Part 7
Malam itu Sulaiman datang bersama-sama Hanem
ke rumah Tuan Haji Esmael. Salam diberikan bertalu-talu. Tinggi sahaja nadanya.
Saat pintu rumah dibuka dari dalam, terus sahaja mereka menerpa.
"Awat lambat sangat nak buka
pintu?!" Marah Sulaiman.
"Kaki Nisa sak..." baru hendak
menjawab, Hanem terus menampar muka Nur Annisa sehingga Nur Annisa terjelepok
jatuh ke tanah.
"Awat ibu tampaq Nisa?" Nur Annisa
terkejut besar. Tiba-tiba sahaja dia ditampar oleh Hanem, ibunya. Hanem
memandang dengan penuh kebencian.
"Kalau abah tampaq lagi terok kamu Nisa.
Tak reti ka jaga ayaq muka aku dengan ibu hang? Tak reti jaga ayaq muka laki
hang? Baru sehari hang nikah hang dah menggatai dengan laki lain? Apa terok
sangat hang ni Nisa?" Sulaiman menjerkah, menempik kuat.
"Nisa mana ada buat apa? Fitnah apa
pulak dah ni? Abah ibu, Nisa mungkin bukan anak yang baik buat ibu dengan abah
tapi Nisa tak jahil nak buat dosa dan tambah dosa ibu dengan abah atau suami
Nisa. Apa lagi yang orang fitnah Nisa sampai ibu dengan abah langsung tak boleh
percaya dengan Nisa?"
"Hang memang la... suka berlakon. Suka
buat tak tau. Hang memang anak tak guna." Hanem mencelah. Panas hatinya
mendengar Nur Annisa menjawab setiap persoalan. Paip air di ambil dan terus
badan Nur Annisa menjadi sasaran.
"Ibu!… sakit. Abah tolong Nisa."
Nur Annisa menjerit dengan tangisan akibat bilasan paip getah ke tubuhnya.
"Allahuakbar! MAK CIK HANEM!" Tuan
Haji Esmael yang baru pulang dari surau terkejut besar melihat Nur Annisa yang
sudah terbaring di depan rumah. Laju sahaja dia melangkah mendapatkan Nur
Annisa.
"Abah minta maaf Tuan Haji. Nisa ni kena
ajar lagu ni. Buat malu kita saja. Tak habis habis nak baling taik dekat
kita." Sulaiman seolah olah membela perbuatan isterinya melibas Nur Annisa
dengan paip getah.
"Apa pulak dah yang Cik Man mengarut
ni!" Tuan Haji Esmael menempelak. Dia membantu Nur Annisa untuk berdiri.
Nur Annisa memegang erat Tuan Haji Esmael.
"Takkan Tuan Haji tak dengaq cerita
lagi? Habih satu kampung dok cerita pasai Nisa dengan si Aiman tu." Hanem
mencelah. Matanya masih mencerlun marah.
"Ya saya dengar tapi saya dah tau duduk
perkara sebenaq. Depa tak dak buat apa yang orang kampung dok canang. Dah
kenapa Cik Man percaya sangat? Ini Annisa ni anak Cik Man, patut Cik Man tau
macam mana dia sebenaqnya."
"Sebab tau kami mai nak ajaq dia."
Sulaiman masih membela diri.
"Nur Annisa isteri saya. Hak saya
sepenuhnya. Cik Man dah serah dia dekat saya. Jadi kenapa ambik tindakan tanpa
keizinan saya?!"
"Kami malu dia..."
"Dah tak payah cakap apa dah. Lepaih ni
toksah mai sini kalau setakat nak sakitkan Annisa. Saya suami dia, pandailah
saya jaga dia." Tuan Haji Esmael memotong kata-kata Hanem yang masih mahu
memarahi Nur Annisa. Nur Annisa memandang ke arah Tuan Haji Esmael dengan pandangan
yang kabur dengan air mata.
"Tapi Tuan Haji.…"
"Tak perlu kata apa dah. Kalau mai
setakat nak sakitkan Annisa, saya minta Cik Man dengan isteri tak datang rumah
kami." Tuan Haji Esmael memimpin Nur Annisa masuk ke dalam rumah tanpa
mempedulikan Sulaiman dan Hanem yang terkesima dengan kata kata Tuan Haji
Esmael yang seakan menghalau mereka berdua pergi.
Nur Annisa melabuh duduk di sofa. Dia menyapu
air mata yang bertakung di pipi dengan tangan. Tuan Haji Esmael duduk bertentangan.
"Buat lagi perangai. Tengok kesan dia
sekarang ni." Tuan Haji Esmael bersuara, tegas.
"Perangai? Apa maksud pak cik?" Nur
Annisa hairan dengan perubahan sikap Tuan Haji Esmael malam ini.
