Bab 9
Aku
berdiri tegak, memeluk erat beg tanganku. Wajah angah dan kak Idah berselang
seli aku pandang dengan mata yang kabur dek air mata. Sungguh aku tidak percaya
angah sanggup berbuat begini kepadaku.
“Apa
salah Mus?” Aku bersuara dengan getar tangisanku, namun masih jelas ketegasan
dalam suara. Angah memandang tanpa riak bersalah, wajahnya tampak tegas dan
bersahaja. Kak Idah sebaliknya, mungkin rasa bersalah bertandang dalam dirinya.
“Angah
suruh Mus pilih antara dua. Tapi Mus pilih yang angah tak bagi pilih. Pilih
angah atau Irham, bukan bas.” Angah menjawab tegas. Aku mengetap bibir, mata
merenung tajam dengan air mata yang berlinang di pipi.
“Kenapa?
Mus boleh balik sendiri dengan bas. Tiket pun dah beli, Mus tak nak angah atau
Irham yang hantar Mus. Mus boleh balik sendiri!” Aku mula membentak, membantah
cadangan angah yang mengundang amarahku malam ini.
“Angah
dah buat keputusan, angah dah tanya mak dan mak pun setuju. Mus balik dengan
Irham. Dia akan hantar Mus sampai depan rumah.” Angah bersuara lagi, kedengaran
lebih tegas dan garang. Aku terus bermain dengan air mata.
“Apa
salah Mus? Kenapa semua nak hukum Mus? Mus tak nak! Mus tak setuju!” Aku sudah
tidak mampu lagi dengan segala yang terjadi. Beberapa hari di Kuala Lumpur
membuatkan aku berasa sesak dan terhimpit. Kenapalah Irham Syakir mesti
kembali? Beg-beg yang ada aku angkat dengan segala tenaga yang bersisa. Aku
tekad, aku akan pulang ke Kedah dengan sendiri. Tidak perlu simpati atau belas
sesiapa!
“Mustika!”
Pekik angah setelah aku melangkah keluar dari rumahnya. Kak Idah juga tidak
berjaya menahan. Jika aku masih di situ, pasti aku terpaksa menurut seperti
kata angah. Aku tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan lelaki bernama Irham
Syakir, malah mendengar namanya sahaja membuatkan hatiku merasa begitu sakit
dan perit!
“Nak
ke mana?” Irham yang baru sahaja tiba di hadapan rumah, laju sahaja keluar dari
keretanya setelah melihat aku mengheret beg pakaianku. Aku langsung tidak
mengendahkannya. Laju sahaja aku melangkah membawa diri.
“Just
tell me, where are you going?” Irham yang sudah merentam kasar tanganku, kini
menyoal dengan begitu tegas dan garang sekali. Matanya seolah-olah berapi
memandangku.
“Kalau
awak tak datang rumah saya, tak datang menagih janji bodoh tu. Semua ni takkan
terjadi!” Mendengar suaranya yang mula mahu memarahi aku, aku bertindak lebih
awal dengan meluahkan semua rasa hatiku. Sakit, pedih dan perit, semuanya aku
lepaskan kepada lelaki yang masih erat memegang lenganku.
“Apa
pun awak nak buat, maki saya sekali pun. Boleh tak awak fikirkan bayi dalam
kandungan awak tu? Menangis macam orang gila, nak lari entah ke mana, kalau
jadi apa-apa dekat bayi tu awak juga yang akan menyesal!” Irham bersuara
tinggi, lenganku dilepasnya kasar. Aku terdiam dam esak tangis yang mula
berkurangan. Kata-katanya itu ada benarnya, lalu laju sahaja aku menyapu air
mata yang membasahi wajahku. Beg-beg yang aku kelek bersama akhirnya aku
letakkan terus ke bawah. Irham Syakir masih berdiri tegak di hadapanku.
“Dah
puas menangis?” Soal Irham, ada senyuman kecil di hujung bibirnya. Aku yang
menunduk wajah hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalannya itu. Angah dan
kak Idah di hadapan rumah hanya memerhati dari jauh. Angah masih berkerut
wajah, aku tahu angah tidak suka orang membantah kata-katanya. Jarang pula apa
yang dimintanya itu memburukkan orang lain. Cuma aku yang berdegil. Aku masih
belum dapat menerima kehadiran Irham Syakir selepas 8 tahun aku cuba
melupakannya.
“Saya
bukan nak buat apa-apa dekat awak, nak hantar awak balik Kedah aje. Itu pun
masalah?” Irham mula menunduk, mengangkat ke semua beg yang telah aku letakkan
ke atas tar jalan. Beg tanganku kemudian dihulurkan kepadaku.
