Bab 10
Aku
menghampiri Irham Syakir yang sudah berada di kereta. Irham sedang membetulkan
tempat duduk sebelah pemandu itu yang akan aku duduki semula sebentar lagi.
Irham menyambut kehadiran aku dengan senyuman. Namun aku sebaliknya.
“Awak cuba duduk, kalau tak okay
saya betulkan lagi.” Irham memberi laluan kepadaku supaya dapat masuk ke dalam
kereta. Aku memandangnya ke arahnya dengan tubir mata yang sudah dipenuhi air,
tinggal beberapa ketika sahaja air itu akan melimpah. Irham memandangku dengan
riak penuh tanda tanya.
“Kenapa Mus? Awak okay tak?” Irham
menyoal kemudiannya apabila aku terus memandang wajahnya tanpa bersuara. Aku
terus sahaja menggeleng laju.
“Kenapa ni?” Irham semakin gusar.
Aku cuba membuka suara, namun air mata lebih laju mengalir.
“Awak....” Aku cuba bersuara dalam
getar yang aku rasa kini. Hati aku resah hingga menyukarkan aku untuk bernafas
ketika ini.
“Mus, tarik nafas dalam-dalam dan
bagitahu saya, kenapa dengan awak?” Irham cuba menenangkan aku yang sudah menangis,
tanpa dia ketahui sebabnya.
“Ada darah.” Irham terkejut besar
dengan jawapan yang keluar dari mulutku. Namun Irham masih cuba untuk mengawal
keadaan.
“Darah? Banyak tak?” Irham menyoal,
aku mengangguk perlahan.
“Saya takut, baby saya awak...” Aku
terus meluahkan resah yang membelengu diriku ketika itu. Perut aku pegang
seeratnya, lagak seperti mahu melindungi ia daripada sesuatu.
“Jangan menangis. Semuanya akan
selamat, sekarang awak masuk dalam kereta, saya bawa awak terus ke hospital
yang dekat. Everything will be fine. Awak zikir banyak-banyak.” Irham kemudian
terus memecut laju ke hospital yang berhampiran dengan susur keluar terdekat,
Behrang. Aku tidak tahu mahu melakukan apa ketika itu, apa yang disuruh Irham
itulah yang aku lakukan. Aku mengusap perlahan perutku, hatiku terus berdoa
supaya segala-galanya berada dalam keadaan selamat.
Lebih kurang 20 minit kemudian kami
tiba di Hospital Slim River. Laju sahaja Irham keluar dari kereta yang
diberhentikan di bahagian kecemasan, mencari bantuan segera daripada pihak
hospital.
“Alhamdulillah, mujur encik cepat ke
sini. Pendarahan pada kandungan isteri encik yang sudah mencecah 7 bulan sangat
bahaya. Bahayakan ibu dan juga kandungannya. Kami terpaksa menahan isteri encik
buat sementara untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut, jangan risau kalau keadaan
isteri encik sudah stabil, dia akan dibenarkan keluar lebih awal.” Doktor yang
merawat kemudian keluar menemui Irham Syakir setelah 20 minit merawat dan
memeriksaku. Irham menghela nafas lega, barulah dia mampu untuk bernafas
seperti biasa.
Selepas berbincang dengan doktor
tersebut, Irham Syakir kemudian terus melangkah ke wad yang aku duduki. Dari
jauh aku sudah terlihatkan dia melangkah mendekati dengan senyuman yang tidak
lekang dari bibirnya.
“Macam mana rasa sekarang? Dah
okay?” Irham bersuara sebaik sahaja menghampiri katilku.
“Alhamdulillah, lepas doktor kata
semua okay. Baby sihat dan tiada masalah, saya pun okaylah.” Aku menjawab,
membalas senyumannya itu.
“Alhamdulillah. Lapar tak?” Irham
kemudian menyoal. Aku menggeleng perlahan.
“Pukul berapa sekarang?” Soalku,
jatuh kasihan kepada dia yang bersusah payah kerana aku. Kenapalah dia begitu
tekad sekali mengejar janji yang pastinya aku takkan tunaikan, kenapa?
“Dah dekat 1.30 pagi. Kenapa?” Ujar
Irham setelah mengerling sekilas jam tangannya. Aku mengangguk perlahan.
“Awak mesti letihkan. Pergilah
rehat, mungkin ada hotel yang dekat dengan hospital ni.” Aku memberikan
cadangan, laju sahaja dia menggeleng.
“Takkan nak biar awak seorang diri
dekat sini? Dah la bukan tempat awak.” Irham menolak cadangan aku itu.
“Habis tu nak tidur atas kerusi tu
sepanjang malam?” Ujarku sedikit sebal.