"Jenuh nak tepis satu kampung dok
mengata. Hat lama tak habih depa dok kata, dok tambah yang baru. Kenapa
Annisa?" Muka Tuan Haji Esmael serius.
"Kiranya selama ini Tuan Haji tak
percaya dekat saya kan?"
"Kenapa tak buat bagi saya percaya?
Kenapa mesti tambah tohmahan orang?"
"Terpulang. Ceraikan saya kalau saya ni
menyusahkan."
"Tak semudah tu Annisa."
"Kenapa? Apa guna perkahwinan ni kalau
langsung tak ada kepercayaan." Nur Annisa bingkas bangun dengan kaki yang
terasa amat sakit. Sakit di kaki mampu ditahan, sakit dihati lebih parah
dirasakan.
"Cuba jangan tambah kusut kepala
saya."
"Tak pernah pun nak buat Tuan Haji kusut
kepala pikir pasai saya. Tak perlu pikir apa-apa. Anggap saja saya ni kain
buruk yang Tuan Haji kutip dalam kandang lembu Tuan Haji. Yang dah terpalit
tahi lembu, kalau basuh pun tetap orang geli nak guna." Ayat akhir sebelum
Annisa menutup pintu bilik. Bilik tetamu. Bilik yang diduduki sejak pulang dari
ladang lembu dan kambing. Kaki yang sakit membuatkan dia tidak mampu untuk
menaiki tangga.
Tuan Haji Esmael mengeluh perlahan.
Sikit-sikit kata-kata orang kampung membuatkan hatinya berbolak balik. Ya, dia
tahu cerita sebenar yang membuatkan orang kampung kecoh dengan kisah Nur
Annisa,isteri Tuan Haji Esmael. Aiman sudah ceritakan hal sebenar kepada Tuan
Haji Esmael lebih awal dari dia mendengar cerita tambahan dari Hussin.
“Tuan Haji, awat dok biaq Nisa dok bonceng
motor dengan Aiman lagutu?” Hussin terus menerpa ke arah Tuan Haji Esmael
sebaik sahaja terlihat lelaki itu melangkah naik ke surau. Tuan Haji Esmael
berkerut kening.
“Aiman tolong Annisa. Kaki Annisa terseliuh
dekat ladang tadi.” Tuan Haji Esmael menjelaskan.
“Tapi takkan sampai biaq depa dua lagutu?”
Hussin menambah lagi.
“Tak adalah. Saya ada hal tadi, sebab itu
Aiman tolong. Aiman saja, inshaAllah tak ada apa-apa.”
“Aiman tu tetap lelaki Tuan Haji. Nisa pun
muda lagi. Tak boleh dok biaq lagutu. Jadi apa-apa lagu mana cerita nanti?” Hussin
seakan mahu membakar hati Tuan Haji Esmael. Telinga Tuan Haji Esmael berdesing,
namun hati ditahan supaya sabar.
“Lagu nilah Hussin, saya tau Annisa macam
mana dan Aiman macam mana. inshaAllah tak ada apa-apa.”
“Huh! Saya bagi nasihat saja. Jangan sampai
hat dah busuk pun dok kata wangi sudahlah. Saya masuk dulu.” Tuan Haji Esmael
masih teringat perbualan antara dia dan Hussin yang menyebabkan dia terlepas
kata dengan Nur Annisa. Panas. Hilang sabar dengan kata-kata yang tiada punca. Ada
sahaja yang mahu memburukkan Nur Annisa. Kenapa?
Pintu bilik yang Nur Annisa berkurung diketuk
perlahan. Tiada jawapan.
"Annisa, esok pagi Mak Wan nak datang
urut kaki. Dalam pukul 9." Tuan Haji Esmael memberitahu dari balik pintu.
Tetap tiada jawapan. Diam. Sunyi.
"Kalau ada apa-apa panggil saya ya. Saya
tidur di luar ni saja." Tuan Haji Esmael memberitahu lagi. Risau. Kalau
tidur di atas takut tidak mendengar jika Nur Annisa memerlukan apa-apa. Akhirnya,
tidur sahaja di sofa.
Pagi itu, Nur Annisa keluar dari bilik. Tuan
Haji Esmael sudah tidak ada di sofa. Malam tadi, saat dia buka sahaja pintu
bilik, kalut sahaja Tuan Haji Esmael bangun dari pembaringan dalam mamai-mamai.
Laju sahaja Nur Annisa menutup kembali pintu bilik. Dia masih terasa dengan
kata-kata Tuan Haji Esmael yang mula percaya dengan cerita orang kampung. Sakit
hati!
