Part 12
Nur
Ameena sudah pulang bercuti untuk majlis perkahwinannya hujung minggu ini.
Sudah lama tidak pulang ke kampung, Nur Ameena terkejut dengan berita yang
disampaikan adik-adiknya. Nur Annisa sudah tiga bulan menjadi isteri kepada Tuan
Haji Esmael!
“Sampai
hati Nisa tak bagitau sikit pun dekat akak yang Nisa dah kahwin. Sampai hati
Nisa kan. Awat akak ni orang luaq ka?” Nur Ameena bersuara lirih. Kecil hati
dengan Nur Annisa yang langsung tidak memberitahu apa-apa kepadanya.
“Nisa
tak sempat nak pikiaq apa-apa pun kak Meena. Nisa bukan sengaja, betul-betul
tak sempat nak cari siapa untuk mengadu.” Nur Annisa menggenggam tangan Nur
Ameena, memohon agar kakaknya itu faham situasi dirinya.
“Tiga
bulan. Takkan tak ada satu hari pun yang Nisa boleh buka telefon Nisa dan
telefon akak bagitahu semua ni. Tak ada ka?” Nur Ameena masih berjauh hati.
Hari ini pun, dia datang sendiri ke rumah Tuan Haji Esmael untuk bertemu dengan
Nur Annisa.
“Telefon
Nisa hilang lama dah. Nisa tak beli yang baru pun. Nisa kan tengah simpan duit
nak sambung study.” Nur Annisa memberikan alasan, bukan sekadar alasan. Ia
sebuah kebenaran.
“Habis
tu Tuan Haji takkan tak ada telefon?”
“Nisa
baru ja nak kenai Tuan Haji kak, kami baru ja rapat. Akak pun tau kan Nisa mana
kenai sangat orang kampung kita.”
“Banyak
betui alasan hang ni Nisa, geram kak tau dak!” Nur Ameena mengacah untuk
mengetuk kepala Nur Annisa dan ketika itu Tuan Haji Esmael keluar dengan dulang
yang berisi air.
“Nisa
awat biaq laki hang yang buat ayaq?” Nur Ameena mengetap gigi menahan suara
agar tidak di dengari oleh Tuan Haji Esmael. Nur Annisa sekadar tersengih
menampakkan giginya.
“Jemput
minum ya. Awat Annisa tak ajak kak masuk dalam ja.” Ujar Tuan Haji Esmael.
“Tak
apa Tuan Haji, dekat sini pun okay. Sejuk sikit angin petang ni.” Nur Ameena
membalas. Tuan Haji Esmael mengangguk sahaja sebelum melangkah masuk ke dalam
rumah.
“Amboi…
Tuan Haji layan hang macam permaisuri noh. Syok noh.” Nur Ameena mengusik Nur
Annisa sebaik sahaja Tuan Haji Esmael hilang
dari pandangan mereka. Nur Annisa ketawa kecil.
“Alhamdulillah.
Allah tu tak jadikan sesuatu untuk sesuatu yang sia-sia. Nisa baru belajar apa
itu bahagia kak.” Nur Ameena tersenyum lebar. Nur Annisa ditarik ke dalam
pelukannya.
“Allah
Maha Baik. Kan kak selalu kata kat Nisa, sabaq satu hari nanti Nisa akan
bahagia dan sentiasa gembira. Tengok sekarang, dapat Tuan Haji Esmael kut.”
“Ish…
dari dulu orang dok syok kat Tuan Haji noh. Nisa tertanya-tanya juga. Lepas dah
kenai hati budi dia, kenai sikap dia, memang patut pun satu kampung dok ligan
dia.”
“Padan
la hampa dua. Nisa pun ramai lelaki dok kejaq. Rasanya berapa pinangan yang
Nisa dah tolak?” Nur Ameena menambah lagi membuatkan Nur Annisa mencebik bibir.
“Alah…
Nisa orang kejaq sebab rupa paras saja. Bukan riak ya, Nisa sedaq yang tu. Tuan
Haji Esmael sebab budi pekerti dia…”
“Dan
duit ringgit dia…” Nur Ameena menambah.
“Betul.
Risau juga Nisa yang tu…”
“Awat?”
“Banyak
duit kan… mampu kahwin banyak.” Terus sahaja Nur Ameena mencubit paha Nur
Annisa membuatkan Nur Annisa mengaduh kuat.
“Apa
ni kak meena…?”
“Mulut
jangan dok capui sangat. Doa tu Nisa, hang nak ka? Jadi sungguh baru hang tau.”
Marah Nur Ameena.
“Nisa
cakap ja… betui apa…”
“Apa
yang betuinya tu? Saya join sekali boleh? Seronok tengok bersembang…” Tuan Haji
Esmael datang lagi, kali ini dengan sepinggan karipap.
“Boleh
haih… saya pun bukan orang lain, kak ipaq Tuan Haji juga. Rajin betui Tuan Haji
masak, patut Nisa kui bulat.” Nur Ameena mengenakan Nur Annisa lagi. Tuan Haji
Esmael melabuh duduk bersebelahan Nur Annisa di atas pangkin kayu.
