Sunday, February 21, 2021

MINI NOVEL 2020: MUZIKAL CINTA 14

 



BAB 14

Rashid memarkirkan keretanya di kawasan rekreasi itu. Terus mematikan enjin dan keluar dari kereta. Nur Ayla turut sahaja keluar dari perut kereta. Terasa bahang memancar dari terik matahari. Jam ditangan dibelek sekilas. Hampir sudah hampir 2 petang, angan-angan hendak pusing Ipoh hanya tinggal angan-angan. Kini dia perlu berdepan dengan angan-angan yang langsung tak pernah dia berangan!

“Kita naik bot? Sebelah sana privacy dan view dia cantik.” Ujar Rashid. Nur Ayla hanya mengangguk. Rashid kemudian melangkah ke arah kaunter tiket. Nur Ayla hanya membuntuti langkah Rashid yang sudah ke depan.

“Nah buat lapik perut, after kita selesai apa yang perlu kita selesaikan saya belanja awak makan.” Ujar Rashid, langsung tidak meminta pandangan atau bertanya dengan Nur Ayla. Sebotol air teh hijau bertukar tangan. Seakan menggunakan kuasa veto entah dari mana. Malas bertekak atau melawan, Nur Ayla hanya dengar, diam dan ikut.

Pemandu bot menggamit mereka berdua dan beberapa pasangan yang telah membeli tiket untuk menaiki bot. Nur Ayla berdecit. Tak sesuai langsung pakaiannya ketika itu untuk menaiki bot. baju kurung kedah kainnya sisip agak susah hendak melangkah besar.

“Kenapa?” Soal Rashid yang menyedari Ayla yang tidak selesa.

“Kain baju kurung saya ni ketat sikit, susah nak langkah besar naik bot tu.”

“Saya naik dulu, nanti pegang tangan saya.” Rashid melangkah ke arah bot dan terus melangkah naik. Tangan dihulurkan ke arah Ayla yang masih berkerut wajah. Tahu saja Rashid, Ayla mesti menyumpah dalam hati. Rashid tersenyum sendiri melihat gelagat Ayla ketika itu yang teragak agak hendak menyambut tangan Rashid.

“Pegang lengan baju saya ni la.” Ujar Rashid dengan senyuman yang meleret. Ayla berdecit lagi. Dicapai lengan baju Rashid dan digenggam kuat, risau tersungkur dalam bot. Rashid dengan pantas menggenggam lengan Ayla yang turut berlapik lengan baju kurung dan membantu Ayla melangkah naik ke dalam bot. Selamat mendarat tanpa insiden memalukan, laju Ayla melepaskan genggaman lengan baju Rashid dan menarik tangannya dari genggaman Rashid. Rashid hanya tersenyum sahaja.

Nur Ayla mengambil tempat duduk di belakang sekali bertentangan tempat pemandu bot. Segan berdua dengan Rashid di situ walaupun orang lain langsung tidak mempedulikan mereka berdua.

“Cantikkan?” Rashid memecah kesunyian antara mereka, deru air dan bunyi bot membuatkan Rashid mendekatkan sedikit jarak antara mereka berdua. Lengan sengaja direhatkan di atas sandar kerusi yang diduduki Nur Ayla membuatkan Nur Ayla duduk menegak badannya. Rashid memang sengaja. Sesekali Rashid menunjukkan burung-burung yang berterbangan dan hingap di pokok-pokok yang menghijau disekeliling tasik Gunung Lang itu dengan sengaja mendekatkan lagi jarak tubuhnya dengan Nur Ayla.

“Jauhlah sikit, tak selesalah.”

“Alah, tu saya tunjuk burung hijrah tu. Jarang-jarang boleh nampak tu.”

“Iyelah sangatnya… dah jauh sikit naa, kita datang bukan bercinta.”

“Kenapa? Kalau bercinta boleh dekat-dekat?”

“Tak juga, bukan mahram.”

“That’s why saya nak jadikan awak mahram saya.”

“Bukan dah cancel? Tiba-tiba muncul, mahram bagai.” Rashid terdiam, dari lantunan Nur Ayla, kedengaran marah benar. Rashid menarik nafas dalam-dalam dan menghela perlahan. Bot telah sampai ke jeti seberang tasik. Semua orang bangun dan mula melangkah keluar. Rashid seakan terlupa akan Ayla yang berperang dengan kain ketatnya itu, terus sahaja melangkah lebih laju ke depan. Sampai sahaja ke depan bot, Ayla mula memanggil dan menggapai tangan ke arah Rashid.

“Awak… ishh.. tolonglah saya ni.” Rashid yang baru tersedar, cepat-cepat kembali ke arah Ayla dan tanpa sedar dia terus menggenggam jemari Ayla dan menarik Ayla naik ke jeti. Akibat terlalu kuat Rashid menarik, Ayla terus sahaja terjatuh ke dalam pelukan Rashid.

“I’m so sorry… I didn’t mean. I swear.” Rashid mengangkat kedua- dua tangannya seakan pesalah polis. Orang-orang yang ada berdekatan sudah mula senyum-senyum dan ketawa memandang mereka berdua.

