Mr. S (senyap tapi singa)
“Mak Jah dah jumpa calon yang
sesuai?”
“ Alhamdulillah, sudah. Nanti Mak
Jah berikan gambar dia dekat Farhan ye”
Ahmad
Farhan Syah hanya mengangguk faham. Mukanya sentiasa serius. Biar berlembut
atau bertegas, tak dapat beza riak wajahnya. Yang membezakan hanyalah ton
suara. Mak Jah hanya mampu tersenyum sendiri melihat anak asuhannya itu. Sejak
Babanya pergi menghadap Ilahi, kehidupan Farhan makin kacau bilau dengan
tingkah laku si ibu tirinya yang gila harta itu. Tak pasal-pasal, Mak Jah
terjebak sama dengan kekusutan Farhan.
Seminggu
lalu, Farhan meminta bantuan Mak Jah supaya mecari seorang calon isteri yang
paling sesuai untuk dia. Pilihan Mak Jah mesti yang terbaik, itu kata Farhan,
dia tak tahu pening Mak Jah hendak mencari anak gadis yang paling sesuai dengan
anak muda bernama Ahmad Farhan Syah. Peguam muda, yang sentiasa sibuk. Sibuk
dengan kes, sibuk dengan hal perniagaan Babanya, sibuk dengan ibu tiri yang
asyik mencari jodoh buat dia. Lagi satu, Farhan seorang pemuda yang panas baran
dan tak pernah senyum. Entah apa salah asuhan Mak Jah.
“ Sumayyah ni cikgu tadika dekat
kampung Mak Jah. Bukan sembarangan, ada ijazah. Berkaitan dengan budak-budak la
jugak, Mak Jah tak tahu namanya.” Ujar Mak Jah panjang lebar, sambil menemani
Farhan menikmati minum petang di taman. Gambar yang diberi Mak Jah, diteleknya.
“ Dia setuju nak kahwin dengan
saya?” Gambar Sumayyah masih diteleknya. Tak cantik mana, tak bergaya macam
model yang ibu kenalkan minggu lalu, tapi manis dengan tudungnya yang agak
labuh itu.
“ Mak Jah dah risik, empunya
badan serah semua dekat keluarga. Dia muda lagi, baru 22. Mak Ayah dia cuma
suruh Farhan datang meminang, ikut adat.” Farhan mengangguk. Entah kenapa matanya
tidak mahu lari dari melihat wajah mulus gadis bernama Sumayyah itu.
“ Nanti Farhan cakap dengan Ibu dan
Tok Usu, Mak Jah tolong urus apa patut ye. Cincin nanti Farhan uruskan.”
Farhan terus menelek gambar itu.
Sumayyah, moga indah seperti dikhabar. Moga manis seperti digambar. Moga luhur
budinya bagai namanya.
++++++
“I thought you
will choose someone that better than I have chosen for you. But, I was wrong.
Why is she?”
“I’ve
married Ibu, tak payah nak kecoh lagi dah.”
Datin Mazla menjeling menantunya
yang duduk tertunduk dihujung sofa. Sumayyah betul-betul keliru dengan apa yang
berlaku didepannya itu.
“
Bini kamu tu bisu ke? Dari semalam sampai Ibu tak dengar suara pun?” Farhan
memandang Sumayyah yang masih tunduk memandang lantai.
“
Lebih baik diam dari bersuara Bu, Farhan nak balik rumah Farhan.” Farhan terus
menerus menyindir Datin Mazla. Sejak dari hari meminang, Datin Mazla tak
berhenti dari menyatakan kekurang isterinya, Sumayyah. Selekeh, ketinggalan
zaman, orang kampung, macam-macam lagi. Farhan tak peduli, yang dia tahu
Sumayyah tak gilakan harta dia macam calon-calon yang ibu kenalkan.
“
Balik lah, tak lalu Ibu nak tengok muka budak kampung ni, tak habis-habis pakai
baju kurung!” Farhan menyalami tangan Datin Mazla dan berlalu. Sumayyah
terkocoh-kocoh bangun untuk mengikuti suaminya. Dihulurkan tangan untuk
bersalam, namun tak disambut Datin Mazla. Sumayyah teringat kata-kata Datin
Mazla sewaktu malam pernikahan mereka.
“ Geli aku nak duduk lama-lama dekat rumah
kayu ni, dah la panas, berhabuk pula tu.”
Kata-kata yang membuatkan
keluarganya makan hati. Mak Jah sudah awal-awal lagi berpesan kepada dia dan
keluarga mengenai sikap Datin Mazla. Bila dengar cerita tak berapa sakit hati,
bila kena batang hidung sendiri, pedihnya sampai ulu hati!
++++++
“ Kenapa Ibu tak suka dengan
Maya?” Soal Sumayyah sewaktu dia dan Farhan dalam perjalanan pulang ke rumah
Farhan. Sumayyah memandang wajah suami yang menikahinya semalam. Wajah lelaki
yang serius dan tiada riak mahu memberikan jawapan. Sumayyah masih belum faham
dengan sikap Farhan, suaminya. Sejak dinikahi semalam, suara Farhan hanya
didengarinya sewaktu akad nikah, dan sebentar tadi. Waktu mereka berdua, Farhan
hanya senyap tidak bersuara.
