BLIND DATE AKHIR: MAAFKAN ABANG.
Nour
Zaed sudah puas mencari. Sarah turut dihubungi mana tahu Nur Dhia ada
mencarinya. Nour Zaed diselubungi rasa bersalah. Kalau dulu dia memaksa Nur
Dhia menerimanya dia rasa bahagia bukan bersalah kerana memaksa. Kerna Nour
Zaed tahu walaupun Nur Dhia adalah cara
melepaskan diri daripada Nina Neraka, isterinya itu sangat menyejukkan hatinya
walau hanya dengan memandang sahaja. Tenang rasanya bila Nur Dhia ada di
sisinya. Oleh sebab itulah dia memilih Nur Dhia sebagai isterinya. Cinta? Ya
memang sudah lama mencinta tetapi Nina mencuri perhatiannya untuk seketika.
Seketika itu membuat dia terseksa. Nour Zaed sudah buntu, betullah kata
peribahasa terlajak perahu boleh lagi diundur terlajak kata, selamat tinggal!
“Dhia
cuma nak tahu siapa Hainina, tak sangka abang Zaed boleh hina Dhia.” Nur Dhia
mengongoi menangis di riba Tok Mak. Mummy menggosok belakang Nur Dhia memujuk
menantunya itu supaya bersabar.
“Tok
Mak rasa Zaed tak bermaksud pun macam tu. Cuma dia marah Dhia sebab tengok
gambar Nina tu.” Tok Mak memujuk.
“Mummy
pun rasa macam tu. Dhia bincanglah elok-elok. Mummy tau Dhia kecil hati dengan
Zaed, tapi tak baik isteri keluar rumah macam ni.” Pujuk Mummy. Nur Dhia
menggeleng laju.
“Dhia
nak tahu siapa Hainina, Tok Mak dengan Mummy mesti kenal sebab dia kan bekas
tunang abang Zaed.” Ujar Nur Dhia dalam esak tangisnya. Mummy dan Tok Mak
saling berpandangan.
“Nanti
tanya Zaed sendiri. Dia yang layak cerita semua.” Ujar Tok Mak.
“Kenapa
susah sangat nak cerita? Kalau abang Zaed, mesti dia akan tipu Dhia lagi.” Dhia
seakan memaksa. Mummy mengeluh perlahan. Tok Mak hanya memandang.
“Hainina
memang pernah bertunang dengan Zaed. Mereka berdua kenal masa Zaed pergi kursus
di Perlis. Kawan dalam dua tahun, kemudian Hainina desak untuk bertunang. Zaed
yang memang sayangkan Hainina setuju. Lepas bertunang, family Hainina desak
supaya cepatkan perkahwinan. Mummy dan Tok Mak hairanlah, kenapa macam kelam
kabut. Rupa-rupanya Hainina mengandung. Zaed marah. Mummy kenal Zaed, walaupun
dia bukan ‘alim tapi Mummy dan Tok Mak bagi sepenuh didikan agama dekat dia,
dia bukan lelaki yang suka mengambil kesempatan apatah lagi kepada seorang
wanita yang dia sayang.” Mummy menjelaskan, panjang lebar. Dhia menyandarkan
kepalanya ke bahu Tok Mak.
“Tok
Mak tahu Zaed kecewa dengan Hainina tapi dia tak adalah pula stress atau
murung. Dia macam biasa. Sampailah Hainina ganggu dia. Tok Mak yang suruh dia
cari isteri kalau tak nak Hainina ganggu dia lagi. Tak lama lepas tu dia bawa
Nur Dhia Adzara ni jumpa Tok Mak dengan Mummy.” Tok Mak tersenyum semasa
bercerita.
“Masa
mula-mula pandang Dhia, hati Tok Mak ni rasa tenang aje. Syukur sangat dengan
pilihan Zaed walaupun dalam masa singkat.”
“Mummy
pun rasa yang sama. Zaed ada pesan, jangan tanya mana dia jumpa Dhia.” Tambah
Mummy sebelum Mummy dan Tok Mak sama-sama ketawa.