Nur Ayla tampak mula memerah wajahnya, malu dan berang. Terus sahaja dia menarik baju Rashid dan mula melangkah jauh dari kawasan itu. Sampai di kawasan yang agak jauh dari kawasan jeti, Nur Ayla melepaskan genggaman baju Rashid dan memberikan satu jelingan tajam kepada Rashid yang hanya tersenyum sahaja sejak dari tadi.

“Auch… tajamnya.” Rashid mengusik sebelum turut melabuh duduk di sebelah Nur Ayla yang terkial-kial mahu membuka penutup botol air teh hijaunya. Rashid menarik botol air itu dan membukanya dengan sekali cubaan sebelum kembali menyerahkannya kepada Nur Ayla.

“Sorry pasal tadi. Saya risau pak cik bot tu dukung awak aje, sebab tu terus tak fikir apa ter… tertarik tangan awak and too strong. Sorry tau.” Ujar Rashid memulakan bicara.

“Dah… lupakan.” Nur Ayla membalas sepatah. Malu masih menebal diwajahnya.

“Okay, kita terus kepada tujuan utama kita ke sini boleh?”

“Lagi cepat lagi bagus, saya nak balik.” Ayla membalas. Pandangan dibawa jauh ke tempat lain, bertentang dengan Rashid yang berada di sebelahnya.

“Eh, saya ada satu hari untuk bawak awak jalan-jalan hari ni.” Ujar Rashid membuatkan Nur Ayla laju memandangnya.

“Eh dah kenapa pulak?”

“Ila cakap saya kena bawak awak pusing satu Ipoh… Ila cakap Husna yang suruh dia cakap macam tu.” Rashid menunjukkan telefonnya. Nur Ayla berkerut keningnya.

“Atas kebenaran siapa? Tuan badan tak nak.”

“Awak nak kebenaran siapa? Husna dah memang green light. Ayah awak? Mak awak? I bet sejak kes haritu memang awak dah tak balik kampung kan?” Nur Ayla terdiam dengan kata-kata Rashid.

“Macam mana awak tahu?” Nur Ayla sudah beremosi. Sejak kes Malik, dia dan Rashid, Mak dah halau dia jauh-jauh. Iyalah sudah kecoh satu kampung yang dia punca pertunangannya dengan Malik putus.

“Dalam usaha saya hendak kembali kepada awak, yang suatu masa dulu pernah bagitau saya. Selagi kita tak ada apa-apa hubungan yang sah, awak adalah milik awak, milik mak ayah awak. Jadi, sebab awak melarikan diri. Saya pergi ke kampung awak dan jumpa mak dengan ayah awak.” Rashid menerangkan panjang lebar, tidak mahu Nur Ayla salah faham atau terus berfikir buruk tentang dirinya.

“Jadi awak dah tahulah semua cerita saya?”

“Tidak secara keseluruhannya. Saya cuma tahu mak awak memang buang awak, Malik memang dah tak ada dekat kampung dan awak memang terus jauhkan diri awak dari saya.” Ujar Rashid. Nur Ayla sudah bermain emosi. Air mata yang lama disimpan menitis sendiri tanpa sedu sedan. Laju sahaja Ayla mengesat air mata yang jatuh dan menarik nafas dalam-dalam.

“Sadiskan?”

“Nope. Tak sadis, tapi awak yang paling merana dalam hal ni Ayla.”

“Dah nasib saya nak buat macam mana. Saya tak boleh nak ubah, saya redha dan terima. Saya bukan lari, maaf ya. Saya nak mulakan hidup yang baru, hidup sendiri tanpa sesiapa.”

“But I do love you Ayla.” Rashid meluahkan rasa yang lama disimpan. Nur Ayla ketawa.

“Really?”

“Yes, I do.”

“Sudahlah, dah terlambat sangat kut. And Diana eh perempuan yang awak selalu keluar bersama tu?” Nur Ayla seakan menempelak Rashid, tetapi Rashid sebaliknya. Berkerut dahi namun bibir terukir senyuman meleret memandang Nur Ayla.

“Apa?” Nur Ayla menyoal, akan jengkel dengan senyuman Rashid itu.

“Kata nak lupakan tapi tahu pulak dengan siapa saya keluar and tahu pula berapa banyak kali saya keluar dengan dia?”

“Dah dia datang jumpa saya, mau tak tau.” Ujar Nur Ayla bersahaja.

“Hah? Bila?” Rashid terkejut besar. Langsung dia tidak tahu menahu akan hal itu.

“Tak ingat tapi sebelum saya pindah ke kafe’ kedua saya. Diana datang dengan Mak sedara awak kut yang ada datang dengan awak masa kes dulu tu. Saya ingat mama awak, tapi tadi mama awak orang lain.”

“Diorang cakap apa dekat awak?”

“Awak rasa diorang cakap baik ke cakap tak baik?” Nur Ayla hanya kembali menyoal.

