Bab 7
Telingaku menangkap bunyi-bunyi bising suara orang.
Kepala terasa denyut-denyut yang menyakitkan, namun aku gagahkan juga untuk
membuka mata. Suara Irham mula menghimpit corong telinga.
“Mustika, awak okay ke? Saya ingat awak pengsan…”
mata yang masih kabur aku gosok perlahan-lahan sambil membetulkan duduk.
Beberapa orang manusia mula terpacak di hadapanku.
“Kenapa ramai sangat ni?” Aku bersuara, Irham
memandang semua orang yang berdiri dibelakangnya.
“Saya ingat awak pengsan, so saya
call geng paramedik… awak okay tak ni?” Irham menjelaskan, aku hanya mengangguk
perlahan sebagai jawapan kepada pertanyaannya.
“Ham, kalau takde apa-apa kitorang
balik tempat kitorang.” Ujar salah seorang daripada mereka.
“Eh, korang bawak Mustika ke bilik
sakit, dia tak sihat ni…” Aku menggeleng laju.
“Takpe, saya takde apa-apalah…” Aku
membetulkan tudung yang melekap dikepala dan juga bajuku. Lalu cuba untuk
berdiri. Dek kerana masih terasa pening, aku hampir rebah mujur ada pagar yang
membolehkan aku untuk berpaut.
“Okay apa kalau terhuyung-hayang
macam ni, Shima bawak Mustika ke bilik sakit ye.” Arah Irham kepada salah
seorang pelajar yang menjadi paramedik hari ini. Aku hanya akur dengan
arahannya, lagi pula kepala aku masih lagi terasa denyut-denyut yang menyakitkan.
“Banyak sangat ni, penuh troli.”
Bentakku pada Irham. Irham hanya tersengih lebar.
“Saya belanja, don’t worry be happy”
Aku memeluk tubuh memandang Irham dengan renungan tajam. Irham hanya memandang
dengan senyuman dan beberapa ketika kemudiannya dia ketawa.
“What?” Irham masih lagi ketawa. Aku
merengus kasar, lalu mengambil sepasang baju bayi daripada troli lalu terus
melangkah laju ke arah kaunter bayaran. Irham terdiam daripada ketawanya.
Beberapa ketika kemudian, dia mula melangkah menyaingi aku.
“I’ll pay.” Ujarnya lalu merampas
kembali baju bayi tersebut dan terus memasukkannya ke dalam troli yang penuh
tadi kemudian terus menolaknya ke arah kaunter bayaran. Untuk kesekian kalinya
aku kalah dengan dia. Dari dulu, apabila Irham mula bersuara tegas dan bertutur
ringkas, aku jadi kalah, lemah. Kenapa?
“See, tak la banyak sangatkan?” Soal
Irham sambil mengangkat lima beg plastik barangan bayi. Aku hanya menjeling
tajam. Nak kata kurang cerdik, aku tahu dia sudah jadi jurutera.
“Tak banyak cara awak, membazir bagi
saya kalau macam ni.” Aku menyindir, Irham hanya menjuih bibir.
“Untuk anak awak pun nak bising.”
Sungut Irham.
“Baby cepat membesar, baju yang
beribu awak beli tu semua baju baby baru lahir. Tak ke membazir?” Irham
memberhentikan langkahnya.
“Nope. Tak membazir, nanti adik baby
boleh pakai pulak.” Aku mengerut kening.
“Adik baby?”
“Yelah, anak kedua awak…”
“Anak siapa pulak saya nak
mengandung?”
“Anak saya la…” Irham ketawa, lalu
terus menyambung langkah. Aku terkesima, terlalu mengharap! Hati aku sudah
penuh untuk dihuni lagi.
Ingatkan Irham mahu terus pulang,
namun tidak, dia melencong terus ke arah food
court. Aku hanya mampu memandang dari jauh, semahunya aku tak mahu bersama
dengan dia untuk beberapa saat lagi. Rimas dan lemas!
“Nak kena letak karpet merah ke?”
Irham Syakir menghampiri aku yang masih tegak kaku di hadapan food court itu.
Hanya jelingan sebagai jawapan kepada sindiran itu.
“Listen Mustika, saya tak kesian
dekat awak tau. Saya kesiankan baby aje, dah pukul 1 ni. Mesti baby babah
laparkan…” Irham bersuara, tangannya mula mendekati perutku yang menonjol
dibalik Maxi yang aku pakai. Secepatnya aku mengelak. Irham ketawa.
“Babah?” Aku menyoal sinis.
“Why not?” Irham masih dengan
senyumannya yang tak lekang. Apa yang seronok sangat?
“No, never! Baby ni dah ada abi dia,
walaupun abi takde di sini. Takde di sisi kami, dalam hati kami dia ada, abi
sentiasa ada.” Aku bersuara tegas. Aku mahu Irham sedar dan tahu akan hal itu.
