Assalamualaikum.
cerpen pertama Januari 2013 ^^
janji dua cerpen satu bulan kan?
insyaAllah.
cerpen ni mungkin kurang memuaskan. apa2pun komen ye lepas baca.
much love readers!
(lega dapat pos satu cerita ^^)
++++
Laila
Safiya menghempaskan pintu biliknya, terus berdentum kuat. Tubuhnya kemudian
dihempaskan ke atas katil. Tudung yang masih di kepala, dicabutnya kasar lalu
terus dilempar tepat mengenai pintu yang telah terbuka dari luar.
“Dah
tua-tua buat perangai!” Marah Puan Sofia dengan perlakuan anak gadisnya itu.
“25
tahun tu kira tua? Mengarutlah ibu.” Laila Safiya membantah. Puan Sofia
kemudian menghampiri anaknya yang berbaring di atas katil sambil memeluk teddy
bear kesayangan.
“Yes!
Old enough to get married.” Puan Sofia menegaskan kata-katanya. Laila Safiya bingkas
bangun daripada pembaringannya. Wajah Puan Sofia dipandangnya dengan pandangan tidak
puas hati.
“Ibu
kenapa buat semua ni tanpa pengetahuan Laila?” Laila bersuara lirih. Puan Sofia
menggenggam tangannya erat, senyuman diukirkan buat anak gadisnya itu.
“Muaz
Saq’if tu baik, insyaAllah suami yang baik untuk Laila. Abah dah lama kenal
dia.” Puan Sofia menerangkan dengan lembut dan berhati-hati. Dia sedar,
salahnya juga kerana tidak meminta persetujuan anaknya terlebih dahulu terus
sahaja dilangsungkan majlis pertunangan antara Laila Safiya dan Muaz Saq’if.
“Ibu,
baik atau tidak belakang kira. Sepatutnya ibu tanya Laila dulu, ni tak. Ibu
gesa Laila balik hari ni tanpa bagitahu apa-apa. Balik-balik terus kena sarung
cincin. Teruk sangat ke Laila ni sampai kena paksa bertunang bagai ni?” Laila
meluahkan perasaannya. Tak tahukah ibunya betapa dia kerisauan sepanjang
perjalanan memikirkan masalah apa yang berlaku di rumah sehingga dia yang
sedang menghadiri seminar dipaksa pulang sesegera yang mungkin.
“Ibu
minta maaf, ibu tahu ibu salah. Tapi ibu takut Laila tak setuju, sebab tu ibu
buat semua ni.” Laila ternganga, tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Sekarang
Laila lagi tak setuju. Ni cincin ni, rasa nak buang aje.” Laila terus menanggalkan
cincin yang tersarung di jari manisnya, Puan Sofia secepatnya menyarungkan
kembali cincin itu ke jari anaknya.
“Laila,
ibu minta satu aje. Laila setuju ye dengan pilihan ibu dan abah?” Puan Sofia
terus mengharap.
“Sepatutnya
ibu tanya Laila sebelum majlis ni.” Laila bingkas bangun dan terus ke bilik
air. Sedari pulang tengah hari tadi dia belum membersihkan diri. Ini juga salah
satu cara untuk tidak terus berlawan kata dengan ibunya. Dia tahu berdosa,
tetapi hatinya yang terluka dengan apa yang terjadi hari ini siapa yang tahu?
“Laila,
esok Muaz nak jumpa Laila. Pukul 9 pagi dia datang ambil Laila. Boleh ye
Laila?” Puan Sofia bersuara dari luar pintu bilik air. Laila yang berdiri di
hadapan cermin mengeluh lemah. Pili air dibuka, tidak mahu mendengar apa-apa
lagi.
++++++++++++++++
Laila
Safiya mendiamkan diri sepanjang perjalanan itu. Muaz Saq’if di sebelahnya
langsung tidak dipedulikan. Sesekali terdengar deheman Muaz namun tiada pula
bicara yang keluar daripada bibir lelaki itu.
“Saya
tahu awak tak setuju dengan pertunangan kita.” Muaz bersuara sebaik sahaja melabuh
duduk di kerusi berhadapan tasik. Laila yang membontoti langkahnya turut
mengambil tempat di sebelahnya. Masih diam tanpa suara. Suasana yang tenang di
Taman Tasik Bandar Darulaman tidak memberi kesan sedikit pun kepada ketegangan
antara mereka berdua, malah lebih tegang!
“Majlis
semalam awak langsung tak tahu kan? Mama saya cerita semalam, awak
terpinga-pinga masa mak sarung cincin. Macam nak menangis pun ada.” Muaz
bersuara lagi, bibirnya tersenyum lebar. Sesekali terlepas juga tawa kecilnya.
Laila masih mencerot wajah, yang keluar hanyalah keluhan.
“Nak
air? Saya belikan.” Suara Muaz selepas beberapa ketika mereka hanya berdiam
diri. Kedinginan Laila Safiya membuatkan Muaz hilang kata, tidak tahu apa yang
perlu dikatakannya walaupun sebelum bertemu Laila banyak soalan telah dirangka.
“Kenapa
perlu formal macam ni? Dulu abang Qif tak macam ni pun?” Muaz Saq’if yang sudah
berdiri terkaku dengan soalan yang keluar daripada mulut Laila. Abang Qif? Muaz
kehairanan.
“Lima
tahun, mungkin tempoh lima tahun tu buatkan abang Qif lupakan Laila. Tapi tidak
bagi Laila. Hati Laila yang berdarah takkan pernah kering, tak tinggal parut
tapi tinggal luka, luka yang sentiasa basah. Well done Muaz Saq’if, dalam lima
tahun, nama Laila Safiya terus dilupakan, bukan hanya nama tapi orangnya juga.”
Laila bersuara lagi, panjang lebar penuh dengan sindiran. Muaz Saq’if
terpempan. Mata gadis itu yang berkaca membuatkan debaran hatinya kian rancak.
“Laila?
Laila Safiya....” Muaz Saq’if bertutur perlahan, seolah-olah cuba mencari
kembali nama itu di dalam kotak mindanya. Kenapa dia langsung tidak mengenali
gadis itu? Siapa Laila Safiya yang sebenarnya?
“Laila,
saya...” Muaz bersuara, Laila naik berang apabila lelaki itu masih bersikap
formal dengannya.
“Stop
it Muaz Saq’if! Jangan nak berlakon, tak payah buat drama. Untuk apa kau datang
dalam hidup aku balik? Untuk apa?!” Tengking Laila penuh berang. Muaz Saq’if
masih terpinga-pinga, seolah tidak memahami sepatah apa yang dikatakan oleh
Laila kepadanya.
“Saya
tak tahu Laila, saya tak kenal awak...” Laila semakin berang, beg tangannya
dihempas kuat ke tubuh lelaki itu. Muaz Saq’if mengaduh kesakitan akibat
pukulan itu.
“Aku
benci kau dari dulu sampai sekarang sampai aku mati!” Pekik Laila seperti orang
gila, air matanya sudah membasahi pipinya. Laila mula menjauhi meninggalkan Muaz
Saq’if di situ dalam keadaan terpinga-pinga.