“Boleh aje.” Laju sahaja dia menarik
kerusi yang aku tunjukkan sebentar tadi mendekati katil tempat pembaringanku
dan terus sahaja melabuh duduk. Kalau orang lain melihat kami berdua ketika
itu, tentu sahaja mereka akan katakan kami adalah pasangan suami isteri. Doktor
yang merawat pun sudah menyangkakan yang sama. Iyalah, takkan seorang perempuan
mengandung akan keluar dengan lelaki yang bukan suaminya? Betulkan?
“Doktor tu kata awak suami saya,
maaf ye.” Rasa bersalah menyelubungi, takut juga Irham tidak selesa dengan
salah faham itu.
“Tak perlu minta maaf, saya suka
begitu.” Irham tersenyum melebar, membuatkan aku kehairanan.
“Suka?” Soalku.
“Ye. Suka.”
“Kenapa pula suka?”
“Setiap yang kita cakapkan, adalah
satu doa. Jadi, bila semua orang yang nampak kita berdua macam ni akan kata
kita suami isteri. Mereka mendoakan saya betul-betul jadi suami awak.” Irham
kemudian tersenyum kian melebar, wajahnya penuh ceria. Aku? Sudah mengerut
kening dengan penyataannya itu.
“Tolonglah, perasan pula. Itu takkan
pernah terjadi.” Aku membantah penyataannya. Irham mencebik dan menjungkit
bahu, masih mahu menang.
“Siapa boleh lawan kuasa tuhan?
Kalau Dia kata jodoh kita ni ada, awak nak ke tidak, awak tetap akan jadi
isteri saya.” Ujarnya lagi, sengaja membuatkan aku terdiam sendiri.
“Kalau Dia kata tak, jadi takkan ada
jodoh antara kita.” Aku membalas.
“Usaha itu yang penting. Saya akan
usaha sampailah satu saat Dia kata memang kita tiada jodoh, masa tu baru saya
akan berundur.” Irham bersuara lagi, penuh yakin. Aku mencebik bibir dan terus
mendiamkan diri. Penat untuk berlawan kata dengan lelaki yang banyak alasan
dalam kepala.
“Dalam 3 jam lagi doktor akan datang
buat pemeriksaan lanjut. Jadi, awak rehat dulu nanti apa-apa saya akan
bagitahu.” Irham membantu aku membetulkan bantal yang menjadi lapik kepala.
Setelah selesa, dia kemudian menarik selimut supaya membaluti tubuhku.
“Jangan baik sangat dengan saya,
nanti kecewa.” Aku memberi pesan, layanan Irham terlalu baik untuk aku terima.
“Tak apa, saya tengah berusaha. Apa
pun hasil usaha saya ni, saya terima.” Irham kemudian mengenyit sebelah matanya
dengan senyuman yang masih tidak lekang. Aku mencebik bibir, selimut aku tarik
hingga ke bawah dagu. Tubuh yang letih membuatkan aku mudah sahaja terlena.
Jam 4.30 pagi seorang doktor
menghampiri katilku. Irham yang terlelap, bingkas sahaja bangun dalam mamai
tidurnya. Mukanya diraup dalam kalut. Doktor Indah sekadar tersenyum memandang
telingkah Irham ketika itu.
“Dia ada mengadu sakit apa-apa?”
Doktor Indah kemudian menyoal Irham yang sudah agak sedar dari lenanya. Irham
memandang ke arah aku yang baru sahaja terjaga dari lena, pandangan ketika itu
masih lagi kabur.
“Takde pula.” Jawab Irham kemudian
memberi lalu kepada Doktor Indah untuk memeriksa keadaanku.
“Assalamualaikum Puan, saya datang
nak periksa keadaan puan.” Doktor Indah kemudian menegurku dan memeriksa
nadiku.
“Puan ada rasa tak selesa atau sakit
di mana-mana?” Doktor Indah menyoal. Aku cuba bangun dan bersandar di kepala
katil. Irham membantu membetulkan bantal.
“Ada rasa tak selesa dari bahagian
pinggang ke bawah.” Aku memberitahu ketidakselesaan yang aku rasa sepanjang
malam ini. Doktor Indah yang sedang mencatat sesuatu di dalam kertas laporannya
kemudian terus memakai teleskop ke telinga. Papan berisi kertas laporan itu di
letakkan di meja katil.
“Doktor nak periksa dekat sini ke?”
Aku cepat menahan sebaik sahaja Doktor Indah mahu menyingkap bajuku dibahagian
perut. Irham masih berdiri di situ, takkan aku mahu membuat free show kepadanya? Doktor Indah mula
memandang aku dan Irham berselang seli, kemudian dia tersenyum sendiri.