“Saya
tak suka awak.” Ujarku jujur, beg tangan yang dihulurkan itu terus sahaja aku
ambil dan galas ke bahu. Irham memasukkan beg bagasi dan beg sandangku ke dalam
but keretanya. Aku memerhati dengan kerutan kening hingga bertaut kedua-duanya.
“Saya
tak nak balik dengan awak!” Aku membentak dengan mengetap rapat gigiku. Irham
memandang dan mengeluh perlahan.
“Saya
hantar awak ke Pudu aje, boleh?” Irham menyoal, ketinggiannya membuatkan dia
menundukkan sedikit kepala ke arahku dengan kedua-dua belah tangannya berada di
dalam poket seluar. Aku menarik nafas lega, akhirnya berjaya juga aku lepaskan
diri daripada Irham Syakir.
“Okay,
itu saya setuju. Saya jumpa angah kejap.” Laju sahaja aku melangkah ke arah
angah dan kak Idah untuk bersalaman. Jam juga sudah menunjukkan jam 10 malam,
lebih kurang setengah jam lagi bas akan bertolak. Takut juga kalau tidak
sempat.
“Dah
tak merajuk dah?” Angah menghulurkan tangannya untuk aku salami, sempat juga
dia menyindir. Kak Idah menahan ketawa.
“Mana
ada Mus merajuk?” Aku membela diri. Angah memicit kuat hidungku.
“Mus
tu tak lama dah nak jadi ibu, perangai masih tak berapa nak matang!” Rungut
angah, aku hanya menjelir lidah tanda tidak mahu mendengar bebelannya itu.
“Abang
ni, dah abang yang manjakan dia selama ni. Sekarang baru nak merungut?” Kak
Idah membelaku. Aku memeluk erat kak Idah dan mengangkat tanda bagus ke arah
angah. Irham yang memandang hanya tersenyum sendiri.
“Angah,
saya hantar Mus dulu. Nanti apa-apa saya telefonlah.” Irham turut menyalami
angah sebelum meminta diri.
“Pastikan
hantar sampai ke pintu rumah.” Tegas angah. Irham memandang ke arahku, riaknya
begitu serba salah. Aku yang tidak mahu angah tahu arah destinasi kami hanya
memberi isyarat supaya Irham mengangguk.
“Mus
suruh saya hantar dia...”
“Okay
angah! Nanti Mus call bila dah sampai rumah. Bye, Assalamualaikum.” Hampir
sahaja Irham terlepas kata mujur aku cepat-cepat memintas. Laju sahaja aku
memberi isyarat supaya dia masuk ke dalam kereta. Tangan aku lambai-lambaikan
ke arah angah dan Kak Idah yang masih berdiri di tempat sama.
“Ke
mana ni sebenarnya? Pudu atau terus ke Kedah?” Irham menyoal setelah beberapa
minit kami bergerak menjauhi rumah angah.
“Pudu.”
Ujarku ringkas, sambil membetulkan tali pinggang keledar yang aku pakai. Aku
rasakan sedikit ketidakselesaan dipinggang.
“Tadi
kata sampai rumah?” Irham menyoal lagi tidak berpuas hati.
“Kalau
angah tahu, dia akan marah dan berleter panjang. Bas saya bertolak 10.30 tau,
sekarang dah lewat pun.” Aku bersuara lagi, sebal sedikit dengan soalan-soalan
Irham ditambah dengan ketidakselesaan yang aku rasai sekarang. Aku mencari-cari
sesuatu sehinggalah aku menampar dahiku sendiri. Tertinggal!
“Kenapa
pula ni?” Irham menyoal lagi, hairan dengan tingkah lakuku ketika itu yang
seolah-olah tidak keruan.
“Saya
tertinggal bantal.” Ujarku, sedih.
“Bantal?
Buat apa?”
“Pinggang
saya rasa tak selesa, nak sendal belakang ni dengan bantal bagi selesa sikit.”
Aku menyandarkan tubuh, cuba mencari posisi yang terbaik.
“Dekat
belakang ada kusyen kecil. Ambillah, boleh kut bagi selesa.” Suara Irham lagi,
membuatkan aku laju sahaja mengalih badan ke belakang. Ada dua kusyen kecil,
namun sukar untuk aku capai tambahan dengan perut yang semakin membesar. Akibat
sukar untuk dicapai, aku akhirnya mengalah.
“Dah
kenapa pula? Tadi kata nak bantal?” Irham menyoal kehairanan.
“Susah
nak ambil, tak sampai. Perut pula besar.” Aku merungut perlahan, terasa sedikit
lelah dengan hanya beberapa cubaan.
“Sorry,
sorry Mus. Saya terlupa.” Irham memberi isyarat kereta ke tepi dan kemudian
memberhentikan keretanya. Irham membuka tali pinggang keledar dan kemudian
terus mengambil kusyen kecil yang berada di tempat duduk belakang dan terus
memberinya kepada aku.
“Terima
kasih.” Ujarku, Irham hanya tersenyum dan kemudian membelek telefon bimbitnya
yang berdering seperti ada mesej yang baru diterimanya. Irham mengerut dahi dan
memandang ke arahku sekilas, kemudian kembali memandang ke skrin telefon. Punat
telefon ditekan beberapa kali dan kembali memandu keretanya menyusuri jalan
raya yang agak sibuk malam ini.
“Siapa?”
Aku menyoal setelah melihat Irham seakan terganggu selepas membaca mesej
sebentar tadi. Irham memandang sekilas ke arahku dan hanya tersenyum nipis,
kemudian dia menggeleng. Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya, lama
kemudian aku biarkan sahaja. Mungkin hal kerja atau hal peribadinya, siapa aku
untuk masuk campur?
Jam
di tangan aku belek, jarum jam sudah pun menunjukkan 10.30 malam. Aku menggelabah
sendiri.
“Awak
cepat, dah 10.30 ni. Kejap lagi bas mesti dah nak jalan, kalau terlepas macam
mana?” Aku terus menggesa Irham yang masih memandu dengan bersahaja.
“Dah
habis laju dah ni. Kereta banyak malam ni, laju sangat nanti terlanggar orang
pula. Langsung lambatlah jawabnya.” Irham bersuara membuat aku mengeluh
sendiri.
“Mengeluh?”
“Tak
hembus nafas.” Irham ketawa kecil dengan jawapanku itu. Aku lemparkan pandangan
ke luar tingkap. Beberapa ketika kemudian aku terpempan. Papan tanda yang baru
sahaja kami lintasi sebentar tadi membuatkan aku terkejut besar. Aku pandang
terus ke depan, lalu Irham di sisiku aku pandang tajam.
“Awak
tipu saya kan?” Mataku kembali digenangi air panas. Irham menarik nafas
sedalam-dalam. Soalan yang aku ujarkan langsung tidak berjawab, sebaliknya
telefon bimbit yang dihulurkannya. Aku mengambil dan terus membaca mesej yang
siap dibukakan Irham. Jadi semua ini rancangan angah? Aku terperangkap dalam
rancanganku sendiri. Kononnya mahu menipu angah, tetapi angah lebih cekap dan
pantas.
++Kalau angah dapat
tahu Mustika naik bas balik Kedah, angah memang tak sokong kamu jadi adik ipar
angah.++
Mesej
yang ringkas namun tegas. Sememangnya Irham akan mengikut kata angah dengan
ayat mesej sebegitu. Aku mengeluh lagi dan lagi. Akhirnya air mata yang sedari
tadi bertakung kini mengalir di pipi.
“Saya
minta maaf, saya terpaksa pilih angah demi janji yang saya tagihkan dari awak.”
Senang sahaja Irham menjawab kemudiannya. Aku memandangnya tajam.
“Tak
habis-habis dengan janji tu. Saya dah lupa tau tak. Sedangkan awak pun saya
lupa, apatah lagi janji yang awak cakapkan tu. Saya dah lupa semua hal lapan
tahun dulu.” Suaraku tegas.
“Okay,
cakaplah apa awak nak cakap. Sekarang nak tak nak saya kena hantar awak sampai
ke rumah.” Irham bersuara, membuatkan aku terdiam. Air mata yang membasahi pipi
aku kesat dengan belakang tangan. Benci macam mana sekali pun aku dengan dia,
mahu atau tidak aku terpaksa berada dengan dia sepanjang malam ini sehinggalah
sampai ke rumah pagi nanti.
“Misha
dengan Mizan dah dapat baby. Baby boy.” Irham bersuara selepas lebih kurang 20 minit
kami berdua hanya membisukan diri. Aku membiarkan Irham bersuara sendiri,
langsung tidak ambil peduli dengan apa yang dikatakannya itu.
“Dengar
tak? Ke awak dah tak kenal diorang?” Irham menyoal lagi, kali ini sedikit
menyindir. Aku hanya menjungkit bahu. Irham tersenyum hujung bibir, mungkin
sedikit terasa dengan perlakuanku ketika itu.
“Takkanlah
awak lupa semua benda yang berlaku 8 tahun dulu? Mustahil.” Irham bersuara
lagi. Aku memandang ke arahnya sekilas kemudian kembali memandang ke depan.
“Tak
semua.” Irham tersenyum, seolah-olah senang dengan jawapan itu.
“Saya
ingat lagi, ada seorang lelaki yang pernah menipu saya. Mulut dia manis sangat,
lelaki paling pandai paling hensem orang kata. Mungkin sebab tu juga dia paling
pandai menipu dan tak nampak macam penipu.” Kata-kata sindiranku itu membuatkan
Irham terus mendiamkan diri seketika. Irham mendengus perlahan, kemudian dia
bersuara lagi memecahkan kesunyian dan kedinginan antara kami ketika itu.
“Terlalu
banyak salah faham yang awak tak cuba nak fahamkan. Saya sudah cuba nak
betulkan keadaan tapi awak tetap menolak sampailah sekarang. Apa lagi saya
boleh buat? Apa pun alasan awak, walau apa pun yang berlaku, saya tetap akan
menuntut janji yang awak buat dulu.” Ujar Irham, tekad sekali. Aku tersenyum
sinis.
“Berusahalah,
yang pasti, sangat-sangat pasti awak takkan berjaya. Saya akan pastikan awak
akan lupakan terus janji bodoh tu.” Aku juga setekad dirinya. Irham menghela
nafasnya kasar.
“Janji
perlu ditepati, perlu ditunaikan. Sampai mati saya akan tuntut!”
“Sampai
mati saya akan menolak!” Aku melawan.
“Okay,
cubalah. Awak belum kenal Irham Syakir sebenar-benarnya.” Irham bersuara lagi,
kini bernada mengugut.
“Betul,
saya kenal Irham Syakir yang suka menipu, pemain hati orang dan penuntut janji
bodoh.” Aku membalas, sengaja menyakitkan hati lelaki itu. Sengaja menambahkan
berang kepada lelaki itu.
“Dan
seorang lelaki yang pernah awak cinta sebelum ni.” Irham menambah, ada tawa
dihujung katanya. Aku menjeling tajam. Irham masih bersisa ketawa. Perjalanan
dalam kereta ini akan menjadi lebih panjang, jadi aku cuba menyelesakan
posisiku ketika itu. Kusyen kecil yang aku letakkan sebagai alas pinggang aku
betulkan sedikit. Aku cuba menurunkan sedikit tempat duduk aku itu, namun
gagal.
“Kenapa,
tak selesa?” Irham menyoal, sebaik melihat aku terkial-kial mencuba.
“Nak
turunkan seat ni sikit.” Ujarku.
“Cuba
tarik dekat tepi tu.” Irham cuba memberi arah. Aku hanya mendengar dan cuba
melakukan seperti yang di arahkan itu namun masih gagal.
“Tak
boleh pun.” Sebaik aku bersuara, Irham merapatkan dirinya kepadaku. Cepat
sahaja aku melarikan tubuh rapat ke pintu. Irham terkejut dengan reaksiku.
“Bawa
kereta elok-elok.” Aku cuba membaiki situasi ketika itu yang menjadi lebih
janggal daripada yang sebelumnya.
“Kejap
lagi saya berhenti dekat RnR, saya betulkan seat tu. Awak kena tahan kejap ye.”
Ujar Irham cuba bersuara seperti selalu. Aku sekadar mengangguk perlahan.
“Okay,
saya pun dah tak tahan.” Aku bersuara, lidah aku ketap perlahan.
“Tak
tahan? Sakit ke?” Irham menyoal resah. Aku hanya tersengih panjang.
“Tak,
nak terkucil.” Irham ternganga, mungkin terkejut dengan pengakuanku.
“Apa?
Biasalah ibu mengandung.” Aku membela diri. Irham akhirnya tersenyum sendiri.
Irham meneruskan lagi pemanduannya dan aku hanya duduk mendiamkan diri di
sisinya. Aku termalu sendiri!
++++++
abc poskan awalkan?
sabtu ni pos Janji Terpateri 10.
itu pos terakhir untuk JP.
doakan abc dapat siapkan manuskrip JP secepat mungkin ye.
komen la sikit ye.
much love readers!
2 comments:
assalam,hai Kak ABC
comelnya penulisan >o<
saya suka!Semoga Berjaya dan Semoga manuskrip akak diterima.. Insya-Allah.. =D tak sabar JP 10..
-Mia-
wsalam. :)
terima kasih atas doanya ^^
ameen ya rabb!
tunggu sabtu ye :)
Post a Comment