“Sebab apa yang diorang cakap dekat awak tu la yang awak terus lari dari saya? Betul?” Soal Rashid. Ayla hanya menjungkit bahunya sedikit.

“Tak jugalah. Saya berkurung sebulan lebih dalam rumah. Fikir, muhasabah diri, renung balik semua salah silap saya. Lepas kembali bekerja, jumpa pulak dengan kekasih baru awak dan mak sedara awak yang memang tak suka saya tu. Semua tu buat saya tekad, untuk mulakan semula hidup saya.” Nur Ayla cuba menjelaskan supaya dia tidak dikatakan menyampai fitnah atau apa sahaja yang memburukkan keadaan antara Rashid, Diana dan Mama Long kelak.

“She’s not my kekasih. No way. Awak yang pertama and the last one.”

“Eleh, iye sangatlah.”

“Betullah, sebab tu mama papa siap dah bagi cincin dekat awak tanpa pengetahuan saya.”

“Dah tu macam mana awak boleh tahu pasal tadi?”

“Ila mesej saya.”

“Tak sangka Ila tu adik awak, kalau tahu memang taklah saya nak hired dia kerja dengan saya.”

“Mujurlah tak tahu, kalau tak… tak merasalah cheesetart awak dah.”

“Ishhh geram pulak.”

“Janganlah marah dia, saya memang tak tahu dia kerja dengan awak. Saya tahu pun lepas dia bawak balik cheesetart tu. Tapi mama papa memang tahu. Okay back to our discussion?” Nur Ayla memandang Rashid dengan muka tak puas hati.

“Apa lagi?”

“Malik dan semua tuduhan dia tu?”

“Tak… saya memang tak akan cerita apa-apa. Terpulang kepada sesiapa sahaja untuk percaya apa dia kata.” Laju Nur Ayla menolak.

“Tapi dia dah burukkan nama awak, maruah awak.”

“Biarlah dia, lillahitaala, saya dah move on… hal yang terjadi antara kami biar saya dengan dia dan Allah sahaja yang tahu.”

“Habis tu kalau setiap kali awak nak kahwin dia buat hal macam mana?”

“Takyah la kahwin.”

“Jangan main-main…”

“Kan saya dah kata tadi, terpulanglah kepada bakal suami saya tu nak terima saya ke tak. Lagi pun saya dah tutup semua pintu untuk ke arah tu. Saya dah give up percaya lelaki dalam hidup saya.”

“Habis saya?”

“Lah kenapa dengan awak?”

“Nur Ayla… saya masih mengharapkan awak untuk kembali kepada saya.”

“Awak ada Diana. Cukuplah seorang, dua orang nanti senget bahu.”

“Ayla saya serius.”

“Saya pun serius. Dah la, saya lapaq sangat-sangat.” Nur Ayla bangun dan membetulkan bajunya.

“Apa yang selesai kalau macam ni?” Rashid tidak berpuas hati.

“Selesai dah kan. Saya dah move on, kisah Malik dengan saya biarlah rahsia. Terpulang orang nak percaya apa pun. Awak pun dah ada Diana. Selesai…” Rashid menghela nafas kasar. Matanya tajam memandang Ayla. Ayla hanya ketawa sahaja.

“Tu tak puas hati la tu. Lapaq la… makan dulu jom. Kata ada sehari dengan saya.” Laju Rashid bangkit dan berdiri berdepan dengan Nur Ayla.

“Betul eh, ada sehari.” Rashid membelek jam tangannya.

“Tadi kita jumpa pukul 1 so, ada sampai esok la eh?” Rashid tersengih mengada.

“Jangan melampau sangat, satgi dari ada jadi takdak.” Nur Ayla membalas sambil berpeluk tubuh.

“Yelah… tak boleh nak bergurau dah sekarang. Serius nau.”

“Kena seriuslah baru selesai kalau tak nanti orang kata kita bagi harapan.”

“Okay baik. Jom… kita cari tempat solat dulu lepas tu kita decide nak makan mana.”

“Cari tempat yang boleh solat dan makan terus pun lagi okay.”

“Mana tu?”

“Kalau yang dekat Mydin Meru tu… nak jauh and luas sikit Aeon Station 18, dekat sikit dengan rumah saya.”

“Kita pergi jauh sikit and dekat rumah awak.”

“Haa adalah tu. Nanti saya suruh Husna ambil saya.”

“Eh… kenapa pulak, saya hantar awak balik. No excuses.”

“Yelahh… nanti jangan tinggal saya terkial-kial naik bot tu.”

“Tak… saya dukung kejap lagi.”

“Nak rasa air tasik tu boleh cuba.” Rashid ketawa. Tak sia-sia dia cepat-cepat datang apabila Ruhaila memaklumkan yang mama papa sedang bertemu empat mata dengan Nur Ayla. Dan, tak sia-sia dia bertegas dan memaksa Nur Ayla mengikut dia ke sini. Walaupun masih tidak ada jawapan untuk segala persoalan yang ada, tapi Rashid lega, terasa terubat rindu buat Nur Ayla.


Friday, February 19, 2021

MINI NOVEL 2020 : MUZIKAL CINTA 13


BAB 13

Husna membantu Nur Ayla mengemas barangannya. Cukup 3 hari 2 malam di hospital. Nur Ayla kini tampak lebih segar. Cukup tidur. Cukup rehat.

“Kita pergi makan-makan nak Husna? Dah lama kita tak jalan-jalan Ipoh kan?” Suara Ayla sambil mengenakan pelembap bibir. Tudung bawal dibetulkan muncungnya.

“Husna ada aje jalan-jalan dengan mak. Akak tu suka sibukkan diri dengan kafe’. Tak pun berkurung aje dekat rumah.” Ujar Husna dengan cebikan. Nur Ayla tersenyum menampakkan giginya.

“Akak malas macam-macam.”

“Yelah tu, risau terserempak lagi kan?” Tempelak Husna. Nur Ayla ketawa kecil.

“Remuk tau. Dah lah kita ni berharap, last-last perasan sendiri.” Ujar Nur Ayla. Selepas sebulan berpisah dengan Rashid. Rashid hilang khabar. Tiada mesej, apatah lagi panggilan. Suatu hari, Nur Ayla ternampak Rashid dengan seorang perempuan yang cantik pada pandangnya. Bermesra disebuah restoran di Pekan Ipoh. Hatinya ketika itu yang sudah retak, terasa terus berderai. Sejak kejadian itu, Nur Ayla kian murung tetapi dia tetap berusaha bangkit untuk dirinya sendiri.

“Okay, lupakan kisah lama. Jom, habis dah kemas ni.”

“Jom… rindunya nak jalan-jalan Ipoh.”

“Ekeleh, macam nak pi London je. Ni kat Ipoh dah, kira macam stay hotelkan.” Usik Husna. Nur Ayla menjeling dengan cebikan.

“Assalamualaikum.” Suara itu mematikan Langkah Nur Ayla dan Husna yang baru hendak keluar dari bilik wad.

“Waalaikumussalam.” Kedua-dua mereka menjawab hampir serentak. Nur Ayla memandang Husna dan kembali memandang dua susuk tubuh yang tiba-tiba datang.

“Kak Ayla, Kak Husna… ni mama papa Ila.” Ruhaila yang baru tiba memperkenalkan pasangan pertengahan umur itu kepada Nur Ayla dan Husna.

“Oyeke… macam pernah nampak sebelum ni.” Ujar Nur Ayla. Husna hanya membatukan diri, kemudian mula menyalami Puan Ruhil yang tersenyum manis.

“Kak Ayla dah discharged ke?” Ruhaila laju menyoal.

“Alhamdulillah, dah. Ni kami dah siap-siap nak balik.” Balas Nur Ayla.

“Makcik dengan Pakcik nak jumpa Ayla sekejap boleh?” Suara Puan Ruhil yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, tidak lepas memandang Nur Ayla.

“Nak jumpa saya? Ada apa ya?” Soal Ayla, keningnya bercampur dua.

“Kita cakap dekat tempat lain, boleh sekali lunch. Pakcik belanja.” Ujar Puan Ruhil. Mereka hanya mengangguk bersetuju. Nur Ayla masih berfikir-fikir siapakah dan kenapa mama dan papa Ruhaila mahu bertemu dengannya.

Husna dan Nur Ayla bergerak ke lokasi yang diberikan Ruhaila. Nur Ayla resah sendiri. Husna hanya diam membatu diri sejak dari tadi.

“Akak rasa diorang tu macam family…” Nur Ayla tak habiskan kata-katanya. Takut dikatakan mengharap sahaja.

“Abang Rashid.” Sambung Husna dan membuatkan Nur Ayla mengangguk laju.

“Kan?”

“Iye… betul tu kak. Memang Ruhaila adik abang Rashid. Yang datang tadi kan mama papa Ila, so mama papa abang Rashid.”

“Hah?!” Nur Ayla terkejut besar, hanya mengandaikan tetapi benar belaka.

“Macam mana Husna tau? Ke memang selama ni Husna tau?” Nur Ayla membesarkan matanya memandang Husna yang sedang memandu.

“Nope. Tak tahu, tapi sejak akak masuk wad tu, baru Husna tahu. Abang Rashid teman akak sampai Husna sampai haritu.” Husna membalas dengan senyuman lebar. Nur Ayla ternganga. Jawapan yang langsung tak disangka!

“Dia teman akak? Why? Kenapa Husna tak bagitau akak? Ya Allah, ni kenapa mama papa dia nak jumpa akak ni?” Nur Ayla sudah semakin gelisah. Banyak persoalan muncul di ruang kepalanya. Tangannya sudah berpeluh resah.

“Jangan fikir sangat, kita jumpa dan tahulah apa sebabnya.” Husna yang telah memarkirkan kereta, mengambil beg tangannya dan keluar. Nur Ayla masih membeku ditempatnya. Husna mengetuk cermin tingkap kereta dan menggamit Ayla untuk keluar.