“Masa
Mummy dan Tok Mak jumpa Mak Cik Soraya dan tahu asal usul Dhia, Mummy dan Tok
Mak tak rasa menyesal dengan pilihan Zaed?” Ujar Nur Dhia membuat ketawa
kedua-dua orang tuanya itu terhenti.
“Kenapa
tanya macam tu?” Ujar Mummy.
“Dhia
sendiri malu dengan diri Dhia. Entah halal atau haram asal usul Dhia.” Tok Mak
menampar perlahan pipi Nur Dhia. Nur Dhia tersentak. Kemudian Tok Mak ketawa.
“Tu
bagi tak cakap yang bukan-bukan. Mana ada asal usul yang halal atau haram. Zaed
dah cerita, ayah Dhia dah cakapkan Dhia anak dia yang sah. Kenapa nak
ragu-ragu? Percayakan keluarga sendiri bukan orang lain.” Pesan Tok Mak. Nur
Dhia diam.
“Mak
Cik Soraya pun family Dhia, isteri ayah tapi dia tak mengaku pun Dhia ni anak
ayah?” Nur Dhia menyoal bodoh-bodoh. Tok Mak menarik muka. Nur Dhia ni
macam-macam! Mummy sudah ketawa.
“Mak
Cik Soraya tu jealous kat mak Dhia kut, sebab kongsi suami. Sudahlah, kita makan.
Pastu Dhia masuk bilik tidur. Esok balik rumah tau.” Ujar Mummy tak mahu
panjangkan cerita. Nur Dhia pun sudah tenang dari menangis.
“Mummy
tak suka Dhia tinggal sini?” Ujar Nur Dhia. Tok Mak angkat tangan lagi, cepat
sahaja Nur Dhia menekup pipinya.
“Mummy
dan Tok Mak tak suka isteri tinggal suami macam tu. Ada masalah bincang, bukan
lari. Jangan tidur jauh dari suami tau!” Pesan Tok Mak, garang!
“Tok
Mak ni dulu guru besar eh?”
“Kenapa?”
Soal Tok Mak kehairanan.
“Garang
sangat!” Nur Dhia ketawa kemudian terus meluru lari ke arah Mummy yang sudah di
dapur. Tok Mak tersengih.
Nour
Zaed terasa lega. Lewat malam itu, Mummy menghubunginya mengenai kedudukan Nur
Dhia. Tak terfikir Nur Dhia akan ke rumah Mummy! Beribu kesyukuran dipanjatkan.
Terus sahaja Nour Zaed memecut ke rumah Mummy.
“Abang
minta maaf sayang. Entah kenapa tegar abang cakap macam tu dekat sayang. Demi
Allah, abang langsung tak niat nak cakap macam tu. Abang minta maaf.” Dahi
isterinya yang sedang tidur dikucup penuh kasih sayang. Dibelai perlahan rambut
isterinya sebelum turut sama-sama melabuhkan tidur di sisi isterinya. Tak
terasa penat beberapa jam mencari Nur Dhia setelah ditemui cinta hatinya
sekarang. Terima kasih Allah.
“Dah
berbaik ke belum ni? Senyap ja?” Soal Tok Mak ketika di meja makan pagi itu.
Nur Dhia sekadar mengangguk. Nour Zaed hanya tersenyum.
“Subuh
jemaah?” Soal Mummy.
“Jemaah
Mummy.” Jawab Nour Zaed.
“Dah
tu kenapa senyap aje Nur Dhia Adzara pagi ini?” Soal Tok Mak. Nur Dhia sekadar
mencebik manja.
“Dhia
merajuk Zaed tak cerita macam mana dia jadi pilihan Zaed.” Nour Zaed masih
tersenyum. Nur Dhia kini terlihat sangat manja!
“Lah
kata dah berbaik.” Mummy bersuara.
“Zaed
nak cerita depan Mummy dan Tok Mak. Tapi menantu mummy ni tak sabar-sabar.” Nur
Dhia mencebik, sementara itu dia menyendukkan nasi ke pinggan suaminya.
