BLIND DATE 5 : KENAPA PERLU MENIPU?
Seminggu
selepas pulang dari Langkawi. Sarah datang mengadap. Nur Dhia bermasam muka
tetapi Nour Zaed hanya ketawa. Tahu benar isterinya itu masih marah akan teman
serumahnya.
“Kenapa
tak datang tahun depan aje?” Soal Nur Dhia sinis. Sarah ketawa.
“Aku
buat dapat upah okey. Kau pulak dapat Encik Nour Zaed yang sangat digilai
wanita.” Sarah bergurau.
“Oh!
Pasal dia bagi kau duit kau pekena aku eh? Berapa dia bayar kau? Meh aku bayar
balik.” Marah betul Nur Dhia.
“Tak
banyak pun 2k aje.” Sarah tersengih dengan muka tak bersalah. Nur Dhia terdiam.
Banyak tu!
“Haaa,
cepatlah bayar balik.” Nour Zaed masuk campur. Nur Dhia berdecit.
“Bayar
buat apa, bukan boleh patah balik. Dah kahwin.” Nur Dhia menjawab perlahan.
Dilabuhkan duduk disebelah Nour Zaed. Nour Zaed laju sahaja memeluk bahu
isterinya.
“Alololo
sayang ni, sekarang kuat merajuk.” Hidung Nur Dhia dipicitnya. Nur Dhia cepat
sahaja menepis.
“Weh!
Please, korang ada tetamu. Aku geli kut tengok adegan cinta selepas kahwin ni.
Euwww!” Sarah menutup mata dengan tangan. Nour Zaed ketawa.
“Thank
you Sarah. Akhirnya aku dapat juga lepas dari Nina Si Neraka.” Dalam ketawa
Nour Zaed menutur kata. Sarah sudah telan air liur. Kata hal itu rahsia, takkan
Dhia dah tahu?
“Dhia
dah tahu ke?” Sarah berhenti menyuap kuih ke dalam mulut. Nour Zaed berhenti
ketawa. Nur Dhia kebingungan.
“Siapa
Nina? Neraka?” Soal Nur Dhia. Rahsia apa antara mereka yang masih belum
diketahuinya.
“Nina
my ex girlfriend. Lama dulu. Before kita kahwin haritu, dia kembali kacau
abang. Sebab tu abang suruh Sarah cepat-cepat jalankan plan untuk blind date
kita tu.” Nour Zaed laju sahaja menjelaskan. Sarah urut dada. Nur Dhia Adzara
boleh tahan gunung berapi dia. Kalau hal itu terbongkar, naya!
“Betul
ni… tak tipu?” Soal Nur Dhia, mata sengaja dikecilkan melihat suaminya. Nour
Zaed mengangguk dan hanya tersenyum.
“Betul
sayang, takkan abang nak tipu.” Nour Zaed menyisip air sedikit, senyuman maish
terukir di bibirnya. Namun resah dalam hati berombak jua. Kenapa boleh terlepas
kata?
“Okaylah
korang, aku balik dulu. Dhia bila kau nak ambil barang-barang dekat rumah sewa
tu?” Ujar Sarah ketika sudah siap menggalas beg tangannya.
“Laju
nak halau?” Nur Dhia menjelir lidah. Sarah membalas.
“Esok
lusa kami pergi ambil boleh terus masuk rumah abang kan sayang?” Suara Nour
Zaed. Nur Dhia hanya mengikut. Lagi pula ke mana arah dia selepas ini hanyalah
mengikut suaminya. Kerja? Sudah berhenti sebelum bernikah lagi. Kerja kerani
biasa di sebuah kedai insurans sahaja. Ijazahnya belum lagi dapat digunakan
sepenuhnya.
“Untung
kau Dhia, dapat suami hensem, kerja hebat lepas tu ada kondo. Wow sangat!”
Sarah sengaja, dengarnya seperti mengejek sangat!
“Kenapa
eh kau tak kahwin aje dengan Nour Zaed?” Entah kenapa soalan itu yang keluar
dari bibir Nur Dhia.
“Kalau
dia suka aku, dah lama kut kitorang kahwin. Masalahnya Nour Zaed ni suka
engkau. Ada faham? Dah la aku balik dulu.” Sarah terus sahaja memecut
keretanya. Nur Dhia melambai perlahan.
“Kenapa
tanya macam tu?” Nour Zaed menyoal nadanya tegas. Nur Dhia menjungkit bahunya.
“Saya
tak nak dengar soalan macam tu, tak redha namanya.”Nour Zaed bersuara tegas.
Nur Dhia yang sedang mengemas meja menghentikan perbuatannya.
“Dhia
minta maaf. Dhia pun tak sangka akan tanya macam tu. Dhia minta maaf eh.” Nour
Zaed merengus perlahan.
“Dhia
masih tak dapat terima abang?” Soalnya.
“Dhia
dah terima. Dah seminggu lebih kita jadi suami isteri, Dhia cuba nak sesuaikan
diri. Tapi entahlah, hati dhia macam ada rasa sesuatu. Rasa macam awak sembunyi
sesuatu.”
“Awak…awak…
abang.”
“Bagi
la masa, Dhia tengah cuba la ni abang oi… Dhia masuk dulu, nak cuci ni semua.”
Nur Dhia membentak manja. Nour Zaed akur dan turut membantu membawa pinggan
mangkuk ke dalam rumah. Banyak, terlalu banyak yang perlu diceritakan. Tapi
mampukah Nur Dhia menerima satu persatu cerita itu dengan baik? Nour Zaed
menunggu saat Nur Dhia menerima dia sepenuh hati sebagai suami barulah dia akan
ceritakan segala-galanya tanpa ada satu pun yang tertinggal.
Selesai
mengangkut barang-barang di rumah sewanya. Tidak banyak mana, hanya baju dan
buku sahaja. Bilik itu sudah siap berperabot jadi dia hanya cuci kaki semasa
masuk menyewa.
“Buku-buku
boleh letak dalam bilik hujung sana, pejabat abang dan juga our mini library.
Baju masuk bilik tengah, bilik kita.” Nour Zaed tersenyum meleret apabila
menyebut bilik kita. Nur Dhia berdecit manja, suaminya itu suka sangat
menggatal!
“Abang
kerja pukul berapa, balik pukul berapa?”
“Aduhhh
sejuk hati ni dengar sayang panggil abang, abang.” Nour Zaed main-main. Nur
Dhia cepat sahaja mengetam lengan sasa suaminya.
“Ish…
tak panggil bising, dah panggil buat Dhia malu je.” Nour Zaed ketawa.
“Abang
nak pergi dah ni, abang balik dalam pukul 5 macam tu. Kenapa?”
“Nak
makan apa petang ni?”
“Kalau
abang kata nak makan apa-apa pun, sayang tak boleh tunaikan.”
“Ingat
Dhia tak pandai masak ke?” Nur Dhia buat-buat merajuk. Nour Zaed mencuit manja
hidung isterinya.
“Bukan.
Abang tahu sayang pandai masak, tapi… kat rumah ni tak ada apa-apa nak di masak.
Dah dekat 3 minggu abang tak balik, jadi peti sejuk kosong. Nothing.” Ujar Nour
Zaed.
“Alaaa….
Dah tu tengah hari ni Dhia nak makan apa?” Jam telah menunjukkan hampir pukul
12 tengah hari.
“Takkanlah
abang nak biar sayang berlapar. Abang beli kejap lagi, lepas tu terus pergi
kerja. Boleh?” Nur Dhia sekadar mengangguk.
“Kalau
sayang rajin, kemas rumah eh, berhabuk la…” pinta Nour Zaed.
“Upah?”
“Malam
ni abang bagi upah eh.” Muka gatal Nour Zaed kembali. Nur Dhia mencebik.
Meremang bulu roma!
“Tak
jadi minta upah. Pergi kerja cepat.” Halau Nur Dhia, malas melayan bila Nour
Zaed sudah masuk jiwa jiwang menggatal dia.
“Otak
biru sangat. Upah makan dekat luar la sayang. Okey abang pergi dulu.” Nur Dhia
tersengih meleret. Malu sendiri!
Usai
solat zohor, Nur Dhia tercari-cari kerja apa yang patut dilakukan dahulu. Dari
mana dan habis di mana. Kondominium suaminya ini boleh tahan besar. Teringat
akan buku-buku yang belum dikemaskan, Nur Dhia membuat keputusan untuk
membersihkan bilik itu dahulu.
