cover baru! ^^ |
Bab 8
Sebaik
sahaja kereta itu berhenti di depan pagar rumah angah, aku terus sahaja
melangkah keluar dari kereta selaju yang mungkin. Namun selaju mana langkah
bagi seorang ibu mengandung seperti aku ini, Irham masih mampu mengejar.
“Mustika,
dengar dulu.” Irham cuba menahan langkahku.
“Sepatah
lagi awak cakap mengarut tentang Amzar, tentang janji bodoh tu. Awak jangan
harap dapat jumpa saya lagi. Saya benar-benar maksudkannya!” Aku bersuara
tegas.
“Saya
cakap kebetulannya ada di situ. Mungkin jodoh kita kuat.” Irham masih lagi
berdegil dan terus mengatakan perkara paling mengarut yang pernah aku dengar.
“Stop
it Irham! Jangan nak mengarut. Tolong faham satu perkara, awak dah lama mati
dari hidup saya. Ingat itu!” Tanpa menunggu lebih lama, aku terus melangkah
masuk ke dalam rumah. Angah yang berada di muka pintu mula melangkah keluar.
Aku tidak pedulikan, tidak mahu mendengar kata-kata yang menghiris hati aku
dari lelaki itu. Aku benci!
“Angah...”
Irham menyalami tangan lelaki yang berdiri di hadapannya ketika itu.
“Jangan
ambil hati. Amzar baru aje meninggal lima bulan lepas. Semua ni masih lagi baru
bagi dia. Sabar, kalau berjodoh tidak ke mana.” Angah menasihati sebaiknya.
Irham tersenyum dan mengangguk.
“Saya
minta maaf Ngah, saya kurang sabar bila terus ditolak.” Irham berterus terang,
angah menepuk bahunya perlahan.
“Sabar,
jadi lelaki kena banyak sabar. Macam Amzar, sangat sabar dengan Mustika sebab
tu dia dapat Mustika.” Angah bersuara lagi.
“Amzar
macam mana orangnya?” Irham tertarik mahu mengenali lelaki bernama Mohd Amzar
yang terlalu dicintai Mustika itu.
“Penyabar,
tegas dalam perkara yang betul dan lemah lembut dalam segala perkara. Angah
lelaki tapi angah sendiri admired
lelaki macam dia. Dia macam satu dalam seribu. Mungkin sebab dia lelaki yang
baik, jadi dia pergi lebih awal dari kita. Nak bercerita panjang tak boleh
sekarang, insyaAllah ada masa angah cerita lebih lagi tentang arwah.” Irham
mengangguk faham. Pujian angah kepada arwah Amzar sedikit membuatkan Irham Syakir
cemburu. Sebaik itukah dia? Jadi benarlah jika sukar buat Mustika untuk
melupakan suaminya itu. Irham mengeluh sendiri. ‘Aku terlalu mendesak.” Bentak
hati kecilnya.
Aku
melabuh duduk di birai katil. Air mata mengalir laju sahaja di pipi, aku kesat
dengan tangan. Satu demi satu kata-kata yang diluahkan Irham Syakir masih
terngiang-ngiang di telinga ketika ini. Dadaku menjadi sesak, hatiku kembali
pedih. Air mata mula bertakung dengan banyaknya. Teresak-esak aku menangis
sendiri.
“Abang,
salah Mus ke abang pergi? Sebab janji bodoh Mus ke buat abang mati.” Aku
bersuara lirih dalam esakan yang kian menjadi-jadi. Semua kenangan, semua
memori kini menyerbu ke layar mataku. Dada kian terhimpit dengan pelbagai rasa.
“Abah,
Mus tak kuat abah... tolong Mus abah...” Aku merintih sedih. Kala ini, hatiku kembali
mengingati akan pesan abah. Lapan tahun dahulu kata-kata abah juga yang
menyebabkan aku kembali sedar ke dunia
nyata selepas terhanyut dalam indah kata cinta lelaki bernama Irham Syakir.
“Jangan
percaya pada manusia, hati manusia boleh mati. Jangan percaya pada dunia, dunia
ini hanya fana, mati bila sampai waktunya.” Kata-kata abah aku kenang seumur
hidupku. Kata-kata terakhir abah sebelum aku melangkah ke alam dewasa. Abah
sering sahaja memberi kata kiasan dan kini aku memahami setiap satu
daripadanya. Abah, alangkah bagus jika abah berada di sini tika ini.
“Kasihankan
anak tu Mustika.” Kak Idah mula menghampiriku. Dilabuhkan duduknya bersebelahan
denganku. Tubuhku dirangkul ke dalam pelukannya. Aku masih bersisa tangisan
yang seakan tidak mahu berhenti.
“Salah
Mus ke Kak Idah abang Amzar mati? Salah Mus ke?” Aku mula mengadu mengenai
bebanan yang menghimpit dadaku kini. Kak Idah mengeratkan rangkulannya.
“Ajal
maut semua di tangan Allah, kenapa nak cakap macam ni Mus?” Kak Idah cuba menenangkan
aku yang sudah teruk menangis.
“Janji
bodoh Mus kepada Irham yang bunuh abang Amzar kak Idah. Mus yang sebabkan abang
Amzar mati. Mus yang sebabkan semua ni, semua salah Mus!” Aku sudah bagai
dirasuk emosi sendiri. Rasa bersalah menyelubungi diriku ketika ini.
“Astaghfirullah
Mus, mengucap dik mengucap.” Berkali-kali Kak Idah menyuruh yang sama. Beberapa
ketika aku berhenti daripada tangisan yang menggila. Aku kembali menenangkan
diri dengan zikrullah. Bisikan zikir daripada Kak Idah juga memberikan
kesedaran kepada diriku yang hilang dalam emosi sendiri. Allah, sekuat mana aku
untuk menghadapi semua ini? Kehilangan Amzar sesuatu yang memeritkan untuk aku
hadapi. Tangisan, aku paksa diriku untuk sembunyikannya. Aku menangis sebelum
masanya. ketika Amzar pergi buat selamanya, aku sudah kering air mata. Orang
kata aku kuat, tabah menghadapi semuanya. Mereka tak mengerti yang aku sudah
lemah sebelum itu lagi.
“Macam mana?” Angah menyoal kepada
Kak Idah yang baru sahaja keluar dari bilik. Kak Idah mengeluh perlahan.
“Kenapa dengan Irham tu? Tak
pasal-pasal Mus meroyan macam tu, dah la dia mengandung tu.” Kak Idah mula
merungut, dia kemudian menghampiri angah yang duduk di sofa.
“Orang tengah angau, semua ikut
hati.” Suara angah.
“Apa yang jadi antara diorang dua
tu? Macam masalah besar aje...” Kak Idah menyoal angah lagi. Angah menjungkit
bahunya.
“Abang sendiri tak pasti apa yang
berlaku antara diorang berdua. Adalah tu zaman diorang bercinta dulu.” Ujar
angah membuatkan Kak Idah mengerut dahinya.
“Bercinta? Kira sebelum Amzar, Irham
la, macam tu?” Angah mengangguk laju.
“Sayang ingat tak, hari pertama
Amzar datang jumpa kita dekat rumah mak? Mana Mus layan sangatkan?” Kak Idah
mengangguk laju. Angah menyambung lagi.
“Masa tu diorang baru kenal. Amzar
dah jatuh hati dengan Mus tapi Mus tak suka langsung dekat Amzar.” Ujar angah.
“Mus cakap, hati dia tak terbuka
untuk sesiapa lagi.” Kak Idah mencelah, angah mengangguk laju.
“Mus masih kecewa dengan Irham, tapi
lima tahun lepas tu Mus sudah mula selesa dengan Amzar. Tup-tup tengah tahun
lepas, Mus yang pergi meminang Amzar. Betapa hebatnya penangan Amzar.” Angah
bercerita lagi, kini senyuman melebar di bibirnya, begitu dengan Kak Idah.
