Resah mendamba cinta
Kasih dari Yang Esa
Malu sembah hamba tak laksana
Suruhan mudah terus dipersia
Mahu menjadi yang terbaik, siapa akan
menolak? Mahu menjadi terbaik, siapa mengelak? Tiap titisan doa hamba, mahu
menjadi pencinta setia, mendamba kasih dari Yang Maha Esa. Saya khilaf. Banyak contengan
dosa dan noda. Tetapi saya tak putus asa. Kisah lama menguatkan diri saya yang
serba lemah, serba tak berdaya. Allah itu ada, Allah sentiada ada bersama saya.
Saat susah saya menangis menggila, saat saya gembira bersorak bahagia. Allah
sentiasa ada. Mahu rasa memelukNya, lalu tersujud dahi ke atas hamparan lukisan
Kaabah. Mensyukuri kurniaanNya. Kadang saya terlupa, lusa baru tersedar salah
alpa saya. Ampun Ya Allah, hamba sungguh seorang pelupa.
Hari ini saya menconteng satu dosa
lagi. Tidur bermimpi tanpa ingat mati! Kerana itu terjaganya saya menyesali,
namun tak terus memohon taubat Ilahi, saya terus mendorong diri ke arah
duniawi. Allah, betapa lemahnya hamba ini. Betapa dunia saya lebihkan dari
akhirat yang kekal abadi.
“Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang apabila mereka
melakukan amalan yang baik, mereka bergembira dan apabila mereka melakukan
perbuatan yang buruk mereka memohon ampun kepadaMu.” (Doa Memohon Rasa Sukacita
dengan Kebaikkan)
Saya mahu menjadi wanita yang lebih
baik dari kisah semalamnya. Setiap masa, saya memperelokkan cara kehidupan
saya. Pernah saya persoalkan, kenapa dulunya aku tidak sedar? Sungguhkan saya
pelupa orangnya. Takkan mudah saya mencapai sesuatu sebelum saya menghadapi
sesuatu. Saya mahu menjadi seseorang yang tebal imannya. Iman saya? Mungkin senipis
dari nipisnya kulit bawang itu. Jika tidak, mungkin mudah saya menepis godaan
syaitan yang sering sahaja membisikkan kelalaian ditelinga dan hati saya. Mujur
sahaja kotak hati ini milik Allah, jika tidak hanyut sudah dengan kata mati
dari iblis laknatullah!
Tidak mahu terus lancang membicarakan,
saya undur diri untuk hari ini. Jumaat hari yang mulia, mulakan dengan Kahfi
dan habisi juga dengan Kahfi. insyaAllah, semuanya milik Ilahi teruskan meminta
kepadaNya yang memberi tanpa meminta balasan. Allahuma Ameen, Allah sebaik-baik
penolong.
“Tiga perkara yang barang siapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu)
padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman, (iaitu) Allah dan Rasul-Nya
lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai
seseorang semata-mata kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran
(maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api.” (Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment