Bab 10
Andai diteruskan lagi kehidupan ini, apakah mungkin
bahagia itu akan jadi milikku? Andai aku tamatkan hidup aku hari ini, apakah
Allah akan tetap sayang aku seperti selalunya? Izinkah Allah atas apa yang akan
aku lakukan ini?
Kereta dihentikan di pinggir jalan. Nur Ayla menyembam
muka ke atas stereng kereta. Dihamburkan tangisannya. Bersungguh-sungguh dia
menangis. Membuang segala yang ada di dalam hatinya.
“Kenapa aku diuji begini sekali ya Allah…. kenapa?”
Nur Ayla merintih. Tubuh disandar perlahan. Air mata yang lencun di wajah dilap
dengan tangannya. Bibir yang bergetar mula digerakkan dengan istighfar,
berulang-ulang.
“Laillahailla Anta Subhanaka-inni Kuntum
Minnazzalimi…” Sungguh Ya Allah, sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri.
Berulang kali Nur Ayla membisikkan zikir azimat itu bagi menenangkan golakan
jiwanya. Tangisannya beransur reda. Fikirannya kembali tenang. Segala kekusutan
yang dirasainya sebentar seakan telah terbang pergi. Nur Ayla memandang terus
ke depan. Kereta yang lalu lalang menyedarkan kembali dia kepada dunia sebenar.
Nur Ayla mengucap panjang.
Hampir sahaja dia membuat sesuatu yang bodoh, sesuatu
yang bakal disesali seumur hidupnya atau sesuatu yang menghumban diri sendiri
ke tempat paling ditakuti semua manusia. Allahuakbar!
Nur Ayla mengambil telefon bimbit di ribanya. Nombor
Rashid dicari.
“Jadi, ini akhirnya kita?” Nur Ayla menekan butang
hantar. Nur Ayla membetulkan kedudukannya, ingin memulakan semula pemanduannya.
Pulang, bukan ke rumah mak atau ayah tetapi ke rumahnya di Ipoh. Biarlah mak
dan ayah dengan apa sahaja yang mereka hendak percaya, Nur Ayla mahu mencari
tenang, mahu mencari arah ke mana harus dia bawa dirinya selepas ini. Telefon
berbunyi.
“Akhirnya kita adalah berdua. Tunggu, saya akan
kembali.” Nur Ayla menghela nafas perlahan. Haruskah dia yakinkan
dirinya untuk Rashid atau yakinkan diri untuk hanya sendiri sehinggalah sampai
suatu waktu yang mungkin diizinkan dia berkongsi rasa dengan seseorang?
Nur Ayla tidak membalas. Pemanduan diteruskan. Nur
Ayla menetapkan hatinya. Dia harus sendiri untuk masa ini. Yang datang adalah
seperti hujan yang menyejukkan atau matahari yang memberi panas. Apa sahaja
yang datang kerana izin Yang Maha Esa, terima dan teruskan. Allah sentiasa ada
untuk hamba-hambaNya.
10
bulan kemudian …
Husna
menyusun kerusi dan meja mengikut perancangan mereka. Esok adalah hari
pembukaan Cafe’ Bakery milik Nur Ayla. Kafe kedua miliknya. Jauh sedikit dari
kafe pertama yang akan diuruskan oleh Husna, memandangkan rumah Husna dekat
dengan kafe tersebut. Cafe’ Bakery kedua ini akan diuruskan oleh Nur Ayla
sendiri. Lokasi yang agak jauh tetapi kawasan yang lebih terbuka dengan
pelanggan yang lebih ramai, mungkin. Nur Ayla telah membeli rumah kedai ini,
jauh ke Seri Iskandar. Membawa haluan baru dalam kerjayanya.
“Husna,
mana pembantu kedai yang Husna bagitau akak tu. Dah jam berapa ni tak sampai
lagi?” Soal Ayla sambil mengelap meja kaunter. Husna meninjau ke luar kedai.
“Dia
ada mesej tadi, lewat sikit, kelas yang mulanya batal tapi tiba-tiba jadi
pulak. Dalam pukul 11 kejap lagi dia datang.”
“Student
UiTM ke?” Soal Nur Ayla.
“Haah
kak, student UiTM. Nanti akak kena tengok jadual kelas dia, senang akak nak
manage waktu kerja dia.” Ujar Husna yang lebih pakar dalam merekrut pekerja
baharu untuk Ayla. Nur Ayla sekadar mengangguk kepala sambil meneruskan
kerja-kerjanya.
Selepas
beberapa ketika Nur Ayla dan Husna sibuk mengemas kafe yang bakal diperkenalkan
kepada umum esok, seseorang menjengah masuk ke dalam kafe.
“Assalamualaikum.
Saya Ruhaila, yang minta kerja sini.” terus sahaja salam diberikan sebaik
melihat Ayla dan Husna memandang ke arahnya.
“Waalaikumussalam.
Haa, sampai pun. Marilah, duduk sini dulu, kita berkenalan.” Ujar Ayla, Husna
mengangguk kepala sedikit dan turut mengambil tempat. Ruhaila melangkah
menghampiri.
“Maaflah
kak, saya ada kelas pulak tadi. Semalam lecturer kata kelas batal sebab tu saya
kata pukul 8 saya datang.”
