Part 9
Tuan Haji
Esmael memandang Nur Annisa yang sudah tertidur di sofa ruang tamu. Sudah 30
hari, tetapi kaki Nur Annisa masih berbalut. Simen telah dibuka, namun masih
perlu dibalut kerana masih belum sembuh.
“Tuan Haji
buat apa ni?” Soal Nur Annisa yang terkejut apabila terasa ada orang memegang
kakinya.
“Nak boh
minyak sikit. Bagi cepat baik.” Tuan Haji Esmael menyapu perlahan minyak ke
kaki Nur Annisa.
“Tak
payahlah. Sat gi saya boh sendiri.” Nur Annisa segan, walaupun sudah sebulan
lebih menjadi isteri, pelbagai kejadian yang berlaku membuatkan dia mahu
menjarakkan diri dengan Tuan Haji Esmael.
“Tak apa
aih. Dok saja-saja ni biaq saya sapu ubat.” Tuan Haji Esmael menarik kaki Nur
Annisa dan meletakkannya di paha. Nur Annisa mengetap bibir terpaksa menurut
sahaja.
“Cerita apa
ni?” Tuan Haji Esmael menyoal sekadar membuang rasa janggal dan sunyi di antara
mereka.
“Drama
adaptasi novel. Novel hat Tuan Haji beli dekat saya haritu.” Nur Annisa
mengingatkan tentang novel yang dia minta Tuan Haji belikan.
“Patutlah
kalut suruh pi cari. Dok tengok drama rupanya.” Nur Annisa tersengih saja.
“Syok.
Sweet saja.”
“Ni saya
dok sapu minyak ni sweet dak?” Tuan Haji Esmael mengusik Nur Annisa. Nur Annisa
mencebik.
“Tak sweet
tapi sawit.” Tuan Haji Esmael ketawa kecil.
“Annisa
marah saya lagi ka?” Tuan Haji Esmael yang selesai menyapu minyak, bangun dan
terus melabuh duduk di sebelah Nur Annisa. Nur Annisa mengerling sekilas.
“Bila pulak
saya marah Tuan Haji?”
“Kalau tak
marah, awat dok panggil Tuan Haji?” Nur Annisa mengeluh perlahan.
“Lebih
selesa.”
“Tapi saya
suami Annisa.”
“Suami tapi
tak percaya saya buat apa. Sama jalah macam orang luaq.”
“Kan saya
dah minta maaf. Saya silap. Saya ikut hati sangat.”
“Tak apa.
Biaqlah. Okay apa panggil Tuan Haji.” Nur Annisa masih membela diri.
“Isteri
kena panggil suami dengan panggilan hormat dan menunjukkan kasih sayang.”
“Tuan Haji.
Tak cukup hormat lagi?” Bidas Nur Annisa.
“Tak ada
rasa kasih sayang.” Tuan Haji Esmael menempelak.
“Dah tu
Tuan Haji nak saya panggil pak cik macam sebelum ni? Ingat saya tak tau Tuan
Haji malu saya panggil macam tu, sedangkan...” Nur Annisa mematikan kata-kata.
“Sedangkan
Annisa panggil pak cik sebab rasa sweet
dan manja?” Tuan Haji Esmael menyambung. Nur Annisa diam sahaja. Dalam hati dia
mengiyakan.
“Saya minta
maaf ya Nur Annisa. Khilaf saya. Saya manusia biasa. Saya hilang sabar, saya
terlepas kata. Panggillah apa-apa pun kecuali Tuan Haji. Boleh?” Tangan Nur
Annisa digenggam erat. Nur Annisa memandang Tuan Haji Esmael.
“Apa-apa?
Betul?” Nur Annisa memandang dengan mata yang dikecilkan. Akal nakalnya mula
muncul.
“Iya,
apa-apa ja. Asal bukan Tuan Haji.”
“Okay.”
“Okay?
Annisa nak panggil saya apa?”
“Baby.”
Tuan Haji Esmael terus terdiam. Nur Annisa menjawab dengan serius mata tidak memandang
Tuan Haji Esmael. Dalam hati Nur Annisa menahan ketawa.
“Baby?
