu.” Jeling tajam mama kepada papa yang menelan liur. Kisah mereka dulu hampir sama dengan Rashid, bezanya tiada keluarga yang menjadi punca atau orang ketiga, hanya Zurinah, Kak Long yang overprotected!

“Wow… jelingan mama…” Rashid ketawa dan terus bangun membiarkan mama dan papa Kembali menjengah kisah cinta mereka dahulu kala. Rashid kadang kala terasa sunyi dalam hatinya apabila melihat kemesraan dan cinta yang ada di antara mama dan papa. Tak pernah lekang dari doanya, cinta yang sama untuk dirinya. Cinta yang seterang bulan purnama. Cinta Ayla. Rashid terus berharap hari itu akan menjengah akhirnya. Rindu untuk Kembali berdepan dengan Ayla sudah amat tebal. Terkadang terasa tidak mampu lagi dibendung. Rashid hanya mampu memandang dari jauh. Hanya itu yang mampu dilakukan ketika ini.

 

 

 

Nur Ayla memecit kepalanya yang terasa amat berat. Malam tadi, kejadian yang sama berulang lagi. Terasa ada sesuatu atau seseorang yang mengganggu dirinya beberapa minggu ini. Malam tadi amat menakutkan buat dia, sehingga dia tak dapat hendak lelapkan matanya. Dan pagi ini kesannya terasa. Kepala terasa amat berat dan sakit sekali.

“Kak Ayla okay ke tak?” Ruhaila yang baru tiba menghampiri Nur Ayla yang menunduk di sinki.

“Sakit sangat kepala akak ni.”

“Dah makan ubat?”

“Dah, awal pagi tadi akak dah makan, tapi tak lega-lega. Makin sakit pulak rasanya.”

“Akak pergi klinik lah kut. Bahaya biar lama-lama.” Ruhaila memberi nasihat.

“Itulah akak pun fikir macam tu, tapi kafe’ ni… akak tak sedia apa-apa lagi untuk harini. Dari awal pagi akak sakit kepala.”

“Kita tutup dulu harini, tak pun kita habiskan apa yang ada. Saya akan uruskan. Akak pergi dapatkan rawatan dulu.” Ayla mengangguk sahaja.

“Terima kasih Ila. Sorry sangat untuk harini.”

“Tak ada apalah, jangan fikir apa-apa. Jumpa doctor dulu. Yang lain-lain Ila uruskan.”

Nur Ayla mengambil beg tangan dan terus melangkah keluar dengan kepala yang berdenyut kuat. Klinik yang terhampir hanya dua blok dari kafe’. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah klinik berdekatan. Kepala yang terasa berat dan berdenyut semakin kuat membuatkan langkahnya tidak stabil. Terhuyung-hayang kiri ke kanan.

Beberapa Langkah kemudian, Nur Ayla semakin rasa tidak stabil. Kepalanya rasa seakan dihempap batu besar. Pandangan matanya kian kabur dan kelam. Mencari sesuatu untuk berpaut, tetapi gagal. Nur Ayla rebah. Di telinga hanya kedengaran suara yang menyoal sesuatu namun selepas itu tiada apa yang kedengaran hanya desingan kuat sehinggalah dia tidak sedar aka napa sahaja yang berlaku kepada dirinya.

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders