Azra menghempas
buku-bukunya ke atas meja. Nurin yang baru sahaja hendak mendekati Azra,
tersentak,hingga terjungkit bahunya.
“Ra…”
“Jangan kacau
aku boleh tak?” Belum sempat Nurin ingin bersuara, Azra sudah melarang kasar.
Hati Nurin tersentak hebat. Azra tidak pernah begini.
“Ra… aku boleh
jelaskan semuanya.” Azra mengalih tubuhnya, memandang Nurin yang sedia berdiri
di belakang.
“Untuk apa? Dah
tak guna kau nak jelas apa-apa. Sekarang Megat dah putuskan hubungan kami. Puaslah
hati kau Nurin!” Suara Azra yang lantang memenuhi segenap ruang bilik mereka.
Mujur sahaja di dalam bilik, kalau di luar? Nurin beristighfar.
“Ra, dengar dulu
apa aku nak cakap.” Nurin terus sahaja merayu, merayu agar kawan baiknya itu
mendengar penjelasannya. Azra tersenyum mengecek.
“Kau memang
dasar tak faham bahasa. Sudahlah, kau pergilah dekat Dr.Tareeq yang kau gilakan
sangat tu.” Azra bertempik, lalu terus keluar daripada bilik. Dentuman pintu
bilik yang kuat membuatkan Nurin tersentak untuk kesekian kalinya. Bagaimana
untuk dia jelaskan segala-galanya kepada Azra? Ah! Megat memang pengadu dan
pencetus masalah yang hebat!
Nurin melabuh
duduk di kerusi. Bagaimana dia mahu selesaikan masalah ini? Baru sahaja lapang
dada dengan isu kontroversi antara dia dan Tareeq yang baru sahaja selesai.
Kini datang pula yang lain. Buruk benarkah dia di depan Azra? Takkan Azra tidak
nampak Megat itu orang yang bagaimana? Nurin mengeluh berat, kisah siang tadi
terlayang di matanya.
“Aduh…
tak nampak orang ke? Jalan pakai mata.” Suara itu menampar telinganya, baru
sahaja dia hendak meminta maaf kerana tidak perasan akan ada orang di belakang
sewaktu dia berundur.
“Kalau
jalan pakai mata, apa gunanya kaki?” Nurin membidas. Lelaki yang sedang
menggosok lengan itu terus mengangkat wajahnya dengan laju.
“Dah
pandai menjawab eh?” Nurin ketawa.
“Sorry
Dr Sufean, tak perasan pulak ada orang kat belakang, takde cermin pandang
belakang.” Nurin berseloroh.
“Sorry
naik feri, jom pergi langkawi?” Giliran Tareeq mengusik. Nurin mencebik.
“Langkawi
tu esok-esok lah, sekarang ni kita kena pergi situ…” Nurin menunding jari ke
arah bilik di hadapan mereka. Tareeq hanya mengangguk.
“Kenapa
awak tak masuk, siap berundur lagi?” Tareeq menjungkit sebelah keningnya.
“Seram…
tadi saya nampak Megat masuk, muka dia bengis semacam.” Nurin bercerita dengan
penuh gaya. Tareeq hanya menggeleng.
“Nurin,
antara saya dengan Megat, awak rasa siapa lagi tough?” Nurin mengerut dahi.
“Dr
lah, Megat tu kering je, tanya lagi…” Tareeq tersenyum lebar. Tangannya
mencekak pinggang.
“Haa…
dah tu, takut apa lagi. Moh le kita masuk bilik Prof Azizi. Kita kena selesaikan
fitnah yang melanda kita.” Tareeq bersemangat.
“Tak
takut eh?” Nurin menyoal lagi.
“Lahai
budak ni… saya dah bincang dengan Prof Azizi sebelum ni. So, don’t worry,
everything will be okay.” Tareeq menjelaskan, senyuman tak lekang dari
bibirnya. Nurin hanya mengangguk. Langkah mereka seiring memasuki bilik
Profesor Azizi yang tentu sahaja sudah lama menunggu mereka berdua. “Aku serah
segalanya padaMu ya Allah…” Hati Nurin berbisik sendiri.
“Megat
Johan… kamu mesti tahu kenapa saya panggil kamu, betul?” Profesor Azizi
memulakan perbincangan. Nurin hanya menunduk wajah, manakala Tareeq memandang
tajam wajah Megat. Megat tiada langsung riak takut atau resah.
“Tahu…
satu fakulti dah tahu, tapi entah kenapa saya pulak yang dituduh sebagai
dalang.” Megat bersuara penuh angkuh. Tareeq tersenyum sinis.
“Kamu
tidak dituduh tetapi daripada maklumat yang saya dapat daripada pelajar-pelajar
termasuklah Majlis Tertinggi Fakulti, semuanya menunjukkan bahawa awak yang
memulakan isu ini.” Profesor Azizi bersuara tegas. Megat masih bersahaja.
“Ini
gambar yang awak edarkan kepada pelajar-pelajar fakulti ni. Betul?” Profesor
Azizi menyerahkan beberapa helai kertas A4 yang mengandungi cetakan gambar dan
tulisan.
“Di
sini juga ada mesej-mesej fitnah yang telah tersebar di fakulti. Hasil siasatan
pihak Majlis Tertinggi, membuktikan awak adalah pencetusnya.” Profesor Azizi
bersuara lagi.
“Ini
bukan fitnah tapi kenyataan, kenapa tidak Prof tanya dengan Nurin dan Dr
Tareeq?” Megat masih berlagak sombong. Tareeq hanya memandang dengan senyuman
sinis. Nurin diam tidak berkutik.
“Kamu
ada bukti yang ini adalah kenyataan?” Tareeq Sufean bersuara. Megat mencebik
penuh lagak.
“Dah
kenyataan kenapa perlu bukti?” Bukan jawapan yang diberikan sebaliknya kembali
dengan soalan.
“Nurin,
cuba kamu jelaskan dekat Megat tentang gambar ni…” Tareeq mengambil kertas
tersebut lalu menghulurkan kepada Nurin. Tanpa berkata apa, Nurin mengambil dan
membelek setiap gambar tersebut, biar pun dia sudah pernah melihat
gambar-gambar itu sebelum ini.
“Saya
tak nafikan, memang waktu ini saya bersama dengan Dr Sufean. Tetapi kami berada
berdua di fakulti atas sebab kerja. Dr Sufean adalah pensyarah di sini, dan
saya pula bekerja sebagai house-keeper.” Nurin menarik nafas sebentar sebelum
meneruskan penjelasannya.
“Kalau
daripada gambar kedua ini…” Nurin menyerah gambar tersebut kepada Profesor
Azizi untuk melihat.
“Waktu
itu, kaki saya terseliuh akibat terjatuh di tandas waktu hendak mengambil
wuduk. Dr Sufean tidak memeluk saya, dan saya juga tidak memeluk Dr Sufean
seperti yang Prof nampak dari gambar. Dr Sufean hanya membantu saya untuk
menuruni tangga, dan saya hanya memegang lengan Dr Sufean waktu itu. Mungkin
gambar ini sudah diubah daripada gambar yang asal.” Megat yang mendengar hanya
tersenyum sinis.
“Waktu
kami turun daripada tangga, kami ada terserempak dengan sekumpulan Majlis
Tertinggi, bolehlah bertanya kepada mereka kalau penjelasan saya tidak
membuatkan Prof percaya atau masih sangsi.” Nurin menambah lagi.
“Biar
saya jelaskan untuk gambar yang ini…” Tareeq mengambil satu gambar yang
menunjukkan seolah-olah Tareeq sedang memeluk Nurin daripada belakang, lalu
menyerahkan kepada Profesor Azizi.
“Masa
tu, petang lagi… dalam jam 6.30 petang. Nurin hendak mengemaskan bahagian atas
rak. Tangga yang digunakan agak tidak stabil, jadi saya hanya membantu Nurin
memegang tangga tersebut daripada bergoyang sepanjang Nurin mengemas rak tersebut.
Itu aje… langsung tidak seperti gambar, dan haa.. lupa pulak, waktu ni Prof
Azizi ada di mejakan?” Tareeq menyoal Profesor Azizi yang telah tersenyum
lebar.
“Megat,
megat… Atas alasan apa awak buat semua ni? Buat fitnah, jatuhkan maruah orang,
kenapa?” Profesor Azizi menyoal Megat yang masih tidak beriak bersalah, malah
lebih angkuh dan sombong. Megat tidak menjawab sebalik hanya menjungkit bahu
dengan bibir yang dicebikkan.
“Saya
tidak kisah tentang diri saya, sebab saya hanya pensyarah sambilan di sini.
Tetapi ini semua berkisar maruah seorang perempuan, maruah Nurin Jannah. Awak
tak kesiankan dia?” Tareeq yang masih menahan sabar, mencelah apabila Megat
seolah tidak takut dengan tindakan-tindakan yang bakal di kenakan ke atasnya.
“Apa
masalahnya? Dr masih bujang, Nurin pun single… nak selamatkan maruah dia?
Kahwin aje lah…” Sebaik jawapan itu menampar anak telinga Tareeq, laju sahaja
tangannya mencengkam kolar baju Megat, dan sudah mengenggam penumbuk yang
hampir sahaja mencecah muka Megat. Tergamam Megat atas tindakan Tareeq itu,
mujur sahaja Nurin cekap menahan Tareeq daripada meneruskan tindakannya.
“Sabar
Dr Tareeq, kita masih dalam perbincangan.” Profesor Azizi yang sudah bangun
dari duduk bersuara tinggi dan tegas. Tidak mahu pergaduhan berlaku di dalam
biliknya.
“Kamu
Megat, sudah buat salah masih lagi tidak mahu mengaku dan masih lagi bersikap
biadap? Kamu tahu apa kesannya kepada pengajian kamu di sini?” Profesor Azizi
bersuara lagi.
“Dr
Tareeq dan Nurin, kamu boleh balik dahulu. Saya akan uruskan hal ini, dan
Megat, kamu akan saya bawa kepada pihak atasan.” Megat merengus kasar, Nurin
dipandangnya tajam. Tareeq terus sahaja bangun daripada duduk, dan keluar
daripada bilik itu. Rimas dengan sikap Megat yang melampau!
Dentuman
daun pintu mengejutkan Nurin. Azra masuk ke bilik dengan wajah yang suram,
seperti baru sahaja selesai menangis. Nurin hanya memerhatikan tingkah laku
Azra yang sedang mengeluarkan baju-bajunya dan meletakkannya ke atas katil.
“Kau
nak pergi mana Ra?” Nurin mendekati Azra yang sedang memasukkan baju-bajunya ke
dalam bagasi. Azra hanya menjeling, tidak menjawab apa-apa. Nurin memegang bahu
Azra.
“Ish…
kau jangan menyibuk boleh tak?” Tangan Nurin ditepisnya kasar. Nurin
terberundur ke belakang. Sepanjang persahabatan mereka di UTM, inilah kali
pertama mereka bergaduh.
“Ra,
aku akan jelaskan. Aku tak bersalah Ra. Megat…” Mendengar sahaja nama Megat
disebut, Azra terus sahaja memandang Nurin tajam.
“Stop
Nurin! Megat dari awal lagi dah warning aku, jangan percayakan kau. Tapi sebab
aku kenal kau dulu sebelum dia, aku lebih percayakan kau. Tapi akhirnya, sebab
kau, aku hilang cinta aku. Aku bodoh sebab percayakan perempuan miskin macam
kau! Memang patut Mak Tiri kau tu bencikan kau, sama macam aku bencikan kau
sekarang!” Nurin terkedu, kata-kata Azra bagai renjatan elektrik yang merenjat
tubuh Nurin. Sehina itukah aku ini? Nurin menyoal dirinya sendiri. Nurin
berdiri kaku, memandang Azra yang kian kabur daripada pandangannya dek kerana
tubir matanya kini bagai kolam yang sudah mahu melimpah airnya. Adakah selama
hayatku ini, akan hanya menyusahkan dan menjadi objek untuk dibenci? Nurin
memejam mata, lalu merembeslah air mata mengalir di pipinya yang gebu itu. Dentuman
pintu yang dihempas Azra, bagaikan suis yang mengawal kaki Nurin, yang terus terjelepok
jatuh ke lantai bilik. Nurin melepaskan segalanya dalam sendu.
+++++++++
Nurin
meraup wajahnya selepas mengaminkan doa. Hari ini hari minggu, mujur sahaja
tiada apa-apa aktiviti yang perlu dihadiri, bolehlah dia berehat di bilik. Azra
mungkin pulang ke rumahnya di Batu Pahat, memandang semalam dia tidak pulang ke
bilik. Nurin menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan. Telekung
dibuka dan dilipat. Solat sunat dhuha
membuka pintu rezeki, mudah-mudahan lebih banyak rezeki yang baik diperoleh
selepas ini, doa Nurin.
Ketukan
di pintu membuatkan Nurin tidak jadi melangkah ke meja belajarnya. Tombol pintu
dipulas.
“Assalamualaikum.
Nurin Jannah eh?” Gadis itu menyoal dengan senyuman yang terhias di bibirnya.
“Waalaikummusalam.
Ye saya Nurin. Ada apa ye?” Gadi itu
tidak dikenalinya.
“Oh…
Ini, ada orang tunggu awak dekat foyer depan pejabat, dia pesan suruh awak
pakai cantik-cantik.” Pesanan daripada gadis itu membuatkan Nurin kehairanan. Siapa?
“Siapa eh?” Nurin menyoal.
“Siapa eh?” Nurin menyoal.
“Tak
tanya pulak, dia naik kereta BMW hitam.” Nurin sudah dapat meneka siapa.
“Okay,
takpe. Terima kasih ye.” Nurin bersalaman dengan gadis ‘posmen’ itu sebelum
menutup pintu. Nurin melangkah ke almarinya, dia bersiap ala kadar sahaja. Bukan
dia tidak tahu, Dr.Kerek itu tidak suka dibiar lama menunggu.
Dari
jauh Nurin sudah dapat melihat kereta BMW hitam itu, elok di parker di depan
pejabat. Nurin mempercepatkan langkahnya. Sebaik tiba di situ, tingkap kereta
diketuk perlahan. Tareeq menurunkan cermin tingkapnya.
“Biru
Cik Nurin hari ini.” Tareeq menegur. Nurin melihat badannya yang tersarung blaus
biru dan tudung biru, dikenakan pula dengan jeans hitam. Alah ini memang gaya
Nurin sehari-hari.
“Dr.Sufean
pun biru jugak. Kebetulan la kita eh.” Nurin sekadar berbasa basi.
“Jom,
kita pergi discussion.” Nurin mengerut dahi.