“Siapa
Laila? Siapa sebenarnya Laila Safiya?” Muaz berfikir sendiri, kepalanya yang
sudah berdenyut-denyut kini semakin menyucuk sakit. Kedua-dua tanganya
mencengkam kepalanya yang kian memberat, tidak lama kemudian dunianya menjadi gelap
gelita.
“Cik...cik...”
Panggil seorang lelaki yang berlari-lari anak ke arah Laila yang berdiri di tepi
kereta. Sejak meninggalkan Muaz di tepi tasik, Laila berdiri di kereta menunggu
lelaki itu. Kawasan ini payah nak dapatkan teksi, nak tak nak terpaksa menunggu
lelaki yang amat dibencinya itu juga.
“Ya,
kenapa?” Soal Laila setelah lelaki itu menghampirinya.
“Pakwe
cik pengsan tepi tasik.” Ujar lelaki itu dengan termengah-mengah kerana
berlari.
“Pakwe?”
Soal Laila penuh kehairanan.
“Ala,
lelaki yang bergaduh dengan cik tadi tu.” Lelaki itu menambah setelah Laila
bermuka penuh hairan.
“Tunang
sayalah.” Laila menutup malunya, nampak sangat drama swastanya diperhatikan
orang. Malu!
“Apa-apalah,
dia pengsan tu. Cepatlah!” Lelaki itu kembali berlari ke arah tasik. Laila Safiya
terus sahaja mengekori dari belakang. Muaz Saq’if pengsan, sebab aku ke?
Setibanya
di kerusi yang didudukinya tadi, sudah ada beberapa orang yang berkumpul di
situ. Hati Laila resah, kenapa boleh pengsan?
“Muaz...
Muaz...” Laila memanggil, tubuh Muaz digerakkannya sedikit. Orang ramai yang
mengerumuni memandang.
“Cik
bawa pergi hospitallah, bahaya ni.” Ujar seorang daripada lelaki di situ. Laila
mengangguk, lalu meminta bantuan orang-orang di situ untuk mengangkat Muaz ke
kereta. Laila terus sahaja memandu kereta itu ke hospital yang berhampiran,
hatinya resah ditambah rasa bersalah. Ah! Lelaki itu yang lemah berdepan dengan
kenyataan! Hati Laila terus membentak melindungi rasa bersalah dan risaunya.
++++++++++++
Laila
Safiya memandang wajah orang tuanya yang kini berada di hadapannya. Laila Mundar
mandir dari kiri ke kanan beberapa kali. Diari hijau itu terletak elok di atas
meja di hadapan mereka. Laila menghela nafasnya, entah yang ke berapa.
“Kalau
Abang Qif tak pengsan hari ni, sampai bila agaknya ibu dengan abah akan rahsia
hal ni dari Laila?” Laila Safiya memulakan bicara, tangannya disilang memeluk
tubuhnya.
“Abah
pernah cuba nak cakap, tapi Laila selalu mengelak bila dengar abah sebut nama
Qif.” Abah membalas penuh kelembutan, tahu anaknya itu sedang marah takkan
perlu di tambah dengan amarah.
“Tapi
kenapa tak cakap langsung dengan Laila, sampai terus tunangkan Laila dengan
Abang Qif, sebulan lagi kami akan jadi suami isteri. Lepas dah nikah baru abah dan
ibu dan beritahu semua?” Laila masih membentak hebat. Abah dan ibunya saling
berpandangan.
“Memang
macam tu kami fikirkan.” Ibu bersuara akhirnya.
“Ibu!”
Laila terkejut, jangkaannya tepat.
“Kenapa
abah dan ibu buat Laila macam ni? Sampai hati ibu dengan abah.” Laila akhirnya
mengalirkan air mata yang sudah lama di tahannya.
“Qif
perlukan Laila untuk kembali macam dulu. Dia lupa hampir keseluruhan masa silam
dia. Abah yang tiga tahun jadi pensyarah dia pun dia lupa, mujur aje apa yang
dia belajar dia tak lupa. Alhamdulillah, dalam waktu dia masih sakit dia dapat
habiskan pengajian sarjana dia.” Abah mula bersuara, mahu menjelaskan keadaan
sebenar kepada anaknya.
“Tapi
apa kena mengena Laila dengan dia?” Laila masih dalam esak tangisnya. Puan
Sofia hanya memandang kedua-dua insan yang disayanginya itu berbincang.
“He
needs you. Dia ada jumpa abah dua bulan lepas, bertanya tentang seseorang yang
bernama Laila. Abah mula tak tahu siapa Laila yang dimaksudkan Qif. Selepas
abah bincang dengan ibu, abah dapat tahu Laila yang dimaksudkan Qif adalah anak
abah, Laila Safiya.” Abah meneruskan penjelasannya.
“Ibu
beri abah baca diari Laila yang ibu jumpa. Kenapa selama ni Laila tak bagitahu
kami hubungan Laila dengan Qif?” Abah mula menyoal. Laila mengesat air mata
yang masih mengalir di pipinya. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
“Hubungan?
Laila bertepuk sebelah tangan, Qif hanya seseorang yang Laila kenal secara
singkat.” Laila bersuara dengan ketapan gigi menahan geram.
“Laila,
abah baca semua dari awal sampai akhir. Sebab itu abah dan ibu aturkan majlis
pertunangan ni. Abah nak Qif bertanggungjawab dengan apa dia dah buat pada
Laila, dalam masa yang abah nak Laila kembalikan ingatan dia.” Abah bersuara,
ada nada tegasnya.
“Abah...
untuk apa dia ingat? Sekali dia ingat, Laila adalah orang pertama yang dia akan
benci, benci macam mana Laila bencikan dia.” Laila bersuara lirih. Abah dan
ibunya didekatinya lalu terus dipeluk kaki kedua-dua orang tuanya.
“Qif
perlu tahu apa yang dia dah buat pada Laila, dia perlu bertanggungjawab. Sampai
bila Laila nak simpan semua ni seorang diri?” Puan Sofia bersuara menambah sedu
kepada Laila.
“Laila
malu ibu, lima tahun Laila pendam seorang diri. Laila takut ibu dengan abah tak
percaya macam mana Qif tak percayakan Laila.” Laila merintih sedih. Dr.Johan
mengesat hujung matanya yang basah.
“Allahuakbar,
salah Laila ataupun tidak. Abah dengan ibu perlu tahu Laila. Kalau abah tahu
lebih awal, mungkin semua ni dah selesai.” Dr.Johan bersuara lagi. Laila Safiya
menggenggam tangan kedua-dua orang tuanya, mencari kekuatan.
“Demi
Allah, Laila tak bersalah. Laila mangsa waktu tu.” Laila bersuara bersama
esakan. Ibunya menyapu air mata yang membasahi wajah anak gadisnya itu.
