BLIND DATE 4: MUDAHNYA KAHWIN!
Nur
Dhia memandang jauh ke arah ombak yang galak menghempas pantai. Hatinya masih
lagi resah dan fikiran masih lagi berputar. Benarkah apa yang berlaku? Langsung
tidak pernah terfikir olehnya akan sebuah perkahwinan. Desiran ombak pantai
menenangkan hatinya. Nafas ditarik dalam-dalam. Ketenangannya terus hilang
tatkala pinggangnya erat dirangkul suaminya, Nour Zaed. Tanpa kata, lelaki itu
terus melabuhkan dagunya ke bahu Nur Dhia. Senyuman itu sejak semalam tidak
hilang dari wajahnya. Nur Dhia mengeluh.
“Aik,
dah datang honeymoon pun mengeluh lagi?” Tenang sahaja Nour Zaed menyoal.
Tidakkah dia rasa betapa berat untuk aku menerima semua ini? Nur Dhia berbisik
sendiri. Nur Dhia kaku dalam rangkulan yang kian erat itu.
“Sejak
semalam sayang saya ni diam seribu bahasa. Awak tak redha dengan perkahwinan ni
Nur Dhia?” Nour Zaed melepaskan rangkulan dipinggang isterinya. Nur Dhia dibawa
menghadap wajahnya.
“Bukan
soal redha. Saya masih tak boleh hadam dengan apa yang berlaku. Awak, suami
saya ni saya baru kenal 3 minggu lepas.” Nur Dhia mengeluh lagi.
“Mengeluh
untuk orang yang berputus asa.” Nour Zaed tetap tersenyum.
“Saya
tak berusaha apa-apa, nak putus asa apanya.” Nur Dhia membalikkan tubuhnya
menghadap ke pantai. Pagi itu sungguh indah, desiran ombak yang sedikit ganas
namun menenangkan. Nour Zaed turut sama memandang ke arah yang sama.
“Berusahalah.
Sama macam saya berusaha mendapatkan awak untuk menjadi milik saya.” Lembut
sahaja suara untuk menampar telinga Nur Dhia.
“Saya
akan berusaha, tapi cerita yang awak nak cerita tu bila agaknya dapat saya
dengar?” Nur Dhia menjeling manja suami yang baru menikahinya semalam. Nour
Zaed tersengih dengan gigi yang tersusun cantik.
“Saya
akan cerita, jom kita duduk dekat kerusi kat bawah sana, baru rasa macam syok
sikit.” Nour Zaed menunding ke arah sebuah kerusi di pantai. Nur Dhia sekadar
mengikut. Mahu tahu bagaimana akhirnya dia menjadi isteri kepada seorang lelaki
yang asing baginya. Terlalu asing!
“Ceritanya,
saya terjatuh cinta dengan seorang gadis yang agak sombong, jual mahal.
Akhirnya saya dapat tahu dia ada masalah keluarga. Kebetulan housemate dia is my close, very close
friend. Jadi, dengan beberapa helah, akhirnya gadis itu berada di sisi saya
sebagai isteri saya sekarang ini. The end!” Nour Zaed tersenyum lebar. Nur Dhia
ternganga.
“Haaah?
Tak faham.” Nur Dhia blur sekejap.
Cuba diatur kembali cerita Nour Zaed namun kabur. Nur Dhia mencebik. Nour Zaed
mulai ketawa. Pipi Nur Dhia dicubitnya manja.
“Bila
kita jumpa? Bila saya sombong?” Nur Dhia mulai menyoal.
“Kita
jumpa 2 tahun lepas and sayang you took away my heart with you.” Nur Dhia
semakin blur dan blur dan blur. Bila?!
“Dua
tahun lepas, sayang datang ofis abang untuk minta tajaan bagi projek sayang.
Projek landskap sayang. Without knowing that I am the boss there, sayang bo
layan aje abang. I do call you, message and macam-macam lagi. Tapi sayang
sombong sungguh.” Nour Zaed mula membuka kisah yang misteri bagi Nur Dhia.
“Bukan
sombong. Bukan sengaja buat-buat sombong. Awak tu menggatal semacam aje. Dah tu
kerek pulak tu.” Nur Dhia menjuih bibir. Nour Zaed hanya tersengih.
“Lagi
pun. Siapa nak terima saya kalau tahu asal usul saya entah dari mana datangnya.
Entah secara halal atau sebaliknya.” Lirih sahaja Nur Dhia menutur kata-kata.
Nour Zaed menarik Nur Dhia rapat ke tubuhnya. Ubun-ubun isterinya dikucup penuh
kasih.
“I
love you. Dari awal saya tahu siapa awak. Sarah dah cerita dekat saya. Siapa
awak, sikap awak dan macam-macam lagi.” Nour Zaed menggenggam erat jemari Nur
Dhia.
“Saya
kenal Sarah only 6 month, macamlah dia tahu semuanya. Saya bukan cerita sangat
pasal saya dekat dia.” Nur Dhia membalas genggaman tangan Nour Zaed, dieratkan
genggaman antara mereka. Nour Zaed tersenyum.