“Mus sayang sangat dekat Amzar.
Abang nak tahu tak, sebenarnya dah lama Mus suruh Amzar masuk meminang dia. Mus
hairan, sebelum ni Amzar bersungguh sangat nakkan Mus, bila Mus dah bersedia
nak jadi yang halal buat dia. Amzar menolak, sebab tu Mus terus masuk meminang.
Itu pun lepas dia tahu sebab apa Amzar mula menolak dia.” Kak Idah membongkar
rahsia.
“Sebab sakit Amzar tu?” Angah
menyoal, Kak Idah mengangguk perlahan.
“Mus sangat tabah.” Angah bersuara
lagi. Dirangkul isterinya dengan seeratnya. Mereka kemudian berlayar dalam
lamunan sendiri. Hari ini hari yang panjang dan mencabar buat mereka dan Nur
Mustika.
Shamsul Hadi memandang tajam Irham
Syakir di hadapannya. Irham Syakir sudah mengeluh untuk beberapa kali. Sekejap
dia duduk di kerusi sekejap dia kembali berdiri di tepi tingkap pejabatnya itu.
“Bertindak dengan akal, bukan hati.”
Shamsul Hadi yang bosan melihat perlakuan Irham Syakir terus sahaja bersuara.
Irham Syakir meraup wajahnya, matanya dipejam beberapa saat.
“Aku silap besar kali ni. Apalah
yang aku fikir, tak pasal aku buat Mustika lagi bencikan aku. Bodoh betul!”
Irham membentak memarahi dirinya sendiri. Shamsul Hadi tersenyum sendiri.
“Agak bodoh macam kau cakap sendiri.
Aku pun tak tahu nak tolong macam mana lagi.” Shamsul Hadi sengaja menambah
bara atas api yang sudah terbakar itu. Irham menjeling tajam.
“Mizan mana? Mentang-mentang baru
dapat baby.” Irham kemudian teringat rakan baiknya itu, Ahmad Hamizan. Shamsul
Hadi sekadar menjungkit bahu, tanda tidak tahu.
“Kenapa tak minta Misha tolong?”
Shamsul Hadi kemudian muncul dengan idea barunya. Irham Syakir kemudian
berfikir sendiri.
“Tapi kau lupa yang diorang gaduh
besar sebab aku? Tu namanya curah minyak atas api.” Irham Syakir menolak
mentah-mentah idea tu.
“Siapa tahu? Perempuan ni pelik
sikit.” Shamsul Hadi tetap yakin dengan ideanya itu. Irham menggeleng laju.
“Dari aku suruh Misha baik aku suruh
Maya terus. Selesai kut masalah.” Irham Syakir kemudian ketawa, namun hambar.
“Gila! Bukan makin teruk, tapi ICU!”
Tawa mereka meletus seketika. Pengaruh Irham Syakir kepada Nurinnur Maya bukan
hanya dulu tetapi sehingga kini. Irham sendiri sudah buntu dan bingung dengan
sikap gadis itu yang seperti tidak pernah kenal erti putus asa!
Aku mengemas baju-bajuku dan semua
barangan yang akan aku bawa pulang ke Kedah malam ini. Aku akan pulang dengan
bas sahaja, angah mempunyai beberapa hal yang menyebabkan dia tidak dapat
menghantar aku pulang malam ini. Aku tidak kisah, aku sememang tidak mahu
menyusahkan sesiapa selagi aku berupaya melakukannya sendiri. Belakangku yang
terasa lenguh dan sedikit menyucuk membuatkan aku memberhentikan kerjaku itu
dan terus melangkah ke almari. Minyak urut aku keluarkan, lalu terus aku sapu
ke bahagian yang terasa sakit.
“Eh, buat apa tu?” Kak Idah yang
baru memasuki bilik menegur, wajahnya tampak serius sahaja. Aku menunjukkan botol
minyak itu kepadanya.
“Mana boleh guna minyak panas dik
oi, kamu kan mengandung.” Terus sahaja botol minyak itu dirampasnya.
“Sakit sikit, lenguh. Kenapa tak
boleh guna?” Jawapan dari aku itu membuatkan Kak Idah terus sahaja menyelak
bajuku di bahagian belakang tubuh.
“SubhanaAllah, lebam ni. Kenapa
dengan kamu ni Mus?” Kak Idah mula kalut.
“Kena langgar tengah hari tadi,
sikit aje la kak.” Aku menepis lembut tangannya. Baju aku betulkan sedikit. Kak
Idah sudah memandang tajam dengan mata yang sengaja dikecilkan.
“Kamu ni Mus, jagalah diri. Tak
sayang diri, sayang anak tu.” Kak Idah mula bersuara, aku mengangguk laju.
“Perkara nak jadi kak. Akak ada
bantal kecil tak?” Aku kembali mengemas baju-bajuku semula.
“Ada, kenapa?” Jawab Kak Idah.
“Mus nak pinjam boleh? Takut
pinggang lenguh dalam bas malam nanti. Ni pun dah tak berapa selesa.” Ujarku,
membuatkan Kak Idah kembali risau.
“Akak suruh angah hantar eh? Risau
akak dengan kamu, lebam kamu tu teruk juga tu.” Kak Idah sudah kebimbangan, aku
hanya mampu tersenyum menyembunyi sakit yang aku rasa.
“Tak ada apa-apalah kak, jangan
risau. Tak payahlah susahkan angah, dia banyak kerja nak siapkan tu. Kesian
angah nanti letih ulang alik dari Kedah ke KL, Mus okay aje, jangan risau tau.”
Aku menolak cadangan itu dengan baik. Betul, aku tidak mahu menyusahkan angah.
Sakit ini akan berkurang nanti, aku yakin sendiri.
“Betul?” Kak Idah menyoal lagi,
mahukan kepastian daripadaku. Aku mengangguk kepala dengan senyuman aku ukirkan
di bibir. Aku kembali mengemaskan baju-baju dan barangan yang masih belum aku
selesai masukkan ke dalam beg. Tiga beg akan aku bawa pulang malam ini, beg
bagasi, beg sandang dan beg barangan bayi. Irham punya kerja, beli ikut suka
hati!
“Irham kerja esok?” Angah menyoal
Irham sebaik sahaja salam dijawab lelaki itu. Kak Idah yang mengadu tentang
Mustika membuatkan angah tidak senang duduk. Terus sahaja nombor Irham Syakir
didailnya.
“Kerja, saya ke Penang esok pagi.
Kenapa ye?” Irham Syakir hairan dengan panggilan telefon itu. Baru sahaja
mereka bertemu empat mata sewaktu dia menghantar Mustika tengah hari tadi.
“Malam ni ke Kedah boleh?” Angah
menyoal dengan nada yang sengaja ditegaskan.
“Kenapa? Mustika ada masalah ke?”
Irham menyoal risau.
“Badan dia sakit, katanya kena langgar
tengah hari tadi.” Angah sengaja memerangkap lelaki itu.
“A’ah, maaf angah. Saya lupa nak
bagitau tadi. Angah nak saya hantar Mustika balik ke Kedah ke?” Irham Syakir
mula menangkap niat sebenar angah menelefonnya. Angah tersenyum di hujung
talian.
“Macam tu rancangnya, boleh?” Angah
sengaja menyoal lagi, walaupun sudah tahu akan jawapannya.
“Boleh aje, Mustika macam mana?”
Irham Syakir menyoal, risau kalau-kalau Mustika menolak.
“Angah uruskan.” Sebaik talian
dimatikan, angah tersenyum lebar ke arah Kak Idah. Kak Idah menunjukkan tanda
bagus kepada angah. ‘Mustika sayangkan aku, dia akan lebih susahkan Irham.’
Angah bersuara dalam hati.
+++
boleh la ye?
komen tau! ^^
No comments:
Post a Comment