BAB 16
Mereka
mengaminkan doa yang dibaca Rashid selaku imam Jemaah Maghrib sebentar tadi. Nur
Ayla tidak dapat menolak langsung kata-kata Puan Ruhil yang sangat bijak
mengatur rancangan. Dari asar Nur Ayla cuba mengundur diri tapi ditahan
sehinggalah berjemaah mereka semua di rumahnya.
Nur
Ayla menunggu giliran untuk bersalam dengan Puan Ruhil, menanti Ruhaila dan
Husna yang sudah seakan sepakat mengenakan dia hari ini. Nur Ayla menghulur
tangannya bersalaman dengan mama Rashid. Puan Ruhil tersenyum lebar. Wajah Nur
Ayla dibelek lagi.
“Dah
okay?” Soal Puan Ruhil.
“Masih
rasa pedih-pedih tapi okay dari tadi.”
“Merah
lagi ni. Lepas ni letak lagi gel tu. Tak berparut kut ye?” Puan Ruhil pula yang
risau.
“InsyaAllah
tak. Doktor kata dia akan jadi kering and okay lepas tu.”
“Mujurlah
tak panas sangat, kalau kuah tomyam, mau masak Ayla tadi.” Puan Ruhil melepas
lelah. Berkerut keningnya melihat wajah Ayla.
“Alhamdulillah.
Kedai Korea takdak tomyam.” Nur Ayla cuba bergurau, Puan Ruhil menepuk perlahan
tangan Nur Ayla dengan ketawa kecil.
“Haa
pergi salam tu.” Puan Ruhil tiba-tiba bersuara sebaik sahaja Rashid berada
dekat dengan mereka. Nur Ayla naik hairan dan pelik dengan arahan Puan Ruhil,
dia tiba-tiba keliru sendiri.
“Belum…
belum halal.” Nur Ayla menjawab tergagap-gagap. Rashid ketawa mendengarnya.
“Oh
belum… kira nanti boleh?” Puan Ruhil mengusik. Nur Ayla sudah tidak tentu arah.
“Alhamdulillah.”
Kuat suara Rashid. Nur Ayla sudah pandang sini sana. Baik Puan Ruhil, Encik
Rahmat, semua ketawa akan tingkah Ayla ketika itu. Husna dan Ruhaila mulalah
menyakat.
“Mana
ada… mak cik…” Nur Ayla menidakkan dalam kekalutan.
“Gurau
aje, kalau jadi Alhamdulillah… jom siap-siap makan malam, lepas tu baru Rashid
hantar balik ye.”
“Husna
hantar akak balik kan?” Nur Ayla cuba melarikan diri. Husna yang sedang
mengemas sejadah menggeleng laju.
“Eh
kak Ayla, rumah Husna depan situ je, dah pukul berapa ni kejap lagi nak patah
balik semula. Jauh la kak.” Husna membalas selamba dengan wajah tak beriak
bersalah! Nur Ayla mengetap giginya.
“Alah...
saya hantarlah. Salah ke?” Rashid mencelah. Masih segak dalam jubah dan kain
pelikat. Kepala masih tersarung songkok hitam.
“Taklah,
malaslah dengan awak.”
“Apasal
dengan saya malas?”
“Sebab
tak rajin.”
“Mengada.”
“Biarlah.”
“Ok.”
“Ok.”
Masing-masing nak menang. Masing-masing nak merajuk. Masing-masing malas layan.
Yang lain hanya menggeleng melihat tingkah mereka berdua. Nur Ayla menjeling
Rashid, Rashid hanya menjungkit bahu dan berlalu ke dapur membantu mama. Nur
Ayla melangkah ke bilik Ruhaila untuk bersiap.
“Husna
ni saja kan.”
“Apa
pulak?”
“Kalau
tahu dia yang nak hantar akak malam ni, akak balik dah petang tadi.” Nur Ayla
masih rasa tidak puas hati.
“Apa
salahnya kak? Malam dah kan.” Ruhaila menambah. Nur Ayla memandang Ruhaila
dengan mata yang sengaja dikecilkan. Ruhaila mencebik dan melarikan pandangan.
Husna juga sama.
“Dua-dua
orang ni memang sengaja cari pasal dengan akak.” Nur Ayla mengambil tudungnya
dan kemudian mengeluh kuat.
“Kenapa
kuat sangat mengeluhnya tu?” Husna mendekat. Nur Ayla menunjukkan tudungnya.
