Nurin
tercungap-cungap menaiki tangga. Kelasnya baru sahaja tamat, setelah itu dia
bergegas ke Fakulti Alam Bina yang tidak jauh daripada Fakultinya. Hari ini dia
akan bekerja di bilik pensyarah yang lain. Menurut Profesor Azizi, pensyarah
itu akan ada malam ini. Semua tugas kerjanya akan diberitahu oleh pensyarah itu
sendiri.
Pintu bilik diketuknya perlahan,
lalu tombol pintu dipulas perlahan lantas salam diberikan.
“Waalaikummusalam. Please come in.”
Suara itu terlalu biasa di telinga Nurin. Wajah pensyarah itu tidak dapat
dilihat kerana dia sedang duduk di kerusinya sambil memandang ke arah
bertentangan, seperti sedang mengambil sesuatu di almari belakangnya. Hati
Nurin berasa tidak senang. Janganlah dia, Nurin berdoa di dalam hati.
“Saya Nurin Jannah yang bekerja
bawah Prof Azizi.” Nurin memperkenalkan diri. Sebaik sahaja kerusi itu
dipusing, Nurin terpempan. Dia lagi?
“Saya tahu, terima kasih sebab
datang walaupun lambat daripada yang dijanjikan.” Ujar Tareeq tanpa memandang
ke arah Nurin sedikit pun, tangannya ligat menyelek helaian kertas di
hadapannya.
“Saya minta maaf. Kelas saya baru
habis pukul 6.15 tadi.” Nurin cuab menjelaskan.
“Takpe, saya faham. Lagipun ini bukan
kali pertama awak lambatkan.” Entah kenapa Tareeq suka benar menyindirnya.
“Dr. Sufean nak saya buat apa?”
Tareeq mengangkat muka memandang tepat ke anak mata Nurin yang sedang
memandangnya. Beberapa ketika, Nurin mengalihkan wajah ke tempat lain.
“Memandangkan saya pensyarah
sambilan, jadi saya dapat bilik lama. Tapi bilik ni agak besar. Barang-barang
saya, hanya apa yang ada di meja dan rak belakang ni aje.” Tangan Tareeq
digawang ke arah kawasan yang menempatankan barangannya.
“So, selain daripada tempat yang
saya tunjuk tu, awak boleh masukkan ke dalam box. Boleh?” Tareeq memberikan
penerangan yang terperinci dan jelas. Nurin mengangguk faham.
“Okay, kalau faham, awak boleh
mula.” Ujar Tareeq dengan senyuman. Tareeq menyambung kembali kerja-kerja yang
tertangguh tadi.
“Dr.Sufean, boleh saya buka pintu ni
sikit?” Tareeq memandang Nurin seketika, lalu mengangguk bersetuju. Dia
memandang Nurin yang cuba menyekat pintu supaya terbuka sedikit. Bahaya juga kalau
berdua-dua dalam bilik waktu malam begini, naya kalau kena cekup!
Mereka berdua senyap membuat kerja
masing-masing. Tidak seperti selalu, pasti ada sahaja perkara yang membuat
mereka berlawan kata. Nurin mula mengemas rak-rak buku yang ada. Sambil mengemas,
Nurin membelek setiap buku, siapa tahu ada buku yang masih elok dan boleh
digunakannya.
Suara azan Maghrib memberhentikan
kerja-kerja Nurin. Beg sandangnya di ambil dan bekal air dikeluarkan, setelah
membaca doa, Nurin meneguk beberapa kali air tersebut. Satu beg plastik kecil
dikeluarkan, ada beberapa biji kurma di dalamnya. Nurin ambil satu kurma lalu
dijamahnya perlahan. Tanpa dia sedari, tingkah lakunya diperhatikan oleh Tareeq
dari arah meja kerja. Tangan Tareeq masih menyelak helaian kertas tetapi
matanya tekun melihat tingkah Nurin yang duduk di lantai.
“Awak puasa Nurin?” Nurin terkejut
dengan teguran itu, hampir sahaja dia tersedak akibat terkejut.
“Ye, puasa.” Nurin membalas ringkas.
“Rajin puasa. Ganti ke?” Wajah Nurin
memerah dengan persoalan itu.
“Tak, puasa sunat.” Nurin
cepat-cepat menjawab. Tareeq tersengih sendiri. Nurin mengemas beg sandangnya.
Lalu berdiri berdepan dengan Tareeq yang masih duduk di kerusi.
“Dr. Sufean, saya pergi solat dulu
ye.” Tareeq memandang Nurin yang berdiri di hadapannya.
“Awak solat dekat mana?”
“Saya pergi masjid, dekat aje.”
“Berani?”
“Dah biasa beberapa hari ni…”
“Toilet perempuan hujung sini aje,
awak ambil wuduk then solat dekat dalam bilik ni je. Bolehkan, dekat sikit
daripada masjid.” Tareeq memberikan cadangan. Nurin berfikir-fikir, dia segan
sebenarnya duduk berdua dengan Dr.Sufean malam-malam begini. Kalau ke masjid
sekurang-kurang dia boleh berehat beberapa minit daripada terus berada di depan
Dr. Sufean.
“Jom, saya pun nak pergi ambil
wuduk.” Tanpa sedari, Tareeq sudah siap menyinting tangan kemejanya ke siku.
Nurin yang mengelamun sendiri, terpinga-pinga. Nak tak nak, dia sudah terlambat
untuk mengelak. Nasiblah!
++++++++++
Tareeq
meletakkan pen yang sedari tadi digunakannya ke atas meja. Nurin masih leka
membersihkan rak-rak buku, ada yang sudah siap dimasukkan ke dalam kotak, dan
ada juga yang masih bertaburan di lantai.
“Kenapa awak buat kerja part-time?”
Nurin kalih memandang Tareeq yang tiba-tiba bersuara.
“Nak cari duit lebih.” Tareeq
mengangguk perlahan.
“Sebelum ni pernah kerja part-time?”
Soal Tareeq lagi.
“Tak, ni kerja pertama saya. Kalau
dekat kampung selalulah buat part-time waktu cuti sem.” Nurin menjelaskan
panjang lebar.
“Saya ke yang buat awak buat kerja
part-time ni?” Tareeq menyoal lagi, jujur dia ingin tahu.
“Taklah, kenapa pula sebab Dr?”
“Sebab saya minta ganti rugi kereta
saya tu…” Nurin tersenyum hujung bibir.
“Itu namanya rezeki Dr. Sufean,
mungkin rezeki saya adalah dengan buat part-time ni.” Nurin menjawab sopan,
malas mencari pasal. Tareeq tertarik
dengan jawapan Nurin.
“Awak nak saya bagi kerja yang sama
berat, tapi upah lagi tinggi. Kerja sekarang sebulan awak dapat lebih kurang
RM280 kan. Kerja yang saya nak bagi ni double gaji awak sekarang. Nak?” Nurin
berkira-kira, wajah Tareeq dipandangnya sekilas.
“Kerja apa Dr?” Tareeq tersenyum
lebar, pancingnya mengena.
“Kerja jadi P.R saya. Nak?”
“P.R? Pembantu rumah?” Nurin
terkejut, main-main ke apa ni?
“A’ah, basuh baju saya, kemas rumah
saya yang sememangnya sedia kemas, masak untuk saya. Kerja yang lebih
ringankan?” Tareeq ketawa kecil, Nurin mencerut wajahnya.
“Tak naklah saya.” Nurin menjawab
senada. Malas melayan Tareeq yang selalu sahaja mencari fasal.
“Kalau kerja tu tak nak, ada satu lagi
kerja, saya bayar lagi mahal. Seribu sebulan. Nak?” Nurin yang tahu Tareeq
sedang main-mainkan, hanya mencebik bibir.
“Nak tak?” Soal Tareeq lagi.
“Ish, kerja apa lagi Dr? Tukang urut
pulak?” Nurin menggigit lidahnya yang terlepas kata.
“Haa.. tu termasuklah dalam skop
tugasan.” Tareeq ketawa lagi.
“Mengarut aje kerja-kerja Dr, kerja
apa lagi Dr?”
“Jadi isteri saya.” Nurin ternganga.