“Nak
discuss apa?” Nurin menyoal.
“Masuk,
kemudian kita discuss…” Nurin mencebik, Tareeq ini ada-ada saja!
Tareeq
Sufean memandu keretanya, meluncur laju keluar daripada UTM. Nurin hanya diam
di sebelahnya.
“Nurin,
semalam stay up ke?” Tareeq tiba-tiba dengan soalan pelik.
“Ha? Tak
ah… tidur awal.” Jawab Nurin.
“Oh…
tapi mata bengkak aje tu…” Tareeq menyoal lagi. Nurin memegang bahagian bawah
matanya.
“Menangis
banyak sangat kut.” Nurin menjawab tanpa berselindung.
“Kenapa?”
“Azra
dah benci saya… mungkin untuk selama-lamanya.” Tareeq mengangguk.
“Baguslah…”
Nurin terpempan dengan apa yang keluar daripada mulut Tareeq.
“Apa
pula bagus? Kalau bagus saya tak nangislah, suka pelik-pelik.” Rungut Nurin.
Tareeq hanya ketawa kecil.
“Baguslah,
at least dia takkan tahu, sampai bila-bila yang sebenarnya pakwe dia tu
tergila-gilakan kawan baik dia ni.” Nurin mencebik.
“Awak
ni kira hot jugak la eh.” Nurin memandang Tareeq dengan pelik, kemudian dia
tersenyum.
“Well…
walaupun saya ni tak pandai bergaya, tak pandai berfesyen. Tapi saya amat
bersyukur dikurniakan wajah yang cantik…” Nurin menjawab dengan penuh lagak.
Tareeq menjuih bibir.
“Sejak
bila awak belajar jadi kerek ni?” Soal Tareeq tidak puas hati.
“Sejak
kenal Dr Sufean yang kerek.” Nurin laju sahaja menjawab, Tareeq mengetap bibir,
menunjukkan dia marah. Tanpa rasa takut atau bersalah, Nurin hanya ketawa.
“Kerek-kerek
Dr Sufean, Dr sangat baik dengan saya. Terima kasih.” Nurin bersuara lembut,
penuh ikhlas dan jujur.
“Mama
saya selalu pesan dekat saya. Jahat mana pun kita, berlagak mana pun kita, apabila
tiba soal maruah dan harga diri seseorang perempuan, kita tak boleh buat
main-main. Macam awak pernah kata, saya gunakan wang untuk mainkan maruah awak,
balik rumah saya terus fikir dan fikir. Mungkin cara saya kasar, sebab itu
nampak saya main-mainkan awak.” Ujar Tareeq panjang lebar.
“Saya
minta maaf tentang tu. Semua tu diluar kawalan saya. Saya penat sangat masa tu,
dengan sms-sms Megat, Acik Emah dan Dr. Sufean.” Nurin ketawa apabila nama
Tareeq disebutnya.
“Kenapa
awak tak terima Megat?” Soal Tareeq tiba-tiba.
“Sebab
saya datang sini untuk belajar, bukan bercinta.” Nurin menjawab dengan pantas,
seolah jawapan itu sudah tersedia di bibirnya.
“Oh,
kita ni tak bercinta?” Nurin ketawa.
“Kita
bekerja bersama-sama. Kerja-sama!” Nurin meniru nada lagu Wonder Pets. Tareeq yang
cuba menduga hati Nurin, turut ketawa. Sungguh dia tidak nafi, yang dia sangat
suka sisi Nurin ini yang ‘comel’ baginya.
“Dr.Sufean,
terima kasih untuk semalam juga. Selamatkan saya daripada Megat.” Tareeq hanya
mengangguk dengan senyuman. Hal semalamlah yang membuatkan dia bertemu Nurin
hari ini. Tidurnya terganggu dengan kejadian selepas perbincangan lapan mata
itu.
“Dulu
aku kau tolak mentah-mentah, sebab aku takde apa-apa. Tapi bila jantan tu
datang, kau boleh pula bergesel-gesel.” Megat menengking Nurin yang masih
berada di Fakulti Alam Bina. Nurin terkaku, dek suara Megat yang kuat menampar
gegendangnya. Nurin tidak suka ditengking, dijerit sebegitu, terasa hatinya
mengecut laju.
“Kan
dah cakap, kami takde apa-apa…”Nurin bersuara perlahan. Malu, apabila beberapa
pasang mata memandang ke arah mereka berdua.
“Ingat
aku bodoh?! Aku boleh nampaklah korang berdua tu memang ada hubungan!” Nurin
yang takut-takut tadi, kini kian hilang sabar.
“Kalau
aku dan Dr Sufean ada hubungan sekalipun, yang kau nak marah sangat kenapa? Bukan
hak kau nak ambil tahu!” Kata-kata Nurin itu memanaskan lagi telinga dan hati
Megat Johan yang sedia panas. Laju sahaja tangan Megat mengayun mahu menampar
pipi gebu itu. Mujur ada adiwira yang gagah datang membantu.