“Sekarang
masa Laila betulkan apa yang salah, kembalikan ingatan Qif. InsyaAllah, semua
akan kembali kepada yang lebih baik.” Ujar Puan Sofia, menasihati dan
menunjukkan jalan terbaik untuk anaknya.
“Kalau
sampai satu saat nanti, Qif menolak Laila. Laila harap abah dan ibu sentiasa di
sisi Laila. Boleh ibu, abah?” Laila memohon sokongan. Tidak kuat untuk
membongkar kembali masa silamnya, 5 tahun lalu. Dalam tempoh yang panjang itu,
sedikit pun kisah hitam itu tidak pernah dilupakannya. Dipendam dan disimpan
sebaiknya, tidak sangka akhirnya ia terbuka dan dia sendiri harus membongkarnya.
Membuka rahsia hitam dirinya. ‘Ya Allah, berikan aku secebis kekuatanMu.’
+++++++++++
“Laila,
hari ni abang balik awal sikit. Kita keluar ye.” Ujar Muaz Saq’if sambil
menyarung sarung kakinya. Senyuman sentiasa terukir di bibir. Laila yang sedang
menjinjit beg kerja Muaz sekadar mengangguk perlahan.
“Lepas
balik nak keluar terus ke?” Soal Laila, beg itu dihulurkan kepada Muaz Saq’if.
“Kita
keluar teruslah ye, boleh?” Muaz masih dengan senyuman di bibir, terlalu murah
dengan senyuman!
“Boleh
aje, tapi make sure abang Qif call Laila dulu, boleh Laila siap terus nanti tak
payah abang Qif tunggu lama.” Tangan Muaz Saq’if disalaminya penuh hormat. Muaz
tidak lupa dengan kucupan hangat di dahi isteri yang dinikahinya dua bulan
lalu.
“Abang
macam dah kenal lama dengan Laila...” Ujar Muaz Saq’if perlahan, separuh
berbisik. Laila Safiya hanya membalas dengan senyuman yang jelas, hambar.
“Abang
pergi dulu, assalamualaikum.” Kereta Muaz kemudiannya dipandu keluar dari ruang
garaj, terus hilang dari pandangan. Laila menghela nafasnya, penat. Penat untuk
berpura-pura. Berpura-pura baik, berpura-pura ikhlas menerima. Hatinya masih
terluka, hatinya masih berdendam, hatinya masih membenci lelaki itu.
Laila
Safiya meraup wajahnya beberapa kali. Entah alasan apa lagi yang harus
diberikan kepada lelaki itu apabila soal tanggungjawab isteri ditimbulkan.
Laila Safiya tidak mahu, tidak rela! Selagi Muaz Saq’if tidak mengenali siapa
Laila Safiya sebenarnya, selagi itu Laila tidak akan mampu untuk menjadi isteri
yang sebenar-benarnya kepada Muaz Saq’if.
Kereta
yang dipandu Muaz Saq’if menyusuri jalan raya yang agak sesak di awal pagi itu.
Muaz Saq’if mengeluh beberapa kali. Dirinya sudah penat, penat untuk memikir
cara memikat isterinya itu. Dia tahu, dia sedar isterinya itu masih menolak
dirinya. Entah kenapa, sejak peristiwa dia pengsan di tasik Jitra tempoh hari,
Laila Safiya terus sahaja menerima dia sebagai suami dan sentiasa berpura-pura
gembira. Muaz Saq’if sedar akan itu, isterinya tidak pandai berlakon. Jauh di
lubuk hatinya, dia seakan mengenali isterinya. Laila Safiya, nama yang sudah
terbiasa di telinganya.
Kehadiran
motor yang tiba-tiba melintas di hadapannya membuatkan Muaz yang mengelamun
terus menekan brek dan memutar sterengnya ke kiri. Akibatnya dia melanggar
tembok jalan, kepala terhantuk kuat ke stereng kereta.
“Aduh...”
Muaz Saq’if memegang dahinya yang terhantuk. Sakit, mujur tidak berdarah.
Secara tiba-tiba, satu bayangan muncul di layar matanya, bayangan yang selalu
mengganggu dirinya. Laila dan dirinya. Muaz memejam matanya beberapa saat,
namun bayangan itu tetap muncul. Laila menangis, dia dengan wajah bengis.
Tangan Laila yang mahu memegang tangannya ditepis kasar. Muaz memegang
kepalanya yang kian berdenyut kuat. Bayangan itu tetap ada, suara tangisan
Laila kuat di dengarinya.
“Encik...”
ketukan di tingkap menyedarkan Muaz Saq’if yang masih terganggu dengan bayangan
tangisan Laila Safiya. Muaz menurunkan tingkapnya sedikit.
“Encik
tak apa-apa ke?” Soal lelaki itu kepada Muaz sekadar mengangguk, kepalanya
masih terasa sakit. Lelaki itu kemudian memandang Muaz Saq’if lama.
“Muaz?
Muaz Saq’if Bin Azhar?” Lelaki itu menyoal. Muaz terkesima, siapa lelaki ini?
Bagaimana dia tahu nama penuh aku?
“Ya
saya, siapa ye?” Muaz kembali menyoal.
“Long
time no see! Muaz akulah ni, your best buddy Badrul!”
Muaz
Saq’if dan Badrul berbual lama di restoran itu. Kembali mengingati kisah mereka
dahulu. Badrul mula bercerita panjang lebar selepas Muaz menjelaskan keadaannya
yang telah kehilangan memori lamanya akibat kemalangan jalan raya lima tahun
lalu.
“Aku
fly pergi Perancis masa kita di tahun dua dekat U. Lagi pun aku pergi bawa
hati, kaulah player sangat, aku
nasihat kau buat dek aje.” Badrul masih bersisa ketawa. Muaz yang langsung
tidak mengingati apa-apa yang mengangguk dan kadang kala mengerut dahinya.
“Kau
bawa hati? Aku jahat sangat ke dulu?” Muaz Saq’if menyoal. Badrul terdiam.
“Kita
gaduh besar. Pergaduhan pertama selepas dua tahun kita berkawan. Semua kerana
Laila Safiya.” Ujar Badrul, mengenangkan kisah lima tahun dahulu.
“Laila
Safiya?” Soal Muaz Saq’if kehairanan apabila nama isterinya disebut.
“A’ah,
kau langsung tak ingat? Budak perempuan yang tergila-gilakan kau. Anak
penasihat akademik kita, Dr. Johan. Setiap kali kelas ayah dia, mesti muka dia
ada dalam kuliah. Rupa-rupanya dok intai kau.” Badrul ketawa mengenangkan angau
Laila Safiya kepada kawannya yang terkenal dengan gelaran buaya kucing. Nampak
baik, muka jambu tapi buaya!
“Maksud
kau anak Profesor Johan?” Muaz Saq’if menyoal penuh curiga.
“Dah
professor eh? Masa kita belajar dulu, dia baru dapat Dr.” Badrul mengangguk-angguk
kepalanya. Sesekali airnya di sisip perlahan.
“Aku
dah kahwin.” Ujar Muaz. Badrul tersenyum lebar.
“Mesti
dengan Katherina, mat salleh celup tu.” Badrul meneka, dia mula ketawa besar.
“Katherina?
Bukanlah, Laila Safiya isteri aku.” Muaz Saq’if bersuara, hampir membuatkan
Badrul tersembur air.
“Laila
Safiya isteri kau? Bukan dulu kau...” Badrul termati kata. Muaz Saq’if
memandang Badrul dengan tajam.
“Aku
nak kau ceritakan semuanya kepada aku. Semua cerita lima tahun dulu, sebelum
kau fly ke Perancis. Aku nak tahu.” Muaz bersuara tegas membuatkan Badrul
menelan liur, kesat.
++++++++++++++++
Laila
Safiya kaget. Deruman kereta diluar membuatkan dia cepat-cepat berlari ke
tingkap melihat siapa yang datang pagi-pagi ke rumahnya. Apabila melihat kereta
Muaz, Laila Safiya kehairanan, awal sangat balik?
“Awal
abang balik?” Soal Laila Safiya sebaik membuka pintu, tangannya dihulur seperti
selalu namun ditepis kasar oleh Muaz. Laila Safiya terkedu. Pintu dihempas
kasar oleh Muaz membuatkan Laila tersentak.
“Kenapa ni?” Laila menyoal dalam
ketar. Muaz Saq’if di hadapannya ini seperti Muaz Saq’if lima tahun dahulu,
bengis dan kasar. Tidak menjawab persoalan itu, Muaz kemudiannya mencengkam
lengan Laila kuat, lalu ditariknya kasar isterinya itu hingga terhumban ke
sofa. Laila Safiya terketar.
“Kenapa ni abang?” Laila Safiya
menyoal lagi. Muaz Saq’if meraup kasar wajahnya, sesekali lelaki itu merengus
kasar.
“Kau dengan family kau dah tipu aku.
Kenapa?!” Tempik Muaz, suaranya bergema seisi rumah.
“Apa ni?” Laila menyoal, tidak faham
dengan apa yang berlaku.
“Patutlah selama ni aku rasa aku
kenal kau, patutlah kau tolak aku dua bulan ni. Rupanya kau perempuan yang dah
kena tebuk. Perempuan kotor!” Tengking Muaz lagi, bergegar gegendang telinga
Laila mendengarkan kata-kata itu. Laila bangkit berdiri tegak di hadapan lelaki
itu.
“Jaga kata-kata kau!” Laila Safiya
memberi amaran. Muaz Saq’if tersenyum sinis.
“Kenapa? Betulkan? Kau dah rosak!
Patutlah ayah kau suruh sangat aku kahwin dengan kau, rupa-rupanya jadikan aku
pak sanggup!”
“Cukup!” Tamparan itu kuat mengena
muka Muaz Saq’if. Muaz tersentak. Laila memandangnya dengan pandangan yang
berapi. Tubir mata gadis itu sudah berair.
“Kau dah ingat semuanya? Dah ingat
semua? Dah ingat? Kalau kau ingat, kau takkan salahkan abah dalam hal ni!”
Tengking Laila Safiya. Muaz Saq’if terkesima.
“Ye, aku tolak kau sebab aku ni dah
tak suci. Ya aku dah kena tebuk. Tapi kau ingat tak siapa yang buat aku jadi
macam ni, kau ingat?” Laila masih bersuara tinggi. Muaz Saq’if sudah terdiam dengan
tangannya masih memegang pipinya.
“Sekali pun kau kata aku takde
maruah, kau ingat aku nak kahwin dengan kau? Aku rela hidup sendiri daripada
hidup dengan orang yang dah rogol aku. Orang yang musnahkan zaman remaja aku.
Aku bodoh sebab terlalu baik dengan kau, patutnya aku bunuh sahaja kau dari
dulu, baru aman hidup aku!” Tempik Laila sepenuh hati. Laila mengambil kunci
kereta di dalam laci kemudian terus melangkah keluar daripada rumah. Muaz
ditinggalkannnya dalam keadaan terpinga-pinga.
“Hai abang Qif, baru nak balik ke?”
Laila Safiya yang kebetulan melalui jalan itu untuk pulang ke rumahnya menegur
Muaz Saq’if yang terduduk ditepi tembok. Muaz Saq’if tersenyum dan menggamit
tangannya kepada Laila Safiya.
“Laila... abang Qif lupa la jalan
balik rumah abang Qif.” Laila Safiya terpinga, pelik dengan kelakuan Muaz yang
tiba-tiba baik dengannya. Sebelum ini Laila langsung tidak dipandangnya.
“Lupa? Abang Qif mabuk eh?” Muaz
ketawa dengan mata yang kadang terbuka dan tertutup. Bau pelik yang terhidu
membuatkan Laila Safiya berasa mual.
“Abang Qif minum sikit aje...” Laila
Safiya beristighfar.
“Laila call Katherina ye, suruh dia
hantar abang balik.” Laila mengajukan cadangan, namun membuatkan Muaz
bertempik.
“Jangan! Tu perempuan tak guna, dia
dah tinggalkan abang.” Muaz Saq’if terus teresak menangis, kadang-kadang dia
ketawa. Laila Safiya kecut. Telefon Muaz dicapainya, nombor Badrul cuba
dihubungi, namun rakan baik Muaz itu kini di kampung. Laila tiada pilihan lain
selain menghantar sendiri Muaz pulang ke rumah sewa lelaki itu.
Laila Safiya memejam matanya erat.
Mahu mengusir ingatannya kepada kejadian malam itu. Air mata yang sedari tadi
sudah menunggu untuk jatuh kini mengalir perlahan di pipinya. Telefon bimbitnya
di ambil, nombor abahnya di dailnya.
“Abah, dia dah ingat. Macam Laila
cakap dulu, dia akan bencikan Laila.”
+++++++++++++++++
Badrul memandang sahabatnya itu yang
memundar mandir dari tadi. Sesekali Muaz mengeluh berat.
“Aku tak ingat, tak dapat ingat.”
Ujar Muaz Saq’if sebelum melabuh duduk di sofa.
“Yang aku tahu, lepas kau kata bukan
anak kau. Laila Safiya terus menghilangkan diri, kata Dr.Johan anak dia sambung
belajar luar Negara.” Badrul menambah. Terkejut juga dia apabila menerima
panggilan daripada Muaz yang menyuruh dia datang ke rumah dengan segera.
Sudahlah di restoran pagi tadi dia ditinggalkan begitu sahaja, cerita pun belum
habis.
“Kenapa kau lari ke Perancis?” Muaz
menyoal lagi.
“Kita gaduh besar pasal Laila...”
Badrul terdiam, seperti mengingati sesuatu. Beberapa saat kemudian dia memetik
jarinya kuat sehingga keluar bunyi.
