Part 13
Hari ini hari rewang bagi kaum lelaki. Rewang potong
daging dan menumis gulai. Kaum wanita kampung sudah berkumpul sejak sebelum
raya lagi. Nur Annisa sudah dua hari berkampung di rumah ibu dengan abah atas
keizinan Tuan Haji Esmael.
“Awat muka lagu ni. Tak comei orang tengok isteri abang
dok buat muka lagu ni.” Tegur Tuan Haji Esmael kepada Nur Annisa yang tiba-tiba
melabuh duduk di sebelahnya. Tuan Haji Esmael masih sibuk memotong daging.
Mujur sahaja duduknya agak jauh dengan yang lain, kalau tidak susah Nur Annisa
mahu menempel.
“Nisa meluat dok dengaq orang mengumpat Nisa. Berat bahu
kanan ni ha.” Nur Annisa menyengetkan bahu kanannya. Tuan Haji Esmael ketawa
kecil. Nur Annisa tak pernah tidak membuat dia ketawa.
“Biaq pi lah. Depa memang suka mengata Annisa kan.”
“Sat gi Nisa ikut abang balik naa. Tak mau tidoq sini,
ibu asyik buat Nisa sakit hati ja. Sama macam, mak cik-mak cik yang dok potong
bawang tu.” Nur Annisa mengerling ke arah sekumpulan wanita yang sejak dari
tadi memandang ke arah mereka berdua.
“Apa depa dok kata sampai merajuk lagu ni? Cuba cerita
dekat abang, abang nak tau juga. Nak kena depa ni, kacau isteri abang.”
“Depa kata Nisa ni kahwin express dengan abang sebab tak mau lepas abang. Lepas tu ada pula
kata Nisa ni kahwin dan empat bulan tapi takkan tak mengandung lagi. Ada pula
dok menambah kata kita ni gaduh sebab tu Nisa tidoq rumah ibu. Haa yang paling
panassss depa kata Nisa yang plan dengan Omar bagi Nisa boleh kahwin dengan
abang.” Nur Annisa mengadu. Tuan Haji Esmael menggeleng kepala laju.
“Mujuq kita dah dengaq plan Nur Ain dengan Omar, kalau
tak mau percaya juga abang yang Nisa yang plan. Yalah, abang kan handsome.” Tuan Haji Esmael bergurau.
Nur Annisa cepat sahaja mencubit kecil pipi Tuan Haji Esmael.
“Abang ni, Nisa sedih ni, sakit hati. Boleh dok buat
lawak pula.” Nur Annisa memeluk tubuh. Muka masam mencuka.
“Alalala…. Abang gurau saja sayang. Abang nak sayang
senyum. Abang rindu sayang tau, takkan jumpa hari ini buat muka chom lagu ni.”
Tuan Haji Esmael memujuk, Nur Annisa senyum sesaat sebelum kembali bermasam
muka. Tuan Haji Esmael ketawa.
“Tak ikhlas langsung. Biaqlah Nisa, payah orang kampung
kita memang ada perasaan phd tu, abang pun tak tau nak buat lagu mana. Biaq
depa kata kita bukan kita kata depa.”
“Memanglah. Nisa sakit hati saja. Tak ada tempat nak
luah, dekat abang jalah Nisa luahkan.”
“Ya abang tau… abang dahaga, boleh tak Annisa ambik ayaq
dekat abang. Ayaq suam.” Nur Annisa mengangguk, kemudian terus bangun dan
melangkah ke dalam rumah. Masuk sahaja ke dapur, ada Hanem dan beberapa orang
saudara terdekat. Semua mereka mengerling tajam ke arah Nur Annisa.
“Bila pula kenduri kamu Nisa?” Soal seorang daripada
saudara yang ada. Nur Annisa yang sedang menuang air ke dalam cawan kalih
sekilas.
“InshaAllah, abang Aji kata nak buat hujung tahun. Tapi
kenduri kesyukuran saja. Kalau jadi nanti abang Aji akan bagitau sendiri.” Ujar
Nur Annisa dengan senyuman menguntum.