“Saya kata nak, baru Dr tau.” Nurin
membalas geram. Tareeq masih dengan sisa tawanya.
“Nak? Jom kita pergi masjid, nikah
terus.” Nurin mencebik. Kalau layan ni, boleh sewel di buatnya, Nurin merungut
dalam hati. Selepas itu mereka berdua masing-masing terus menyepi dengan kerja
masing-masing.
Tareeq
membelek jam yang sudah menunjukkan jam 8.30 malam. Nurin masih lagi tekun
mengemas biliknya, senyap tidak bersuara walau sepatah pun. Tareeq mengemas
kerja-kerjanya yang sudah selesai. Esok dia tiada kelas untuk mengajar, tetapi
ada mesyuarat yang perlu dihadiri di pejabatnya. Buat dua kerja dalam satu masa
memang memenatkan, tetapi satu kepuasan bagi Tareeq Sufean.
“Nurin…” Tareeq yang sedang duduk
bersahaja, memanggil Nurin yang sedang asyik membelek sebuah buku di tangannya.
“Ya?” Nurin menjawab panggilan
Tareeq, lalu mengalih tubuhnya supaya bertentangan dengan Tareeq yang berada di
meja.
“Awak tak lapar?” Nurin hanya
menggeleng perlahan.
“Bukan ke awak puasa? Dari tadi awak
tak makan apa-apa, kurma aje. Kenyang?” Tareeq menyoal lagi, hairan! Dia yang
tidak berpuasa pun sudah merasa lapar.
“Tak kata saya kenyang. Tapi lapar
tu tak lah. Saya dah biasa.” Nurin menjawab dengan tidak bernada. Tangannya
kembali mengemas buku-buku dan fail yang masih berselerak. Sebentar lagi dia
akan pulang ke kolej, jadi dia perlu kemas sebanyak mungkin sebelum pulang,
esok tidaklah banyak yang perlu disiapkan lagi.
“Awak belajar waktu siang, kerja
waktu malam. Makan kena jaga, kesihatan tu penting bagi seorang pelajar.”
Tareeq memberikan nasihat, lagak seperti seorang pensyarah yang prihatin!
“Alhamdulillah, masih sihat lagi.”
Nurin menjawab lagi. Kalau tidak kerana membayar RM800 tu, tentu sahaja dia
tidak perlu menahan lapar sebegini. Nak tak nak, dia terpaksa ikat perut.
“Jom, saya belanja makan?” Tareeq
yang sudah berdiri, mengemaskan beg kerjanya. Tali leher yang sedari tadi ditanggalkan
di ambil. Tareeq melangkah menghampiri Nurin yang hanya memandangnya, tanpa
bergerak sedikit pun.
“Jom lah, saya belanja GCB.
Malam-malam ni makan McD pun best juga kan.” Tareeq bersuara lagi, apabila
Nurin hanya berdiam diri.
“Takpelah Dr, saya ada discussion
pukul 10 nanti. Saya nak balik rehat dan siap untuk discussion pula.” Nurin
turut mengemaskan baranganya kerana Tareeq sudah siap mahu pulang. Nurin
berdiri bertentang dengan Tareeq Sufean.
“Tak makan?” Tareeq menyoal penuh
prihatin.
“Balik nanti saya makanlah.”
“Makan apa?”
“Apa-apa aje lah, asal perut tak lapar.” Nurin
menjawab, sebolehnya dia tidak mahu keluar bersama Tareeq Sufean. Kadang kala
sikap Tareeq membuatkan dia rasa kerdil, dan kata-katanya mengguris perasaan
Nurin.
“Kita drive through aje, jom.”
Tareeq mendepa sebelah tangan, gaya mempersila Nurin untuk bergerak pulang
bersama-samanya. Nurin mengeluh lemah. Kenapa payah sangat nak menolak bila
Tareeq Sufean ni mula bersuara?
Sampai sahaja di kereta, Nurin
mencuba lagi untuk menolak. Dia mereka-reka ayat untuk disuarakan kepada Tareeq
Sufean.
“Dr.Sufean, saya tak bolehlah nak
ikut Dr. Biar saya balik kolej sendiri ye, lain kalilah Dr. belanja saya.”
Tutur Nurin sopan.
“La… dah sampai kereta pun. Rezeki
jangan ditolak…”
“Malang juga jangan di cari…” Nurin
mencelah. Tareeq mengerut dahinya, menjadikan keningnya tercantum kedua-duanya.
“Perli?” Tareeq menebak.
“Tak… saya cuma takut, kalau saya
keluar dengan Dr. Sufean, entah apa pula kemalangan yang akan jadi.” Nurin menyindir.
Kalau cara lembut menolak tak jadi, guna ajelah cara sindir menyindir ni. Mana
tahu, panas telingan Tareeq Sufean untuk mendengarnya, hati Nurin berbisik
sendiri.
Tareeq memeluk tubuhnya. Wajah Nurin
ditenungnya tajam. Nurin yang tak betah dipandang begitu terus sahaja
menundukkan wajah, pandangnya dilarikan ke tempat lain.
“Saya minta maaf, sebab sebelum ni
saya berkasar dengan awak. Tapi, pandai juga awak ni sindir-sindir orang eh.
Tengok dari gaya awak ni macam orang yang senyap, pemalu. I like this side of
you.” Tareeq terus sahaja bersuara, langsung tidak berkecil hati apatah lagi
panas hati. Nurin ternganga, lain yang dijangka lain pula yang jadi. Tareeq
yang sudah pun masuk ke dalam kereta, melangkah separuh badan ke luar kereta.
“La… Nurin Jannah, dah lewat ni,
kejap lagi awak ada discussion kan? Cepatlah, kita pergi makan kejap kemudian
saya hantar awak balik.” Tareeq terus sahaja memberikan arahan. Nurin masih
lagi berdiri kaku, dia seboleh-bolehnya tidak mahu!
++++++++++
“Tiba-tiba Ean call mama malam ni?”
Tareeq melepas keluhan berat. Ibunya dihujung talian menjadi lebih
tertanya-tanya.
“Why Ean? Ada yang menganggu
fikiran?” Lembut sahaja suara ibu, seolah mahu membuatkan hati anaknya tenang
dan lapang.
“Ean rasa, Ean dah buat silap la
mama…” Tareeq bersuara lemah.
“Buat silap? Cuba Ean jelaskan dekat
mama sayang…”
“Mama ingat kes kereta Ean tu?”
“Yes, sangat ingat. Kenapa? Orang tu
tak nak bayar dan dah lari?” Ibunya cuba meneka.
“No, she already paid. Tapi… mama,
dalam akaun dia ada baki tiga ratus aje ma.” Tareeq menyandar tubuhnya ke
kepala katil. Matanya dipejam rapat.
“Mungkin dia ada akaun lain kut…
macam mana Ean tahu baki duit dia?”
“Dia terbagi sekali slip bank,
mungkin terselit…” Ibunya ketawa kecil.
“Dia sengaja nak bagi nampak kesian
kut?” Tareeq menarik nafas berat.
“Entahlah, kemungkinan-kemungkinan
tu macam tak sesuai dengan dia. She looks very innocent, solehah. Tak mungkin
dia sengaja buat.” Tareeq cuba menjelaskan bagaimana Nurin pada pandangan
matanya.
“Ean suka dia?” Ibunya cuba menelah,
sambil ketawa kecil mengiringi.
“Mama, Ean serius ni…” Rungut Tareeq
manja.
“Mama gurau aje la. Dia ada akaun
lain la tu, jangan fikir sangat.” Ibunya kembali serius, tawa yang bersisa
sudah hilang semuanya.
“Ean cuma rasa bersalah. Ean bagi
dia dua pilihan, sepatutnya Ean terima pilihan ketiga dia.” Tareeq meraup
wajahnya.
“Pilihan ketiga? Apa pilihan-pilihan
ni, mama tak fahamlah”
“Ean suruh dia pilih antara bayar
cash or check, dia cadangkan pilihan ketiga iaitu dia kerja dengan Ean sebagai
bayaran kerosakan tu. Ean ingat dia nak mengelak dari bayar tapi dia dah cuba
cakap yang dia tak boleh nak bayar sebanyak tu. I should believe that.” Tareeq
terus dibelengu rasa bersalahnya.
