BAB 17
Sebaik
sahaja kereta yang dipandu Rashid sampai di kawasan kafe’ Nur Ayla. Nur Ayla
bersiap untuk keluar dari kereta. Rashid mematikan enjin dan menarik lengan
baju Ayla mematikan langkah gadis itu.
Nur
Ayla memandang Rashid dan kemudian memandang tangan lelaki itu yang masih
memegang lengan bajunya. Rashid memandang tepat ke wajah Nur Ayla.
“Can
we talk?” ujar Rashid.
“Boleh,
duduk dekat kerusi tu, saya buatkan kopi.” Balas Nur Ayla sambil menunjukkan
kerusi yang ada di luar kafe’nya. Nur Ayla kemudian melangkah keluar kereta
selepas Rashid melepaskan lengan bajunya dari pegangan.
Dua
cawan kopi diletakkan di atas meja. Rashid membetulkan kedudukan. Tidak tunggu
lama, cawan kopi diangkat dan disisip perlahan.
“Masih
sama. Nice and sweet. Just like you.” Ujar Rashid sambil meletakkan semula
cawannya. Nur Ayla hanya tersenyum dengan cebikan.
“Apa
yang awak nak cakap?”
“Tak
ada apa yang serius, nak minta maaf.”
“Maaf?
Untuk apa?”
“Berkasar
dengan awak tadi.”
“Oh,
okay dimaafkan.”
“Untuk
setahun yang amat perit untuk awak.”
“Bukan
salah awak pun, saya okay.”
“Maaf
untuk terus memaksa awak menerima saya.”
“Macam
sesuatu ja awak ni…” Nur Ayla berkerut kening.
“Taklah,
saya nak stop diri saya.”
“Stop?”
“Ya,
hentikan diri saya untuk paksa diri awak terima diri saya.”
“Oo,
kiranya ini last kita berjumpa?” Nur Ayla menyoal. Rashid mahu mengangguk namun
teragak-agak.
“Mungkin.
Awak suka kan?”
“Mungkin.”
Nur Ayla menjungkit bahu. Kopi disisip perlahan.
“Jadi
betullah saya memang dah tak ada peluang? Memang saya dah tak ada di hati awak
kan?” Rashid menyoal, kali ini kedengaran lirih. Nur Ayla memeluk tubuh.
“Saja
ja soalan yang sama, berulang-ulang. Awak nak saya jujur?” Rashid mengangguk.
“Tipu
kalau saya kata tak ada. Kita ada memori bersama yang kita bina dalam tempoh
waktu yang sangat singkat. Semua lagu-lagu yang awak pernah nyanyikan dekat
saya, saya masih dengar sampai sekarang. Kadang lagu-lagu tu bagi saya kekuatan
dan kadang buat saya menangis.”
“Dah
tu kenapa bila saya datang balik, nak kembali macam dulu, nak ikat hubungan
antara kita bagi halal, awak tolak mentah-mentah?” Rashid memotong kata. Nur
Ayla menghela nafasnya perlahan.
“Sebab,
kita dah tak sama. Tempoh setahun ni Rashid, bukan singkat. Panjang sangat dan
dalam tempoh ni saya ubat dan rawat hati saya sendiri. Saya tak letak harapan
langsung untuk awak kembali dalam hidup saya.”
“Tapi
saya setiap hari berdoa yang awak akan kembali dan jadi milik saya.” Balas
Rashid mencelah kata-kata Nur Ayla.
“Sebab
tu saya kata kita dah tak sama. Mungkin awak sama, awak masih awak yang dulu
tapi saya tak. Susahlah nak jelaskan bab hati ni.”
“Faham.
Saya perlu move on, sebagaimana awak move on. I got it. Okaylah, kalau itu yang
awak rasa terbaik untuk kita dan awak terutamanya. Saya terima.” Rashid
bersedia untuk bangun dan pulang. Nur Ayla hanya memerhatikan perlakuan Rashid.
“Kalau
saya pergi sekarang dan awak tak halang, saya mungkin tak akan muncul lagi
dalam hidup awak.” Ujar Rashid dalam keadaan tegak berdiri memandang Nur Ayla
yang masih di kerusi. Kedua-dua tangan berada di dalam poket seluarnya. Wajah
Rashid seakan mengharap Nur Ayla menahannya dari pergi.
Nur
Ayla hanya mengangguk dengan riak bersahaja. Bukanlah dia tak faham, sangat
faham. Tetapi untuk menjaga hatinya sendiri, Nur Ayla hanya mengikut sahaja
yang terbaik dirasakan ketika itu. Mukanya yang masih tersisa perit air panas,
seakan menyedarkan dirinya. Jangan lagi mencari penyakit!