Takkanlah?” Tuan Haji Esmael menyoal, risau. Kalau orang kampung dengar, mau
muntah hijau!
“Awat? Tak
boleh? Kata apa-apa pun.” Nur Annisa serius. Tuan Haji Esmael mengerut kening,
bibir cuba mengukir senyum.
“Boleh,
dalam rumah ni macam okaylah. Tapi kalau dekat luaq Annisa panggil saya baby,
lembu saya pun lari.”
“Lah awat
pulak?”
“Baby apa
tua lagu ni.” Nur Annisa meletus ketawanya yang disimpan.
“Saya gurau
jalah. Saya hormat suami saya. Saya akan panggil awak dengan panggilan yang
sebaik-baiknya. inshaAllah.” Nur Annisa mengeratkan genggaman tangan yang tidak
dilepaskan Tuan Haji Esmael sedari tadi. Jawapan yang membuatkan Tuan Haji
Esmael tersenyum lebar.
“Kira
Annisa dah tak merajuk dah ni?” Terus sahaja Nur Annisa menarik tangannya laju.
“Merajuk
lagi tapi...”
“Tapi apa?”
“Kalau la
ni Tuan Haji boleh goreng mee dekat Nisa, erm... Nisa janji tak merajuk dah
lepas ni.”
“Siap
sekarang jugak!” Laju sahaja Tuan Haji Esmael berdiri dan terus masuk ke dapur.
Nur Annisa tersenyum, bahagia. Terima kasih Allah. Ujian ini mengeratkan kami.
Kuatkan hati hamba ini untuk menyayangi suami yang Kau hadirkan untuk hamba
belajar mencintai.
Selepas dua bulan. Barulah kaki Nur
Annisa sembuh dan boleh berjalan seperti biasa. Tetapi masih tidak boleh
terlalu lasak. Sepanjang dua bulan ini, Nur Annisa terpaksa mengalah dengan
Tuan Haji Esmael. Semua perkara diuruskan oleh Tuan Haji Esmael. Mungkin itu
yang membuatkan kaki Nur Annisa cepat sembuh.
Nur Annisa berjalan mengambil angin di
sekitar sawah di belakang rumah Tuan Haji Esmael. Dua bulan dia berkurung
sahaja, hari ini dia mahu mengambil angin luar. Sedang asyik melepas pandang.
Bunyi motor yang mematikan enjin dan suara orang berborak membuatkan Nur
Annisa tertarik untuk melihat.
"Adik hang buatpa ja dekat rumah
orang tua tu?" Omar menyoal. Nur Ain yang duduk di atas batu sekadar
menjungkit bahu.
"Last mak aku pi taboh dia tu mak aku kata dia sakit kaki. Dengaq
Mak Wan pun ada pi urut dia."
"Hang tak jealous ke dia dok rumah besaq? Air
cond penuh kut rumah tu." Omar menambah lagi. Nur Ain sekadar
mencebik.
"Sakit hati tau dak. Patutnya aku
kahwin dengan orang tua tu alih-alih dia pula yang dapat kahwin dengan orang
tua tu. Meluat aku. Penat aku plan dari kecik tau dak." Nur Ain menyedut
air kelapa yang dihulurkan Omar dengan laju. Omar ketawa besar.
"Hang buatlah bagi orang tua
ceraikan dia. Lepas depa cerai hang boleh buat plan baru." Omar
mencadangkan. Nur Annisa yang bersembunyi dibalik rumpun buluh menekup mulut.
"Senang la hang cakap. Salah hang
la, elok-elok abah aku bagi hang kahwin dengan dia hang berlagak tak mau.
Sedangkan hang dah lama dok syok dekat dia kan?" Nur Ain membidas. Omar
ketawa lagi.
"Aku memang syok dekat dia tapi
aku suka dengan hang. Hang best."
Omar menjungkit kening penuh makna. Nur Ain mencebik.
"Apa kita nak buat lepas ni?"
Nur Ain menyoal.
"Buat apa lagi, buat bodoh
sajalah."
"Habih tu setakat tu ja? Hang dulu
bukan main rancang macam-macam nak bagi Nisa tu keluaq teruih dari sini. Dah tu
la hang nak buat bodoh ja?" Omar seakan menyindir dan menambah rasa kepada
Nur Ain.