“Okay macam ni, Ean bagi balik lapan
ratus tu dekat dia. Selesai masalahkan?” Ibunya cuba mencari penyelesaian.
“Dah cuba bagi balik tapi dia tak
nak.”
“Dah tu? Apa yang merisaukan Ean
sangat-sangat ni?” Ibu Tareeq pelik dengan sikap anaknya yang tiba-tiba
terlebih prihatin.
“Dia kerja part-time, buat
housekeeping. Dari petang sampai malam, just to earn money. Just because of me,
she has to work after class. Jahatkan Ean? I should listen to you mama.” Tareeq
melepaskan keluh beratnya. Ibunya dihujung talian hanya tersenyum.
“Takpe, belajar daripada kesilapan.
Ean, jangan terlalu salahkan diri sendiri. Apa yang berlaku atas kehendak
Allah. Sebelum tidur nanti, buat solat hajat. Semoga esok Ean akan lebih
tenang, kemudian pergi dekat dia dan minta maaf. Takpelah kalau dia taknak duit
tu balik, mungkin dia pun dah belajar tentang tanggungjawab.” Ujar Ibunya
panjang lebar.
“Thanks mama… I will.”
“Erm… teringin mama nak jumpa dia.”
“Kenapa?”
“35 years, tak pernah Ean mengadu
yang Ean buat silap. Tapi hari ni lain, mama nak jumpa gadis yang dah buat Ean
diserang rasa bersalah.” Ibu Tareeq ketawa besar dihujung sana.
“Mama!” Tareeq tidak sempat membela,
ibunya pantas mematikan talian. Tareeq berfikir sendiri, benarkah?
+++++++++
Nurin merenung jauh ke luar dari
tingkap biliknya. Berada di aras tiga membolehkan Nurin melihat kawasan
kolejnya dengan lebih jelas. Angin petang itu membuatkan dia terawang lebih
jauh mengingati malam selepas Tareeq Sufean menghantarnya pulang ke kolej
selepas makan malam secara paksa.
“Nah… saya sepatutnya tidak
mengambil sebarang ganti rugi daripada awak. Saya nampak apa yang berlaku,
tetapi sebabkan terlalu mengikut prinsip saya paksa awak untuk bayar. Sekarang
saya kembalikan.” Tareeq menyerahkan sampul putih kepada Nurin. Nurin dibelengu
kehairanan. Tangannya mengambil sampul yang dihulurkan Tareeq.
“Apa ni…” Nurin membuka sampul putih
itu, not RM50 beberapa keping terpampang di depan mata.
“Eh, Dr. Sufean, ini hak Dr. Saya
tak boleh nak terima.” Nurin menyerah kembali sampul putih itu kepada Tareeq.
“No, itu duit awak.”
“Abah saya kata, bila kita ambil
balik apa yang kita bagi, buruk siku jadinya.” Nurin berseloroh, sampul itu
disua terus ke tangan Tareeq.
“Same goes to me. Sekarang saya dah
bagi dekat awak, jadi tak boleh ambil balik. Saya pun tak nak siku saya buruk.”
Tareeq membalas. Nurin mengeluh perlahan, penat melayan karenah Tareeq.
“Saya minta maaf kalau saya
berkasar. Tapi dah terlambat untuk Dr kembalikan duit ni. Sepatutnya dari awal
Dr tak minta atau terima cadangan saya untuk bekerja dengan Dr. Duit ni, kalau
Dr tak nak, Dr sedekah dekat masjid.” Nurin meletakkan sampul putih yang
mengandungi duit RM800 itu ke atas dashboard kereta Tareeq. Tareeq terkedu
dengan tindakan Nurin, namun tangannya tangkas menahan Nurin yang baru membuka
pintu untuk keluar.
“Wait!” Tareeq bersuara tegas.
“Apa ni Dr. Sufean?” Nurin terkejut
dengan tindakan pantas Tareeq, matanya melorot terus ke arah cengkaman tangan
Tareeq, mujur sahaja berlapik!