“Zaed
cari calon isteri selepas Nina ganggu Zaed dan paksa-paksa Zaed kahwin dengan
dia. Nina ada ugut kata dia anak tu anak Zaed. Zaed cari dengan pertolongan
Sarah, Zaed jumpa Dhia dan kebetulan she is my first love.” Zaed tersenyum.
Tangannya menggenggam erat tangan Nur Dhia. Nur Dhia yang sedang makan sambil
dengar kisah Nour Zaed tersentak kecil sebelum membalas genggaman itu. Siapa
pun tak mencelah cerita Nour Zaed.
“Mummy
mesti ingatkan dulu Zaed ada cerita pasal seorang student yang berlagak tak
layan Zaed.” Mummy berkerut dahi, cuba berfikir.
“Oh,
masa Zaed kerja kat Johor?” Soal Mummy. Zaed mengangguk.
“Nur
Dhia Adzara lah orangnya. Selepas Sarah tunjuk gambar Dhia, Zaed terus suruh
Sarah temukan Zaed dengan Dhia. Tapi Dhia macam biasalah, garang. Garang Dhia
tak boleh kawan Nour Zaed.” Zaed sengaja, berlagak.
“Eleh,
sebab suka paksa aje. Kalau tak, pigi dah!” Nur Dhia mencelah. Tok Mak dan
Mummy ketawa. Lega melihat mereka berdua kembali berbaik begitu.
“Nina
tu kisah lama walaupun baru jadi awal tahun ni. Tapi bagi Zaed Nina sekadar
alasan untuk Zaed menemui Dhia yang dah lama ada dalam hati Zaed. Dan… abang
nak sayang tahu, abang menyesal dengan apa yang abang cakap semalam. Abang
minta maaf. Abang terkejut sayang dapat gambar-gambar tu. Abang memang nak
cerita semua ni tapi abang takut sayang lari dari abang.” Nour Zaed sekali lagi
memohon kemaafan isterinya.
“Dhia
pun minta maaf. Lari tanpa izin.” Nur Dhia tersengih.
“Jangan
buat lagi tau.” Nour Zaed mencuit manja hidung Nur Dhia.
“Nak
lari mana, Mummy dengan Tok Mak aje Dhia ada selain abang. Mak Cik Soraya? Baik
lari kat abang dari lari kat dia.” Semua ketawa dengan mimik muka Nur Dhia yang
buat-buat takut.
“Bagus
macam ni. Jangan bila gaduh tidur asing-asing. Sebab tu Mummy call Zaed. Besar
macam mana pun masalah, biar antara suami dan isteri sahaja. Bukan Mummy tak
nak tolong Dhia tapi untuk dapatkan nasihat Mummy dan Tok Mak sentiasa ada
sebagai orang tua kamu berdua.” Ujar Mummy. Nur Dhia dan Nour Zaed mengangguk
faham. Malu pula rasanya. Tapi semalam memang tak ada tempat lain, lagi pula
nak dapatkan kisah sebenar, Nur Dhia berbisik sendiri.
“Takpe
Mummy, itu tandanya Dhia ni sayang Zaed. Cemburu kan tanda sayang.” Nour Zaed
tersenyum. Nur Dhia hanya menjungkit bahu. Tok Mak dan Mummy hanya saling
memandang sesama mereka dan tersenyum.
Nur
Dhia berlari laju menuruni tangga, menerpa terus ke arah Nour Zaed yang sedang
berbual dengan Mummy dan Tok Mak. Semua yang ada terkejut dengan kehadiran Nur
Dhia yang kelam kabut.
“Kita
kena balik kampung sekarang!” Ujar Nur Dhia senafas walaupun tercungap
kepenatan.
“Kenapa
ni Dhia?” Soal Tok Mak.
“Kenapa
sayang?”