“Sebulan sebelum Laila cakap dia
pregnant anak kau, kau baru putus dengan Katherina. Ada satu malam Laila call
aku dengan telefon kau, dia kata kau mabuk. Tapi aku tak dapat nak tolong sebab
aku balik kampung masa tu. Aku percayakan Laila masa tu, sebab aku yakin Laila
bukan perempuan yang bukan-bukan. Masa tu mood kau kucar-kacir, kau tak mengaku
dan tuduh aku macam-macam. Sebab sebal dengan kau, kebetulan dapat tawaran
sambung belajar ke Perancis aku terus terima.” Ujar Badrul panjang lebar.
“Aku mengandungkan Laila?” Badrul
menjungkit bahu. Muaz Saq’if mengeluh kasar. Wajahnya diraup beberapa kali.
“Kenapa aku tak ingat satu pun ni?!”
Bentaknya, marah. Telefon bimbitnya kemudian berdering. Nama yang tertera
membuatkan dia menarik nafas sedalamnya.
“Abah.” Suaranya sebaik talian
disambungkan.
“Laila beritahu abah, Qif dah ingat.
Alhamdulillah. Abah harap Qif selesaikan baik-baik dengan Laila. Kalau pun
akhir nanti Qif bencikan Laila, abah harap Qif pulangkan Laila dengan baik
kepada abah sebagaimana abah hantar dia kepada Qif.” Muaz diruntun bersalah
mendengar kata-kata daripada mertuanya itu.
“Bah, Qif sebenarnya....”
“Abah tak marah. Abah juga silap
kerana tak berterus terang. Abah cuma harap Laila kembali kepada Laila lima
tahun dulu, begitu juga dengan Qif. Itu aje yang abah minta. Abah minta maaf,
Assalamualaikum.” Talian terus dimatikan, sebelum sempat Muaz Saq’if berkata
apa-apa. Muaz dilanda rasa bersalah, dia terlalu ikutkan hatinya. Terlalu
ikutkan ingatannya yang sedikit itu. Muaz mengeluh lemah.
“Kau salahkan Laila atas perpisahan
kau dengan Katherina. Sebab itu juga kau bencikan Laila Safiya.” Badrul
menambah sebelum meminta diri untuk pulang. Muaz tersandar lemah. Kepalanya
dipegang dengan kedua-dua tangannya. Sesekali kepalanya diketuk perlahan dengan
penumbuknya sendiri. Dia mahu memorinya lima tahun dahulu kembali, mungkin
dengan itu masalahnya ini akan selesai.
+++++++++++++++++++
Sudah seminggu Laila langsung tidak
pulang. Muaz mengerti, dia yang bersalah. Terlalu cepat membuat andaian,
sehinggakan melukakan hati orang yang di sayanginya. Mahu atau tidak, Muaz
perlu mencuba. Hari ini dia akan ke rumah mertuanya untuk bertemu empat mata
dengan Laila Safiya. Hari ini juga, dia akan meminta isterinya itu menceritakan
semuanya kepada dia. Cerita yang telah hilang daripada memorinya.
“Anak abang Qif, percayalah. Laila
tak tipu.” Laila Safiya sudah teresak menangis. Tangan gadis itu yang mahu
memegangnya ditepis kasar.
“Hey Laila! aku tahu kau sukakan
aku. Tapi bukan cara ni, aku tak pernah sentuh kau, macam mana pula aku
mengandungkan kau!” Muaz Saq’if menafikannya membuatkan Laila semakin lebat
mengalirkan air mata.
“Demi Allah, ini anak abang Qif.
Tolonglah abang Qif, percayalah.” Laila Safiya terus menerus merayu. Katherina
yang berada di situ, sudah panas telinga.
“Hey Qif, just be responsible okay.”
Ujar Katherina, kemudian terus melangkah pergi. Muaz Saq’if tidak dapat menahan
Katherina daripada pergi dan itu menyebabkan dia begitu membenci gadis yang
sedang menangis di hadapannya ini.
“Kau dengar sini Laila, sampai mati
pun aku takkan mengaku anak ni anak aku!” Tengking Muaz sebelum meninggalkan
Laila yang berendam air mata.
Muaz meraup wajahnya. Mimpi itu
sudah beberapa kali muncul dalam tidurnya, sejak sebelum menikahi Laila Safiya lagi.
Mimpi yang sering mengganggu hari-harinya. Disebabkan mimpi ini juga, dia ditemu
dengan Laila Safiya melalui Dr. Johan, ayah mertuanya.
Dr.Johan dan Puan Sofia
mempersilakan Muaz Saq’if untuk masuk ke rumah. Selepas berbual beberapa minit,
Dr Johan menyuruh Muaz bertemu dan berbincang sebaiknya dengan Laila yang
berada di ruang taman di belakang rumah.
Laila Safiya yang berada di atas
buaian besi, kelihatan merenung jauh. Kakinya dipeluk erat ke tubuh. Sesekali
dia mengesat air matanya yang mengalir di pipi.
Perlahan-lahan Muaz melangkah menghampiri Laila Safiya. Sebaik sahaja
kehadirannya disedari Laila, laju sahaja Laila cuba melarikan diri. Muaz lebih
cekap menahan, lengan Laila di pegangnya erat.
“Kita bincang.” Ujarnya pendek.
Laila masih mendiamkan diri. Muaz menarik tangan Laila supaya kembali duduk di
buaian itu. Laila Safiya hanya menurut tanpa langsung bersuara. Muaz Saq’if
turut melabuh duduk di sebelah Laila.
“Abang belum ingat semuanya. Abang
minta maaf sebab berkasar dan kurang ajar semalam.” Muaz memulakan bicara,
menyesali keterlanjuran kata-katanya. Laila masih bersikap dingin.
“Hari ini abang harap kita dapat
bincang dengan baik dan abang harap Laila boleh ingatkan kembali kepada abang kisah
lima tahun dulu.” Muaz menambah lagi, dibiarkan Laila mengambil masa untuk
bersuara. Namun setelah beberapa minit Laila masih berdiam diri.
“Laila...”
“Apa yang abang nak tahu?” Laila
akhirnya bersuara. Muaz tersenyum.
“Siapa Laila Safiya kepada Muaz
Saq’if?” Muaz terus sahaja menyoal. Laila tersenyum sinis.
“Perempuan yang tak tahu malu.
Mengejar lelaki yang langsung tak pandang dia. Perempuan kotor yang terdesak mahukan
cinta sehingga menjerat lelaki yang dikejarnya dengan kandungan yang entah anak
siapa.” Laila bersuara penuh kasar. Muaz mengerut keningnya sehingga bertaut.
“Laila!” Muaz Saq’if berang.
“Itulah Laila pada mata abang.
Kenapa, salah?” Laila masih bersuara dengan sindiran. Muaz mengeluh lemah.
“I’ve lost my memory. Please, jangan
macam ni.” Muaz Saq’if memohon sepenuh hati.
“Untuk apa Laila ingatkan abang
kepada perkara yang akan buat abang benci Laila?” Laila menjawab dengan
persoalan.
“Habis tu Laila nak abang cari sendiri?
Laila nak abang buat andaian sendiri yang boleh buat abang bencikan Laila,
macam tu?” Muaz melawan dengan kata-kata.