Bertapuk kesan air.
“Dah
masyem.” Ujar Nur Ayla.
“Ambik
tudung Ila eh. Shawl boleh? Tak banyak bawal.” Ruhaila membelek cabinet bajunya
mencari shawl yang bersesuaian dengan Nur Ayla.
“Boleh
kut, akak pun pakai inner labuh dah ni.” Nur Ayla membetulkan anak tudungnya
yang telah sedia menutup kepala dan lehernya.
“Jarang
ni kak Ayla nak pakai shawl. Pandai ke?” Husna mengusik. Nur Ayla menjeling
saja.
“Pandailah,
jarang tapi pernah okay. Apa ingat akak ni kampung sangat ke?”
“Ingat
juga, dah asyik ikan bawal ke.” Husna membalas, Nur Ayla cuba mencubit tapi
laju Husna menjarakkan diri.
“Haiii
anak dara sekalian, pukul berapa komer nak makan. Udah isyak ni.” Suara Rashid
dari luar bilik. Mereka terdiam seketika. Ruhaila menghulurkan shawl bercorak
warna pastel kepada Nur Ayla yang sesuai dengan warna baju yang Nur Ayla pakai
ketika itu. Kemudian laju pula Ruhaila membuka pintu biliknya. Sedar yang semua
gadis di dalam bilik itu menutup aurat sebaiknya.
“Puteri
abang aje tak siap lagi. Haa temanlah dia. Kak Husna jom, jangan kita kacau
daun.” Ruhaila ketawa dan terus keluar bilik. Husna tanpa sempat ditahan Ayla
terus sahaja mencicit keluar, sempat pulak memberi signal kepada Rashid yang
sudah melebar senyumannya.
“Senyum-senyum.
Iklan gigi ke?” Nur Ayla sengaja beriak marah. Shawl itu diletakkan ke atas
kepalanya. Segan pula nak bersiap di hadapan lelaki yang memang tak lekang
dengan senyuman.
“Senyum
tanda bahagia.” Rashid membalas. Berpeluk tubuh dan bersandar di muka pintu.
Betul-betul menemani Nur Ayla memakai tudung.
“Tak
payahlah tengok, pergilah dulu.” Ujar Nur Ayla sambil membetulkan shawl yang
cuba dipakai. Rashid menggeleng.
“Bukan
selalu boleh tengok awak bersiap. Entah-entah esok pun belum tentu awak nak
berdua-duaan dengan saya macam harini. Kan?”
“Tau
tak apa. Dahlah, pandang ke sana. Seganlah.”
“Segan
kenapa?”
“Awak
bukan suami, bukan tunang and bukan siapa-siapa. Kenapa nak tengok saya bersiap
pula?”
“Oh,
kalau tunang tak segan? Suami pun tak segan?”
“Mungkin,
dah ada ikatan tak adalah segan.”
“Dah
tu kenapa mama papa bagi cincin tadi awak tak nak, kalau tak dah kira tunang.”
Nur Ayla memejam mata menahan marah yang datang.
“Ish…
geram pulak rasa. Mengadakan awak ni.”
“Dengan
awak aje Ayla. Dengan awak je.”
“Dah…
okay, siap. Okay tak?” Nur Ayla berdiri tegak memandang Rashid.
“Eh
tanya kita pulak, dah tak segan? Dah ada ikatan ke kita?” Soalan itu membuatkan
Nur Ayla tersedar sendiri, ‘aah, dah kenapa tanya dia?”
“Ish…
memang taklah. Jomlah, segan saya dengan mama papa awak kita berdua macam ni.”
Nur Ayla menolak daun pintu supaya lebih besar bukaannya untuk dia keluar dari
bilik Ruhaila. Rashid berdiri tegak dan bergerak ke tengah muka pintu,
menghalang Nur Ayla dari melangkah keluar.
“Dah
kenapa ni?” Nur Ayla berkerut dahinya memandang Rashid yang beriak serius.
“Jawab
dulu soalan saya.”
“Apa
lagi?”
“Betul
dah tak ada saya dalam hati awak?” Soal Rashid. Wajahnya memang serius. Nur
Ayla menghela nafasnya perlahan. Berfikir dan mencari jawapan.
“Jawapan
yang macam mana awak nak?”
“Jujur.
Jujur dengan hati awak, jujur dengan saya.”
“Bohong
kalau saya kata tak ada. Tapi, percayalah… saya terima semua yang berlaku. Saya
terima yang kita tak ada jodoh.”