Irham terdiam dan mengangguk perlahan. Biarlah terguris atau terluka, aku tidak
peduli lagi. Lelaki itu tidak faham, takkan pernah mahu faham. Cinta aku, hati
aku dan diri aku hanya untuk suamiku Amzar. Aku mahu menjadi bidadari Amzar
selama-lamanya!
“Okay! Fine, but for now kita makan
dulu. Please, I’m hungry and I know awak pun lapar. Kita makan, lepas tu saya
hantar awak balik.” Ujar Irham, tegas dan tidak tunggu lama dia Irham terus
melangkah pergi. Aku mengeluh lemah, puas hati? Entah, aku sendiri tidak pasti.
Irham Syakir membuat pesanan makanan
dan minuman kami. Irham Syakir mendiamkan diri sepanjang kami menjamu selera
tengah hari itu. Sedikit pun dia tidak bersuara seperti sebelum-sebelum ini.
Aku juga mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Selesai mengisi perut,
Irham terus mahu menghantar aku pulang seperti yang dikatakan sebelumnya. Aku
hanya menurut, lagi pula aku sudah tidak betah untuk bersama dengan dia, berdua
begitu. Hati aku resah, fikiran aku seakan jahat, mahu terus menerawang kepada
cerita kami lapan tahun dahulu. Kisah yang sudah aku berjaya lupakan dengan
bantuan Amzar.
“Irham selalu jadi hero awak kan?
Bestnya, dah la hensem, caring pula tu.” Shima yang memapahku bersuara dengan
penuh keterujaan. Aku berasa sedikit pelik dengan kata-katanya itu. Hero? Bila
pula?
“Untung awak ada Boyfie macam dia.”
Shima menambah membuatkan aku memberhentikan langkah.
“Apa? Boyfie? Maksud awak boyfriend
saya? Irham boyfriend saya? Bila pula dia jadi boyfriend saya?” Aku menyoal
dengan penuh kehairanan. Sejak bila pula aku bercinta dengan mamat kambing itu?
“Eleh, jangan nak sembunyi sangatlah
satu kolej dah tahu. He so so so caring!”Shima masih lagi dengan gaya teruja
dan gediknya itu. Aku mengerut dahi, berfikir sendiri. Langkah terus diatur ke
bilik rawatan. Kepala yang masih sakit itu kini bertambah sakit bila memikirkan
apa yang dikatakan oleh Shima dan diakui oleh rakan-rakan paramedik yang ada
bersama-sama kami berdua ketika itu.
“Shima, boleh saya tahu kenapa awak
cakap Irham boyfriend saya?” Aku menyoal Shima setelah hanya dia sahaja berada
bersama-sama aku di dalam bilik rawatan itu. Shima beriak kehairanan.
“Lah, kenapa pula?” Shima kembali
menyoalku.
“Saya baru aje kenal Irham Syakir
tu, itu pun secara tak sengaja. Hari ini baru pertama kali bekerjasama berdua
dengan dia. Takkan sebab tu awak dah kata saya dengan dia bercinta, couple?”
Aku menyuarakan rasa hatiku.
“Hah? Kecoh tau satu kolej pasal
korang berdua. Ala-ala couple of the semester gitu.” Shima sudah mula dengan
keterujaannya.
“Apa yang kecoh sangat?” Aku masih
tidak faham. Kecoh? Patutlah belakangan ini semua orang asyik memandang aku
semacam aje. Abang-abang kafe’ pun pandang aku pelik, ingatkan baju terkoyak
atau terbalik. Alih-alih tentang hal aku dengan Irham Syakir, hal apa?
“Beberapa minggu lepas, dia tolong
awakkan? Waktu awak pengsan dekat dewan kuliah tu.” Shima mula bercerita,
tetapi aku masih tidak jelas.
“Dia tolong waktu saya pengsan? Dia
buat apa?” Aku menyoal, membuatkan Shima terlopong besar.
“Oh my God, awak tak tahu Mustika?”
Aku menggeleng laju dengan riak wajah yang berkerut.
“He saved you. Dia dukung awak dari
dewan kuliah ke kereta Cikgu Mazlan depan pejabat sana tu. So hero! Semua orang
nampak betapa risaunya dia waktu tu. Lepas tu keluarlah cerita-cerita yang awak
dengan dia sebenarnya bercinta dalam diam. Awak tahu, ramailah awek-awek yang
kecewa, termasuklah saya.” Shima bercerita, kemudian mengangkat jari
menunjukkan tanda ‘peace’ dengan sengihan menampakkan barisan giginya. Aku
menjungkit bahu. Semua itu mengejutkan aku. Dukung? Kenapa aku tak tahu? Misha
tak pernah cerita dan Maya pula, subhanaAllah sebab inikah Maya menjauhi dan
memarahi aku? Aku mengeluh lemah.