“Megat
Johan. Enough is enough. Dah fitnah kami merata-rata, dah malukan kami satu
fakulti, sekarang kamu nak pukul pula budak perempuan ni?” Tangan Megat
dicengkam kuat oleh Tareeq. Sayat hati Nurin dengan tindakan Megat yang
tiba-tiba.
“Ahh!
Dr Sufean, perempuan ni pandang Dr sebab Dr ber-ada, kalau Dr macam saya. Jangan
harap dia nak pandang, sikit pun dia tak pandang.” Megat merentap tangannya.
“Dia
pandang saya pun jadi masalah? Dia ada mata dia punya sukalah.” Tareeq sempat
lagi dengan lawak ‘bodoh’nya disaat genting sebegitu.
“Aku
takkan lepaskan kau Nurin! Takkan….” Tareeq menolak perlahan Nurin supaya berada
di belakangnya.
“She
has me to protect her, so langkah mayat saya dulu kalau awak terfikir nak buat
yang buruk pada dia. Faham?” Ujar Tareeq tegas, Megat mencerlun marah. Nurin
hanya tergamam. Sungguh macam hero! Bisik hati Nurin, nakal.
“Kau
dah ada Azra.” Nurin mencelah. Megat mencengkam rambutnya kuat dengan kedua-dua
belah tangannya.
“Argh!
Kau ni bodoh sama macam kawan kau, bodoh! Aku gunakan dia sebab aku nak dekat
dengan kau. Dengar sini Nurin, aku akan buat kau menyesal dan ingat aku sampai
bila-bila!” Megat mengugut sebelum melangkah pergi. Tareeq hanya menggeleng
laju, sungguh tak faham bahasa! Desir hati Tareeq.
“Dr
Sufean, yuhuuuu…” Nurin memanggil-manggil nama Tareeq yang sudah hanyut entah
ke mana. Tangannya digawang-gawangkan. Tareeq tersentak. Jauh dia mengelamun!
“Mujur
tak khayal sampai excident.” Nurin menyindir. Tareeq tersengih sendiri.
“Dr,
kita nak pergi mana ni? Dah dekat RnR Machap.” Nurin menyoal, matanya tak lepas
memandang ke luar kereta.
“Kita
pergi Kluang.” Ujar Tareeq. Nurin tercengang.
“Jauhnya…
buat apa?”
“Takde
orang akan pandang-pandang kita dekat sana.” Nurin mencebik, perlilah tu!
“Jauhkan
kontroversi katakan…” Tambah Tareeq lagi. Nurin menjeling tajam.
“Nak
pergi mana kat sana?” Nurin menyoal lagi, Kluang bukan bandar besar, tapi
cukuplah untuk sekadar mencuci mata.
“Main
bowling, makan-makan and lepas tu saya nak bawa awak jumpa seseorang.”
“Siapa?”
“Siapa
yang awak nak sangat-sangat jumpa sekarang?” Soalan dibalas soalan. Nurin mengeluh
sebelum menjawab perlahan.
“Azra.”
Tareeq mengangguk dengan senyuman penuh makna. Nurin memandangnya dengan wajah
penuh tanda tanya, benarkah?
“Semalam
saya kebetulan jumpa dia di Petronas. Lepas saya paksa dia untuk dengar
penjelasan tentang apa yang berlaku, dia setuju untuk berdepan dengan awak.”
Sengaja Tareeq menekan perkataan paksa itu.
“Dia
dah tahu semuanya?” Nurin menyoal lagi.
“Yup dan
dia dapat terima dengan baik. Sebab tu hari ni dia suruh saya bawa awak jumpa
dia. Everything will be fine.” Nurin meraup wajahnya. Hatinya terasa lega,
bagai hilang sudah batu yang tersekat di dada. Tubuhnya terasa ringan.
“Alhamdulillah…”
Tutur Nurin perlahan.
“So
sebagai balasan, hari ni awak kena teman saya, tak boleh kata tak nak.” Nurin
memandang Tareeq yang sedang memandu.
“Kira
macam tak ikhlaslah tolong eh?” Tareeq tersenyum.
“Ikhlas
tu Allah sahaja yang tahu. Tak kiralah awak nak kata apa, sekarang awak dah pun
dengan saya. Mahu atau tak, tetap kena mahu.” Ujar Tareeq lagi.
“Dah
tahu dah Dr. Sufean oiii…” Nurin membalas, tangannya memeluk tubuh. Jauh dilubuk
hati, Nurin benar-benar berterima kasih kepada Tareeq Sufean atas segala-gala
yang telah dilakukannya.
“Nurin…
lupakan apa yang Azra cakap dekat awak ye? She didn’t mean it.” Nurin melepas
pandangan matanya ke arah Tareeq, kemudian memandang terus ke depan.
“Saya
mungkin dilahirkan untuk memaafkan orang lain, dan begitu juga dengan saya yang
mengharapkan orang lain memaafkan saya. Saya faham.” Tareeq dalam diam, kagum
dengan ketabahan Nurin Jannah. Dia sendiri tidaklah sekuat itu.