Dalam
sibuk mengemas buku-bukunya ke rak yang sedia ada. Nur Dhia terlihat satu kotak
cantik di atas meja kerja Nour Zaed. Jiwa hendak tahunya membuak-buak. Tak salah
kalau nak tengok saja kan? Hati Nur Dhia membuat jawapan sendiri. Nur Dhia
bangun dari duduk dan terus menghampiri meja kerja Nour Zaed. Kotak itu amat
menarik hatinya untuk membuka, lantas terus sahaja dibuka. Gambar? Bukan majlis
tunangnya atau perkahwinan mereka berdua tempoh hari. Nour Zaed ada di dalam
gambar dan bukan Nur Dhia di sebelahnya. Hati Nur Dhia berdetak laju. Mukanya terasa
panas sehingga matanya mula menakung air. Gambar-gambar itu dibelek satu
persatu. Hainina Zakaria? Inikah Nina Neraka? Tak habis di situ. Nur Dhia terus
mencari-cari apa lagi yang disembunyinya oleh suaminya dan Sarah. Habis semua
laci dan rak di selongkar. Komputer pula menjadi sasaran setelah apa yang
dicarinya tidak ditemui. Mujur sahaja tiada kata laluan yang ditetapkan
memudahkan pencarian Nur Dhia. Semua fail dibuka disemak namun tiada satu pun
yang memenuhi pencariannya. Hati Nur Dhia membuak rasa marah dan kecewa. Kenapa
Nour Zaed menyembunyikan hal ini? Adakah Nur Dhia isteri kedua? Nur Dhia
menangis lagi dan lagi. Apa yang berlaku dalam keluarganya membuatkan dia
menjadi takut, takut andai itu yang terjadi kepada dirinya kini. Tak kali kedua
dia akan dihina?
“Kenapa
tipu Dhia?” Soalnya sebaik sahaja Nour Zaed melabuh duduk di sofa. Kotak itu
diberikan kepada Nour Zaed. Nour Zaed menghela nafas kasar.
“Kenapa
buka barang abang?”
“Kenapa
tak boleh? Just explain to me, apa semua ni? Siapa Hainina? Mana dia?”
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Nur dhia.
“Bekas
tunang. Jadi, tak perlu lagi nak bincangkan.” Senang sahaja Nour Zaed menjawab,
membuatkan Nur Dhia panas hati.
“Mudahnya
Nour Zaed? Semudah awak paksa saya jadi isteri awak?” Nour Zaed meraup
wajahnya.
“Sayang,
Nina kisah lama. Abang rasa tak perlu nak besarkan lagi.”
“Lama?
Awal tahun ni awak kata lama? Beberapa bulan sebelum kita bertunang dan
berkahwin awak kata lama?” Nur Dhia mula naik suara. Sakit hati dengan sambil
lewa Nour Zaed.
“Yes.
Lama, saya tak nak bincang hal ni sekarang. Saya baru balik kerja, saya nak
mandi solat dan makan.” Nour Zaed bangkit mencapai beg bimbit dan telefonnya.
“Kiranya
kisah yang awak cerita dekat saya tempoh hari tentang saya yang kononnya awak
jatuh cinta, awak cari semua tu tipu la kan? Kalau betul takkanlah awak
bertunang dengan orang lain dan mencari orang lain?” Ujar Nur Dhia. Nour Zaed
memberhentikan langkah.
“Boleh
kita bincang nanti?” Soal Nour Zaed.
“Tak,
jawab sekarang atau saya keluar dari sini.” Nur Dhia mengugut. Nour Zaed ketawa
sinis.
“Nak
pergi mana? Merempat tepi jalan? Awak jangan lupa Nur Dhia, awak hanya ada saya
sekarang, family awak pun buang awak. Sarah? Dia di Johor. You have no one and
no where to go.” Nur Dhia terkedu. Sampai hati Nour Zaed menutur begitu.
“Terima
kasih. Awak sedarkan saya yang lupa asal usul saya. Sebab inilah saya tak
pernah mahu berkongsi hidup saya dengan sesiapa. Terima kasih.” Nur Dhia
berlari terus ke bilik, air mata menjadi penemannya kala ini. Nour Zaed
merengus kasar, terlepas kata-kata yang membuatkan Nur Dhia tidak akan lagi
mempercayainya. Kenapalah dia boleh membiarkan kotak itu terdedah begitu? Tak jangka
hal ini berlaku sepantas ini. Apa lagi selepas ini?
Selepas
maghrib, Nour Zaed yang diselubungi rasa bersalah mula mencari isterinya. Pintu
bilik tamu diketuknya. Namun tiada balasan. Pintu tidak berkunci itu dibuka,
namun kosong tiada sesiapa. Nour Zaed cuak, mana Nur Dhia!
No comments:
Post a Comment