“Shima awak kenal Irham?” Soalan
agak bodoh aku rasa, cuma aku mahu bertanya lanjut kepada gadis ini. Kalau
sekadar kenal begitu sahaja takut juga keluar cerita-cerita tak enak dikemudian
hari.
“Kenal sangat-sangat, dia sepupu
saya.” Ujar Shima dengan senyuman tak lekang.
“Oh, suka sepupu sendirilah ni?” Aku
sekadar bergurau. Shima ketawa kecil.
“Kawan-kawan saya suka sangat dengan
Irham tu, saya pun buat-buatlah suka. Eh, orang tak tahu, so kita-kita je tau.
Tak naklah jadi tumpuan pulak lepas ni.” Shima bersuara lagi dengan sengihan
panjang.
“Irham kata apa ye bila hal saya
dengan dia dah kecoh macam tu, yelah diakan hero dalam matrik ni.” Aku mula
menyoal Shima. Shima mendekati katilku.
“Awak bukan girl Irham eh?” Shima
menyoal. Aku menggeleng laju.
“Bukanlah. Baru aje kenal, macam
mana boleh jadi awek dia pula.” Aku menafikan.
“Irham mengiyakan sahaja semua tu.
Dia sukakan awakkan?” Aku mengerut dahi sekali lagi.
“Ish, mana saya tau.” Ujarku, Shima
mencebik.
“Eleh, semua orang nampak dia
belanja awak makan. Lepas tu main skuash, kejar-kejar dekat padang. Tak
bercinta lagi?” Shima serkap jarang, aku menggeleng laju.
“Salah faham semua tu. Saya baru
tahu hal ni, kalau saya tahu semua ni, jangan harap saya nak kerja dengan dia
hari ni. Buat malu aje. Irham ni teruk betullah, cukuplah dia sorang famous,
saya tak nak jadi tumpuan orang, buat malu aje!” Aku bersuara sedikit tegas.
Shima sekadar mencebik bibir. Aku tahu dia kurang percaya, yelah khabar angin
sudah tersebar lama, tanpa sebarang penafian malah Irham mula mendekati aku
diam-diam. Semua itu membuatkan yang tipu jadi benar di mata orang lain. Aku
resah sendiri, aku perlu bersihkan hal ini. Mungkin selepas ini Maya akan
kembali seperti dulu. Misha, dia memang nak kena!
“Be careful!” Irham Syakir bersuara
setelah aku hampir sahaja melanggari sebuah pasu yang diletakkan di tepi sebuah
kedai. Aku leka dalam mengenang kisah lama. Minda aku menerawang terlalu jauh.
“Fikirkan apa?” Irham menyoal
sewaktu kami melangkah ke keretanya di tempat parkir. Aku hanya menggelengkan
kepala, tidak mahu menceritakan hal itu. Hal lama sudah jadi sejarah, buat apa
dikenangkan lagi? Irham menjungkit bahu, tidak mahu bersoal banyak. Kunci
kereta dikeluarkan daripada poket seluarnya lalu terus membuka but kereta.
Barang-barang yang dibeli sebentar tadi dimasukkan ke dalam but. Aku hanya
memerhati dari depan kereta. Sedang aku leka berdiri di situ, tiba-tiba sahaja
ada kereta lain yang cuba memasuki tempat parkir bersebelahan dengan kereta
Irham. Mungkin kerana tidak lepas memasuki kotak parkir tubuhku terus
dirempuhnya, perlahan namun kerana aku tidak menyedari hal itu akan berlaku aku
tidak dapat mengimbangi tubuh, lalu terus terjelepok jatuh ke bawah. Mujur
sahaja tidak tersembam, namun masih terasa sakit. Aku memegang kandunganku
kejap. ‘Allah jangan apa-apakan anakku.’ Aku berdoa dalam hati.
“Mustika!” Irham yang terkejut
dengan apa yang terjadi, terus meluru ke arahku.
“Are you okay? Baby?” Aku memandang
tepat ke wajah lelaki itu yang sudah cemas, merinik basah dahinya dengan peluh
resah. Riak wajahnya sukar aku tafsirkan. Risau, begitu risau seperti lapan
tahun lalu. Ya seperti lapan tahun yang lalu, kerisauan yang sama terhadap apa
yang berlaku atas aku.
“It’s okay, sakit sikit aje.” Ujarku
sambil cuba untuk bangun berdiri. Irham memegang bahuku dan membantu mengangkat
aku untuk berdiri. Aku mahu menepis, namun pegangannya terlalu kejap hingga aku
tidak dapat menepis. Sebaik sahaja aku sudah berdiri, Irham terus sahaja
melangkah laju ke arah pemandu kereta yang telah melanggar aku sebentar tadi.
Gaya seperti mahu bertumbuk!