“Dr…
terima kasih untuk semuanya.” Tutur Nurin perlahan. Tareeq menyambutnya dengan
senyuman dan anggukan. Semoga apa yang pahit akan pergi, dan yang manis akan
hadir dan membawa seri. Kereta BMW itu terus meluncur laju di jalan, menuju ke
destinasi.
+++++++++++
Nurin menggelabah, kakinya yang melangkah bagai mahu
tercabut dan tersilang akibat melangkah terlalu laju. Tangga dipanjat dengan
lari-lari anak. Secepatnya dia mahu bertemu dengan Tareeq Sufean.
“Laju
aje Nurin?” Profesor Azizi yang kebetulan menuruni tangga menyapa Nurin, yang
kelihatan terburu-buru menaiki tangga.
“Nak
jumpa Dr. Sufean, dia ada tak Prof?” Nurin menjawab dengan hela nafas yang ada.
“Dr.
Sufean takde kelas harini. Kenapa?” Nurin terasa bagai mahu tertanggal kakinya
mendengar jawapan itu. Terasa penat menimpa-nimpa bahunya.
“Ala…
saya ada hal penting nak jumpa dia sekarang.” Profesor Azizi hanya memandang
dengan penuh hairan.
“Kes
hari tu bukan dah selesai ke?”
“Dah,
ni hal lain pula.” Nurin menjawab laju.
“Kamu
berdua ni, tak habis-habis. Ada jodoh la tu.” Nurin terpana. Mulutnya terkunci
rapat.
“Ish,
Prof ni, takdelah. Ha… Prof ada no Dr. Sufean?” Nurin menyoal, malas hendak
memanjangkan kontroversi yang sudah sedia panjang.
“Ada…
Kejap ye…” Profesor Azizi mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya. Nama
Tareeq Sufean di cari.
“Nah…
ambillah…” Telefon diserahkan kepada Nurin.
“Dr.
Tareeq? Oh… bukan panggil Dr. Sufean?” Sambil menyalin nombor telefon Tareeq
Sufean, mulut becok Nurin sempat lagi menyoal.
“Tu
lah saya kata kamu berdua berjodoh. Dr Tareeq Sufean tu, memang orang panggil
Dr. Tareeq. Kamu sorang aje yang panggil dia Sufean. Dr.Tareeq kata, kamu orang
kedua yang panggil dia Sufean.” Profesor Azizi sudah tersenyum penuh makna.
Nurin hanya mengangguk dengan mulut mencebik.
“Mujur
tak pertama, kalau tak lagi kontroversi.” Nurin berseloroh.
“Kedua
pun macam pertama, sebab yang pertama tu mak dia.” Profesor Azizi menambah
sehingga membuat Nurin terkedu. Alamak! Kena balik.
Nombor
Tareeq Sufean didailnya, sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di bangku tepi
Masjid Sultan Ismail. Inilah tempat kegemarannya, sunyi dan tenang tanpa
sebarang gangguan. Lama, barulah talian disambungkan.
“Hello,
Dr Sufean ke ni?”
“Waalaikummussalam,
tak ni Dr. Tareeq Sufean.” Tareeq menyindir sikap kelam kabut Nurin Jannah.
Nurin menggigit lidah.
“Sorry,
Assalamualaikum Dr Tareeq Sufean.” Lembut Nurin membetulkan salahnya.
“Waalaikummussalam..Haa…
kan sedap dengar, ni tak, pakai serbu aje. Kenapa? Ada problem lagi?” Tareeq
menebak.
“Ha’ah…
ada masalah besar sangat. Dr mesti tau kan?”
“Aik…
awak punya masalah, kenapa pulak saya tahu? Awak tak cakap saya tak tahu la.”
Nurin mengeluh lemah.
“Dr,
Dr jangan main-main. Dr kan yang janji nak bagi 10 ribu dengan Acik Emah
semalam?” Nurin menyoal lagi. Terkejut besar dia, apabila Acik Emah tiba-tiba
menghubunginya dan mengucapkan tahniah segala bagai.
“Ya
Allah, kamu cakap apa ni Nurin, saya tak faham. Boleh terang betul-betul tak?”
Tareeq bersuara tegas. Nurin mengeluh lagi, bukan Dr.Sufean ke? Bisik hatinya.
“Jadi,
bukan Dr lah yang bagi? Erm…”
“Cuba
cerita betul-betul, saya tak faham.” Tareeq menyoal lagi, dari pendengarannya,
dia tahu Nurin sedang dilanda resah.
“Macam
ni, sebenarnya pagi tadi Acik Emah call saya. Dia kata ada orang datang
meminang, duit hantaran 10 ribu. Acik Emah apa lagi, terus aje setuju. Dia
setuju, orang tu siap bagi cincin tanda, hujung minggu ni majlis bertunang. Saya
terkejut sangat-sangat. Acik Emah langsung tak tanya saya apa-apa. Bila saya
tanya siapa, dia just suruh saya balik hujung minggu ni.” Nurin menjelaskan
panjang lebar. Tareeq menghela nafas.