“Saya
cari. Saya sangat-sangat fall in love with you sayang. Jadi saya cari. Bermula
selepas awak pindah ke Ipoh. Bukan susah, orang kampung awak memang internet
yang sangat laju. Kalah Unifi.” Nour Zaed tergelak. Mana tidaknya, terkenang
saat dia mencari siapa Nur Dhia sewaktu di kampung isterinya. Tanya sahaja
siapa Nur Dhia, kisah dari kecik sampailah sekarang semua diorang tahu. Hebat!
Kuasa mengumpat sangat!
“Diorang
memang suka cerita saya, sebab tu saya belajar sungguh-sungguh sampai dapat
masuk asrama, masuk Universiti. Saya nak lari dari diorang. Ayah cakap lain,
diorang cakap lain. Saya percaya ayah, tapi bila Mak Cik Soraya beria-ria
bencikan saya, kadang-kadang saya jadi percaya. Saya mungkin anak luar nikah.
Tapi ayah…” Nur Dhia terdiam. Sukar bagi dia menerima semua itu. Ayah terlalu
baik, sangat baik.
“Ayah
baik. Sangat baik. Jadi saya kena percaya, saya anak ayah yang sah. Sebab tu
saya berbinkan ayah.” Nur Dhia menyambung kata. Nour Zaed sekadar mengangguk
tanda setuju.
“Jangan
risau sayang, saya akan berusaha lagi sikit untuk dedahkan siapa awak
sebenarnya.” Nur Dhia berkerut.
“How?”
Soalnya lagi. Nour Zaed menjongket bahu dan tersenyum.
“Buat
masa ni kita lupakan sekejap hal-hal tu semua. Abang nak sayang fikirkan abang
aje dan kita enjoy this moments together. Boleh sayang?”
“Kenapa
awak ni kejap berabang sayang kejap awak saya?”
“Belum
biasa, sayang pun tak panggil abang, abang.” Nour Zaed membalas. Nur Dhia hanya
mencebik.
“Belum
biasa. Saya baru sangat kenal awak Encik Nour Zaed. Baru kenal sikap kerek
awak, sikap paksa awak. Beri saya masa nak kenal awak sebenar-benarnya awak.”
Ujar Nur Dhia. Nour Zaed mengangguk walaupun terasa juga dengan kata-kata Nur
Dhia.
“Okay,
ambil masa awak. Saya tak jamin kalau selepas awak kenal saya awak akan
sentiasa angau dengan saya. Sampai nak ke toilet pun awak nak ikut.” Nur Dhia
mencebik.
“Masa
tu kalau saya jatuh cinta dan angau sekali pun tak apakan, sebab kita sekarang
suami isteri. Memang patut pun saling mencintai.” Nur Dhia mengena Nour Zaed
kembali.
“Jadi,
awak terima saya?” Soal Nour Zaed lagi. Nur Dhia menjungkit bahu.
“Mungkin.”
Nour Zaed ketawa. Biarpun Nur Dhia kini miliknya, tetapi untuk memiliki hati
gadis itu bukan mudah. Memaksa untuk mencintai bukanlah yang diinginkannya. Dia
hanya memaksa Nur Dhia menerimanya tetapi untuk mencintainya kembali sebagaimana
Nur Dhia dicintainya, dia akan bersabar. Selama mana pun diperlukan dia akan
bersabar.
“Jom,
saya nak main jet ski.” Ujar Nour Zaed terus sahaja bangkit dari kerusi yang
diduduki mereka. Nur Dhia hanya memandang.
“Tak
nak ikut?” ujar Nour Zaed melihatkan Nur Dhia masih duduk di tempat sama. Nur
Dhia menggeleng.
“Malas
dan takut air. Saya tak pandai berenang.” Nour Zaed hanya tersengih seperti
kerang.
“Saya
ada janganlah risau. Suami awak akan sentiasa peluk awak kalau awak takut
lemas.” Nur Dhia mencebik.
“Tu
yang saya takut sangat.” Nour Zaed ketawa.
“Kalau
awak tak ikut, malam nanti saya akan buat awak lemas dalam pelukan asmara
saya.” Nour Zaed mengugut dengan kening yang sengaja diangkat-angkat. Nur Dhia
mendengus.
“Kalau
tak 18sx sangat boleh tak? Geli!”
“Nak
ikut ke tak?” Nour Zaed menghulurkan tangannya.
“Janji
tau jaga saya, saya tak pandai berenang, kalau jatuh dalam air sana terus
selamatkan saya tau.” Nur Dhia meminta, Nour Zaed tersenyum dan mengangguk
perlahan. Isterinya sangat comel! Nur Dhia mencapai tangan suaminya dan mereka
melangkah menghampiri tempat sewaan jet ski. Genggaman tangan tak dilepaskan.
Hati Nur Dhia Adzara pasti, Nour Zaed ikhlas menerimanya walaupun cerita lelaki
itu masih diragukan. Lelaki ini suka memaksa tetapi paksaannya buat Nur Dhia
jatuh cinta!
No comments:
Post a Comment