“Kalau
ada kenapa nak kata tak ada jodoh? Sekarang kita dah jumpa, adalah jodohnya.”
“Kalau
saya terima, mesti awak akan terus tertanya-tanya pasal Malik. Mesti semua yang
dia cerita akan kembali terngiang-ngiang dekat telinga awak. Kemudian hati awak
akan berbolak balik. Kan? Tak bagus untuk kita. Terimalah, kita hanya boleh kenal
sesama kita, tapi bukan untuk bersama.”
“Jadi
ceritalah apa yang berlaku sebenarnya. Susah?”
“Sebagaimana
susahnya awak rasa nak terima cerita tu, sama susah saya nak cerita apa yang
berlaku.”
“Ishhhhhhhh.
Geramnya.” Rashid membentak.
“Saya
yang lagi geram. Dahlahhhhhh.”
“Belum.
Betul tak nak cerita?” Rashid mendepa tangannya.
“Iya.
Kalau dah susah nak terima cerita tu. Percaya aje dan lupakan saya.” Nur Ayla
menolak Rashid dan terus berjalan pergi.
“You
touch me?” Nur Ayla berdecit. Dia kalih memandang Rashid.
“Awat
tak pakai baju ka? Berlapik kut, jangan nak drama.” Terus Nur Ayla berjalan
menuruni tangga dan ke arah dapur.
Suasana
malam itu, agak meriah di ruang dapur rumah Puan Ruhil dan Encik Rahmat. Ada
sahaja gurau senda dan usikan kepada Nur Ayla dan Rashid. Nur Ayla seperti
biasa menidakkan, menggeleng dan diam sahaja.
“Boleh
hantar saya balik?” Soal Nur Ayla sebaik selesai membantu mengemas dapur
bersama-sama Puan Ruhil, Ruhaila dan Husna. Rashid yang sedang memetik gitar
berhenti seketika, memandang sekilas Nur Ayla dan kembali memetik gitarnya. Nur
Ayla melabuh duduk bertentang dengan Rashid yang asyik mengalunkan lagu.
“Tak
boleh tak apa, Grab kan ada.” Nur Ayla mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula
mencari aplikasi Grab di dalam telefonnya. Rashid meletakkan gitarnya. Mula memeluk
tubuh dan memandang Nur Ayla di hadapannya.
“Jangan
mengada.” Ujar Rashid sepatah. Nur Ayla berkerut kening.
“Apa
yang mengada?”
“Nak
Grab kenapa, kejap lagi saya hantar la.”
“Dah
saya tanya awak diam aje. Saya tak kisah pun Encik Rashid, nak hantar ke tak
nak hantar ke. Tak ambil hati pun.” Nur Ayla kembali menyimpan telefonnya ke
dalam beg tangan.
“Saya
dah bagi hati saya, kenapa tak nak ambil?” Rashid menyoal lagi. Nur Ayla
tersenyum kecil dengan gelengan.
“Dah
ambil, dan dah bagi balik.”
“Saya
tak nak, awak kena ambil dan simpan.”
“Berat
sangat. Tak nak, penat nak bawak.” Nur Ayla dan Rashid saling membalas, kiasan
yang hanya mereka sahaja yang faham ketika itu. Rashid masih beriak serius, Nur
Ayla masih dengan senyuman.
“Berat
dengan cinta saya untuk awak.”
“Sebab
tu saya tak nak, saya takut… kalau jatuh dan pecah, macam mana?” Nur Ayla
membalas. Rashid mengetap bibirnya.
“Awak
biar di luar macam tu pun dah makin membusuk.”
“Dah
tu, ambil dan simpanlah balik.”
“Ish!
Degil!” Rashid bengang. Nur Ayla ketawa.
“Boleh
ye gelak, saya serius.” Rashid membentak.
“Yelah,
hati ayam ke lembu letak luar jadi busuk?” Bidas Nur Ayla.
“Tak
kisahlah hati rusa ke kambing ke, awak bukan kisah pun kan?” Rashid menjauh
hati.
“Sebab
saya kisahlah, saya suruh simpan. Simpan elok-elok, nanti bagi pada yang memang
untuk awak. Bukan saya.” Nur Ayla membalas sehabis baik.
“Kenapa
Ayla, kenapa kita tak boleh kembali macam dulu?” Soal Rashid wajah Ayla
dipandang dalam-dalam. Nur Ayla diam, kakinya mengius-ngius lantai. Otaknya
mencari jawapan selamat.