“Kenapa
kata saya pulak yang meminang awak? Perasan jugak awak ni ye?” Tareeq
menyindir, Nurin hanya mengeluh.
“Sebab
10 ribu, kan dulu Dr pernah sebut 10 ribu, sebab tu saya fikir Dr. Perasan pun
perasanlah, sekarang ni macam mana Dr…”
“Balik
aje la… apa-apa pun selesaikan hal ni face
to face.” Tareeq memberi nasihat.
“Dr
cakap senanglah, Dr tak kenal Acik Emah tu macam mana. Kalau tahu macam ni
jadinya, dari awal saya berkeras. Ini semua salah Dr!” Nurin membentak. Tareeq
hanya ketawa dengan pernyataan yang keluar dari mulut Nurin.
“Salah
saya pula, sebab awak berkeraslah awak dah kena jual. 10 ribu tu, mahal-mahal…”
Tareeq bukan memberikan jalan keluar tapi menambahkan sakit hati kepada Nurin.
“Dr
Sufean, ni tak lawak tau.” Nurin bersuara, marah!
“Okay,
sorry… Hal ni saya tak boleh nak tolong, awak kena selesaikan sendiri. Awak
istikharah, dan buat pilihan awak. Nasihat saya, awak balik dan selesaikan
dengan Acik Emah.” Tareeq memberi nasihat, dengan penuh hemah.
“Kalaupun
saya punya pilihan adalah menolak, saya tak yakin saya mampu untuk menolak.
Menyesal pulak saya tolak cadangan Dr dulu.” Nurin mengeluh lagi, dugaan ini
paling hebat dalam hidupnya.
“Cadangan
saya?”
“Ha’ah,
cadangan Dr untuk bagi 10 ribu dekat Acik Emah dulu tu. Lebih baik saya kahwin
dengan Dr dari kahwin dengan entah siapa-siapa yang Acik Emah terima tu.” Nurin
bertutur dengan bersahaja. Tareeq dihujung talian sudah tersenyum melebar.
“Seriuosly?
Awak memang syok kat saya eh Nurin?” Tareeq cuba menebak hati Nurin.
“Tak
ah, saya suka kereta BMW Dr tu aje.” Nurin berseloroh. Tareeq ketawa dengan
jawapan Nurin.
“Saya
serius ni Nurin, kenapa awak kata macam tu?” Tareeq seakan suka benar bila dia
mendengar Nurin meluahkan rasa hatinya.
“Kalau
dengan Dr, saya dah kenal. Dah tau kereknya macam mana. At least saya boleh
ready dari segi mental.” Nurin sekadar bergurau, namun ada jujur dalam
kata-katanya.
“Amboi,
mental? Perlilah tu.”
“Gurau
aje Dr.” Nurin ketawa kecil.
“Saya
tak seteruk tu kan…” Tareeq membela diri sendiri.
“Ye.
Dr Sufean baikkkk sangat orangnya.” Nurin sengaja menekan panjang perkataan
baik itu, sengaja ingin menyindir Tareeq Sufean.
“Saya
tau. Terima kasih kerana memuji. Awak nak saya tolong tak?”
“Macam
mana Dr nak tolong? Nak bagi 20 ribu eh?”
“Ingat
saya ni buka kilang buat duit ke?” Tareeq membidas.
“Dah
tu, nak tolong macam mana?” Nurin menyoal lagi.
“Tolong
tepung tawar awak atas pelamin nanti.” Nurin merengus kasar. Tareeq sudah
ketawa terbahak-bahak dihujung talian.
“Lawak
sangatlah! Takpelah Dr, maaf mengganggu dan menuduh Dr pulak. Maaf ye. Terima
kasih sebab selalu dengar masalah saya. Assalamualaikum.” Nurin mematikan
talian sebelum sempat Tareeq menjawab salam. Lagi dilayan Tareeq Sufean, lagi
serabut kepalanya. Keluhan dilepaskan, terasa berat di dada dan kepala.
Nurin mendongakkan
kepalanya, memandang terus ke langit yang membiru. Langit yang cerah, memberi
petanda, seolah-olah hujan tidak akan turun hari ini. Tetapi kadang kala, waktu
terik matahari memancar, hujan masih bisa menitis membasahi bumi. Semua itu
diluar kawalan. Macam keadaan dirinya sekarang, sememangnya di luar kawalan.
“Macam
manalah kau boleh fikir Dr. Sufean Nurin…” Nurin menyoal diri sendiri. Hatinya
sedikit sebanyak merasa kecewa. Kalau Dr Sufean, aku akan gembira ke? Nurin
menyoal dirinya lagi. Setelah itu kepalanya digeleng laju, bagai mengusir
andaian demi andaian yang datang untuk menambah keserabutan di kepalanya. Kedua-dua
belah tangannya meraup wajah. Pandangannya kemudian dilepaskan ke padang yang
menghijau berhadapan dengan masjid.
