Sunday, September 2, 2012

Cikgu. Dia. Maaf.

Salam Syawal.
Salam 1Malaysia.
Salam Perpaduan.

hari ni bukak FB sahaja penuh kawan-kawan cikgu saya kongsi satu link blog.
malam ni ada pulak yang kongsi link blog yang membidas atau balas balik al kisah 
seorang pemilik blog yang ter'lebih' komen profesion perguruan.

anda semua tahu kan siapa?

akibat keterlebihan yang dilakukannya, dia dikritik, dimarah dan banyak lagi.

isu sensitif.
yang bukan guru pun marah.

yang bergelar guru/cikgu dan bakal guru lagi lah marah.
abc? TERASA HATI, MARAH, tapi abc faham,
hak dia untuk bersuara dan abc ambil yang POSITIF 

abc dah baca entri blog dia,
dah baca entri blog cikgu2 yang membalas kembali
dan abc dah baca komen2 di entri2 tu

dalam komen-komen tu dia ada memohon maaf daripada para cikgu.
dan sebab tu jugak dia telah mendelete blog dia.

korang boleh baca dekat sini :

entri dia : DIA

entri : cekgu abbas

entri: Izzul

++++

walaupun ada orang yang tidak dapat terima kata2 maaf dia,
sebab mengatakan dia masih angkuh dan masih tidak mengaku salah dia.

jadi, sekarang sebagai guru apa yang boleh kita buat?

jawapan abc, sebagai anak seorang guru, sebagai bekas guru (6bulan jadik cikgu) dan bakal guru (insyaAllah dalam masa terdekat), abc menerima maaf dari dia, dan harap dia belajar daripada salah dia kali ini. 

untuk apa kita menjadi guru kalau tidak menerima kata maaf daripada orang lain?
untuk apa kita menjadi guru kalau terus memusuhi dia yang pernah membuat silap?
dan untuk apa jadi guru kalau kita terus memarahi dia?

sebagai guru, kita ada sabar yang tinggi bukan? 
tidak perlu kita jadi selancang dia 
sebaliknya lebih lembut jiwa dalam menangani hal sebegini.

biarpun kita dihujani seribu malah jika sejuta hinaan.
kita tetap berusaha segigihnya mendidik anak bangsa kita.
atas satu sebab yang utama, iaitu
KITA ADALAH SEORANG GURU.

seorang guru bukan MENGAJAR
tetapi MENDIDIK.

 ++++

buat dia:

saya minta maaf, pada awal saya membaca entri anda, saya juga termarah
terkata dan terguris hati.
saya dulu tidak pernah terfikir akan menjadi guru.
tapi sekarang saya jatuh cinta pada kerjaya ini.
walaupun belum bergelar guru, minda saya sentiasa terfikirkan
bagaimana saya dapat mendidik anak bangsa supaya mereka punya
masa depan yang CERAH dan supaya "tidak merempat ditepi jalan".

saya cintakan kerjaya ini, tanpa terfikirkan hal-hal yang anda nyatakan.
terima kasih buat anda, kerana menyedarkan.
bahawa kerjaya guru sangat MENGUNTUNGKAN.

jadi guru banyak pahalanya kan?

p/s: saya cuma guru biasa, yang sentiasa mendoakan kejayaan anak bangsa tanpa meminta balasan dunia.


No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders