Beg tangan di bahu aku betulkan
kedudukannya. Beg pakaian aku seret membontoti langkah Angah ke kereta. Minggu
lalu, Angah terpaksa balik lebih awal daripada rancangannya kerana ada urusan
dipejabatnya. Ibu tidak benarkan aku menaiki bas ke Kuala Lumpur, bimbang
dengan diriku yang sarat mengandung. Tapi, kalau aku memandu kereta sendiri lagi
bahaya kan? Ibu mana tak risaukan anak-anak. Nak suruh Angah balik kampung dan
ambil aku, macam menyusahkan dia pula, nak tak nak aku kena naik bas jugak.
“Macam mana perjalanan? Letih?” Angah
mula menyoal ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah Angah. Aku yang cuba
menyelesakan kedudukan hanya mengangguk dan tersenyum.
“Angah mintak maaf la Mus, tak dapat
nak balik jemput Mus kat kampung.”
“Tak apa la Ngah. Tak jauh mana pun.
Dah sampai pun, Alhamdulillah.” Angah turut tersenyum dan mengangguk.
“Kak Idah dah masak dah. Tunggu Mus
sampai. Suka benar la dia, ada geng kat rumah.” Aku ketawa kecil. Jam ditangan
aku pandang sekilas.
“Awalnya Kak Idah masak? Baru pukul 11.”
Angah memandangku, memberi senyuman dan memandang kepada pemanduannya.
“She has something to tell you.
Something surprise and dot dot dot” Angah ketawa besar. Aku menjungkit kening
tanda tidak faham.
“Ni mesti ada apa-apa ni, semacam aje
bunyi? Angah pun nampak ceria. Cerita la…” Gesaku. Ketawa angah buat aku lagi
tertanya-tanya dan sangat curious!
“Eh… tunggu la. Kak Idah nak cakap
sendiri.”
“Tak sabar nak tau…” Aku cuba memujuk
Angah. Angah hanya mengeleng kepala dan ketawa kecil.
“Nope. Kita singgah ambil Haziq dulu
ye. Lepas tu balik rumah and tahu berita gembira.” Aku hanya mencebik dan
mengangguk. Tak sabar, macam dah boleh agak!
Sampainya kami di perkarangan Tadika
Haziq, sekumpulan kanak-kanak kelihatan berpusu-pusu keluar daripada Tadika.
Indah pandangan tika itu, melihat kanak-kanak kecil yang bersuka ria, senyuman
sentiasa dibibir mereka. Tiada masalah yang perlu difikirkan, kalau ada pun
mesti mudah mereka menyelesaikannya. Kanak-kanak, masih belum bisa mengerti
yang betul dan salahnya, baik atau buruk. Terkadang aku terfikir juga, indahnya
jika aku terus menjadi kanak-kanak, tak perlu aku lalui kepayahan ini.
Kepayahan yang kadangnya aku terasa sukar untuk menghadapinya, namun Allah
tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka. Allah itu Maha
Mengasihani. Kerana itu, aku masih kuat berdiri, masih mampu mengukir senyuman
dibibir ini.
“Mak Lang berangan??” Cuitan kecil
dipinggang menyedarkan aku daripada lamunan yang melalut. Jauh benar aku
berfikir. Aku pandang wajah si kecil itu dan menghadiahkannya sebuah senyuman.
“Mak Lang berangan nak jadi budak
tadika balik.” Angah hanya ketawa dengan jawapanku, tapi tidak Haziq, dia
ternganga. Aku mengjungkitkan kening.
“Kenapa pandang Mak Lang pelik?”
“Haziq cuma terpikir, ada ke budak
kecik perut besar macam Mak Lang” Haziq kemudian ketawa besar, berselang seli
dengan Angah. Anak dengan bapak sama aje perangainya. Aku mengjengilkan mata
dan terus menggeletek tubuh kecil itu, sehingga dia mengibarkan bendera putih.
Haziq sangat petah, tersangat petah sampai orang selalu ingat dia sudah sekolah
rendah sedangkan baru tadika!
++++++++++
“Angah cakap Kak Idah ada surprise
nak bagitau dekat Mus. Apa dia akak?” Ujarku sewaktu aku dan Kak Idah sibuk
mengemas dapur selepas makan tengahari. Gulai tempoyak resipi Ibu memang
terbaik!