“Tuan Haji mesti buat besar-besaran punya. Syok la hang
Nisa, kahwin dengan Tuan Haji, masuk rumah cuci kaki saja. Semua dah serba
lengkap.” Saudara yang lain mencelah. Nur Annisa sekadar tersenyum. Itu semua
benar, takkan dia mahu menafikan sahaja.
“Jangan dibawa sial dia sekali sudah, mahu lingkup Tuan
Haji. Dari kaya terus papa kedana.” Nur Ain yang berada di anak tangga atas
rumah mencelah. Menyindir Nur Annisa. Nur Annisa mahu membalas tetapi belum
sempat berkata apa, Nur Ain sudah menjerit kesakitan akibat terjatuh dari
tangga waktu mahu menuruni tangga.
“Ya Allah, Hanem… Ain ni mengandung ka? Darah banyak ni…”
Saudara yang ada bersuara penuh terkejut saat mahu membantu Nur Ain bangun,
darah mengalir laju dari celah kangkang Nur Ain. Nur Ain mengaduh kesakitan,
perut ditekan kuat. Hanem memandang dengan mata yang kabur dengan air mata. Di
pintu dapur sudah penuh dengan mak cik-mak cik kampung yang merewang sambil
membawang.
“Tak guna punya anak!” Hanem menampar kuat muka Nur Ain. Nur
Ain yang sudah sedia menahan kesakitan terus tidak sedarkan diri. Nur Annisa
yang sedari memandang, kaku di tempatnya. Ya Allah, sebegini sahaja Engkau
membuka satu rahsia yang ditutup lama tanpa perlu aku membukanya. Allah berikan
ibu kekuatan menerima qada dan qadar Mu.
Ambulans datang setengah jam kemudian. Nur Ain mengalami
pendarahan yang agak teruk. Hanem sudah mengurungkan diri di dalam rumah.
Sulaiman juga berada di dalam bilik, kedengaran seperti memujuk Hanem yang
sedang teruk menangis.
Nur Annisa dan adik-adik berdiri di luar pintu bilik ibu
dan abah mereka. Tidak tahu menanti apa, cuma risau dengan keadaan ibu mereka.
Teruk juga Hanem menangis meraung juga memaki hamun Nur Ain yang sedia lemah
tidak berdaya.
“Apa yang jadi sebenarnya?” Bisik Tuan Haji Esmael yang
baru sahaja masuk ke rumah.
“Allah balas apa yang dia dah buat dekat Nisa.” Laju
sahaja Nur Annisa menjawab. Tuan Haji Esmael berdecit kecil.
“Nur Annisa, tak baik cakap macam tu.” Tegur Tuan Haji
Esmael sedikit tegas. Nur Annisa mengeluh lemah.
“Mulanya ada sedara yang tanya Nisa, tak buat kenduri
kahwin ke kita ni. Nisa habaqlah kata hujung tahun kalau jadi. Lepas tu kak Ain
mencelah kata Nisa ni bawa sial dekat abang, katanya nanti-nanti sial Nisa akan
buat abang papa kedana. Bila dia turun tangga entah macam mana dia boleh jatuh.
Bila orang tolong dia bangun, darah dah penuh mengalir. Entah-entah sial yang
dia kata tu kena kat dia.” Nur Annisa menceritakan tentang apa yang berlaku
kepada Tuan Haji Esmael. Tidak semena-mena Hanem keluar dari bilik dan terus
menampar kepala Nur Annisa.
“Memang sial hang buat rosak habih satu keluarga. Sebab
sial hang kak Ain hang pula kena bala! Dasar anak sial!” Hanem menempik.
Orang-orang di luar mula menjengah pandang ke dalam. Hanem mahu menunjal lagi
kepada Nur Annisa namun, Tuan Haji Esmael laju sahaja menghalang.
“Mak cik Hanem! Jangan pernah nak hina dan sakitkan
isteri saya lagi. Sekali lagi saya ingatkan, Nur Annisa isteri saya jadi jangan
sesekali berani nak naik tangan dekat dia.”