“Saya dah minta maaf, dah mengaku
salah saya, dan bukan ke sekarang awak memang bekerja untuk saya? Jadi duit ini
memang untuk awak. Take it or you’ll regret it?!” Tareeq mengugut, Nurin
memandangnya dengan pandangan yang tajam. Ini adalah kesekian kalinya Tareeq
seolah-olah memandang rendah kepada dirinya.
“Saya ada hak untuk tidak menerima,
dan saya sedar saya adalah pelajar yang bekerja sambilan sebagai house-keeper.
Tapi itu bukan sebab yang menjadikan saya objek untuk Dr. Sufean mengarah
sesuka hati Dr. Saya masih lagi manusia, perempuan yang ada maruah diri. Saya tahu
saya orang susah, dan itu bukannya alasan untuk Dr boleh menggunakan wang
sebagai alat untuk menganggu hidup saya. Saya minta maaf.” Nurin merentap
pergelangan tangannya, lalu terus melangkah keluar daripada kereta itu. Tanpa
menoleh kebelakangan dia terus melangkah laju ke biliknya.
Nurin menghela nafasnya. Angin kuat
yang tiba-tiba menampar mukanya menyedarkan dia daripada lamunan panjang.
“Fikir apa lagi? Tak kerja hari ni?”
Azra yang baru pulang daripada keluar ber’dating’ menegur Nurin yang sedari dia
mula melangkah masuk, dia melihat merenung jauh ke luar bilik.
“Aku minta cuti hari ni. Takut…”
Azra ketawa dengan apa yang dilontarkan Nurin.
“Tau pun takut, yang kau emotional
sangat kenapa?” Nurin mengalih tubuhnya, lalu dia menyandar di dinding.
“Geram la, sebab dia aku serabut
beberapa minggu ni. Aku puasa tiap-tiap hari sebab nak jimat duit. Sebab dia
juga Acik Emah asyik call aku tanya kenapa aku draw banyak sangat. Jenuh tau
nak jawab.” Azra mendekati Nurin, dia turut menyandarkan batang tubuhnya.
“Duit kau kan, kenapa Acik kau nak
sibuk-sibuk? Yang kau pun, kenapa tak ambil aje duit tu?” Nurin kembali
memandang ke luar tingkap.
“Kau tak kenal Acik Emah, payah nak
terangkan. Aku takkan ambil balik duit tu, duit tu bagi aku nightmare. Setiap
hari aku kena buat kira-kira. Sampai aku nak makan apa pun aku takut, takut
kalau esok aku tak cukup duit. Kau tau kan, projek semester ni banyak. Duit pun
banyak nak guna, aku memang tak boleh tengok duit tu. Hati aku tersiat aje
rasanya.” Azra menepuk perlahan bahu Nurin, dia sedar Nurin menanggung banyak
beban kerana RM800 itu.
“Aku kan ada, kau selalu macam ni.
Aku dah pesankan, ada apa-apa bagitau aje aku.” Azra bersuara. Nurin hanya
tersenyum hambar. Hati Nurin berbisik sendiri, “kalau tak Megat warning aku,
mungkin aku letak malu aku ke tepi dan minta tolong dari kau Azra.” Nurin akan
ingat hari itu sampai bila-bila, hanya kerana tidak berkemampuan, maruahnya
juga bagai diinjak-injak orang lain, kenapa?
“Takpe Ra, selagi aku boleh usaha
sendiri aku usaha sendiri. Terima kasih sebab sentiasa ada untuk aku.” Azra
mengenggam tangan Nurin erat. Nurin hanya tersenyum tawar. Sedikit sebanyak,
Megat merenggangkan keakraban mereka.
+++++++++++++
abc akan post next part esok tengah hari ye.
insyaAllah, lagi dua part aje.
teruskan memberi komen :)
3 comments:
best..mcm pnh lalui smua tmpat yg awk tulis 2....hehehe
cepat ler ,..penat ler baca tergantung2..hehehe sorry yer cik writer..saya memang kurang sabar skit!!
best.. esk petang wajib bukak blog ni nk baca nxt n3..huhu
Post a Comment