Nur Annisa yang khusyuk mendengar
perbualan antara Nur Ain dan Omar terasa pinggang dipeluk erat dari belakang.
Mujur sahaja dia menekup mulut kalau tidak tentu sahaja Nur Ain dan Omar akan
tersedar kehadirannya.
"Abang ni!!!" Bahu Tuan Haji
Esmael dipukul perlahan beberapa kali, suara masih dikawal. Baru sahaja Tuan
Haji Esmael mahu menyoal, Nur Annisa terus menekup mulut Tuan Haji Esmael dengan
tangan. Nur Annisa membuat isyarat kepada Tuan Haji Esmael untuk diam dan
mendengar.
"Aku rasa aku akan buat depa
bercerai macam hang kata tu. Tapi hang kena main peranan. Kita perangkap hang
dengan Nisa. Kali ni bagi kaw-kaw punya, sampai Tuan Haji pun percaya 100%" Nur Ain mula merangka.
Tuan Haji Esmael menggeleng kepala.
Gigi diketap rapat, menahan marah. Nur Annisa yang perasan kemarahan Tuan Haji
Esmael itu, terus menepuk perlahan belakang Tuan Haji Esmael, menyabarkan lelaki
itu.
Selepas Nur Ain dan Omar beredar dari
situ, barulah Tuan Haji Esmael dan Nur Annisa pulang ke rumah. Tuan Haji Esmael
meneguk laju air sejuk yang dihulurkan Nur Annisa.
"Marah nampak?" Nur Annisa
menyoal dengan senyuman terukir di bibirnya.
"Mau tak marah. Kurang ajaq betui
depa dua tu. Ada hati nak pisahkan kita. Apa ingat kita ni semudah tu ka nak
bercerai? Geram betui. Ikut hati abang, abang nak pi tumbuk ja depa dua."
Nur Annisa mendekati Tuan Haji Esmael.
"Sabar. Cepat sangat melatah. Okaylah
tu kita dah tau. Kalau tak tau memang jenuh jugaklah."
"Annisa tak marah ka dengaq apa
depa dua dok kata tu?" Tuan Haji Esmael menyoal melihat Nur Annisa seakan
tidak terusik langsung dengan segala apa yang telah mereka dengar.
"Marah tapi lebih kepada terkejut
dan kecewa. Kakak Nisa tu tu. Abang ingat apa? Kalau abang nak tumbuk Nisa rasa
nak tembak terus ja. Tapi kita tak boleh melatah lagu tu."
"Sapa ja tak melatah, rupanya depa
dua yang dok burukan Annisa. Berani betui depa kacau isteri abang. Haish!"
Nur Annisa ketawa melihat Tuan Haji Esmael melepas marah dan geram.
"Gelak pulak."
"Comei aih dok marah lagu ni. Buat
Nisa jatuh cinta." Nur Annisa mula mengusik manja.
"Serious sikit." Tuan Haji Esmael tidak mahu berharap lebih.
Hubungan mereka masih baru dibina. Selepas dua bulan lebih berusaha memujuk dan
merawat hati Nur Annisa yang dilukainya, Tuan Haji Esmael takut untuk berharap
apa-apa.
"Abang tak boleh dok marah lagu
ni. Mana entah Tuan Haji Nisa yang penyabar tu?" Nur Annisa tidak mahu
Tuan Haji Esmael terus diselubungi kemarahan.
Tubuh Tuan Haji Esmael yang begitu
hampir terus di peluk erat. Pelukan yang mengejutkan Tuan Haji Esmael, namun
beberapa saat kemudian Tuan Haji Esmael membalas pelukan.
"Dah okay?" Soal Nur Annisa,
kepala diangkat memandang Tuan Haji Esmael yang sudah tersenyum lebar. Tuan
Haji Esmael mengangguk perlahan.
"Alhamdulillah kita dapat dengar
semuanya. Kalau benda tu berlaku tanpa kita tau kebenarannya, Nisa pasti abang
pun akan percaya. Bukan Nisa kata abang tak percaya Nisa tau. Hal-hal macam tu
memang mudah hasut hati kita, walau macam mana cinta sekali pun. Jadi, Nisa
cadangkan kita perangkap depa dua sebelum depa perangkap kita." Pelukan
dilepaskan. Tuan Haji Esmael ditarik ke ruang tamu sebelum mereka berdua melabuh
duduk di sofa.
"Macam mana kita nak
perangkap?" Tuan Haji Esmael menyoal.
"Mula mula sekali, kita tunjuk
dekat semua orang kampung yang kita okay-okay sahaja. Bahagia berdua."
"Awat Annisa tak bahagia ka dengan
abang?" Nur Annisa berdecit kecil.
"Ish… abang ni. Dengarlah
dulu."
"Jawab dulu. Bahagia ka dak."
Tuan Haji Esmael menagih jawapan.
"Untuk dua bulan ni, bolehlah.
Bahagia la jugak."
"Lagutu ja? Tak apalah. Apa
rancangannya?" Tuan Haji Esmael bersuara mendatar. Kecewa dengan jawapan
Nur Annisa.
"Merajuk eh."
"Dak aih."
"Manja." Nur Annisa mencuit
hidung Tuan Haji Esmael dengan hujung jarinya, kemudian mengambil tangan Tuan
Haji Esmael dan meletakkannya melingkari pinggang. Membuatkan kedudukan mereka
begitu rapat.
"Kalau hari-hari macam ni, bahagia
sangat." Nur Annisa membisik manja di telinga Tuan Haji Esmael membuat
lelaki itu terdiam seketika sebelum senyuman terukir di bibir.
"Ops… belum-belum. Perbincangan
belum selesai." Nur Annisa menahan bibir Tuan Haji Esmael yang mahu
menyentuh bibirnya. Nur Annisa menahan rasa malu dengan lagak bersahaja. Jantungnya
berdegup laju.
"Kata nak bahagia?" Tuan Haji
Esmael menyakat.
"Sat gi - sat gi naa… nak zuhur
dah ni bang aji. Tak elok. Apa kata kita bincang dulu apa kita nak buat,
boleh?"
Nur Annisa memberikan beberapa cara
yang mereka boleh lakukan bagi memerangkap kembali Nur Ain dan Omar sebelum
mereka yang di perangkap. Tuan Haji Esmael hanya mendengar dan sesekali
mencelah dan turut memberi beberapa cadangan yang bersesuaian.
"Okay kalau macam tu, kita mula
dengan kenduri hujung minggu ni." Ujar Tuan Haji Esmael.
"Dan ka nak ready?" Soal Nur
Annisa.
"Kita upah katering ja. Annisa pun
mana sihat lagi kaki tu." Nur Annisa sekadar mengangguk, bersetuju.
"Dah nak masuk zuhur, tak mau pi
surau ka?" Soal Nur Annisa sebaik sahaja melihat jam sudah menunjukkan jam
1.15 petang.
"Tak mau. Kita jemaah berdua ja
dekat rumah."
"Aik… selalu pi surau?"
"Harini dok rasa nak bermanja
dengan isteri." Jawapan yang membuatkan Nur Annisa menjauhkan badannya
yang sedari tadi bersandar di dada Tuan Haji Esmael.
"Semacam ja tu." Tuan Haji
Esmael tidak menjawab, cuma tersenyum. Tak lama kemudian Tuan Haji Esmael
bangkit dan bersuara.
"Jom. Solat dan beribadat."
Tangan Nur Annisa di tarik lembut. Nur Annisa cuma tersenyum dan menurut
sahaja. Berpimpinan tangan mereka naik ke bilik, berselang seli dengan gurauan
dan usikan. Sama sama suka mengusik, sama sama nakal!
to be continue!
MACAM MANA YA TUAN HAJI ESMAEL PUJUK ANNISA DALAM 30 HARI TU? SAPA BOLEH TEKA?
4 comments:
Baru nak tanya ape THE buat pujuk Annisa...hihi
Mesti byk bersabar THE layan Annisa kaan...
tak nak teka.nk tahu jawapan terus.haha
Hahaha entah hal suami isteri mana boleh ambil tahu hahaha boleh tak gutu
Kan sekatang maklumat dihujung jari...
Agaknya abang aji tanya makcik google hahaha...haru
Kak min
Post a Comment