“Tiada bezanya, abang akan tetap
bencikan Laila.” Laila Safiya bersuara lirih. Sedangkan dahulu, sewaktu ingatan
lelaki itu normal, dirinya sudah terhina. Kini, dia harus memburukkan diri
sendiri? Tidakkah itu hanya akan menambah kebencian lelaki itu kepadanya.
Bagaimana dia mahu meyakinkan lelaki itu bahawa dia tidak berbohong, ingatkah
lelaki itu kepada kejadian hitam malam lima tahun lalu? Laila memejam rapat
matanya, ngeri. Terlalu pahit untuk dikenang! Laila Safiya bingkas bangun dan
terus sahaja melangkah.
“Mana anak kita?” Muaz menahan Laila
daripada terus melarikan diri. Laila terpempan dengan soalan yang diluahkan
oleh Muaz itu. Laila memejam rapat matanya, mencari kekuatan.
“Kita? Kalau ayah dia tak boleh
terima, apatah lagi ibu yang mengandungkannya.” Ujar Laila senafas, melangkahnya
terus diatur memasuki rumah. Muaz Saq’if terkedu. Benarkah apa yang dikatakan
itu?
+++++++++++++++++
Laila menangis semahu-mahunya.
Hatinya yang terluka kini teruk berdarah. Kisah hitam yang disimpannya lama,
kini terpaksa dibongkarnya. Persoalan demi persoalan yang dikemukakan Muaz
tidak dapat dijawabnya. Laila malu, malu untuk mendedahkan aib sendiri. Hamil
sebelum nikah, itu bukan perkara mudah, apatah bermaruah. Untuk menyalahkan
Muaz Saq’if seratus peratus memang tidak sepatutnya, salah dia yang terlalu
baik dan terlalu percaya.
“Laila... kenapa tak jelaskan
semuanya pada Muaz nak?” Suara ibu dari muka pintu. Laila mengesat air matanya
dengan jari jemarinya.
“Laila rasa tak perlu.” Jawabnya
pendek. Puan Sofia menghampiri Laila yang berada di atas katil.
“Sampai bila nak pendamkan seorang
diri?” Laila menggeleng kepalanya. Puan Sofia mengeluh lemah. Sudah sebulan
Laila di rumahnya. Muaz langsung tidak mahu diketemunya.
“Qif ada dekat depan tu, semalam dia
datang Laila tak nak jumpa. Hari ni takkan tak nak jumpa lagi?” Puan Sofia
menyoal Laila yang masih bersisa tangis.
“Laila tak suruh dia datang pun.
Biarkan dia.” Laila bersuara lagi, dia sebenarnya tidak kuat untuk berdepan
dengan lelaki itu. Soalan-soalan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan
luka dihatinya merobek lebih besar.
“Abah suruh Laila kahwin dengan Muaz
Saq’if bukan nak buat Laila terseksa macam ni. Abah dengan ibu nak Laila
kembali kepada Laila lima tahun dulu.” Puan Sofia bersuara, kali ini lebih
tegas.
“Laila dah cakap dari awal, Laila
tak setuju. Laila tak mampu ibu, hati Laila sakit setiap kali pandang muka
abang Qif. Laila jadi sakit bu, Laila menyesal. Menyesal sebab cintakan dia.
Sampai sekarang, hati Laila jahat dan semakin jahat. Semakin benci Laila dekat
dia semakin kuat cinta Laila. Laila benci diri Laila bu, benci!” Laila menjerit
sekuat hatinya. Mahu bebanan yang tersimpan di dalam dirinya hilang dalam
sebuah keajaiban. Puan Sofia menarik anaknya ke dalam pelukan. Dia cuba memujuk
anaknya itu, memahami kesakitan yang dilalui Laila Safiya.
Dari balik pintu, Muaz Saq’if
mendengar segalanya. Hatinya diruntun rasa bersalah. Namun dia masih keliru
tentang dirinya yang dahulu. Bagaimana dirinya lima tahun lalu? Jahatkah?
Kejamkah dia kepada Laila Safiya sehinggakan gadis itu terseksa sebegitu rupa?
Muaz Saq’if mengeluh perlahan, dia perlu mencari jawapan. Kalau bukan melalui
Laila Safiya, tentu sahaja daripada rakan-rakan Laila dan kawan-kawannya lima
tahun lalu.
“Aku dah try contact kawan baik
Laila dulu. Tapi semua tak kenal kau. Yelah Laila bukan study satu U dengan
kita, dia kenal kau sebab Dr.Johan aje kut.” Jelas Badrul, tangannya masih ligat
di telefon.
“Kawan-kawan kita ada yang tahu
pasal aku dengan Laila?” Muaz yang sudah serabut terus menerus menyoal Badrul
sedari tadi.
“None! Aku aje yang tahu. Yang lain
semua tahu kau dengan Katherina aje.” Ujar Badrul. Kedua-dua mereka saling
berpandangan.
“Katherina!” Suara mereka serentak.
Katherina ada sewaktu Laila bertemu empat mata dengan Muaz Saq’if untuk mengkhabarkan
tentang kehamilannya. Badrul dan Muaz terus sahaja mencari cara untuk
menghubungi Katherina.
“I dah lupa. Cerita lama, mana I nak
ingat.” Katherina akhirnya berjaya dijejaki dua sahabat itu. Mujur sahaja mat
salleh celup itu tidak terbang ke luar negara, kalau tidak jenuh juga mahu
mencarinya.
“Please remember, I beg you Kat...”
Muaz Saq’if merayu.
“You masih tak berubah ye Muaz, suka
merayu.” Katherina ketawa sinis. Muaz Saq’if menahan sabarnya. Kalau ikut hati
mahu sahaja ditengkingnya gadis tidak cukup baju di hadapannya ini.
“Laila Safiya... I jumpa dia sekali
aje, itu pun waktu kita break up and that was the last day I met you before I
fly to New York.” Ujar Katherina masih angkuh.
“Okay, masa tu you dengar apa yang
Laila beritahu I kan? Boleh you rewind balik? Ceritakan semua dekat I.” Muaz
Saq’if semakin mendesak. Katherina berdecit kecil kurang senang dengan desakan
Muaz Saq’if, air minumannya disisipnya sedikit. Jarinya digoyang-goyang, lagak
seperti kembali mengingati kejadian lima tahun dahulu.
“She’s just crying and kept telling
you that she’s pregnant and it was your baby. Hal itu I jadikan alasan kuat untuk
putus dengan you. I wonder whether if you really made her pregnant.” Katherina
cuba menceritakan kembali apa yang terjadi mengikut apa yang diingatinya.
“Jadi dia memang mengandung waktu
tu?” Muaz menyoal seperti tidak percaya.
“I don’t know, Laila yang cakap
macam tu. You tak mengaku, you menafikan itu anak you. FYI Muaz, sepanjang kita
bercinta dahulu, buat I percaya yang itu bukan anak you.” Katherina bersuara
dengan senyuman sinis.
“Why?” Muaz kembali menyoal.