“Macam mana kalau…”

“Jangan cakap apa-apa kak… dengar dulu. Jom cepat.” Pintas Husna terus menarik lengan Nur Ayla dan melangkah ke arah restoran yang dimaklumkan Ruhaila tadi.

“Maaf lambat sikit, cari parking yang teduh sikit.” Ujar Husna sebaik menghampiri Ruhaila dan mama papanya.

“Duduklah Ayla, Husna…” Pelawa Encik Rahmat kepada Nur Ayla dan Husna yang baru tiba. Nur Ayla mengambil tempat di depan Encik Rahmat dan Puan Ruhil. Husna mengambil tempat selamat bersebelah Ruhaila di sisi meja. Kedudukan mereka seakan memberi ruang kepada Nur Ayla dan mama papa Rashid berbincang sesama mereka. Keadaan itu membuat Nur Ayla dilanda resah lebih banyak dari sebelumnya.

“Ila dengan kak Husna nak tengok buffet harini dulu ya.” Ruhaila dan Husna terus berdiri.

“Kak nak coffee for now?” Soal Husna kepada Nur Ayla yang sudah pucat lesu wajahnya.

“Boleh jugak.” Husna terus melangkah ke arah buffet yang terhidang untuk tengahari ini. Buffet di Hotel Casuarina, memang heaven!

“Maaflah kalau pakcik dengan makcik tiba-tiba aje nak jumpa Ayla. Dah la baru discharged.” Encik Rahmat memulakan perbualan.

“Tak apa, saya okay. Dapat rest dan tidur yang cukup, rasa lebih segar.”

“Alhamdulillah. Sebenarnya pak cik dengan mak cik memang dah lama nak jumpa Ayla tapi masa tak sesuai dan tak izinkan. Tapi itulah, makin dibiarkan makin parah.” Encik Rahmat berjeda. Memandang sekilas Puan Ruhil disebelahnya.

“Apa yang parah?”

“Rashid… dan mungkin juga Ayla?” Puan Ruhil membalas laju.

“Saya tak berapa nak faham sebenarnya pakcik makcik…” Ujar Nur Ayla. Benar, dia tidak dapat nak hadam tentang perkara yang hendak disampaikan.

“Sebenarnya, selepas Ayla dan Rashid tak jadi bertunang dan bernikah beberapa bulan lepas, Rashid dia banyak berubah. Kami nampak dia rindukan Ayla tetapi keadaan memaksa untuk dia jauhkan diri dari Ayla. Pak cik dengan mak cik pun salah juga sebab kami tak nak berlaku kekecohan dalam keluarga kami jadi kami minta Rashid untuk ikut apa yang mak Long dia tentukan.” Encik Rahmat berhenti dan menyisip kopi yang ada di depannya.

“Ruhaila tekad nak kenal Ayla, selama hampir 3 bulan dia kerja dengan Ayla, boleh kata setiap hari dia yakinkan pak cik dengan mak cik untuk jumpa Ayla dan bantu Rashid dan Ayla untuk kembali bersama. Sebab itu, pak cik bawa makcik jumpa Ayla hari ini. Kalau boleh pak cik nak Rashid dan Ayla kembali bersama macam dirancang.”

“Jadi, maksud pak cik?”

“Kalau kami pinang Ayla untuk Rashid Ayla terima?” Puan Ruhil mengeluarkan bekas baldu merah dan meletakkannya di hadapan Ayla. Ayla tergamam. Keningnya kembali bercantum.

“Tapi pakcik makcik, saya rasa ada salah faham. Saya dah lupakan Rashid. Saya dah boleh terima apa sahaja yang berlaku dulu. Mungkin, mungkin orang nampak saya lemah, saya macam tak move on. Percayalah, saya boleh terima semua tu, dan saya 100 peratus yakin yang Rashid pun ada pilihan hati dia sendiri sekarang ni.” Laju Nur Ayla meluahkan apa yang ada dalam fikiran dan hatinya ketika ini.

“Rashid tak ada siapa, kami yakin.” Encik Rahmat membalas. Nur Ayla cuba senyum dan menggeleng.

“Saya rasa ada salah faham ni.” Nur Ayla masih menolak.

“Jadi Ayla tak terima?” Puan Ruhil menyoal. Nur Ayla diam, matanya memandang tepat ke arah cincin yang diletakkan di depan sejak tadi. Tangannya mendekat  ke arah cincin itu dan terus menutup bekas yang terbuka.

“Saya mintak maaf, saya…”

“Your coffee…” Suara itu memintas laju kata-kata Ayla. Secawan kopi diletakkan di hadapan Nur Ayla. Tanpa dipelawa, Rashid terus melabuh duduk di sebelah Nur Ayla. Sekali lagi, Nur Ayla tergamam dan terdiam. Jantungnya berdegup laju pada kadar yang luar biasa.

“Papa dengan mama patutnya tanya dulu dengan Rashid sebelum jumpa Ayla. Rashid tak nak Ayla salah faham.” Rashid bersuara yang dengarnya agak tegas. Encik Rahmat dan Puan Ruhil hanya tersenyum sesama mereka.

