Nurin
mengesat air matanya yang sedari tadi tidak mahu berhenti daripada mengalir.
Sudahlah beberapa hari ini dia berada dalam keadaan tertekan dengan fitnah dan tohmahan Megat yang tidak berasas
sehingga Azra memandangnya hujung mata. Panggilan daripada
Acik Emah itu membuatkan dia benar-benar sedih dan terguris hati. Berapa
sangatlah duit pencen abah setiap bulan untuk menampung makan minumnya
sepanjang belajar yang Acik Emah kecohkan? Tak cukup lagikah wang yang abah
tinggalkan untuk dia dan anak kesayangannya itu? Hati Nurin berbicara sendiri.
“Dr. Sufean, kalau hari ni saya tak
kerja boleh tak?” Tareeq yang sedang membuat kerja hanya mengeluh perlahan. mata
sedikitpun tidak dilarikan daripada kerja-kerjanya.
“Kenapa? Kerja awak dah tertangguh
beberapa hari, esok sepatutnya awak dah kena siap kemaskan bilik saya kan?”
Tareeq menyoal, apabila masuk bab kerja, Tareeq Sufean seorang yang sangat sukar untuk berkompromi.
“Esok saya datang buat kerja dari
pagi, kelas saya kebetulan batal esok. Boleh tak Dr. saya nak cuti harini?”
Nurin memohon lagi, kepala sudah pening akibat terlalu banyak menangis sebentar
tadi. Tareeq mengangkat mukanya dan memandang terus ke arah Nurin, serta merta
Nurin menundukkan wajahnya. Malu jika Tareeq Sufean perasan dia baru sahaja
lepas menangis.
“Nurin, duduk dulu.” Tareeq yang
lebih cepat menangkap raut wajah Nurin, serta merta menjadi gelisah sendiri.
Nurin hanya akur, kerusi di hadapannya ditarik lalu dilabuhkan duduk.
“Tell me. Apa masalah awak hari ni?”
Tareeq merapatkan tubuhnya ke meja. Tangannya mengambil sekotak tisu di
belakang lalu diletakkan di hadapan Nurin. Nurin diam tidak berkata walau
sepatah. Nurin sedar kini dia sudah terperangkap sendiri oleh Tareeq. Keluhan
dilepaskan perlahan.
“Saya tak sihat, sebab tu saya nak
minta cuti hari ni.” Nurin cuba mengelak.
“Saya tak nampak awak macam tak
sihat, tapi saya nampak awak macam baru lepas menangis.” Nurin mengeluh lagi.
Wajahnya tetap menunduk.
“Awak boleh cerita dekat saya, saya
boleh dengar.” Tareeq cuba memujuk. Entah kenapa, sejak terlihat keruhan wajah
Nurin, hatinya melonjak mahu tahu.
“Saya tak bersedia nak cerita dekat
sesiapa.” Nurin menjawab perlahan. Tareeq mengangguk faham. Tangannya lincah mengemas meja.
“Kalau macam tu, jom… saya belanja
awak ais krim. Benda-benda sejuk ni boleh legakan hati dan fikiran yang
serabut.” Nurin hanya mendengar, dan tidak terkata apa-apa. Tareeq memang suka
membuat keputusan sendiri.
“Saya lebih suka tidur bila ada
masalah.” Nurin yang turut bangun daripada duduk, bersuara perlahan. Tareeq
hanya ketawa kecil dengan perakuan jujur Nurin Jannah.
“Nanti bangun kita akan lupa masalah
tu, kan?” Tareeq menyambung, Nurin mengangguk laju, bersetuju.
“Erm… Dr.Sufean pun suka tidur bila ada masalah?” Nurin
menyoal sewaktu mereka melangkah
menuruni tangga. Tareeq ketawa lagi, suka benar dia mendengar persoalan Nurin
yang kedengaran ‘comel’ ditelinganya.
“Zaman belajar dulu la, saya dulu
pun student juga. Tapi saya tidur lepas saya makan ais krim.” Tareeq berseloroh.
Nurin hanya mencebik, iye-iye je,
bisik hati Nurin.
“Erm… perlu ke saya ikut Dr?” Nurin
menyoal sebaik mereka sampai di kereta Tareeq.
“Nurin,
Kenapa setiap kali dah sampai
kereta mesti tanya lagi?
Perlu! Okay?” Tareeq menjawab, serius.
“Saya nak tidur.” Nurin membentak.
“Tidur lepas makan ais krim.” Tareeq
menjawab dengan bersahaja, pintu
kereta dibuka lalu terus melangkah masuk. Dari dalam kereta, Tareeq membuka pintu
untuk Nurin. Nurin menundukkan kepalanya sedikit, sekadar menampakkan wajah.
“Untuk apa saya ikut? Saya nak cuti
hari ni…”Nurin menolak lagi. Tareeq berdecit.
“Saya nak awak cerita dekat saya
kenapa awak menangis teruk sangat dekat tepi masjid tadi. Clear? Cepat masuk.”
Nurin terkedu. Dia nampak ke?
“Tapi, saya meluat tengok kereta
ni!” Nurin membentak kuat, tangannya menampar bumbung kereta, membuat Tareeq
tersentak. Beberapa saat kemudian Tareeq ketawa.
“Kereta nilah buat kita kenal tau.”
“Tu lagi meluat.” Nurin sekadar
berbisik, namun jelas untuk didengari oleh Tareeq.
“I’m your boss after all. Masuk
cepat.” Tareeq bersuara tegas. Nurin mengeluh berat, kakinya tetap melangkah
masuk ke dalam kereta. Untuk kesekian kalinya, Nurin hanya menurut kata Tareeq,
dia sendiri tidak pasti kenapa dia mudah mengalah apabila berdepan dengan
Tareeq.
++++++++++++
Nurin
merenung semangkuk Tutti Frutti di hadapannya. Tareeq sudah hampir licin
dihentamnya. Sesekali Tareeq mengerling wajah Nurin yang monyok di hadapannya.
Tareeq menyuap ke mulutnya sudu yang terakhir.
“I’m
finished.” Tareeq menolak mangkuk kertas itu ke tengah meja. Nurin tersentak
kecil, bagai baru tersedar dari lamunannya.
“Depan
rezeki tak baik buat muka macam tu.” Tareeq sekadar mahu menukar situasi kelam
yang dirasakan sekarang. Nurin hanya memandang Tareeq sekilas sebelum
melepaskan pandangannya ke tempat lain.
“Erm…
kalau tak nak makan, jom lah balik.” Tareeq bersuara lagi, kali ini bernada
hampa. Kunci kereta yang diletakkan di atas meja di ambil, lalu dia terus
bangun dari kerusi. Nurin memandang tanpa perasaan. Nurin menggalas beg
kuliahnya, lalu turut bangun dari kerusi. Tutti Fruitti yang tidak diusik turut
di bawa bersama. Langkah Tareeq yang sudah ke depan, dikejar perlahan.
“Sorry,
saya takde mood.” Nurin bersuara perlahan apabila dia berjaya menyaingi langkah
Tareeq. Tareeq serta merta memberhentikan langkah.
“Saya
ajak awak ke sini, nak happykan awak. Tak sangka buat awak hilang terus mood
awak.” Tareeq seolah-olah berjauh hati. Nurin serba salah.
“Dr.
Sufean, itu bukan apa yang saya maksudkan.”
“Habis
tu?” Tareeq memeluk tubuh, wajah Nurin ditenung sedalamnya. Nurin kian resah,
pandangan orang sekeliling membuatkan dia tidak selesa.
“Tempat
ni buat saya lagi serabut. Tengok kiri tu, rasanya tu students Dr kan? Dari
tadi pandang kita semacam. Saya tak nak kontroversi.” Tareeq memaling tubuhnya
ke arah yang dinyatakan. Sekumpulan pelajar perempuan yang sedang menjamu
selera di food court kelihatan sedang memandang dan berbisik-bisik.
“A’ah,
students saya. Oh, sebab tu la awak monyok aje. Makan pun taknak?” Nurin
mengangguk laju.
“Jom
hantar saya balik.” Nurin bersuara lagi, Tareeq menjungkit sebelah keningnya.
“Eh,
tak nak kontroversikan? Balik sendiri la. Bye, Assalamualaikum.” Tareeq terus
berpusing ke belakang dan melangkah tanpa menoleh kepada Nurin. Nurin tergamam.
Pulak? Malas melayan, Nurin melangkah ke arah bertentangan. Tak nak hantar
sudah! Hati Nurin membentak perlahan.