“Nur
Ayla… kerasnya hati awak.” Lirih sahaja nada suara Rashid ketika itu. Nur Ayla
menggeleng. Kemudian bangun, berpeluk tubuh dan berjalan mendekati Rashid.
“Terpulang
kepada awak nak cakap apa tentang saya. Saya cuma nak awak faham, saya bukanlah
menidakkan semua rasa yang ada, cuma untuk sekali lagi saya sakit dan kecewa,
saya tak mampu.”
“Saya
akan buat awak bahagia.”
“Dalam
pura-pura?”
“Pura-pura?”
“Tentang
Malik… saya tahu awak akan terus tertanya-tanya.”
“Awak
yang ungkit bukan saya. Tengok…” Nur Ayla menghela nafasnya perlahan.
“Sekarang
mungkin saya sebab saya tak sanggup kalau satu hari nanti awak yang ungkit hal
Malik dekat saya.” Ujar Nur Ayla sehabis baik. Rashid mengangguk kepala,
wajahnya tegang.
“Okay,
fine. Saya akan lupakan awak, cinta untuk awak dan segala apa tentang awak.
Saya harap awak tak muncul lagi depan saya.” Rashid bersuara keras dan tegas.
Seakan melepas amarah yang ada dengan kedegilan dan kerasnya hati Nur Ayla. Nur
Ayla agak tersentak namun tetap tidak menghalang Rashid dari terus pergi.
Nur
Ayla melangkah naik rumahnya. Sebaik sahaja suis lampu dan kipas dibuka, Nur
Ayla terus menghempas duduk di sofa. Perit diwajah mengingatkan dia untuk
kembali menyapu gel yang diberikan doktor petang tadi. Tangannya meraba-raba
beg tangan yang berada di atas ribanya, tapi tak jumpa. Terus sahaja semua isi
perut beg tangannya dikeluarkan tetapi tetap tiada gel yang dicari. Nur Ayla
berfikir-fikir kemana perginya gel itu. Di rumah Puan Ruhil? Telefonnya yang
berbunyi mematikan fikirannya yang berputar. Nombor yang tidak dikenali yang
naik di skrin telefon membuatkan keningnya bercantum dua.
“Hello?”
Nur Ayla memula bicara, disebabkan tidak tahu nombor siapa, salam tidak
diberikan.
“Sengajakan,
sengaja nak halang saya lupakan awak.” Suara Rashid menerpa telinga.
“Eh
pulak, kenapa?” Nur Ayla membalas, pelik.
“Turun
aje lah.” Talian terus dimatikan. Nur Ayla memandang telefonnya, kehairanan.
“Dah kenapa?” bisik hati Ayla.
Nur
Ayla bingkas bangun dan terus melangkah menuruni tangga. Rashid sudah tegak
berdiri di luar pintu tangga. Di tangan Rashid memegang gel yang dicari Nur
Ayla.
“Lahhh
ada dengan awak ke?” Nur Ayla menghulur tangan mahu mengambil gel tersebut.
“Ada
dalam kereta. Sengaja tinggal?” Soal Rashid, gel yang dipegang dibawa ke
belakang badannya.
“Tolong
sikit eh, tak terfikir nak jadi Cinderella.” Balas Nur Ayla laju, terus memeluk
tubuh.
“Gellera,
sebab tinggal gel. Saat saya tekad nak pergi, awak sengaja nak tahan. Jadi awak
kena bertanggungjawab.”
“Kenapa
pulak? Saya tak sengaja. Saya tak tahu pun gel tu ada dalam kereta awak,
sepatutnya dalam beg saya.” Nur Ayla menjelaskan. Rashid dengan wajah yang
serius menggeleng.
“Saya
tak terima sebarang alasan. Nur Ayla perlu bertanggungjawab dengan apa yang
dilakukan kepada Rashid Bin Rahmat.” Nur Ayla mengetap gigi, mencerlunkan
matanya.
“Okay,
saya memang orang yang bertanggungjawab. Haa saya nak kena buat apa?”
“Awak
kena bertanggungjawab dengan hati saya.” Rashid menghulurkan gel ke arah Nur
Ayla. Nur Ayla mahu mengambilnya tetapi Rashid masih memegangnya kuat.
“Ini
gel dan hati saya yang perlu awak bertanggungjawab. Jaga hati saya baik-baik.”
Terus Rashid melepaskan gel itu dan terus melangkah ke keretanya. Nur Ayla
tergamam. Tidak mampu membalas apa dengan tindakan Rashid yang pantas dan
tiba-tiba. Nur Ayla memejam mata dan menghela nafasnya kuat. Nur Ayla
terperangkap sendiri!