“Papa dengan mama nak kenal Nur Ayla je. Kami tak pernah tengok apatah lagi bercakap dengan gadis yang berjaya curi hati kamu ni.” Encik Rahmat membalas. Rashid hanya diam sahaja tanpa riak. Nur Ayla pula hanya senyap menenangkan jantungnya yang masih tak reda berdegup kencang.

“Entahnya, kami nak jumpa dan cuba-cuba, mana tahu berjaya.” Puan Ruhil menambah. Rashid meraup wajahnya, nafas ditarik dalam-dalam.

“Mama Papa, Ayla baru keluar wad. Ni cincin bagai ni… mama papa, please. I want to do it on my owns. My way.”

“When?” Encik Rahmat pula bersuara, ada tegasnya di situ.

“Rashid tengah settlekan isu Diana… and mak Long.” Rashid menjeling sekilas memandang Ayla yang hanya membatukan dirinya saat nama Diana dituturkan. Jujur, dia takut Ayla salah faham.

“Okaylah. Mama papa balik dulu, Rashid selesaikan apa yang patut. Terima kasih Ayla sudi jumpa makcik dengan pakcik harini.” Puan Ruhil dan Encik Rahmat terus sahaja berlalu tanpa sempat Nur Ayla hendak bersalam atau membalas kata-kata. Husna dengan Ruhaila sudah lama hilang di pandangan Ayla. Entah ke mana.

Kini hanya ada Nur Ayla dan Rashid, bersebelahan. Diam tanpa kata-kata. Yang kedengaran hanya suara-suara tetamu Hotel menjamu selera dan berbual kosong. Rashid tidak tahu mahu memulakan dengan apa. Fikirannya tiba-tiba kosong tanpa idea.

“Saya letih, saya balik dulu.” Nur Ayla bangun dan melangkah ke luar dari cafeteria hotel. Rashid memandang beberapa saat sebelum bingkas mengambil bekas cincin dan mengikut langkah Ayla yang ketika itu sudah pun keluar dari lobi hotel.

“Husna, kat mana? Haah… sampai hati tinggal akak sini.” Nur Ayla menghubungi Husna, dan Husna ketika itu sedang ‘window shopping’ dengan Ruhaila. Nur Ayla berdiri di depan hotel dan sesaat kemudian terus membuka aplikasi Grab Car. Nur Ayla menyedari Rashid menghampirinya di situ membuatkan Nur Ayla melangkah laju keluar dari kawasan hotel. Terminal Amanjaya ada berdekatan, terus sahaja memberikan Ayla jalan untuk pulang ke Seri Iskandar.

“Saya hantar awak balik?” Rashid memintas jalan Nur Ayla membuatkan Nur Ayla berhenti melangkah.

“Tak apa, saya boleh balik sendiri.” Balas Nur Ayla dan terus melangkah lebih laju.

“Ayla, please. Can we talk?” Rashid berjalan menyaingi Nur Ayla.

“Please, sekejap.” Rashid mendepa sebelah tangannya, menghalang Nur Ayla terus melangkah. Nur Ayla menarik nafas dalam-dalam, memandang Rashid sekilas sebelum melarikan pandangan ke arah bertentangan.

“Kita masih ada perkara tak selesai ke? Seingat saya, tak ada apa-apa dah. So please, excuse me.” Nur Ayla cuba melangkah untuk pergi. Rashid memegang beg tangan Nur Ayla yang tergalas di bahu.

“Ikut saya dulu, kita bincang elok-elok. I know, dah hampir setahun tapi we need to discuss all over it. I’m not over with you Ayla.” Rashid terus menarik beg tangan Nur Ayla serta merta menarik Nur Ayla bersama-sama dengannya. Nur Ayla cuba menarik semula beg tangannya tetapi lagi kuat Rashid memegang dan menarik Nur Ayla dengannya.

“Jom?”

“Nak pergi mana?”

“Masuk dulu, kita bincang tempat yang tenang sikit.”

“Saya tak nak.”

“Please, kalau ini kali yang terakhir, saya nak selesaikan baik-baik.” Ujar Rashid. Kata-kata itu sedikit sebanyak membuatkan Nur Ayla setuju. Selesaikan. Selesai sehingga tiada apa lagi yang tersisa antara mereka berdua.

 

Tuesday, February 16, 2021

MINI NOVEL 2020 : MUZIKAL CINTA 12

 



BAB 12

Bunyi mesin menyedarkan Nur Ayla dari lelap yang panjang. Perit di tangan dan dahi membuatkan Nur Ayla membuka mata dan memandang tangannya yang berbalut jarum terus sahaja membuat Ayla memandang sekitarnya. Husna yang baru sahaja masuk ke bilik yang menempatkan Nur Ayla menyedari Ayla sudah sedar dari lenanya.

“Akak dah sedar… nak air?” Laju sahaja tangannya menuang segelas air untuk Nur Ayla sebelum membantu Ayla untuk bangun dan minum.

“Berapa lama akak tak sedar?” soal Nur Ayla dengan suara yang perlahan.