“Hang pun akan kena tempias sial dia ni. Hari tu hang dah
rasa, nanti hang akan rasa lagi. Lepas tu hang sendiri akan bunuh perempuan
sial ni!” Hanem masih memaki hamun Nur Annisa.
“Perempuan sial yang mak cik Hanem kata ni, anak yang
keluaq dari rahim mak cik Hanem sendiri. Jadi, sekarang mak cik habaq dekat
saya dari mana sial Nur Annisa ni mai? Dari mana?” Nur Annisa sudah terdiam
dengan air mata di belakang Tuan Haji Esmael. Hanem terdiam. Sulaiman meraup
wajah.
“Kalau mak cik Hanem dengan Cik Man kata Nur Annisa ni
sial, dari mana sial tu datang kalau tak benih mak cik Hanem dengan Cik Man
sendiri. Jadi sekarang ni, siapa yang sebenaqnya sial?” Pedih dan tajam sahaja
Tuan Haji Esmael membidas. Adik-adik Nur Annisa sudah menangis memandang apa
yang sedang berlaku di depan mata mereka.
“Sudahlah Tuan Haji… sabaq banyak-banyak. Bawa Nur Annisa
masuk bilik. Biaq saya cakap dengan Hanem dan Sulaiman. Sabaq.” Imam Ahmad laju
menerpa saat mendengar suara kuat Tuan Haji Esmael. Tiada siapa pernah melihat
sisi lain Tuan Haji Esmael yang ini. Hari ini semua terkejut besar, kecut habis
gerangan yang suka membawa mulut tentang Nur Annisa.
“Tak payah Imam. Ameena nak bagitau satu hal besaq yang
lama Ameena simpan sorang. Ameena tak tahan dah tengok ibu asyik maki Nisa,
abah pula macam patung bela ibu. Dari kecik kami dok dengaq ibu maki Nisa kata
Nisa sial. Si sial ni lah yang banyak tolong ibu dengan abah, banyak bangga
depa tapi satu apa pun ibu dengan abah tak pandang. Tapi kak Ain, depa pandang
tinggi melangit. Sampai zina dia dok buat, ibu dengan abah tutup mata!” Nur
Ameena menempelak. Cukup sudah dia menahan sabar selama ini, hari ini dia mahu
membongkar segala-galanya.
“Nisa ni dari mula dia reja, setiap sen hasil titik peluh
dia, dia bagi dekat ibu dengan abah buat belanja dan tanggung adik-adik
sekolah. Ibu dengan abah tau dak? Tak tau sebab apa, sebab kak Ain kata duit tu
dia punya, dia yang reja. Nisa setiap kali ada duit dia akan pos atas nama kak
Ain sebab dia percaya kak Ain baik dan jujur. Rupanya tak. Ain yang ibu dengan
abah sangka pi reja dekat pekan tu, memang dia reja. Reja juai badan!”
Kenyataan yang mengejutkan seisi keluarga.
“Kamu biaq betui Meena, jangan dok tabuq fitnah.”
Sulaiman berang. Nur Ameena tersenyum sinis. Masih abah mahu membela?
“Kalau abah tak percaya, pi tanya Omar dalam penjara tu,
dia pelanggan setia kak Ain. Abah pi pekan, abah tanya saja sapa-sapa, kenai
dak perempuan nama Munirah. Tu nama yang kak Ain guna buat reja tak senonoh
dia. Meena dah tau lama, tapi Meena taka da bukti. Hari ni Meena ada bukti
sebab tu Meena berani.” Nur Ameena mengeluarkan beberapa keping gambar dan
terus dihulurkan kepada Hanem dan Sulaiman.
“Tengoklah anak kesayangan ibu dan abah. Anak yang
dibangga-bangga sampai kami yang lain asyik kena hina. Nisa paling kesian, ibu
dengan abah pukui dia tanpa ada belas.” Hanem menekup mulutnya, tangannya
menggeletar melihat gambar-gambar di depannya. Sulaiman sudah jatuh terjelepok
di lantai rumah.
“Hal Nisa dekat kampung ni, siapa lagi yang selalu bawa
mulut kalau bukan Kak Ain dengan Omar. Ibu sendiri tahu tapi ibu seakan iakan
sahaja apa yang kak Ain buat. Meena syukur saat Tuan Haji kahwin dengan Nisa.