“Sebab
awak takkan pernah selesai mencari jawapan tentang Malik dan saya.”
“Okay,
kalau itu masalahnya, saya janji. Saya janji untuk tak akan ungkit hal tu.”
Rashid mengangkat tangannya seperti bersumpah. Nur Ayla menggeleng.
“Jangan
tipu hati sendiri. Awak akan sentiasa diselubungi misteri hal tu.”
“Nur
Ayla, kenapa… kenapa tak boleh awak terus terang dengan saya? Awak tahu, kalau
hal tu awak jelaskan dekat saya, awak dengan saya boleh kembali macam dulu,
kenapa tak nak jelaskan?” Rashid sudah merayu-rayu. Rasa marah, bengang dan
hilang sabar.
“Sesuatu
yang saya nak padamkan dalam hidup saya, sebab tu saya tak nak sesiapa tahu.”
“Tapi
Malik dah gunakan hal tu untuk kepentingan diri dia, dia tahu awak takut hal tu
terbongkar.”
“Mungkin.
Dahlah, dah lewat, saya nak balik.”
“Kata
tadi book grab?”
“Lah,
pulak. Tak apalah.” Nur Ayla bingkas bangun dan terus masuk ke dalam rumah.
Mendekati Puan Ruhil dan Encik Rahmat di ruang tamu. Husna sudah awal lagi
cabut lari balik rumah, Ruhaila mungkin sudah di dalam bilik.
“Saya
nak minta diri dulu pak cik, makcik… terima kasih dari petang jamu
macam-macam.” Nur Ayla menyalami Puan Ruhil.
“Rashid
hantar kan? Hati-hati, nanti ada masa mak cik pak cik singgah kafe Ayla.”
“Boleh
aje mak cik. Saya balik dulu.”
“Mana
Rashidnya?” Encik Rahmat menyoal apabila melihat Rashid tiada di luar.
“Saya
balik dengan Grab.” Ujar Nur Ayla sambil menyarung kasut. Puan Ruhil dan Encik
Rahmat saling berpandangan.
“Dah
kenapa pulak korang berdua ni?” Soal Puan Ruhil. Rashid yang baru turun dengan
persalinan baru hanya mendiamkan diri, dia terus mengambil kunci di meja
konsol. Nur Ayla sudah pun melangkah ke luar pagar rumah, malas hendak ambil
peduli. Hatinya sedikit terasa dengan sikap Rashid.
“Nak
pergi mana tu?” Soal Rashid dengan suara agak kuat kepada Nur Ayla yang sudah
melangkah mahu menjauhi rumah. Nur Ayla yang buat-buat tidak dengar hanya terus
melangkah, membuatkan Rashid berlari-lari anak mendekati Nur Ayla.
“Jangan
mengada boleh tak?” Lengan Nur Ayla yang berlapik dicapai dan ditarik. Rashid
membuka pintu kereta dan menolak Nur Ayla masuk ke dalam keretanya. Nur Ayla
pasrah dan marah tapi disimpan sahaja, rasa amat penat untuk melayan karenah
Rashid yang sentiasa berubah-ubah.
“Elok-elok
Rashid, anak orang tu.” Tegur Encik Rahmat. Rashid sekadar mengangguk sebelum
memasuki ruang pemandu dan terus memandu keretanya keluar dari kawasan rumah.
“Tadi
suruh naik Grab, ni mengada paksa saya naik kereta awak kenapa?” Nur Ayla
sengaja membidas. Rashid hanya diam, membatukan dirinya. Nur Ayla menjeling
tajam, geram betul dengan Rashid.
Nur
Ayla memandang Rashid yang terus membatukan diri. Nur Ayla menggeleng sahaja dan
turut mengambil langkah membatukan dirinya seperti Rashid. Masam mencuka
wajahnya. Nur Ayla memandang ke luar kereta. Gelap malam itu menemani
perjalanan mereka yang memang senyap sunyi, hanya bunyi deru enjin kereta yang
menemani. Radio pun tidak dihidupkan, dibiarkan sahaja keadaan begitu antara
mereka. Nur Ayla tak mahu beralah dan Rashid sudah rasa payah, payah memujuk
hati Nur Ayla yang seakan sudah mencapai satu kata putus. Masing-masing
memendam rasa dan kata-kata, biarlah angin sahaja berbicara.
No comments:
Post a Comment