Selesai
membersihkan diri, Nur Ayla duduk di katil dengan gel di tangan. Gel itu
membuatkan Ayla melepas lelah kuat. Hanya sebab gel ini, dia terperangkap dan
terasa sukar nak keluar dari genggaman Rashid. Hatinya membentak-bentak
memarahi kecuaian dirinya sendiri.
Cermin
tangan diambil dari meja sisi katil dan Ayla terus membelek wajahnya yang masih
nampak memerah dan masih terasa peritnya. Gel diambil, dipicit sedikit dan
terus disapukan ke wajahnya. Terasa sejuk dingin menyerap ke wajah. Telefon
yang berdering membuatkan Nur Ayla menghentikan sapuan gel ke wajah. Telefon
diambil. Nombor Rashid terpapar.
“Ya.”
Nur Ayla bersuara sebaik sahaja talian disambungkan. Pembesar suara dihidupkan.
Tangannya kembali menyapu gel ke wajah.
“Dah
tidur ke?” Rashid kembali menyoal.
“Belum.”
“Buat
apa belum tidur?” Rashid menyoal lagi.
“Mandi,
solat isyak dan sekarang tengah letak gel dekat muka.” Suara Nur Ayla masih
acuh tak acuh.
“Sombong
aje suara.”
“Mana
ada.”
“Tu…”
“Erm…”
“Tak
risau ke saya dah sampai ke belum.”
“Dah
sampaikan?”
“Tanyalah.”
“Dah
sampai belum Encik Rashid.”
“Tak
ikhlas pun. Dah sampai tadi lagi, baru lepas solat dan sujud syukur.”
“Sujud
syukur… sebab?” Soal Nur Ayla.
“Sebab
ditemukan kembali dengan awak harini. Pertemuan yang tidak dijangka dan
Alhamdulillah membuahkan hasil.” Rashid kedengaran ceria di hujung talian.
“Apa
hasilnya?”
“Nur
Ayla bertanggungjawab dengan hati saya.” Ujar Rashid membuatkan Nur Ayla
mengeluh agak kuat.
“Kuatnya
mengeluh, marah sangat tu.”
“Tak
marahlah, malas layan awak ja.” Nur Ayla membalas, jujur. Rashid ketawa.
“VC
boleh? Rindu nak tengok awak.”
“Taknak.
Saya malas nak bersiap.”
“Aik
takkan nak make up semata nak VC?”
“Make
up apa pulak, selama awak kenal saya, saya ni make up tebal ke?”
“Dah
tu nak bersiap apa?”
“Lahh
nak pakai tudung apa semua la. Takkan nak free hair dalam VC. Dah lah, jangan
mengarut. Ada apa ni call?”
“Nak
nyanyi dekat awak.”
“Malam
dah.” Nur Ayla mengelak.
“Satu
aje. Dengar baik-baik.” Rashid ditalian mula memetik gitarnya. Nur Ayla beralah,
tidak membalas hanya membuka telinga untuk kembali mendengar petikan gitar dan alunan
suara Rashid yang sudah setahun tidak didengarinya.
Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dalam hidupmu, dalam hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
“Macam
lagu sedih ja, tadi macam seronok dapat perangkap saya dengan gel yang ada hati
awak tu.” Ujar Nur Ayla sebaik sahaja Rashid berhenti memetik gitar.
“Lagu
yang selalu saya nyanyi bila teringat awak.” Balas Rashid. Nur Ayla terdiam.
“Sedih
kan cerita cinta kita.”
“Cinta
yang terhenti… sekarang boleh kita sambung balik?” Rashid menyoal lagi. Nur
Ayla terdiam sebentar.
“Bertanggungjawab
tu tak maksud kena sambung kan.”
“Tak
apalah, dah lewat. Good night and thank you for today.” Talian terus dimatikan tanpa
sempat Nur Ayla membalas. Nur Ayla mengambil telefon yang diletakkan di atas
katil. Nombor Rashid diperhatikan dan kemudian disimpan ke dalam telefon.
“Nak
letak nama apa eh?” Nur Ayla berbisik sendiri. Kembali mengingat nama yang
diletakkan pada nombor Rashid tahun lalu. Nur Ayla tersenyum sendiri.
“Roma…”
jari Nur Ayla kembali menaip nama itu sebagai nama untuk nombor Rashid kemudian
dia ketawa sendiri.
“Kata
taknak Ayla, ni apa ni? Roma lagi?” Nur Ayla berkata sendiri. Mulut kata tak
nak, tapi hati, NAK!
2 comments:
pandai rashid
Alahai rashid, pantang mengalah selagi ada cinta.
Post a Comment