Part 11
Nur
Annisa menghidangkan nasi lemak hasil air tangannya. Dia masih tidak
membongkarkan penipuannya sebelum mereka berkahwin. Sengaja membiarkan Tuan
Haji Esmael tidak tahu.
“Bau
sedap sangat ni. Aish… tak sabaq nak rasa ni.” Ujar Tuan Haji Esmael sewaktu
melabuh duduk di kerusi meja makan. Nur Annisa mencedok nasi ke pinggan Tuan
Haji Esmael.
“Cubalah,
nanti bagi bintang naa…” Nur Annisa tersenyum sahaja. Harap-harap sedap, sudah
lama tidak memasak sejak kakinya sakit tempoh hari.
“SubhanaAllah…
sedapnya. Betui ka tak pandai masak ni?” Tuan Haji Esmael menyoal. Nur Annisa
cuma menjungkit bahu.
“Hat
mana sedap lagi? Nasi lemak Nisa atau Mak cik Husna?”
“Annisa
la menang. Sambal Annisa ni cukup rasa. Sedap sangat sayang.” Belakangan ini
Nur Annisa perasan, Tuan Haji Esmael kerap membahasakan diri Nur Annisa dengan
sayang.
“Kalau
sedap, jangan pi beli dah naa… nak makan nasi lemak habaq ja, Nisa buatkan.”
Ujar Nur Annisa sebelum turut menikmati sarapan mereka pagi itu. Sedang asyik
menjamu selera pintu rumah diketuk dari luar. Terdengar suara memberi salam.
Nur Annisa bingkas bangun.
“Waalaikummussalam.
Imam, Ustazah!” Nur Annisa terus memeluk Ustazah Mastura yang amat dirinduinya.
“Eh,
imam… ustazah. Jemputlah masuk. Annisa ni rindu sangat ka sampai tak jemput
masuk ni.” Tuan Haji Esmael yang baru sampai ke muka pintu menjemput masuk,
sambil sempat mengusik Nur Annisa.
“Rindu
sangat. Lama kut tak jumpa. 5 bulan ada kut Ustazah?”
“Lima
bulan saja Nur Annisa, malu aih dok peluk ustazah depan Tuan Haji lagu ni.”
Ustazah Mastura memicit hidung Nur Annisa. Dia juga rindu anak angkatnya itu.
“Abang
okay ja, sempoi.” Nur Annisa mengusik, ibu jari diangkat. Tuan Haji Esmael
ketawa.
“Ada
apa imam datang, dengan ustazah sekali ni?” Nur Annisa berlalu ke dapur membuat
air.
“Saya
yang ajak imam datang. Pagi tadi dekat surau, saya ada dengaq orang dok mengata
Nur Annisa. Saya nampak dia nangis, terus laju keluaq surau. Saya risau sebab
tu saya datang sini.” Ustazah Mastura bersuara. Suaminya dipandang sekilas.
“Annisa
memang menangis tadi. Dia pun ada bagitau saya hal tu. Terima kasih ustazah
ambik berat hal Annisa.” Ujar Tuan Haji Esmael. Nur Annisa tiba dengan sedulang
air.
“Ni
Nur Annisa okay ka?” Imam Ahmad menyoal Nur Annisa yang sedang menuang air.
“Okay
saja. Alhamdulillah. Ada suami yang rajin pujuk, rasa senang hati ja lah.” Nur
Annisa memandang Tuan Haji Esmael dengan senyuman melebar.
“Alhamdulillah.
Ustazah tak berkenan apa depa dok kata. Hal lama. Hal yang tak patut nak
disebut lagi. Nak buat lagu mana pun tak tau.” Ustazah Mastura meluahkan rasa
hatinya.
“Tak
apalah ustazah. Nisa okay. Kalau dulu mungkin Nisa akan lari lagi. Sekarang
Nisa dah ada hero Nisa. Orang yang akan selalu lindungi Nisa.”
“Alhamdulillah.
Lega hati ustazah Nur Annisa bahagia macam ni. Pipi pun makin tembam.” Ustazah
Mastura sempat mencubit manja pipi Nur Annisa. Nur Annisa mencebik.
“Makan
banyak dia ni. Kalau tak buat apa, reja mengunyah saja.” Tuan Haji Esmael
mengusik. Nur Annisa mencerlun mata.
“Abang
yang masak sedap sangat. Abang juga yang tak bagi Nisa buat apa-apa naa.”
“Yalah-yalah…
kami mai ni nak tanya hal semalam sama. Bila nak pi lapor polis? Saya nak ikut
sama.” Imam Ahmad mencelah.
“Lepas
ni nak pi. Dok makan tadi. Jom lah makan sekali, Annisa masak nasi lemak. Sedap
betui.” Tuan Haji Esmael menjemput.
“Nur
Annisa ni kalau masak apa pun sedap. Lagi-lagi sambal udang dengan keli salai
masak cili padi. Boleh bertambah banyak kali, orang azan pun tak dengaq.” Imam
Ahmad bergurau. Tuan Haji Esmael berkerut dahi. Nur Annisa mula cuak. Kantoi
sudah….
“Jom
kita makan dulu, satgi abang dengan imam boleh pi balai polis buat laporan. Jom
ustazah.” Nur Annisa cepat-cepat bergerak ke dapur.
Nur
Annisa menghidangkan nasi kepada Imam Ahmad dan Ustazah Mastura. Dalam masa
yang sama, dia mencuri pandang ke arah Tuan Haji yang memandangnya tajam. Nur
Annisa takut. Marahkah dia?
Kerusi
di sebelah Tuan Haji Esmael ditarik sebelum dia melabuh duduk. Jari Nur Annisa
mencuit badan Tuan Haji Esmael. Curi-curi, Nur Annisa membisikkan kata-kata
maaf kepada Tuan Haji Esmael.
Tuan
Haji Esmael langsung tidak mengendahkan Nur Annisa. Dia buat-buat sibuk
berborak dengan Imam Ahmad. Merajuk. Nur Annisa mencebik. Ustazah Mastura
memandang pelik kepada kedua-duanya.
“Tak
payah angkat, saya boleh bawa ke sinki.” Ujar Tuan Haji Esmael kepada Imam
Ahmad dan Ustazah Mastura yang mahu bangun mengangkat pinggan kotor ke sinki.
Nur Annisa menuangkan air kopi kepada Imam Ahmad dan Ustazah Mastura sebelum
menghampiri Tuan Haji Esmael yang merajuk dengannya.
“Abang…
sorry. Tak ada niat pun nak tipu.” Nur Annisa memintal-mintal lengan baju Tuan
Haji Esmael. Imam Ahmad dan Ustazah Mastura saling berpandangan dengan
senyuman. Dua-dua manja!
“Abang…
tak mau la lagu ni. Tak sayang Nisa ka?” Nur Annisa bersuara lirih. Tuan Haji
Esmael yang sedang membasuh pinggan mengeluh kuat sebelum kalih memandang Nur
Annisa yang sudah mendung dan hampir hujan.
“Apa
lagi Annisa tipu abang?” soal Tuan Haji Esmael. Suara sengaja ditegaskan.
“Hat
semua Nisa kata kat pondok tu. Hat yang last tu ja, Nisa reti buat semua tu.
Kan Nisa dok asrama mestilah tau.” Nur Annisa takut memandang mata Tuan Haji
Esmael yang tajam memandang ke arahnya.
“Kenapa
tipu?”
“Nisa
ingat kita kahwin lambat lagi masa tu. Nisa saja nak tengok abang ni ikhlas ka
dak nak kahwin dengan Nisa. Nisa ingat nak tipu sat ja, tak sangka kena kahwin
malam tu jugak. Sorry. I love you.” Nur Annisa menjelaskan.
“Kiss
pipi abang dulu. Baru abang maafkan.” Tuan Haji Esmael sengaja mengenakan Nur
Annisa.
“Satgi
imam dengan ustazah nampak, malu.” Ujar Nur Annisa sambil mengisyarat kepada
Imam Ahmad dan Ustazah Mastura yang sejak dari tadi memandang ke arah mereka.
Walaupun ruang makan agak jauh sedikit dan terlindung tetapi masih boleh
nampak.
“Kalau
malu takpalah.” Tuan Haji Esmael menutup pili air dan mengelap tangannya. Baru
hendak melangkah pergi, Nur Annisa menahan. Terus sahaja pipinya terasa lembut
dicium Nur Annisa. Bibirnya terus sahaja terukir dengan senyuman lebar.
“I
love you too.” Baru hendak merangkul Nur Annisa ke dalam pelukan, terdengar
deheman panjang Imam Ahmad dan suara ketawa Ustazah Mastura. Tuan Haji Esmael
mula tergaru-garu kepala.
“Eh,
imam jom kita pi balai. Sat gi lewat, lambat balik pula.” Tuan Haji Esmael
cepat-cepat mengajak Imam Ahmad.
“Memang
dok tunggu dari tadi, tapi biasalah orang baru-baru kahwin ni, drama banyak
sangat. Jomlah.” Sempat lagi Imam Ahmad mengenakan Tuan Haji Esmael yang sudah
memerah muka.
Nur
Annisa menekup mulutnya menahan ketawa. Malu juga, tapi ditahan sahaja. Suami
dia, malu apa!
“Hari
tu ada Tuan Haji datang rumah jumpa Imam. Minta nasihat sebab Annisa merajuk,
tapi Ustazah tengok, bukan main manja hampa dua ni.” Ustazah Mastura mengusik.
Nur Annisa yang sedang mengemaskan meja makan tersipu-sipu malu.
“Merajuk
sat ja. Biasalah baru nak kenai siapa Tuan Haji tu sebenaq-benaqnya.”
“Dah
kenai ka?”
“Alhamdulillah.
Allah jodohkan Nisa dengan seorang lelaki yang sangat sabar dan sayangkan Nisa.
Syukur sangat.”
“Allah
Maha Baik Nur Annisa… Tuan Haji pandai pujuk noh, Nur Annisa yang Ustazah kenai
payah betui nak okay kalau merajuk.” Ustazah Mastura tersenyum penuh makna. Nur
Annisa tersenyum besar.
“Tuan
Haji layan saja perangai Nisa. Masak semua yang Nisa nak makan sepanjang Nisa
sakit kaki. Setiap hari ada saja lawak yang dia buat, walaupun tak lawak tapi
senang hati jugalah. Yang paling menyejukkan hati, setiap selepas solat Tuan
Haji sentiasa doakan untuk Nisa. Jadikan isteriku, bidadari syurga buatku.
Sejukkkk hati dengaq ustazah.”
“Alhamdulillah.
Kamu dua-dua dah lama mencari kebahagiaan. Ustazah harap, Nur Annisa berusaha
untuk terus jadi bidadari syurga buat Tuan Haji Esmael. inshaAllah, bahagia
dunia dan akhirat.”
“Amin.”
“Ibu
Nur Annisa macam mana?”
“Dah
lama tak jumpa Ustazah, last ibu mai dia tibai Nisa dengan batang paip. Ibu tak
pernah nak percaya yang Nisa tak pernah buat perkara yang bukan-bukan. Tak
pernah.” Nur Annisa duduk bertentangan dengan Ustazah Mastura di meja makan.
“Ibu
tetap memegang syurga buat seorang anak walaupun anak dah berkahwin.”
“Nisa
tau tapi Nisa tak tau nak buat lagu mana lagi bagi ibu percaya dengan Nisa.”
“Buat
biasa sahaja Nur Annisa, lambat laut ibu akan tahu perkara yang
sebenar-benarnya. Ibu akan kenal siapa Nur Annisa sebenarnya macam mana.”
Ustazah Mastura memujuk hati Nur Annisa yang jauh berlari dari ibunya, Hanem.
to be continue...
maaf ya seminggu baru boleh post!
komen juga ya.
4 comments:
Tq atas n3 baru ni masalah dah selesai ke?...
Alahai merajuk manja pulak abang aji ni...dapat suami tua pun takpalah tapi hati senang.
Kak min
Makin sweet....
Sweet..
Kenapa bab 12 x boleh baca lagi..huhu
Post a Comment