“Mak
Cik Soraya nazak.” Jawab Nur Dhia tidak berteka teki. Semua yang ada mengucap
panjang. Terus sahaja mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
Sepanjang
perjalanan semua hanya mendiamkan diri dan berdoa agar semuanya baik-baik
sahaja. Nur Dhia menyepi diri. Air mata tetap mengalir. Mak Cik Soraya
satu-satunya saudara yang dia ada.
“Abang
ada dapat sikit maklumat pasal sayang.” Nour Zaed memecahkan kesunyian di dalam
kereta. Nur Dhia hanya memandang suaminya, tidak menyoal apa-apa.
“Selepas
15 tahun kahwin dengan Mak Cik Soraya, ayah kahwin dengan ibu sayang. Tapi
perkahwinan tu tanpa pengetahuan Mak Cik Soraya dan di luar Malaysia. Ibu
sayang bukan orang Malaysia. Sebaik sahaja sayang lahir, ibu sayang jatuh sakit
dan meninggal. Ayah tak ada masa tu. Selepas sayang umur 7 tahun ayah ambil
sayang dan bawa balik ke Malaysia. Sayang ingat?” Nur Dhia hanya mengangguk.
Masih ingat kali pertama memandang wajah ayah secara bersemuka, sebelum itu
hanya ada gambar sebagai peneman.
“Mak
Cik Soraya yang tak ada anak terus menggila bila ayah bawa balik sayang dan
kata sayang adalah anak ayah yang sah dengan ibu sayang. Mungkin sebab terkejut
ayah kahwin lain dan ada anak sedangkan dia masih tiada zuriat ketika itu, jadi
dia jadikan sayang tempat dia melepaskan amarah dia. Itu yang abang dapat dari
mata-mata yang abang upah dekat kampung sayang.” Nour Zaed tersenyum nipis
apabila Nur Dhia tetap menatap wajahnya sepanjang dia bercerita.
“Kecewa
hati seorang wanita apabila suaminya berkahwin lain. Cemburu seorang wanita
apabila dia tak mampu nak ada zuriat sedangkan madunya sudah memberi zuriat
kepada suaminya. Dhia tak marahkan Mak Cik Soraya atas apa yang dia pernah buat
sebab Dhia tahu mesti ada perkara yang dia cuba sembunyikan dan cuba nak
lepaskan. Kasihan dia.” Ujar Nur Dhia perlahan kemudian terus menyepi diri.
Suasana dalam kereta begitu hening sehinggalah sampai ke laman rumah Mak Cik
Soraya.
Masih
segar diingatan apa yang telah Mak Cik Soraya lakukan ketika Nour Zaed dan
keluarga tiba di situ tempoh hari. Masih segar suara lantang Mak Cik Soraya
memaki hamunnya. Sungguh baru sahaja semua itu berlaku.
“Dia
jatuh kat dapur, doktor kata strok. Orang kampung semua dah sedia. Pak imam
suruh Johan panggil akak balik. Mak Cik Soraya nak sangat jumpa akak, Nampak
susah dia nak pi.” Ujar Johan setelah Nur Dhia menapak masuk ke rumah.
Kelihatan Mak Cik Soraya sudah terbaring lemah, tercungap-cungap mencari nafas.
Nur Dhia menghampiri Mak Cik Soraya, dicapainya tangan emaknya itu. Mak Cik
Soraya mengalih pandang apabila menyedari kedatangan Nur Dhia.
“Dhia…”
suara Mak Cik Soraya tapi terlalu perlahan, hanya Nur Dhia yang mendengar.
“Dhia
ada ni Mak Cik, Mak Cik mengucap ye…” Ujar Nur Dhia membisik di telinga Mak Cik
Soraya.
“Minta
maaf untuk semuanya…” Nur Dhia mengangguk laju.
“Dhia
anak ayah yang baik…” Perkataan akhir yang Mak Cik Soraya katakana sebelum dia
pergi untuk selama-lamanya. Nur Dhia menangis tangisnya. Tak baik menangis
nanti sakit orang yang pergi. Masih ingat pesan ayah di hujung nafasnya.