Mulanya
dia ingin terus ke hentian teksi di hadapan Jaya Jusco itu, tetapi kerana emosi
yang belum stabil, dia bercadang untuk merehatkan kepalanya yang memberat itu
dengan mencuci mata di kedai buku MPH. Tak beli pun takpe, asal boleh lepas
rindu! Nurin berbisik sendiri. Laju kakinya melangkah menaiki escalator untuk
ke kedai buku MPH. Sesekali tutti fruitti disuap ke mulut. Tanpa sedar, Nurin
melangkah dengan senyuman.
Beberapa
buah buku motivasi di beleknya. Tiada yang menarik, kalau menarik pun dia tidak
dapat membelinya. Nurin melangkah ke bahagian depan, yang menempatkan
novel-novel Bahasa Melayu. Novel yang agak menarik di matanya di ambil dan di
belek seketika. Boleh dikatakan, semua novel di ambil dan synopsisnya di baca.
“Baca synopsis
pun boleh senyum sorang-sorang?” Suara itu mengejutkan Nurin yang sedang asyik
membaca. Hampir sahaja terlepas novel itu daripada tangannya. Tareeq yang
tersengih-sengih di hadapannya dijeling tajam. Ada lagi dia ni? Ingat dah
balik, bisik Nurin di dalam hati.
“Amboi
sombong, siap jelling lagi.” Tareeq mengusik lagi.
“Dr.
Sufean buat apa kat sini, bukan nak balik ke tadi?” Nurin menyoal tajam.
“Eh,
ni tempat awam. Saya punya suka la.” Tareeq menjawab dengan nada berlagak,
sengaja mahu meng‘hangat’kan Nurin.
“Okay.”
Nurin terus melangkah keluar daripada kedai buku MPH itu. Menyampah pula
apabila sampai sikap Tareeq yang berlagak ini. Nurin melangkah laju ke arah
pintu keluar yang berada bersebelahan kedai buku MPH.
“Datang
dengan saya, balik dengan saya. Jom.” Lengan Nurin digenggam erat dan ditarik
agar menyaingi langkahnya. Nurin tergamam, terasa kakinya bagai mahu tercabut
akibat terkejut besar dengan tindakan berani Tareeq Sufean.
“Dr.
Sufean.” Nurin bersuara agak terjerit. Tareeq yang masih erat memegang lengan
memberhentikan langkah.
“Why?”
“Lepaskan
tangan saya.” Nurin bersuara lagi, dengan nada tegas. Matanya disorotkan ke
arah lengan yang dipegang oleh Tareeq.
“Tak
nak.” Nurin tercengang.
“Kita
bukan muhrim. Please.” Nurin masih mengawal suaranya. Tareeq menggeleng,
pegangannya di eratkan lagi, hampir sahaja Nurin terjerit akibat sakit dipegang
seerat itu.
“Saya
tak lari lah.” Nurin cuba melepaskan pegangan itu.
“Okay
saya akan lepaskan, tapi bersyarat.” Nurin memandang tajam, Tareeq sudah
melampau!
“Kenapa
perlu saya ikut syarat Dr tu?” Nurin bertegas.
“Okay
kalau tak nak, saya pegang dekat sini….” Tareeq cuba menggenggam jari jemari
Nurin.
“Okay!”
Nurin cepat-cepat menjawab, dengan Tareeq dia tahu, segalanya mungkin terjadi.
Tareeq tersenyum puas.
“Syarat
dia mudah. Awak ikut saya, 5 jam lagi saya hantar awak balik kolej.” Lengan
Nurin akhirnya dilepaskan. Nurin terus sahaja mengurut lengannya yang terasa
kebas. 5 jam lagi dia perlu menghadap si kerek Tareeq Sufean ini? Jam di tangan
dibeleknya, baru pukul 6.15 petang.
“Kita
solat asar dulu.” Nurin bersuara sebaik masuk ke dalam kereta. Tareeq sekadar
mengangguk perlahan, bibirnya tak lekang dengan senyuman. Menyampah!
++++++++
Tareeq
kelihatan asyik benar memandang ke laut. Sesekali didepakan tangannya,
seolah-olah membenarkan angin laut itu menampar batang tubuhnya. Nurin hanya
memerhati daripada belakang. Tak lama kemudian, Tareeq melabuhkan duduknya di
sisi Nurin Jannah.
“So,
ceritalah…” Tareeq bersuara. Nurin mengerut dahi.
“Cerita
apa?” Nurin pula menyoal.