“Tak
apa, ada bawak tak jadual kelas?” Husna membalas. Ruhaila membuka beg galasnya
dan mengambil jadual kelas yang siap dibuat salinan. Nur Ayla yang selesai
menghidang air dan beberapa biji ‘curry puff’ menyambut huluran kertas
tersebut.
“Jemput
makan Ruhaila, cuba rasa the best ‘curry puff’ di Ipoh.” Husna juga tak tunggu
lama, terus sebiji ‘curry puff’ dijamah. Ruhaila yang melihat Husna begitu
asyik menikmati ‘curry puff’ terus mengambil dan turut cuba menikmati kelazatan
yang dimaksudkan.
“Wow…
pastrinya… lembut, rapuh… inti dia.. wow…” Ruhaila terus memberi komen tanpa
diminta. Nur Ayla sekadar mencebik dan tersenyum.
“Nak
extra kredit ke ni? Tinggi memuji…” Ruhaila menggeleng laju.
“No…
before this, abang saya kata cheesetart kak Ayla yang the best in the world
sampai sebiji pun tak merasa saya. Ni, kalau dia rasa, ya Allah mesti borong
setiap hari. No wonder….”
“Abang?
Siapa?” Nur Ayla berkerut kening. Ruhaila terus diam, kunyahannya perlahan,
semakin perlahan.
“Oh,
abang saya, saya ada abang. Bila saya bagitau saya apply kerja kafe akak, dia
kata dia pernah makan cheesetart akak.” Ruhaila membalas laju, selaju otaknya
memproses jawapan selamat. Mujur!
“Oooo
yeke. Tak adalah sampai in the world. Tapi kalau ya, Alhamdulillah. Moga moga
kafe kita, dua-dua branch maju jaya. Aamin.” Nur Ayla membalas tanpa sebarang
syak wasangka lain. Hanya ingin tahu.
“Ruhaila
tak banyak kelas ya?”
“Panggil
saya Ila je kak. Saya dah semester akhir. Sibuk tesis aje.”
“Jadi,
Ila nak kerja pukul berapa sampai pukul berapa?” Nur Ayla mahu memudahkan
memandangkan Ruhaila masih belajar.
“Hari
saya kelas saya datang pukul 1 sampai kedai tutup. Hari tak ada kelas saya
datang pagi sampai kedai tutup. Boleh?”
“Akak
okay aje. Kedai akak tutup jam 9 malam tau. Boleh ke ulang-alik malam?” Ujar
Nur Ayla.
“Okay
je kak, saya ada skuter.” Balas Ruhaila sambil menunjuk ke luar kedai.
“Okaylah
macam tu. Lagi satu, gaji nak bulanan atau harian?”
“Bulanan
kak, nanti kak bagi hari-hari takdan simpan, hari-hari habis.” Ruhaila ketawa
kecil, Husna dan Ayla turut ketawa.
“Kak
Husna tak kerja sini?” Ujar Ruhaila sewaktu membantu menyiapkan persiapan akhir
sebelum pembukaan esok.
“Tak,
akak kena jaga kafe dekat Meru. Ila nanti tengok-tengokkan kak Ayla untuk akak
ye, apa-apa sahaja yang nampak tak kena, terus Ila mesej akak tau.” Ujar Husna
agak berbisik, matanya memandang ke arah Ayla yang sudah sibuk di belakang kafe
menyiapkan bahan-bahan untuk kek, tart dan lain-lain yang akan diperkenalkan
esok.
“Kenapa
kak? Kak Ayla ada masalah ke?” Ujar Ruhaila, ada kerutan di dahi.
“Taklah,
kak Ayla tak ada kawan, ada akak aje. Incase Ila nampak dia tak macam dia,
bagitau akak.”
“Tak
macam dia?”
“Lama-lama
kenal kak Ayla, Ila akan kenal kak Ayla ni orangnya suka senyum, tegas tapi
baik sangat. Positif. Tapi once dia down, dia akan jadi seseorang yang lain.”
Ruhaila mengangguk tanda faham.
“Tapi
saya tengok macam suram aje kak. Ceria dibuat-buat.” Husna menghela nafas
perlahan.
“Dia
baru nak sembuh. Sini.” Husna menunjuk ke dadanya. Ruhaila memuncung O di
bibir.
“Tapi
kan Ila ni cakap macam dah lama kenal kak Ayla. Dah memang
pernah kenal
ke?” Husna menyoal.
“Abang
saya selalu sangat cerita pasal kak Ayla, dia…” Ruhaila menelan liur yang
terasa sedikit keras. Adui! Mulut kau ni….
“Abang
Ila tu siapa eh? Minat dekat kak Ayla ke? Secret admirer?” Husna menyoal lagi.
Ruhaila mengangguk laju.
“Yelah
tu kut. Kalau di Ipoh kerap dia ke kafe kak
Ayla tu. Akak pun mesti perasan, abang saya
dah
macam regular customer situ.” Ruhaila buat-buat ketawa walaupun dia sendiri
dengar semacam dengan ketawa yang dibuat tu.
“Macam-macam
kau ni Ila…” Husna menggeleng, senyuman tergaris. Ruhaila menghela lega! Nasib
tak kantoi, mulutnya ditampar perlahan memberi amaran kepada diri sendiri.
“Esok awal ye Ila, dalam pukul 9 kita nak bukak kafe
ni. Ajak kawan-kawan, 20 pelanggan pertama dapat free satu slice kek istimewa
Ayla’s cafe.” Ruhaila mengangguk faham dengan senyuman.
No comments:
Post a Comment