“Angah pun mesti excited tu, akak
suruh dia diam-diam jangan bukak topik tentang surprise ni langsung.” Kak Idah
menjawab dengan tawa kecil. Gembira benar wajahnya.
“Memang dia excited tapi tak cakap
apa dia, apa akak, cepatlah, berdebar Mus tunggu ni…” Aku menggesa Kak Idah
yang tak lekang dengan senyuman sedari tadi. Tak semena-mena, Kak Idah menarik
tanganku dan meletakkannya di perutnya. Aku hanya memandang wajahnya dengan
riak tidak mengerti.
“Are you pregnant akak?” Kak Idah mengangguk
dengan senyuman yang kian melebar. Aku menutup mulut yang ternganga dengan
kedua tanganku. Sungguh terkejut!
“Akak tunggu 5 tahun untuk anak kedua
ni. Syukur sangat Mustika, ingat sorang aje anak akak.” Aku dan Kak Idah sudah
berpelukkan.
“Miracle
kan akak… dulu doktor kata akak dah tak boleh mengandung, siapa tahu kuasa
Allah kan.”
“Sangat miracle, it is because of you.
Sebulan lepas akak balik dari jaga Mustika masa demam dulu, akak dapat berita
gembira ni. Masa tu awal sangat nak bagitau, sekarang dah 2 bulan berani la
sikit.” Aku mengerut dahi dengan penjelasan panjang lebar Kak Idah.
“Kenapa sebab Mus pulak?” Kak Idah
ketawa.
“Mustika bagi hormon orang mengandung
dekat akak.” Kak Idah terkekek ketawa dengan jawapannya sendiri. Aku mencebik.
“Kuat hormon Mus ye kak.” Kami
berkongsi kegembiraan petang itu. Saling bertukar cerita kandungan
masing-masing. Kak Idah tak berhenti tersenyum. Sekejap-kejap perutnya diusap.
Walaupun belum nampak bentuknya, tapi perasaan itu sudah subur. Siapa yang pernah
merasa, memang tahu perasaan setiap ibu yang merasai detik ini.
+++++++++++++++++++
Irham melabuh duduk di sofa. Tali
leher dilonggarkannya sedikit. Tubuhnya disandar selesa. Mata dipejamnya rapat.
Segala serabut kerja di pejabat di usir jauh, mahu melapangkan fikirannya
seketika.
“Penat sangat ke jadik Engineer ni bang?” Persoalan Lisa
menerjah ke dalam ketenangan yang cuba dibina oleh Irham. Irham membuka matanya
kecil. Hanya anggukan yang dia berikan sebagai jawapan. Lisa mencebik. Laptop
yang dibawanya diletakkan di atas meja kopi dan di ‘on’ kan.
“Abang dah add Kak Mustika dekat Facebook?”
Soalan itu membuatkan Irham membuka matanya besar. Terus sahaja dia mengubah
posisi duduknya daripada menyandar ke duduk tegak.
“Lisa ada Facebook Kak Mustika?” Irham mula menemuramah Lisa yang duduk di
atas permaidani.
“Ada, dah lama Lisa add Kak Mustika.” Lisa menjawab sambil
tangan dan matanya ligat di depan laptop.
“Kak Mustika dekat KL sekarang, pergi
rumah abang dia.” Ujar Lisa lagi tanpa disoal.
“How
do you know?” Irham menjungkit kening.
“Status update dia la… dah dua hari dekat KL. Lusa baru balik Kedah.”
“Amboi, sakan dia update status dekat Facebook?”
“Tak lah, lepas Lisa baca status dia
semalam, Lisa chatting dengan Kak
Mustika. So, dari situlah Lisa tau.” Ujar Lisa sambil menunjukkan isyarat jari
‘peace’ kepada Irham. Irham tersenyum dengan tingkah adik kesayangannya itu.
“Selalu chatting dengan Kak Mustika?” Lisa hanya mengangguk dengan soalan
itu. Irham cuma tersenyum. Entah kenapa, hatinya terasa senang dengan jawapan
Nuralisa. Irham bangun dari duduknya dan mula melangkah naik ke bilik. Beg
bimbitnya di capai. Baru beberapa langkah, Lisa bertempik.
“Abang, malam ni makan luar jom.”
Irham yang sudah di anak tangga, Cuma berkalih badan sedikit.