“Sebab
musabab awak menangis tengah hari tadi?” Tareeq menyandar tubuhnya ke bangku
yang diduduki olehnya.
“Kena
cerita ke?” Nurin kembali menyoal.
“Tak
cerita, sampai esok saya bawa lari awak.” Nurin menelan air liur. Kalau dia
buat betul-betul, mati aku! Nurin berbisik sendiri. Tareeq yang berada di
sebelah di pandang sekilas sebelum melarikan pandangannya. Ada senyuman penuh
makna dihujung bibir lelaki itu.
“Ugut.”
“Cerita
je lah…” Desak Tareeq. Nurin menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Kalau
saya cerita, lepas ni Dr buat-buat tak kenal saya ye dan saya harap Dr tak
marah.” Tareeq mengerut dahi.
“Kenapa
pula?” Nurin menundukkan wajahnya.
“Malu
dan memalukan.” Bisik Nurin perlahan.
“Saya
pendengar yang baik, bukan penghebah terbaik. Semua saya simpan kat sini.”
Tareeq menepuk dadanya perlahan.
“Walaupun
berkaitan dengan Dr?” Tareeq mengangguk. Nurin menghela nafas perlahan, lalu
mula bercerita dari awal hingga ke akhirnya. Sepanjang Nurin Jannah meluahkan
segala apa yang dipendam, tidak sekalipun Tareeq menyampuk atau mencelah. Dia sekadar
mengangguk tanda faham. Dan sepanjang Nurin bercerita itulah, dia mengambil
kesempatan, menelek setiap ruang wajah gadis berkulit sawo matang itu. Apabila Nurin
mengalih wajah, cepat-cepat dia melarikan pandangan. Sesekali hatinya berbisik
sendiri, takkan betul pulak apa mama cakap tu? Tak mungkin.
“Erm…
sebab tu saya menangis dekat tepi masjid tengah hari tadi. Saya rasa terbeban
sangat.” Nurin mengakhiri kisah hatinya.
“Boleh
awak tunjukkan Megat tu yang mana satu?” Tareeq bersuara tegas. Nurin sudah
tercengang.
“Dr
kata Dr takkan marah.” Nurin menyoal, kelam kabut.
“Saya
tak marah, cuma nak tahu mana satu.” Tareeq bersuara dengan nada tenang.
“Dr
biarkan aje boleh? Tak payahlah tahu mana satu.” Nurin tidak mahu hal itu
dibesar-besarkan.
“Nurin,
katakanlah satu hari nanti, isu ni akan naik sampai ke pihak atasan. Awak tahukan,
isu ni bukan kecil. Kalau pihak atasan dah ambil tindakan, awak boleh dibuang
Universiti. Saya takde hal, saya hanya kerja sambilan sebagai pensyarah. Mahu?”
Nurin mengetap bibir. Bukan dia tidak fikirkan hal itu, cuma dia tidak tahu apa
perlu dilakukan. Megat bukan lawannya, sedangkan kawan baiknya sendiri boleh
terpengaruh apatah lagi orang lain.
“Tapi…”
“Jangan
risau, saya akan bincangkan hal ini dengan Prof Azizi. Awak tunjukkan siapa
Megat Johan tu dekat saya.” Tareeq bersuara lagi, penuh ketegasan.
“Prof
Azizi kenal Megat, saya kerja dengan Prof Azizi pun sebab dia yang cadangkan.” Tareeq
mengangguk dengan jawapan Nurin.
“About
your step mother, nanti awak bagi aje berapa yang dia nak. Duit lapan ratus tu
saya tak sentuh, nanti saya bagi balik.” Tareeq betul-betul membuat Nurin
terkesima.
“Mana
boleh, kan saya kata itu duit Dr.” Nurin bersuara tegas.
“Memanglah,
saya tak kata duit awak pun…” Nurin mengetap bibir, geram!
“Saya
tak naklah, Acik Emah tak boleh paksa saya. Itu hak saya untuk bersetuju atau
tak.” Nurin berkeras. Tareeq menggeleng dengan kedegilan Nurin.
“Nurin,
keras lawannya lembut. Bukan keras juga. Nanti saya bagi duit tu, awak bank-in
dengan mak cik awak tu. Jangan degil.” Tareeq bersuara dengan tegas.
“Siapa
degil sekarang, Dr ke saya?” Tareeq dijeling tajam.
“Ish…
budak ni, menjawab pulak.” Nurin menjuih bibir, tangannya memeluk tubuh. Gaya tidak
puas hati.
“Kalau
keras lawannya lembut, saya setuju ajelah dengan cadangan Acik Emah tu. Lembut sangatkan…”
Nurin membidas. Tareeq tergelak kecil. Nurin memang penuh dengan jawapan. Comel!
“Okay,
kalau orang tu nak bayar 5 ribu. Apa kata saya pergi jumpa mak cik awak dan
tawarkan 10 ribu dekat dia. Awak rasa dia terima atau tolak?” Nurin terpempan,
mulutnya ternganga, matanya terbuka besar.
“Keras
lawannya lembutkan…” Tareeq menyindir. Nurin tidak dapat membalas, hatinya
berdegup laju. Terkejut dengan pernyataan spontan Tareeq Sufean.
“Tak
jadi lawan.” Nurin bersuara perlahan. Kata-kata itu meletuskan tawa Tareeq,
dari hanya ketawa kecil sehingga mengalir air mata. Nurin hanya mengigit bibir
menahan geram. Dia tahu, dia sudah dipermainkan, dasar lelaki kerek!
“Jangan
marah nanti kena jual.” Tareeq terus mengusik.
“Memang
nak kena jual dah.” Nurin menjawab.
“Haa…
tu la jangan marah. Marah kena jual.” Nurin menjeling, Tareeq masih dengan sisa
tawanya.
“Nurin,
awak perasan tak?”
“Tak.”
Nurin menjawab sepatah.
“Awak
memang tak perasan tapi perasaan.” Nurin mengetap bibir, Tareeq ni ada-ada sahaja
benda hendak mengenakan dia.
“Nurin.”
Tareeq memanggil. Nurin hanya berdiam diri.
“Nurin.”
Tareeq memanggil lagi.
“Erm…”
Nurin masih dengan amarahnya. Tareeq hanya tersenyum.
“Saya
mintak maaf.” Pernyataan yang kedengaran ikhlas itu membuatkan Nurin memandang
Tareeq yang sedang memandang tepat pada wajahnya.
“Maaf?”
Tareeq mengangguk.
“Untuk?”
Soal Nurin lagi, tidak faham.
“Sebab
pegang lengan awak tadi, walaupun berlapik saya tahu ia tidak manis. Maaf ye.”
Nurin menghela nafasnya.
“Dah
tahu kenapa buat?” Tareeq cuma tersenyum dengan wajah yang ditundukkan.
“Nak
layan degil awak, keras awak. Itu aje caranya Cik Nurin Jannah.” Nurin
membeliakkan matanya. Tareeq tersenyum lebar, sehingga kedengaran tawa
dihujungnya.
“Sedegil
degil saya, sekeras keras saya. Saya tidak sekerek Dr.” Nurin membidas.
“Cececece…
Nurin Jannah marah lagi.” Nurin hanya mencebik. Tareeq memandang lepas ke laut
yang berada di hadapan mereka. Nafasnya di tarik sedalam yang mungkin. Wajah mulus
gadis di sisinya itu, di pandang.
“For all things
that I have done, that have hurt you, I’m sorry. For words that have carved your heart, I'm sorry.” Nurin memandang Tareeq yang
berada di sebelahnya, pandangan yang mencari keikhlasan lelaki itu. Kata-kata
yang keluar dari mulut Tareeq Sufean sebentar tadi, membuatkan degup jantung
Nurin berdetak tidak seiring, hilang rentaknya. Ikhlaskah dia?
+++++
part 5 will be the final part. ^^
tunggu esok ya.
sori harini post lambat sikit.
much love readers.
hope, korang dapat beri komen sepatah dua kata naaa~~~
9 comments:
Dr suffean dah jatuh cinta maut.... Hahahaha.... Parah....
best.!!
best2.....terbaik...
bestnye..
saya nak bawak balik tareeq tu pergi rumah saya boleh? hahahha
dh tangkp cintan dh Dr kerek....
terus pie pinang Nurin..
cpt smbng..
x sbr nk tau...next plesea....
ara
Ummi : takleh... sy dah booked! hehehe
mana part 5...dok tunggu2 smpai la tak dak lagi
tedia cik anon.
ce tgk tarikh last sy komen. dh setahun kut. hahaha
ada lama dah kut.
ce tgk sebelah kanan blog sy. rajin scroll ke bwh ye. ada 1 sampai 5 :)
Post a Comment