"Annisa nak sarapan ka? Tunggu ja dekat
bilik, nanti saya hantaq. Kaki tu dah teruk sangat saya tengok, jangan dok
jalan banyak sangat." Tuan Haji Esmael menegur semasa terpandang Nur
Annisa yang masuk ke dapur. Dia sedang menyiapkan sarapan pagi ketika itu.
Nur Annisa terhenti langkah sewaktu
terpandang Tuan Haji Esmael di dapur. Tidak mengendahkan kata-kata Tuan Haji
Esmael, Nur Annisa terus sahaja ke peti sejuk dan mengeluarkan sebotol air mineral
sebelum melangkah balik ke bilik. Langsung tidak memandang Tuan Haji Esmael.
Benar-benar merajuk!
Tuan Haji Esmael menghela nafasnya. Payahnya
nak pujuk isteri. Salah sendiri. Pandai-pandailah pujuk!
Jam 9.00
pagi. Mak Wan yang diupah untuk mengurut kaki Nur Annisa sudah datang. Terus
sahaja Tuan Haji Esmael mengetuk pintu bilik memaklumkan kepada Nur Annisa.
Laju sahaja Nur Annissa membuka pintu membenarkan Mak Wan masuk ke bilik.
"Tak boleh dah ni. Bengkak. Kena pi
klinik, xray. Kalau tak ada apa baru Mak Wan boleh urut." Ujar Mak Wan
selepas memeriksa kaki Nur Annisa. Sudah bengkak dan biru.
"Teruk ka Mak Wan? Rasanya terseliuh
ja." Balas Nur Annisa.
"Teruk ka tak tu Mak Wan tak tahu nak
cakap sebab dah bengkak. Tak berani nak pegang sangat ni. Risau retak atau
lari."
"Siap-siap Annisa saya bawa ke
klinik." Terus sahaja Tuan Haji Esmael memberi arahan kepada Nur Annisa.
Tuan Haji Esmael terus ke bilik menukar pakaian.
"Sayang Tuan Haji dekat kamu. Semalam
dia kalut cari Mak Wan dekat rumah kata kamu jatuh dekat ladang. Mak Wan ada
reja masa tu, Mak Wan habaq kata petang sikit baru Mak Wan free. Pi ladang kamu
dah tak ada. Nak mai rumah Tuan Haji malam-malam, segan pulak Mak Wan."
Ujar Mak Wan sewaktu mengemas beg untuk pulang. Nur Annisa sekadar tersenyum
tawar.
"Terima kasih Mak Wan." Ujar Nur
Annisa sebelum Mak Wan beransur pulang. Tudung dicapai dan terus di sarung ke
kepala.
"Lah... cuba dok diam. Dah teruk kaki
tu. Kena potong macam mana?" Tuan Haji Esmael yang baru turun dari atas
dengan baju untuk Nur Annisa menegur.
"Cacat lagi baguih. Senang tak payah pi
mana." Bidas Nur Annisa. Tuan Haji Esmael yang mulanya tersenyum terus
hilang kata-kata.
"Saya melawak saja."
"Kalau diri sendiri tak suka orang buat
lawak jangan dok buat melawak tak tentu hala."
"Tak apalah. Tukar baju dulu tak?"
Tuan Haji Esmael menghulur pakaian kepada Nur Annisa. Nur Annisa hanya
mengerling, endah tak endah.
"Cukup macam ni. Saya sedar siapa saya,
pakai macam ni cukup untuk saya." Nur Annisa merujuk kepada baju t-shirt
lengan panjang dan seluar track yang dia pakai.
"Tak apa aih. Annisa pakai apa pun
cantik." Nur Annisa mengerling sekilas. Langsung tidak berminat dengan
pujian atau gurauan itu.
Tuan Haji Esmael terus mengambil kunci kereta
di meja setelah Nur Annisa laju melangkah dengan terhenjut-henjut ke kereta.
Tuan Haji Esmael yang mahu memimpin jalan ditepis laju oleh Nur Annisa. Tuan
Haji Esmael hanya mampu menggeleng dengan penolakan Nur Annisa. Salah dia,
salah dia sendiri.
to be continue...
TUAN HAJI ESMAEL NI GARANG DAK HAMPA RASA?
#muchlovereaders
7 comments:
bestttttt
Lg...nak lagii
Maaf ya ada salah nama watak hahaha mak jah dlm part 6 mak wan dalam part 7 nnt abc edit bagi betui maafin ya
THE tak garang tapi tegas.Cehh betul tak?Haha.
THE tak garang tapi termakan hasutan,huru haralah rumah tangga nampaknya.
Kak min
Tak garang pun...
THE tak garang. betui tegas. sangat tegas. cuma dengan Annisa dia berlembut sikit.
Post a Comment