Sekurang-kurangnya ada juga orang yang sayangkan Nisa. Nak harap ibu dengan
abah? Entahlah.”
“Hari ni biaq satu kampung tau siapa Nur Ain. Biaq ibu
dengan abah rasa apa yang Nisa rasa. Meena minta maaf kalau Meena kurang ajaq,
tapi Meena minta ibu dengan abah, cukup-cukuplah dengan sial tu. Mana ada Allah
lahirkan manusia dengan sial, melainkan dia sendiri menjadikan dirinya sial.”
Nur Ameena terus melangkah ke biliknya. Biarlah apa sahaja yang hendak terjadi,
biarlah esok majlis penting bagi dia. Nur Ameena perlu membongkarkan semua yang
tersembunyi selama ini. Dia tidak tahan melihat dan mendengar makian ibu kepada
Nur Annisa yang langsung tiada perhentian. Puas, Nur Ameena puas setelah rahsia
yang disimpan selama ini dibuka.
“Saya bawa Annisa balik rumah dulu. Malam nanti kami
datang lagi.” Tuan Haji Esmael memeluk bahu Nur Annisa yang sejak dari tadi berendam
air mata, melangkah keluar dari rumah. Adik-adik yang lain turut menghilangkan
diri ke dalam bilik masing-masing.
“Sudahlah Hanem, Sulaiman. Semua ini ujian kamu berdua.
Sabar dan buat solat sunat. InshaAllah, semua akan baik-baik sahaja.” Imam Ahmad
kemudian memberikan nasihatnya.
“Malu besaq kami imam. Malu besaq.”
“Anggap sahaja ini kafarah dosa kamu berdua. Biaq malu
dekat sini, bukan dekat sana.” Imam Ahmad menambah. Sulaiman menekup mukanya.
“Lagi satu, saya nak ingatkan, dalam Islam tiada istilah
sial. Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, baginda pernah bersabda
yang bermaksud… tiada sial atau majal dalam Islam. Syirik bila kamu berdua
percaya malah menuduh Nur Annisa budak sial atau anak sial. Syirik, boleh rosak
iman kamu. Dari dulu lagi saya dah bagitahu, tapi sikit pun kamu berdua tak
dengar. Saya ingat bila lama-lama nanti kamu berdua akan berubah tapi tak,
semakin teruk. Solat taubat, minta petunjuk Allah. Minta maaf kepada Nur
Annisa, biar pun dia anak, dia sekali pun tak pernah derhaka dengan kamu
berdua.” Imam Ahmad kemudian keluar meninggalkan Hanem dan Sulaiman yang masih
menangis ujian yang menimpa mereka secara tidak dijangka. ‘Kafarah dosa…’
kata-kata it uterus terngiang-ngiang di telinga mereka berdua.
to be continue ...
soon...
KOMEN DULU, SIAPA SEBENAQNYA NUR AIN?
APA YANG NUR AMEENA NAK HABAQ KAT NISA MASA PART 12 RITU.. TEKA-TEKA.
9 comments:
Eeee, Asal Nur Ain buat Camtu... Nasib Ada Nur Ameena...
Tidak Allah jadikan manusia tu sial kecuali manusia itu yang memilih untuk jadi sial.
Abang aji dah hilang sabar... bagus-bagus abang aji jangan biarkan orang pijak kepala kita...
Kak min
Terbaik arrr tuan haji 👍👍
Ya Allah kesian nisa..tak sabaq nk tggu next chapter...
Bukan ka hari tu abc cakap, kalau boleh post, nanti nak post sampai habis? Ni tak habis ponnn. Tergantung lagi cerita nii
Betul. Abc cakap nak post sampai part akhir. Tapi...
Cayalah tuan aji....baru depa nak tutup mulut....idak ada je cite yg nak dijaja...baru depa tau sapa tuan aji....sarang tebuan jgn dijolok.... :-D
Nur Ain sebenarnya tgh cari pak sanggup untuk anak dia? hehehe #doneteka
Post a Comment