“Saja,
tak ada buat apa, saya masaklah. Dulu sorang, pi kedai ja senang. La ni ada
orang boleh teman makan seronoklah masak.” Tuan Haji Esmael membalas.
“Apa
yang betui tadi tu?” Tuan Haji Esmael menyoal sekali lagi.
“Ni
Nisa ni, risau Tuan Haji kahwin lain. Yalah orang mampu…” Nur Ameena langsung
tidak berlapik. Tuan Haji Esmael ketawa, Nur Annisa menjengil mata ke arah Nur
Ameena. Mulut tak ada insurans!
“Tudia…
kalau nak kahwin banyak buat apa saya tunggu tua macam ni… kalau nak dah lama
Annisa… nak dapat Annisa pun susah, Allah juga mudahkan.” Nur Annisa mengerut
dahi mendengar apa yang dikatakan Tuan Haji Esmael sebentar tadi.
“Maksud
abang apa tu? Allah mudahkan untuk dapat Nisa?” Nur Annisa menyoal. Tuan Haji
Esmael cuma ketawa kecil.
“Yang
tu, satgi-satgi abang cerita noh. Ameena kenduri raya kedua la noh? Siap semua
dah?” Tuan Haji Esmael menyoal Nur Ameena yang sedari tadi hanya memandang
kedua-dua mereka.
“Aah,
raya kedua. Mai la sebelum raya, rewang dulu. Abah nak masak sendiri juga,
Meena suruh buat catering ja senang tapi abah kata nanti tak meriah.” Tuan Haji
Esmael mengangguk.
“Syoklah
kenduri kahwin, boleh pakai macam princess.” Suara Nur Annisa, ada nada sedih.
Nur Ameena dan Tuan Haji Esmael saling berpandangan.
“Masa
kahwin saja macam princess, tapi Nisa selepas kahwin sentiasa jadi princess.
Eh, tak tak macam Queen.” Nur Ameena menjungkit-jungkit keningnya. Nur Annisa
mencebik. Tuan Haji Esmael cuma tersenyum melebar.
“Boleh
ka kita pi awal rumah ibu abah? Pi rewang?” Soal Nur Annisa kepada Tuan Haji
Esmael. Tuan Haji Esmael mengangguk lagi.
“Tadi
dekat surau, Imam ada bagitau dah. Rewang lelaki hari raya pertama lepas asaq.
Kalau Nisa nak pi sebelum raya tu pun boleh. Abang izinkan. Abang pun kenalah
ada, menantu pertama abah. Nanti apa orang kata pula.”
“Eloklah
tu. Nanti Meena habaq kat ibu dengan abah. Mai tau. Kita kumpul ramai-ramai.
Lepas kahwin nanti, Meena mesti payah nak balik. Suami Meena cuti ahad saja.
Raya la kut nak boleh balik pun. Kalau sampai giliran sebelah Meena.” Nur
Ameena menambah.
“InshaAllah,
nanti Nisa dengan abang Aji Nisa sampai.” Nur Annisa melentok manja ke bahu
Tuan Haji Esmael. Lagak manja. Nur Ameena mengerling, meluat.
“Toksah
dok buat manja depan kak. Geli. Simpan naa hampa dua punya sweet and sour.” Nur
Annisa ketawa, kemudian menjelir lidahnya. Tuan Haji Esmael sekadar menggeleng
dengan senyuman melihat keletah dua beradik itu. Tidak dia menyangka Nur Ameena
dan Nur Annisa serapat ini.
“Kak
Meena nak balik dah, satgi ibu bising macam-macam. Yalah, kita kahwin awai
sebelum anak manja dia kan. Payah…” Nur Ameena merujuk kepada Nur Ain. Hanem
kurang setuju dari awal Nur Ameena menyatakan yang dia mahu berkahwin dengan
pilihan hatinya.
“Alah…
tak habih lagi melepas rindu takkan nak balik dah.”
“Esok-esok
hang mai rumahlah. Kita gosip panjang naa… kak ada cerita pasai Kak Ain. Hang
kena tau, nanti kat rumah kita sembang lain.” Ujar Nur Ameena sewaktu memeluk
Nur Annisa sebelum berlalu pulang.
“Rapat
juga Annisa dengan Ameena?” Soal Tuan Haji Esmael sewaktu mereka berdua
mengemas pinggan dan cawan.
“Kak
Meena awai lagi keluaq pi belajaq. Kami jadi rapat masa kat Universiti. Tempat
belajaq kami tak jauh, selalu jumpa. Masa jumpa tulah kami saling luah
semuanya. Tu yang boleh rapat. Kalau dekat rumah, ibu tak bagi adik beradik
rapat dengan saya. Saya kan bawa sial.”
“Ish…
tak sukalah dok cakap macam tu.” Tuan Haji Esmael bersuara dengan nada tegas.