“Sekarang dah maghrib kak, lama juga tu. Terkejut Husna tadi bila Ila call akak pengsan tepi jalan.”

“Tepi jalan?”

“Aah, Ila kata akak nak ke klinik sebab sakit kepala, sekali abang Ila call Ila bagitau akak pengsan.”

“Haa betullah, akak sakit kepala sangat. Lepas tu tak tau dah apa. Lost.”

“Mujurlah kebetulan abang Ila tu lalu situ nak jumpa si Ila. Kalau orang lain tak tahu la kak. Alhamdulillah.”

“Alhamdulillah. Ila mana?”

“Lepas dia hantar akak dengan abang dia tadi, dia balik dulu nak tutup kedai.”

“Akak mintak maaf sangat, dah susahkan Ila dengan Husna… tak pasal-pasal abang si Ila tu pun dah akak susahkan.” Nur Ayla terasa ralat.

“Tak ada apalah kak. Saya dengan Ila aje yang akak ada kan sekarang? Kami sayang akak dah macam kakak sendiri tau. Jangan fikir sangat. Rest.”

“Husna ada jumpa abang Ila?”

“Ada, jumpa tadi. Memang peminat setia cheesetart akak.”

“Husna kenai ka?”

“Dulu Ila kata saya akan kenal kalua jumpa abang dia tu. Memang kenal sangat, selalu aje datang kedai akak dekat Meru tu.”

“Ya? Tak perasan pulak ya siapa yang kerap datang. Next time akak nak kenai betul-betul regular customer kita.”

“Alahhh akak pun akan kenal sangatlah.”

“Iya?” Husna mengangguk dengan senyum penuh makna.

“Akak rest tau. Doktor kata akak tak cukup tidur dan stress. Kenapa kak?”

“Semalam akak memang tak dapat nak tidur. Ingat tak akak cerita minggu lepas akak dengar macam ada orang dekat tingkap bilik akak.”

“Ada lagi ke?”

“Ada, boleh kata setiap malam. Malam tadi macam nak masuk rumah ja. Akak takut sangat, sampai nak tidur pun tak boleh. Sebab tu kut sampai jadi macam ni.” Nur Ayla mengeluh perlahan.

“Kita buat police report ya lepas akak discharged?”

“Tapi polis layan ke? Tak ada bukti orang ke apa ke…”

“Kita buat aje, nanti peronda akan selalu ronda kawasan tu, so kalau betul orang akan takutlah dia. Kalau bukan orang, kita baca Yassin aje nanti. Boleh?” Husna kedengaran tegas. Nur Ayla mengangguk perlahan.

“Akak rest, pucat sangat dah tu. Husna nak keluar kejap, nanti Husna datang balik. Akak nak apa-apa tak?”

“Tak ada apa. Akak nak tidur aje. Rasa letih sangat.”

“Okay, ambik masa ni rest puas-puas.” Husna kemudian melangkah keluar dari bilik membiarkan Nur Ayla berehat.

“Ayla dah sedar?” Suara itu terus sahaja menyapa sebaik sahaja Husna menapak keluar. Mungkin sedari tadi sudah menanti di depan bilik ini, Husna mengagak sendiri.

“Alhamdulillah. Nurse dah check tadi, just kena rehat aje.”

“Alhamdulillah. Ni Husna tak teman kak Ayla?” Soal Rashid, riak wajah penuh gusar.

“Teman. Nak beli barang sikit untuk kak Ayla and Husna nak call mak sekali.”

“Boleh abang jumpa kak Ayla? Sekejap aje.” Rashid meminta izin. Sangat, sangat mahu berada dekat dengan Ayla ketika ini.

“Husna rasa belum masanya kut. Kak Ayla letih lagi tu. Baru sedar aje kan.”

“Tak apalah macam tu, mungkin nanti kan.” Husna mengangguk. Rashid beriak kecewa.

“InsyaAllah. Mungkin nanti.”

“Kak Ayla masih… Husna fahamkan keadaan kami…” Rashid teragak-agak untuk meneruskan. Husna menggeleng perlahan.

“She’s recovered. Slowly tapi Alhamdulillah, semakin okay. Apa yang jadi harini bukan sebab abang. Jangan risau, sebab lain.” Terang Husna, tidak mahu Rashid menyalah diri sendiri. Lagi pula Husna mahu Rashid tahu Nur Ayla kuat dan kisah mereka itu telah lama berlalu. Sudah hampir setahun.

“Sebab apa?”

“Kurang rehat dan stress. Faham kut, kedai kedua baru 2 bulan lebih bukak kan. Banyak benda nak handle.”

“Kalau macam tu tak apalah, abang balik dulu. Apa-apa boleh Husna bagitau Ila?” Husna hanya sekadar mengangguk sahaja.

“Abang jangan risau, Husna jaga kak Ayla sebaik-baiknya, insyaAllah.” Ujar Husna sebelum Rashid melangkah untuk pergi.