“Okay, kalau macam tu nanti saya
akan suruh nurse bawakan kerusi roda untuk Puan. Nurse akan bawa puan ke bilik
saya. Saya akan buat scanning sekali di sana. Okay, jumpa kejap lagi.” Doktor
Indah yang mungkin sedikit hairan dengan sikap malu-malu aku di hadapan
‘suami’ku sendiri. Irham Syakir sekadar tersenyum dan menjungkit bahu.
“Kenapa pandang macam tu?” Aku
menyoal setelah Doktor Indah berlalu pergi, tudung di kepala aku betulkan
kedudukannya.
“Cantik. Betullah orang kata, ibu
hamil ni berseri.” Irham memuji.
“Macam-macam. Saya tak makan pujian
Encik Irham.” Aku cuba mengelak pujian kosong lelaki itu. Selimut yang
membaluti tubuh aku tolak hingga ke hujung kaki. Tanpa perlu memberi arahan,
Irham laju sahaja bangun dan mengambil selimut itu dan terus dilipatnya.
Sandalku juga turut diletakkan di tepi katil bagi memudahkan aku memakainya
sebentar lagi.
10 minit kemudian seorang jururawat
datang bersama-sama kerusi roda untuk aku. Mungkin kerana dia menyangkakan aku
dan Irham suami isteri, dia hanya membiarkan Irham yang membantu aku untuk
duduk di kerusi roda dan menolak kerusi roda itu ke bilik Doktor Indah. Puas
juga aku menolak, aku masih boleh bangun dan berdiri, tidak memerlukan bantuan
dia. Irham tetap berdegil dan tetap memaut bahuku walau sudah banyak kali aku
tepis.
“Berlakon ajelah suami isteri, nurse
dah tengok pelik dah.” Irham bersuara separuh berbisik. Aku menjelingnya tajam.
“Kita bukan suami isteri, salah tahu
tak apa awak buat ni. Pegang sana sini, ingat saya ni apa?” Aku membentak marah,
masih dalam nada berbisik.
“Ya saya tahu, tapi berlapik apa?”
Irham masih mahu menang.
“Lapik tak lapik, tetap salah. Saya
masih bukan mahram awak.” Aku membetulkan apa yang salah. Irham mengeluh
perlahan.
“Okay, saya salah. Saya tahu semua
tu, tapi hati saya risau tengok awak.” Irham bersuara lagi.
“Risau ke tak risau ke, jangan buat
macam ni. Salah tetap salah, matlamat, niat tak menghalalkan cara.” Aku
berpesan, lebih kepada memberi nasihat dan teguran bukan marah.
“Okay Mustika. Lepas awak deliver, kita terus kahwin ye.” Irham
berani sahaja berkata yang demikian. Aku mengalih memandang dia yang sedang
menyorongku dengan kerusi roda itu.
“Sudahlah, jangan nak mengarut.”
Jawabku, rimas tiap kali hal kahwin diutarakan Irham Syakir. Aku mahu selamanya
menjadi isteri Mohd Amzar, hanya Amzar.
“Tak mengarut, saya nak menghalalkan
yang haram. Salah? Lagipun saya nak bertanggungjawab.” Irham seperti biasa
pandai bermain dengan kata-kata.
“Bertanggungjawab?”
“Yelah, dah pegang-pegang awak
tadi.”
“Sejak bila awak pandai
bertanggungjawab?” Aku sekadar membidas kata-katanya. Irham memberhentikan
langkahnya.
“Maksud awak?” Irham menyoal, nada
suaranya berubah.
“Lupa? 8 tahun dulu, kenapa awak tak
mengaku, kenapa waktu tu awak langsung tak nak bertanggungjawab? Rasanya sampai
habis belajar saya tak dengar awak bertanggungjawab tentang apa yang berlaku
malam tu.” Aku mula membangkitkan isu lama, isu yang menjadi titik kepada
pergaduhan kami berdua. Irham kembali menyorong kerusi roda itu sehingga tiba di
hadapan beberapa buah bilik Doktor.
“Kata dah lupa hal 8 tahun dulu?
Nampak sangat awak masih ambil tahu hal saya walaupun dah habis belajar dekat
matrik dulu.” Irham seperti membalas buah keras.
“Kan saya kata tak semua saya lupa.
Bukan ambil tahu, cuma mahu tahu sama ada Irham yang saya kenal akan
bertanggungjawab atau tidak. Memang betul kata hati saya waktu itu, awak memang
sama seperti budak-budak lelaki yang lain. Cinta hanya macam hobi dan koleksi,
habis belajar putuslah.” Aku kembali membalas, tajam dan sinis. Namun Irham
menerima dengan senyuman. Kerusi roda yang aku duduki itu dipusing supaya
menghadap ke arahnya.
“Dengar sini Nur Mustika, saya bukan
sengaja tak mahu bertanggungjawab tetapi hanya saya yang tahu kebenarannya
waktu tu. Untuk apa saya bertanggungjawab dengan hal yang bukan salah saya?