“Lepas maghrib ye.” Jawapan itu
membuatkan Lisa terloncat gembira.
“Sayang abang lebih lah!” Tempik Lisa
sekali lagi. Irham hanya tersenyum, tau-tau aje duit baru masuk!
Lisa masih ligat di depan laptop pinjamannya daripada Mama. Laju
sahaja jari jemarinya menaip di ruangan mesej facebooknya.
Lisa: Malam ni jumpa nak akak?....
CahayaAmzar: Jumpa? Dekat mana?...
Lisa: Pekena sup belut nak?
CahayaAmzar: Erm… takmau ada abang Lisa.
Lisa: Mama je. Abang outstation ^^
CahayaAmzar: Yeke? Erm…
Lisa: Please…please…. Rindu dekat akak.
CahayaAmzar: Okey. Akak tanya angah akak nanti ye. Boleh kut. ;)
Lisa: Oke. Set!
Lisa tersenyum dan terloncat kali
kedua. Tipu sunat, dengan niat yang baik, tak salah kan? Lisa monolog sendiri.
Malam ini, segala risiko akan ditanggungnya. Alah, budak 11 tahun takkan teruk
mana di marah, betul tak? Lisa tersenyum lagi.
+++++++++++++++++++
Walaupun
tempat makanan yang Lisa cadangkan itu agak jauh dari rumah Angah, mujur Angah
setuju hendak makan diluar. Angah kata bukan selalu nak bawa aku jalan-jalan di
KL. Mujur, kalau tidak, alasan apa yang harus aku berikan kepada gadis cilik
sedegil Nuralisa? Kadang terfikir, degil Lisa dan Irham sama!
Restoran
Raja Sup TTDI dipenuhi dengan kebanjiran pelanggannya. Penuh! Daripada mesej
Lisa, dia sudah sampai dahulu daripada aku dan keluarga Angah. Tangan kiri
masih erat memegang tangan Haziq, tangan kiri aku seluk ke dalam beg tangan dan
mengambil telefon bimbit, lantas nombor Lisa yang baru aku perolehi lewat
petang tadi aku dail.
“Waalaikummussalam,
akak dah ada depan restoran ni. Tak nampak Lisa pun.” Lisa lebih pantas
menjawab panggilan sampai tak sempat untuk aku memberi salam.
“Okay,
akak tunggu sini.” Telefon aku matikan setelah Lisa sendiri yang akan
mengambilku di depan restoran.
Beberapa
minit kemudian, Lisa kelihatan melangkah laju ke arahku. Bila sudah berdepan,
terus sahaja dia memelukku. Mata-mata yang ada hanya melihat. Aku hanya mampu
tersenyum dengan tingkah gadis cilik itu. Setelah menyalami Angah dan Kak Idah,
barulah Lisa menunjukkan kedudukan meja. Entah kenapa, hatiku berdetak laju.
“Abang,
ni la kawan Lisa tu…”
“Hai…
A..” Bicara Irham mati di situ. Baru sahaja mahu menyapa ‘kawan’ Lisa yang
disangka sebaya adiknya, tapi, Mustika?
“Assalamualaikum,
apa khabar Irham?” Angah pantas meredakan suasana yang tiba-tiba sepi. Tidak
perasan akan Irham dek kerana kedudukannya yang membelakangi kami tadi. Sebaik
dia kalih, aku sendiri tergamam.
“Waalaikummusalam.
Baik, Alhamdulillah. Duduklah…” Irham menjawab, berbasa-basi. Aku menarik kerusi
untuk Haziq, Kak Idah mengambil tempat di sebelah Angah yang duduk di sebelah
Irham. Lisa pula disebelah Irham dan Haziq, ini menjadikan aku bertentang
dengan Irham. Macam mana nak makan sup belut begini? Hati aki sendiri sudah
terbelit-belit!
+++++++++++++++++++++++
p/s: akibat lama meninggalkan cerita Mustika nih, abc sendiri kena ulang baca bab-bab lepas ^^b rindu nak menulis banyak-banyak... weeee~~~ baca dan komen yek. Much love readers!
2 comments:
suke2...best...sambung agi...bile diorg nak bersatu ni...
erm... bukan mudah nk terima org yang lukakan hati kita... dan menjadi pengganti org paling kita syg kan ;)
Post a Comment