“Terima kasih Husna. Abang mintak maaf, gagal pegang janji abang dengan Husna untuk tak kecewakan kak Ayla. Abang…”

“Kalau masih ada rasa sayang untuk kak Ayla, kejar. Kalau tak, jangan muncul lagi depan kak Ayla. Husna tak nak kak Ayla serba salah dan akhirnya dia menangis sendiri.” Husna memberi pesan tapi dengar tegas dan jelas. Rashid diam, kemudian mengangguk dan terus melangkah pergi.

Husna mengeluh perlahan. Bukan hendak mencampuri urusan kedua-duanya tetapi dia menjadi saksi betapa terlukanya Ayla dengan apa yang berlaku. Dia sendiri saksi gadis itu menangis setiap malam seperti tiada kesudahan. Oleh sebab itu, dia tidak mahu Nur Ayla kecewa dan menangis lagi.

Ruhaila mundar mandir di depan rumahnya. Resah dan gelisah. Mama hanya menggeleng sahaja.

“Kejap lagi baliklah abang kamu tu. Duduk sini dengan mama” Suara mama yang sudah penat melihat kelakuan Ruhaila. Ruhaila mengeluh kuat.

“Risaulah. Kak Husna pun tak ada mesej apa lagi. Okay ke tak okay ke?” Luah Ruhaila.

“Iye tahu. insyaAllah semua okay. Doa yang baik baik.” Ujar Mama. Ketika itu kereta Rashid memasuki ruang garaj rumah. Ruhaila bingkas bangun dan menanti Rashid menghampiri mereka.

“Macam dengan kak Ayla?” Soal Ruhaila sebaik sahaja Rashid memberi salam. Mama menggeleng.

“Alhamdulillah. Dah sedar sebelum abang balik tadi.” Ruhaila menghela nafas dan rasa syukurnya.

“Abang jumpa kak Ayla?” Ruhaila menyoal lagi, Rashid menggeleng perlahan.

“Ila biar abang rehat dulu ya.” Celah mama, memandang suram wajah Rashid ketika disoal Ruhaila bertalu-talu.

“Rashid naik bilik dulu mama…” Rashid terus melangkah ke biliknya. Ruhaila hanya memandang dan kemudian kembali melabuh duduk.

“Kut iye pun, bagilah abang tu duduk dulu ke.”

“Ila risau aje.”

“Tahu tapi tengok muka abang tu. Mesti dia lagi risau, lepas kecewa tak dapat nak jumpa Ayla. Dah 11 bulan kan sejak kejadian dulu tu.” Ujar mama agak tegas.

“Iye tahu, Ila ingat. Dah mama papa diam aje bila mama Long masuk campur urusan abang. Kalau mama papa tegas, berdiri belakang abang, Ila rasa sekarang mama tengah cucu mama keluar tengok dunia.” Ruhaila seakan membidas. Mama berdecit, tangannya diangkat mengagah untuk menampar. Ruhaila mencebik bibir.

“Mama ni tak naklah ulang apa mama pernah buat dekat mama Long kamu tu. Mama dulu nak kahwin dengan papa pun mama Long halang. Tapi tengoklah sampai sekarang mama Long tu suka aje perli-perli mama. Mama rasa nak balas tapi mama dengan papa bahagia, bahagia dengan cara kami.”

“Kak Ayla bukan macam mama. Dia tegas dalam cara dia tapi bila ada kena mengena dengan orang lain, dia memang tak akan bersuara pun. Ila tak rasa kak Ayla akan fight untuk abang.”

“Perasaan untuk fight apa yang kita nak ni, datang dalam dua hala. Kenapa mama berani? Sebab papa pun fight untuk bersama mama. Abang Rashid? He chooses to obey and follow.”

“Tapi mama papa yang minta abang tak buat chaos, nak diam-diam dulu.” Ruhaila membalas. Mama cuma diam dan senyum pahit.

“Terpaksa bila mama Long dah mula kaitkan sikap mama dengan apa yang berlaku. Dan apa yang bekas tunang kak Ayla cakap masa tu….”

“Ila yakin sangat semua tu fitnah.”

“Ya mungkin fitnah tapi takada siapa tahu apa yang berlaku, dan Ayla hanya diamkan sahaja semuanya.”

“Jadi kita kena percaya apa bekas tunang kak Ayla cakap tu?”

“Mama pun tak tahu Ila.”

“Kita kena tolong abang selesaikan, kalua tidak sampai bila nak tengok abang macam tu? Kak Ayla pun, masih lagi pendam rasa.”

“Kita tak boleh nak masuk campur, ini hal diorang berdua. Kita biarkan diorang tentukan.” Papa mencelah, entah bila papa datang menghampiri.

“Tapi mama papa kena bagi sokongan, bukan halang.”

“InsyaAllah, nanti papa akan cakap dengan abang tapi sebelum tu… papa dengan mama nak jumpa Nur Ayla dulu.” Ujar papa dan kemudian terus melangkah pergi. Ruhaila dan mama saling berpandangan, tak tahu kenapa dan mengapa papa mahu bertemu dengan Nur Ayla.


FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders