“Lama Ean tak
call mama?” Tareeq tersenyum, bukan sengaja tapi terlalu sibuk dengan tugasan
barunya sebagai pensyarah sambilan. Pagi ke pejabat sebagai arkitek, tengah
hari dia akan mengajar. Hanya dua kali dalam seminggu, sebab itu dia menerima
jawatan tersebut. Bukan lama mana dia tidak menghubungi ibunya, baru tiga hari
dia terlepas untuk mendengar khabar ibu.
“Ean agak busy sekarang mama. As you
wish mama, Ean sekarang pensyarah sambilan. Kira pendidik jugalah, betul tak?”
Kedengaran tawa halus dihujung talian sana.
“Alhamdulillah, sejuk perut mama… Eh,
mama nak tanya pasal kes kereta Ean yang luka parah tu? Apa cerita?”
“Cerita tak best pun ma… Ean tak
boleh polish aje, sebab luka dalam. So kena jahit semula, whole part yang luka
tu.”
“Mahal la macam tu? Kesian budak tu
nak bayar.”
“Ean minta half aje ma…”
“How much?”
“Lapan ratus aje.”
“Aje? Banyak tu Ean… she can pay it?”
“Dia beralasan jugak, tapi ma… itu
tanggungjawab diakan, lagi pun lapan ratus aje. Bukan lapan ribu.” Tareeq
membela diri. Dia tahu ibu seorang yang sangat pemurah, tambah-tambah soal wang
ringgit. Kata ibunya, ‘Papa tinggalkan wang banyak untuk kita buat kebajikan,
untung-untung papa merasa pahala yang kita cuba cari untuk dia kat sana, betul?”
“Kalau dia dapat JPA or apa-apa
biasiswa, lapan ratus memang tak berapa besar. Tapi kalau PTPTN, jumlah tu
macam dah half duit dia tau tak?” Ibu Tareeq mula bersuara. Kadang kala dia
risau dengan sikap anaknya yang satu itu, tegas dan kurang timbang rasanya.
“Mama nak kata Ean ni tak
berperikemanusian?”
“Tak, lebih kepada tidak prihatin.
Berapalah sangat lapan ratus tu dengan gaji Ean? Tak kurang sikit pun kan?” Ibu
Tareeq menyindir.
“Tanggungjawab adalah tanggungjawab.
Kalau kita baik sangat mama, orang akan pijak kepala.” Tareeq tetap dengan
pendiriannya.
“Apa-apalah Ean, tapi mama hanya nak
pesan, pendirian yang kita pegang kadang-kadang perlu lihat kepada keadaan dan
siapa yang kita berdepan. Siapa tahu, nasib dia tak sama macam kita? Faham sayang?”
Tareeq hanya mendiamkan diri. Setelah memberi salam, talian dimatikan. Ibunya
selalu sahaja membuatkan dia berfikir dua kali atas tindakannya tapi tidak pula
dia mengubah tindakannya, menyesal? Jauh sekali.
Dari kecil dia dibiasakan
bertanggungjawab atas setiap sesuatu yang dilakukan. Kesalahan dan kesilapan
kecil yang dilakukannya pasti akan dihukum oleh papa. Papa selalu berkata, jadi
lelaki kena biasa dengan tanggungjawab, sebab lelaki adalah ketua dan pemutus
keputusan dalam sesuatu hal serta seorang pengatur rancangan yang bijak. Jadi perlu
sentiasa bertanggungjawab sekiranya tersalah dalam membuat keputusan atau
mengatur rancangan. Jadi dia tidak fikir apa yang dilakukan sekarang adalah
salah. Salah ke?
++++
susah nak buat lelaki nampak kerek.
^^v
harap2 esok siaplah si kerek ni hui-hui-hui
3 comments:
kak wateeqa, buat lahh cerpen cik abang bmw 2..sambungannya..karya akak best lahh, btw, akk mmg kreatif :)
akak, bautlahh sambungan cik abg bmw..please..merayu nihh..
akak, sambungan cik abg bmw plese..tulisan akk mmg kretif..harap ada sambungan
Post a Comment