Sini, hati saya hanya untuk awak. Sejak dahulu, kini dan mungkin
selama-lamanya.” Irham bersuara, kali ini lebih panjang dan lebih tegas namun
masih dengan senyuman.
“Awak masuk dulu, saya tunggu dekat
luar ni. Semoga semuanya baik-baik sahaja ye.” Irham kemudian menyorong kerusi
roda itu ke bilik Doktor Indah. Jururawat yang mengiringi kemudian mengambil
alih tugas Irham dengan menyorong aku terus ke dalam bilik Doktor Indah. Irham
kemudian melangkah ke arah deretan bangku di luar bilik doktor.
Sepanjang diperiksa oleh Doktor
Indah, fikiran aku melayang terus kepada kejadian malam 8tahun lalu. Kejadian yang
membuatkan aku memutuskan persahabatanku dengan Misha, kemudian menanam benci
kepada Irham Syakir. Mana mungkin aku lupa waktu itu, pertama kali air mataku
tumpah untuk seorang lelaki. Kekecewaan yang belum pernah aku rasai sebelumnya.
“Saya benci awak seumur hidup saya.
Saya benci awak Irham Syakir!” Masih terngiang-ngiang kata-kata terakhirku
kepada Irham Syakir. Mata aku pejam seeratnya, mahu membiarkan kenangan itu
pergi dan menghilang.
“Sakit ke Puan?” Suara Doktor Indah
mengembalikan aku kepada dunia sebenar. Lantas aku menggeleng laju kepalaku.
Doktor Indah kembali memeriksa keadaanku.
“Puan baru 7 bulan kan?” Doktor
Indah menyoal, aku terperanjat dengan penyataan itu. Takkan bayi sudah mahu
keluar?
“Baru cukup 7 bulan.” Ujarku. Doktor
Indah memeriksa perutku beberapa kali.
“Degup jantung bayi agak lemah. Saya
akan buat scanning ye.” Doktor Indah kemudian memberikan beberapa arahan kepada
jururawat yang membantunya.
“Puan jangan risau, everything will
be fine.” Doktor Indah memujukku yang mungkin sudah beriak resah dan risau.
Bayi ini terlalu bermakna buat aku, hadiah terakhir Amzar kepadaku. Hadiah yang
terlalu berharga.
“Puan ada masalah dengan suami?”
Setelah pemeriksaan selesai, Doktor Indah kembali menyoal.
“Tak. Kenapa doktor?” Bagaimana mahu
ada masalah jika aku sudah tidak punya suami?
“Pendarahan pada kandungan berusia 7
bulan mungkin disebabkan beberapa perkara yang melibatkan kandungan dan keadaan
rahim. Tapi selepas beberapa pemeriksaan, sejak awal dan sebentar tadi, saya
membuat kesimpulan awal yang puan hanya mengalami tekanan sehingga menyebabkan
tubuh Puan menjadi lemah. Tekanan boleh menjejaskan kandungan, ia mungkin punca
kepada pendarahan yang berlaku. Saya akan lakukan pemeriksaan lanjut ke atas Puan.
Sekarang Puan jangan terlalu risau dan saya mahu Puan berehat sepenuhnya.
Boleh?” Doktor Indah menjelaskan panjang lebar dan turut memberikan nasihatnya.
Beberapa minit selepas selesai pemeriksaan aku dibawa kembali ke katil oleh
jururawat yang sama membawa aku ke bilik Doktor Indah. Irham Syakir sudah tiada
di bangku dan juga di wad yang aku duduki. Aku mula tertanya-tanya dan
tercari-cari dirinya, namun panggilan alam yang tiba-tiba datang membuatkan aku
terus terlupa untuk mencari atau menghubunginya. Aku terus sahaja bangun dan
mula berjalan ke bilik air, sendirian.
“Doktor Indah, Puan Mustika jatuh di
bilik air!”
++++++++++
last episode dalam blog :)
doakan abc ye.
jangan lupa komen untuk novel ni! ^^
jasa anda abc kenang <3 span="">3>
sori sebab tak pos cerpen terbaru.
Salam Maulidur Rasul!
much love readers
8 comments:
Harap tak lama sangat la nak tunggu versi cetak.
da abes ke dik?
insyaAllah kalau diterima :) klu tak kita smbung kat blog ye ^^
kak wani: abes diblog aje :P
ala..abes nak tahu kesudahan mcmne??huhuhu
klu berjaya, bercetaklah novel ni. kalau tidak, tunggulah abc pos dekat blog :)
post la kat blog jer..
maaf cik anon, ada yg minta utk menilai. jadi sy perlu hentikan dahulu. selepas penilaian, kita tgk mcm mana :)
moga cerita ini cepat diterbitkan di pasaran..... tak sabar nak tahu kisah seterusnya.....
Post a Comment