Deringan
telefon bimbitnya mematikan menungnya kala itu. Telefon bimbit di tangan
diangkat dan dibelek dahulu nama pemanggilnya, selepas itu barulah talian
disambungkan.
“Waalaikummussalam…
kenapa Dr?” Salam Tareeq yang menghubunginya dijawab.
“Nurin,
betul ke mak cik awak kata 10 ribu orang tu bagi?” Nurin mengerut dahi.
“Yelah,
10 ribu, tu yang Acik Emah beritahu saya pagi tadi.”
“Tapi
kan, saya baru aje call mama saya, mama saya kata 12 ribu, macam mana boleh
kurang 2 ribu?” Nurin tercengang.
“Kejap,
kejap, kejap… Apa kaitan mak Dr pula ni, jangan-jangan…” Nurin menekup mulutnya
yang sudah ternganga luas, tidak menghabiskan kata. Tareeq ketawa kecil,
kemudian diam beberapa ketika sebelum kembali bersuara.
“Nurin
Jannah, saya harap jawapan istikharah awak akan sama seperti mana saya. Saya
ingin awak menjadi teman hidup saya di dunia hingga ke syurga, insyaAllah.”
Tareeq mematikan talian, tanpa menunggu sebarang kata daripada Nurin yang masih
terkedu dan terkaku. Telefon bimbitnya digenggam erat. Benarkah? Nurin bagai
bermimpi, pipinya dicubit beberapa kali sehingga terasa perit.
“SubhanaAllah…”
Nurin akhirnya tersenyum sendiri. Sungguh dia tidak percaya, dalam soal penting
ini pun, dia selalu terkena. Tareeq Sufean memang!
Nurin
menaip sesuatu ditelefonnya, setelah selesai terus sahaja dia menghantarnya ke
nombor Tareeq. Bunyi beep yang menandakan mesej sudah diterima oleh Tareeq, membuatkan
Nurin Jannah tersenyum melebar.
+++ Nampak
gayanya, saya memang kena siap sedia dengan mental yang kuat! ==’+++
-TAMAT SATU LAGI KISAH CINTA-
Moga bahagia sentiasa
milik mereka.
nurwateeqa
26 comments:
best sangat...ayat yg abc gunakan pun bersahaja.. bleh senyum sorang2.. nanti buat SE yer..keep it up dear... tunggu karya seterusnya dari abc..tq
rasa x puas plak baca ending macam ada yang kurang apa ya.harap2 ada SE best sesangat suke dgn watak nurin n tareeq sufean.
bestlah...tapi tak puas bace...
buatlah "SE" pulak
SE plezzzz...
hehe,
c0mel je dye0wg ni...
hai...salam abc..
waaa nice story la...
huhu..agak lama tak berkarya ye abc..
enjoy reading it...
aah la cam x puas baca..buat sambungan ye..
gud luck.. :)
hahahha...acik emah dah songlap 2 ribu.. huhu
memang best, tp ending tu panjangkan lagi... macam brake mengejut saja..he he
apa2 pun tq memaparkan cerita yang bagus..& kelakar
insyaAllah. tungguuuu~~
terpaksa brake sebelum terus melalut ke laut hahahaha
thanks for reading! ^^v
arghhhh ! best sgt2 ! thumbs up writer ! nak SE pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..............................................................
hahahahah..dpat gak kwin dgn Dr 2..sy pn stuju dgn fz nk SE lps dorg kwin ek..plissssss
insyaAllah
terima ksih kerana membaca :)
speechless...xthu nk comment apa.. tp yg penting ayat yg digunakan bagus...sgt2 bagus..penulisan nampak matang n sgt2 improve dr b4 this...:)
skrg pon pensyarah sy umur 28 thn dah ada phd ...huhu..
terbayang plak pensyarah sy .. huhu
cik anon: serius?? dh kwen lom? mudanya dh ada phd huhuhuu
best2 ..tapi ending ni tambah lagi lg keboomkankan..
best sgt2,buatlahh sambungan dia and post kat penulisan2u..okay..akk mmg kreatif:)
uhuuuuuu tak tertulis lagi cerpen2 yang ada. inshaAllah BMW 2 or SE.. tunggu la ye ^^v
buatla sambungan lps kawin mesti best....abc ni mesti student utm kan...semua ceta asyik kat utm...hihhii
(sol)
anak kandung UTM!
t'tunggu-tunggu SE...
pleasee cik abc bt la SE...
-shu-
Sya harap jawapan istikharah awak sama dengan saya..terasa sebak pulak..hahahaa
U knw what cerita ni kadang2 buat abc berangan sesorg hahaha sendiri tulis sendiri berangan.
Kte sukala semua cerita yg awak tulis.. Teruskan berkarya ea..
hahaha tq. amin inshaALlah
Tertarik nya dgn Dr Tareeq Sufiean ni.. Huhu.. Best klau watak Nurin ada yg kacau 😀 Dr jeles 😂BTW, best
Boek arr..nk lagi yg bru
Post a Comment