“You alim-alim kucing. I yang seksi
ni you tak tergoda sikit pun, walhal I girlfriend you. Jenuh I goda you, tapi
tak jalan. That’s why I naik boring, so I’ve left you.” Katherina bersuara angkuh
tanpa rasa malu atau segan.
“So Laila menipu?” Muaz Saq’if kian
berserabut.
“Entahlah, kalau secara kasar ikut
mata I. Mungkin la dia tipu. Tapi kalau tengok Laila tu, tak nampak macam
perempuan jahat pun. But don’t judge a book by its cover right?” Ujar Katherina,
sesekali kentang goreng yang terhidang dikunyahnya. Muaz Saq’if semakin
berserabut. Namun mimpi yang sering mengganggu tidurnya itu sudah terjawab.
Kiranya itu ingatan lamanya, bukan mimpi biasa.
“Alah, apa susah, buat DNA test.
Sedangkan baby dalam perut pun kita boleh buat testkan?” Katherina bersuara
lagi sebelum mereka berpisah. Muaz Saq’if sekadar mengangguk, menerima baik
cadangan gadis itu. Fikirannya semakin serabut, berbagai andaian telah mula
bermain dalam kotak fikirannya. Siapa yang harus dia percaya? Siapa lagi harus
disoalnya? Laila Safiya, hanya gadis itu punya jawapannya. Muaz Saq’if tertekan
antara cinta dan kisah lama!
++++++++++++++
Muaz Saq’if memandang wajah Laila
Safiya di hadapannya. Pandangan seribu makna. Hanya ini caranya, larikan Laila
Safiya jauh daripada manusia lain. Biar hanya dia dan Laila berdua, menyelesaikan
kekusutan yang ada. Laila Safiya masih memberontak, masih tarik muka dan
seperti sebelumnya, Laila Safiya masih berendam air mata.
“Sekarang hanya ada abang dan Laila.
Malam ni, abang harap sangat-sangat Laila beri kerjasama. Kita selesaikan
masalah ni ya sayang....” Rayu Muaz Saq’if kepada Laila Safiya. Ayat akhir yang
keluar dari bibir lelaki itu membuatkan Laila yang mulanya memaling wajah
terpaling terus memandang ke arah Muaz.
“Please sayang, demi hubungan kita.
Demi masa depan Laila, masa depan abang dan masa depan kita berdua. Abang dah
cuba cari jalan untuk kembali ingat apa yang terjadi, semuanya tidak membantu.
Yang abang dapat hanya memburukkan nama sayang, semuanya menyalahkan sayang.
Abang yakin, sepenuh hati abang, sepenuh cinta abang yang sayang tak bersalah.
Abang, abang yang mulakan semua ini kan?.” Muaz Saq’if merayu lagi, tangan
Laila dicapainya, lalu dikucup lembut penuh kecintaan.
“Laila Safiya, abang mungkin tak
ingat sayang lima tahun dahulu. Tapi sewaktu abah tunjukkan gambar sayang
kepada abang tiga bulan lepas, abang sudah jatuh cinta. Sewaktu kita bertemu
empat mata selepas bertunang, cinta abang kian bertambah, namun abang tahankan.
Abang mahu cinta ini mekar selepas kita nikah. Alhamdulillah, Allah izinkan.
Abang mencintai isteri abang, Laila Safiya sepenuh hati abang. Jika lima tahun
dahulu abang pernah melukakan hati Laila, abang minta maaf. Jika lima tahun
dahulu abang rosakkan hidup Laila, ampunkan abang, Jika abang membuatkan hidup
remaja Laila musnah, hukumlah abang, abang rela asalkan Laila maafkan abang.”
Muaz Saq’if memulakan bicaranya meluahkan cintanya kepada Laila Safiya. Laila
Safiya yang mendengar kejujuran suaminya itu terhinjut bahu menahan tangisan.
Air matanya terlalu murah. Hatinya berdetak sendiri, Allah inikah anugerahMu
atas kesabaranku selama ini?
“Kalau pun apa yang Laila bongkarkan
tentang kita lima tahun dahulu. Cinta abang kepada Laila takkan berubah sedikit
pun. Cinta abang kepada Laila kerana Allah, Laila anugerah Allah kepada abang.”
Genggaman Muaz berbalas akhirnya. Laila memandang wajah Muaz Saq’if dengan mata
yang bertakung berat air mata. Dalam sedu, Laila mula berbicara.
“Laila yang bersalah, abang waktu tu
dalam keadaan tak sedar. Abang mabuk. Laila cuba pertahan diri Laila, tapi
sekuat mana mahu melawan abang yang dalam pengaruh air syaitan tu. Laila yang
bersalah, sepatutnya Laila biarkan sahaja abang di tepi jalan tu. Tapi sebab
buta kerana terlalu cintakan abang, buat Laila jatuh kasihan. Laila yang
salahkan?” Laila bersuara dalam tangisannya. Muaz Saq’if mengeratkan lagi
genggaman tangannya.
“Laila yang salah, kerana cinta,
Laila kejar abang. Jenuh abang larikan diri, tapi Laila tak tahu malu tetap
melekat pada abang. Mana abang pergi Laila akan ada, dalam hati Laila, Laila
hanya mahu abang nampak Laila. Laila sangka, kalau abang selalu nampak Laila
dan kalau Laila tak putus asa kejar abang, mungkin abang akan jadi milik Laila.
Laila salahkan?” Laila Safiya terus menerus menyalahkan dirinya. Muaz Saq’if
menggeleng laju, tidak mahu isterinya itu terus menyalahkan dirinya.
“Abang yang salah, sebab tak kenal
dengan Laila dari dulu. Semua ini bermula dari abang, tapi sekarang satu pun
abang tak ingat.” Muaz Saq’if bersuara lirih.
“Laila harap abang tak ingat apa
yang apa abang hilangkan dari ingatan abang.” Kata-kata Laila itu membuatkan
Muaz tersentak.
“Tapi kenapa?” Muaz menyoal, hairan.
Tidakkah isterinya itu mahu dia kembali seperti sedia kala.
“Untuk apa abang ingat? Untuk
kembali membenci Laila? Apa yang abang hilang itu yang sebabkan abang ada di
depan Laila. Kalau ingatan abang tak hilang, abang rasa abang akan cintakan
Laila sebagaimana yang abang luahkan tadi?” Muaz terdiam, bicara Laila itu ada
benarnya. Muaz mengeluh perlahan.
“Laila pada mata abang dulunya
seperti lalat yang tiba-tiba menghurung. Datang tidak berjemput, berapa kali
dihalau tetap menghurung. Akhirnya perlu dibunuh, bila mati baru tidak terseksa
dengan gangguannya. Untuk apa Laila kembalikan ingatan abang, kalau kelak ia
membunuh diri Laila?” Muaz terkesima, Laila berbicara sejujur hatinya. Mungkin
benar, Muaz sendiri lupa siapa dirinya yang dulu, bagaimana dia yang dahulu.
“Jadi Laila mahu abang yang
sekarang?” Muaz menyoal. Laila menarik nafas sedalamnya.