“See what you have done to my wife.
Kalau apa-apa jadi pada baby kami macam mana? Nak parking pun tengoklah dulu.”
Irham Syakir mula bersuara tinggi, pemandu itu terus menerus memohon maaf. Aku
yang berada beberapa langkah di belakang hanya mampu menggeleng kepala.
“Irham, saya okaylah. Tak apa encik,
saya tak apa-apa. Lain kali hati-hati ye, saya pun salah juga berdiri depan tu
tak perasan encik nak masuk parking tadi.” Aku menguraikan kekusutan antara
pemandu itu dengan Irham. Irham memandangku dengan kerutan keningnya. Marahlah
tu! Sebelum beredar, sekali lagi pemandu itu memohon maaf kepada aku dan Irham.
“Betul ni okay? Kita pergi klinik
ye?” Irham masih lagi kerisauan. Aku menggeleng.
“Okay aje. Tak payahlah, saya nak
balik rumah. Malam ni saya nak balik Kedah, barang-barang belum kemas lagi.”
Ujarku, mungkin melegakan sedikit kerisauan yang bertandang dalam hati Irham
Syakir ketika itu.
“Berapa bulan baby awak?” Irham
tiba-tiba menyoal. Aku mengusap perlahan perutku yang jelas-jelas menonjol
sekarang ini.
“Alhamdulillah, minggu depan masuk 7
bulan.” Aku tersenyum sendiri.
“Dah gerak-gerak eh?” Irham Syakir
menyoal lagi. Aku tersenyum melebar.
“Dah, selalu sangat sekarang. Baby
umi semakin aktif.” Aku menjawab sambil berbual dengan bayi dalam kandunganku.
Irham Syakir turut tersenyum sendiri.
“Nak rasa boleh?” Aku terus
menjarakkan diri daripada Irham Syakir yang berada di bahagian pemandu.
“Mana boleh! Bukan muhrimlah.”
Bentakku. Irham mencebik bibir.
“Kahwinlah, nanti bila isteri awak
dah pregnant bolehlah awak rasa.” Aku bersuara lagi membuatkan Irham kembali
tersenyum.
“Dah pergi meminang pun, tapi belum
dapat jawapan sampai hari ni.” Jawapan Irham membuatkan aku terdiam, lidah
menjadi kelu. Pandai pula dia kenakan aku!
“Bukan ke awak sendiri yang berikan
jawapan hari tu?” Aku membalas kata. Irham ketawa kecil.
“Nak kena masuk minang sekali lagi
ke?” Irham mengangkat-angkat keningnya. Aku menjeling tajam.
“Jangan buat kerja sia-sia Irham.
Saya takkan dapat terima awak lagi, saya mahu selamanya menjadi isteri kepada
Amzar.” Aku bersuara dengan nada sedikit tegas. Irham mengeluh perlahan.
“Saya mengejar janji awak Mustika.
Janji yang awak buat dahulu. Awak yang berjanji, awak tak rasa sebab janji awak
tu Amzar meninggal? So why not awak terima saya? Paterikan janji kita.” Aku
tersentak dengan penyataan yang keluar dari mulut lelaki itu.
“Apa maksud awak?” Hati aku terasa
pedih dengan kata-kata itu.
“Cukup lapan tahun, sampai waktunya
untuk kita paterikan janji kita. Kehadiran Amzar membuatkan kita tak mungkin
bersatu seperti yang dijanjikan. Amzar perlu pergi, demi janji yang awak
sendiri ungkapkan dahulu.” Irham terus membuat andaiannya sendiri. Hatiku
semakin perit mendengarkan kata-kata itu.
“Amzar sakit, bukan kerana janji dia
pergi tetapi kerana sudah sampai waktunya untuk dia pergi. Apa yang awak cakap
tu tak masuk akal!” Aku membentak kasar, air mata mula mengaburi mataku.
“Janji boleh jadi sumpahan Mustika,
kita tak tahukan?” Irham bersuara lagi.
“Cukup! Kalau awak cakap mengarut
lagi macam tu, berhentikan saya di sini.” Aku bersuara tinggi, memberi amaran
keras kepada Irham Syakir yang tidak beriak bersalah dengan apa yang telah
disuarakannya tadi. Aku mengesat kasar air mata yang berlinangan di pipi sebaik
sahaja mata aku kelipkan.
“Saya akan tetap menuntut janji tu.”
Irham bersuara lagi, kemudian menekan pedal minyak memandu lebih laju daripada
sebelumnya ke arah jalan rumah Angah. Aku mendiamkan diri, hati aku terguris
pedih. Amzar, suami yang amat aku cinta. Takkan mungkin aku membunuhnya dengan
janji bodoh aku lapan tahun dahulu. Tidak!
2 comments:
Sambung pun...
akhirnya ^^
Post a Comment