“Dak…
Nisa cerita ja. Abang, kenduri hat kita plan tu lagu mana?” Nur Annisa menyoal,
tangannya sibuk membasuh pinggan dan cawan. Tuan Haji Esmael yang sudah melabuh
duduk di belakang Nur Annisa cuma diam dan berfikir.
“Abang
dok rasa nak buat hujung tahun. Tapi macam lambat nak perangkap kepala-kepala
yang selalu dok buruk Annisa. Omar dengan Hussin dah dok dalam pasai kes lembu
kambing tu. La nih, tinggai Nur Ain saja. Tak apa ka kita plan nak bongkar
pasai dia?” Tuan Haji Esmael kembali menyoal.
“Nisa
pun tak suka nak bongkarkan pasai dia. Nisa rasa bersalah. Busuk-busuk pun
kakak Nisa juga. Erm. Nisa rasa, Nisa pi dengaq apa kak Meena nak habaq dululah.
Nanti kita plan lain.” Ujar Nur Annisa sambil mengelap tangan yang basah.
“Okay
juga tu. Dah nak maghrib ni, nak pi surau dak?” Soal Tuan Haji Esmael. Nur
Annisa berkira-kira.
“Boleh
juga, tapi Nisa tak masak apa lagi malam ni. Sat gi balik surau lewat pula kita
makan.”
“Malam
ni kita makan dekat warung Pak Berahim sajalah.”
“Seganlah.
Tu warung kopi geng pak Lebai. Habih semayang pakat dok bergosip dengan warung
tu. Apalah.” Nur Annisa sempat menyindir membuatka Tuan Haji Esmael ketawa.
“Tau
saja dia nih.”
“Dulu
abah suka dok pi, balik dok menyampai cerita. Kalau orang cerita pasai Nisa,
balik ja dari surau, ibu terus amek penyangkut baju ka apa sajalah, ni ha…
berbaluq badan Nisa ni. Kadang sampai tertanya-tanya, apa aku buat hari ni
sampai kena tibai.” Nur Annisa bercerita dengan nada gurauan tetapi Tuan Haji
Esmael terasa sayu. Hati lelakinya terusik. Laju sahaja dia menarik Nur Annisa
ke dalam pelukannya. Nur Annisa kehairanan.
“Awat ni?” Soal Nur Annisa, Tuan Haji Esmael hanya
menggeleng kepala.
“Parut
dekat belakang Nisa tu ibu ka buat?” Tuan Haji Esmael menyoal, Nur Annisa masih
dipeluk erat.
“Aah…
abah jarang naik tangan dekat anak-anak. Ibu lebih cepat. Parut tu Nisa dapat
lepas Nisa balik dari mandi sungai. Sorang dari kawan Nisa hampir mati lemas.
Balik tu, ibu ambik batang ubi, ibu tibai Nisa gila-gila. Separuh nyawa juga,
mujuq Kak Meena ada, dia tarik Nisa, bawak lari masuk bilik.”
“Kasihan isteri abang…”
“Tak perlulah. Nisa okay. Semua tu buat Nisa jadi kuat,
jadi Nisa yang sekarang ni. Allah tak uji kita saja-saja kan? Lagi pun Nisa
paham kenapa ibu pukul Nisa. Orang asyik bising dekat ibu pasai Nisa. Ada saja
yang tak kena. Alah, abang pun dah rasakan. Orang asyik cari dok buruk Nisa.”
Nur Annisa masih tersenyum. Semua itu kenangan, kenangan yang mendewasakan
dirinya.
“InshaAllah, abang janji dengan Allah, abang akan
pastikan semua parut-parut ni hanya akan jadi parut tetapi di hati Nur Annisa
hanya ada memori cinta yang bahagia.”
“Amin!” Nur Annisa laju sahaja mengaminkan kata-kata Tuan
Haji Esmael. Tuan Haji Esmael kemudiannya mengucup lembut dahi Nur Annisa.
Penuh kasih sayang.
“Terima kasih, sayangkan Nisa.”
“Terima kasih, terima saya seadanya.”
“Abang ni suka merendah diri, meluat pula.”
“Lah… apa pulak.” Tuan Haji Esmael mengejar langkah Nur
Annisa yang sudah jauh ke depan.
“Seadanya konon. Abang ada-ada. Banyak adanya. Nisa ni
yang kurang ada.”
“Itu pun salah?”
“Toksah macam padi sangat, nanti Nisa ambik buat makan
ja.”
“Nak makan kena tunggu habis isyak. Baru syok.”
“Haa tu kuning la tu abang Aji ni… ish! Gatai.”
“Gatai pun tak apa aih… halal!”
to be continue... very soon.
dah schedule, dulu ja keluaq kat blog ni ya.
KOMEN TAU!
5 comments:
sweetnya..sambung lagi noh..
apa yg abg haji rahsiakan tu...abg haji mmg dah lama ada hati ngan annisa ka...
👍👍👍
Uishhh lagi kakk... makin syok plk ... hhehe
Makin menarik... X sabar nak tunggu selanjutnya...
Post a Comment