“Laila dah ceritakan apa yang
berlaku antara kita, sama ada abang mahu percaya atau tidak, terpulang. Mungkin
suatu hari nanti abang akan kembali mengingati semuanya, saat itu mungkin abang
akan ada jawapan yang pasti samada terus membenci atau mencintai.”
“Maksud Laila?”
“Kalau diberi pilihan, Laila akan
terus simpan apa yang Laila sembunyikan selama ni. Ini apa yang Laila inginkan,
cinta Laila jadi milik Laila. Mungkin seperti penting diri tapi jujurnya, ini
yang Laila inginkan.” Laila terus bersuara.
“Kalau betul Laila mengandung waktu
itu, mana anak kita sekarang ni, tentu sudah besarkan?” Muaz menyoal lagi penuh
mengharap, membuatkan Laila yang bersisa air mata kini kembali lebat berendam
air mata.
“Kebencian abang pada Laila buat
Laila tertekan. Penafian abang buat Laila semakin terseksa. Umur Laila baru 19
waktu itu, Laila tak tahu nak buat apa....” Laila tersedu, bicaranya mati.
“Laila gugurkan?” Muaz mencelah, kurang
sabar.
“Laila tak sebodoh tu, bayi tu
langsung tak bersalah. Laila sendiri tak bersalah. Laila sayangkan bayi Laila.”
Laila pantas membidas.
“Jadi, mana anak kita?” Muaz
menyoal, tidak sabar.
“Masa Laila jumpa abang, Laila
mengandung dua minggu. Tubuh Laila tak kuat. Seminggu selepas Laila fly ke UK,
Laila keguguran. Perubahan keadaan cuaca buat tubuh Laila semakin lemah, bayi
tu tak dapat diselamatkan.” Muaz terduduk, rasa bersalah kian menghimpit
dirinya.
“Sejak hari itu, Laila bangun
kuatkan diri. Laila anggap itu ujian terbesar Allah berikan pada Laila. Tipu
kalau kata Laila kuat dan tabah, Allah yang kuatkan Laila sampai hari ini.
Laila terima semuanya dengan redha dan pasrah. Laila ingat kisah hitam ni akan
tersimpan dan takkan terbongkar sampai bila-bila tapi tak.” Laila menangis
lagi, air matanya dikesat lembut Muaz Saq’if.
“Maafkan abang.” Suara Muaz lirih.
Laila tersenyum dalam tangisannya.
“Cerita lama, Laila dah lama
maafkan. Even masa abang nafikan bayi yang Laila kandung itu anak abang. Laila
dah maafkan.” Muaz Saq’if menarik Laila ke dalam pelukannya.
“Maafkan abang, kerana mengambil
masa yang panjang untuk mencintai Laila. Maafkan abang kerana membiarkan Laila
terseksa sendiri.” Bisik Muaz perlahan di telinga Laila Safiya.
“Laila jangan bencikan abang lagi.”
Muaz berbisik lagi. Laila Safiya melonggarkan pelukannya.
“Luka yang berdarah adalah kerana
cinta tidak berbalas. Benci yang ada hanyalah kerana Laila terus mencintai
walaupun ditolak beberapa kali. Tangisan Laila adalah kemarahan Laila kepada
diri, kerana terus menyayangi Muaz Saq’if selepas apa yang berlaku.” Laila cuba
menguntum senyuman dalam sisa tangisannya. Muaz Saq’if memegang muka isterinya
lembut.
“Kemalangan yang menghilangkan
memori abang mungkin kerana kesilapan abang dahulu. Abang bersyukur pada Allah
kerana hilangkan memori abang yang jadikan abang seorang yang kejam. Kalau
memori abang itu ada, mungkin kita tak bersama, mungkin Laila masih terseksa.
Terima kasih sayang, kerana terus mencintai abang walaupun selepas segala yang
telah abang lakukan. Terima kasih.” Dahi Laila Safiya dikucupnya penuh kasih
sayang.
“Kalau memori itu kembali, akan
abang pohon pada Ilahi agar tidak mengubah rasa sayang abang ini walaupun
seinci. Malah akan abang pohon pada DIA agar terus menyemaikan kasih antara
kita. Abang tak berani berjanji, tetapi abang akan cuba sebaiknya dengan
izinNya.” Muaz Saq’if bersuara lagi, memohon keyakinan isterinya agar tidak
ragu dengan cinta yang diluahkannya. Laila mengeratkan genggaman tangannya.
Kepalanya diangguk perlahan menandakan dia juga mahukan yang sama.
“Kalau memori itu kembali, Laila
akan sentiasa ada di sisi abang. Untuk pastikan abang yakin dengan apa yang
abang ada sekarang tidak sama seperti yang abang ada dahulunya. Kebencian abang
itu hanyalah kerugian berbanding apa yang kita ada sekarang, Laila janji dengan
izinNya. InshaAllah.” Ujar Laila menambah dengan keyakinan yang tinggi. Sisa
air matanya dikesat perlahan dan lembut Muaz Saq’if dengan jemari kasarnya.
Senyuman dibibir mereka mula menguntum bahagia. Malam ini mereka menyemai cinta
yang telah lama ada dalam hati. Malam ini mereka meninggalkan memori pahit yang
memisahkan diri mereka selama ini. Malam ini mereka berjanji, cinta mereka
sampai mati, sampai ke syurga nanti. Memori yang hilang itu, mereka putuskan
untuk membiarkan ia pergi.
Untuk apa kembalikan memori andai
ia pahit dan memeritkan? Untuk apa kembalikan memori itu andai ia bisa
memisahkan kasih yang telah terjalin? Untuk apa kembalikan memori itu andai ia
membuat kita menangis tidak berhenti? Biarkanlah, biarkan memori itu pergi...
nurwateeqa@abc
17 comments:
sebak ~~~~~
good job! lama x nmpak =)
tq.. bz siapkan novel ^^
best n sedeh...segala nyer adelah pengorbanan.kekadang berkorban n terkorban dua2 wat kite terluka...itu lh harga cinta sanggup merendah diri demi memiliki nyer..so muhasabah lh diri..
Terbaek.....
Terbaek.....
best ...biarkn ai pergi....
lain dari yg lain ... n mmg terbaik la :)
suka...karya semakin matang...ayat y digunakan improve banyak..(^_^)
terima kasih. usia semakin tua, so kena matang hehehe
terima kasih anis :) akan terus matang dr masa ke masa, insyaAllah akan terus tingkatkan diri n penulisan ^^
suka baca karya² ABC...
nice, tp mcm ada plot2 yg longgar juga...hurmmm tp x tau celah mn..maaf yer ;)
memang. abc sendiri dah ckp awal2 sebelum pos, mmg kena edit semula bagi mantap! hehehe ni cerpen satu malam n takde byk idea. tq for ur concern. really appreciated that! ^^v
Best..
best gak bro....-iezahtakuya
Wow....
Bila nak ada cerpen baru
Wow....
Bila nak ada cerpen baru
Post a Comment