“Alhamdulillah
semua sudah selesai. Terima kasih Johan tolong urus semua ni.” Ujar Nour Zaed
setelah selesai bacaan yassin malam itu. Semuanya mudah. Allah Maha Penyayang
lagi Maha Mengasihani. Keampunannya seluas lautan.
“Akak
banyak terhutang budi dekat Johan.” Ujar Nur Dhia.
“Terhutang
budi apa kak, ayah Mat banyak tolong keluarga Johan. Lepas ayah Mat tak ada
akak pula banyak tolong kami. Apa saya buat ni tak terbalas kak dengan apa yang
akak dengan ayah Mat dah bagi.” Johan malu-malu. Ayah memang banyak tolong orang.
Sangat banyak.
“Lepas
ni akak balik Ipoh, rumah ni macam mana?” Soal Johan sebelum pulang ke
rumahnya.
“Haa,
akak dah bincang dengan abang Zaed. Akak dengar Johan nak kahwin hujung bulan
ni. Jadi rumah ni akak hadiahkan untuk Johan dan isteri. Lagi pun akak mesti
jarang-jarang balik. Rumah ayah dekat sungai petani dah ada untuk akak.” Johan
terlopong. Rumah ni bukan sekadar rumah kampung biasa. Cukup mewah. Al maklum
rumah orang kaya kampung.
“Akak,
besaq sangat hadiah akak ni. Tak mampu nak terima.” Johan menolak baik.
“Akak
tetap nak bagi, nanti akak urus geran semua. Tak dak sapa nak jaga dah selain
Johan. Dari akak susahkan Johan mai cuci, bukak lampu baik akak bagi Johan
duduk dan jagalah macam mana pun. Boleh ye Johan?” Nur Dhia tekad. Keputusannya
telah sepakat dengan Nour Zaed. Johan dah banyak membantunya selama ini. Inilah
hadiah buat Johan.
“Johan
tak tau nak kata apa, terima kasih banyak kak. Nanti kenduri boleh buat kat
sini la noh. Laman besaq rumah besaq senang ramai-ramai.” Ujar Johan walaupun
malu-malu.
“Haa
baguih tu! Nanti kami mai tolong apa patut.” Nour Zaed mencelah, cakap utara?
Erk! Nur Dhia dan Johan hanya ketawa mendengarnya. Pelik!
Selepas
tiga hari di kampung dan menyelesaikan semuanya. Nur Dhia, Nour Zaed, Mummy dan
Tok Mak bersiap pulang. Kunci rumah dan geran telah siap diberikan kepada
Johan. Hanya tinggal kebun ayah sahaja. Nour Zaed sudah berbincang dengan Johan
untuk mengusahakannya. Nur Dhia hanya mengikut sahaja, selagi baik untuk semua
pihak.
Kisah
keluarga Nur Dhia Adzara Binti Ahmad sekali lagi menjadi bualan orang kampung.
Berbagai cerita didengarinya. Kalau dulu yang pahit tentang dirinya, kini yang
manis-manis. Kisah manusia lain memang enak disebar-sebarkan tanpa tahu betul
atau salahnya. Manusia. Kini Nur Dhia menapak lagi, untuk kisah cinta antara
dia dan Blind Date yang tidak disangka-sangka. Kalau boleh diundur masa mahu
sahaja diukir kisah pertemuan pertama mereka. Kisah Nour Zaed jatuh cinta
pandang pertama kepada gadis hingusan yang bongkak, Nur Dhia Adzara. Tapi untuk
apa membuka kisah lama, apa yang menjadi utama adalah kisah masa hadapannya
bersama-sama suami tercinta Nour Zaed, yang kadang-kadang angkuh kadang-kadang
manis macam gula-gula kapas cap pelangi, kadang-kadang garang macam Lion King!
Apa-apa pun, Nur Dhia sayang suami Nur Dhia.
~Tamat~
3 comments:
wuuuuuuu sempoiii
wuuuuuuu sempoiii
Baru jumpa blog....citer semua best2...
Post a Comment