Mimpi bukannya realiti
Realiti terkadangnya
menjadi ilusi
Pingin diri menakluki hati
Mencintai dan terus
merindui
Dalam diam langkah saya menuju jalan
Ilahi. Makin kuat saya diuji. Kadang rasa lemah dan menyerah, tapi hati tetap cekal
dan tabah. Mengingatkan keluarga yang saya sayangi, saya terus gagah melangkah.
Sisip ais mata yang mahu mengalir, saya simpan di balik tubir mata. Biarlah dia
bergenang, bagai ada nakalnya habuk yang merencananya.
Dalam diam saya menahan hati daripada
mencari lelaki. Kerna saya sendiri tidak pasti, mana antara mereka yang benar
untuk saya? Saya berjaya, dalam senyap memandang antara mereka, saya menjadi
lemas dalam desakan yang dibina. Tetapi dia muncul secara tiba-tiba. Dia yang
saya pasti tidak akan pernah menjadi realiti. Terjarak kami antara dua negara,
jauhnya sejauh Malaysia dan Korea. Masakan saya mampu menukar mimpi saya kepada
satu kenyataan hidup saya, mampukah?
Tidak menolak, jodoh itu ditangan
Allah. DIA yang Maha Kuasa, tiada mustahil bagiNya. Akan tetapi, kisah mimpi
yang saya alami membuatkan saya meminta kepadaNya sesuatu diluar jangkaan hati
dan diri saya. Bagaikan akal keluar daripada lingkaran warasnya. Dia saya
doakan seperti saya. Hadir dalam hidup mencari cahya.
Dua tiga kali kadang lebih
daripadanya saya katakan pada hati yang mencari penegak dulunya, yang saya mampu
menegakkan. Saya mampu menarik cahya itu kepadanya. Benarkah? Pipi ini kerap
kali saya peritkan dengan jemari yang menampar. Cuma mahu menyedarkan. Namun sukar
untuk terus saya keluar, kerana saya seolah-olah membenarkan.
Rasulullah bersabda:
“Cintailah kekasihmu
dengan biasa-biasa saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi
sesuatu yang kamu benci,dan bencilah sesuatu yang tidak kamu sukai dengan
biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu
yang kamu sukai.”
Akur saya, biarlah mimpi ini
mengiringi jalan saya sehari-hari. Mana tahu ia bisa mengeringkan air mata yang
sentiasa bergenang. Mana tahu ia bisa menguatkan hati saya untuk terus menuju
jalan mencari cinta abadi. Kerana akhirnya, cinta itu milik Allah semuanya.
Firman Allah :
“Wahai hambaKu, AKU
adalah kekasihmu yang pertama, kau cintai AKU di hari perjanjian,dan tatkala
semua pecinta telah pergi meninggalkanmu, sedang AKU menghubungkanmu, maka
kembalilah kepadaKU, nanti akan AKU muliakan engkau dengan kemulian pecinta.”
No comments:
Post a Comment