“ Maya minta maaf..” Ujarnya bila
Farhan tidak memberi respon kepada soalannya. Pandangan dilemparkan ke depan,
namun fikiran masih kepada suaminya, Farhan. “Apa salah aku?” detik hati kecil
Sumayyah.
++++++
Beg
pakaiannya dikeluarkan dari perut kereta. Farhan sudah awal lagi masuk ke dalam
rumah. Sumayyah tak terikut rentak sikap Farhan. Apa yang salah langsung dia
tak mengerti. Namun, kedatangannya disambut ceria oleh Mak Jah dan suami, Pak
Teh Lan. Pak Teh Lan merupakan bapa saudara kepada sepupu Ayah Sumayyah.
“
Sabar ye Maya, Farhan memang macam tu..” Ujar Mak Jah ketika membantu Sumayyah
mengemaskan pakaiannya, Farhan sudah awal lagi pergi ke pejabat. Baru masuk
hari kedua bergelar pengantin, Farhan sudah masuk ke pejabat. Jika difikirkan
memang tidak logik dan seakan Farhan cuba menjauhi Sumayyah tapi itulah
hakikatnya. Mak Jah sendiri terkejut dengan tingkah Farhan, entah apa yang difikirkannya.
“
Maya belum kenal abang Han Mak Jah, insyaAllah, Maya akan cuba faham dengan
sikap dia.” Jawab Sumayyah jujur, segarit senyuman dihadiahkan, namun siapa
tahu, hatinya sedang rancak memikirkan kenapa dan mengapa Farhan bersikap
sedemikian.
“
Tahu kenapa Mak Jah pilih Maya untuk Farhan?” Soal Mak Jah dengan senyuman
membunga. Sumayyah hanya menggeleng dengan riak hairan.
“
Sebab Mak Jah kenal Maya dari kecil lagi. Maya seorang gadis yang sangat
penyabar. Dalam keluarga Maya, Maya paling diam dan paling sabar. Dari Maya
kecik, Maya yang sentiasa mengalah dengan adik beradik Maya, buatlah apa pun
Maya hanya diam dan sabar.” Maya tersenyum manis. Hanya mengangguk. Mak Jah
juga. Maya sedar, ada rintangan dan dugaan besar dalam perkahwinannya ini.
+++++++
“
Abang taknak breakfast?” Soal Maya setelah melihat kelibat suaminya melintas
ruang makan. Farhan berpaling, dipandang meja makan dan Maya berselang seli.
“
We have been married for two month. Did you ever see me having my breakfast?”
Farhan tidak menjawab tapi kembali menyoal Maya dengan soalan sinis. Maya hanya
mengangguk dan tertunduk lemah. Ya, Farhan tidak pernah ambil sarapan, dan
tidak pernah menjamah air tangan Maya. Farhan alien ke? Pernah beberapa kali
soalan itu terpancul diruang minda Maya, dengar lucu tapi... entah!
“
Abang tak pernah makan kat rumah pun..” Maya ‘ter’merungut! Ditekup mulutnya
perlahan. Maya sedar dia terlepas cakap.
“
So? I have told you right? Do I have to repeat it again?!” Nada suaranya makin
keras kedengaran. Maya sudah gelabah.
“
Maya mintak maaf.. Maya takkan buat lagi..” Setelah mendengar jawapan Maya,
Farhan pantas melangkah keluar kereta. Maya hanya memandang sepi. Tiada salam,
tiada kucupan pagi. Perkahwinan ini sekadar menjauhkan paksaan Ibu dengan calon-calon
menantunya sahaja. Maya tertunduk lemah di meja makan. Mana mungkin dia lupa
kata-kata suaminya itu waktu pertama kali dia memasak dirumah itu.
“
I never ate at my house. Then awak tak payah masak.”
Maya mendengus lemah. Entah apa
yang perlu dilakukan dirumah itu. Masak tak payah, kemas? Mak Jah melarang. Ya
Allah, aku tidak dilahirkan untuk hanya bergoyang kaki. Jerit hati kecil Maya.
Dicapai telefon bimbitnya dan buku nota, langkah diatur ke ruang taman belakang
rumah. Tak disangkal, rumah Farhan memang besar dan punya ruang laman yang
sangat luas. Tapi isinya kosong!
Punggung dilabuh atas gazebo.
Telinga disumbat dengan earphone, muzik yang perlahan dipasang sebagai halwa
telinga. Buku nota dibuka, dan pena diambil. Jarinya teringin menulis sesuatu
hari ini, mungkin kisah hatinya. Mungkin persoalan kepada sikap suaminya.
Itulah hobi Maya, pantang ada masa terluang, pasti berkepit dengan pen dan
kertas. Pernah juga di ‘sound’ adiknya sendiri, Maya seolah-olah ketinggalan
zaman, orang sekarang berkepit dengan notebook bukan lagi kertas dan pen. Maya
hanya tersenyum. Bukan tiada, cuma keselesaan itu berbeda.
“
Kau pekak ke!” tarikan earphone daripada telinga secara tiba-tiba dan jerkahan
itu membuatkan Maya terloncat dari duduknya. Dadanya ditepuk perlahan.
Fuh..semangat!
“
Aku cakap dengan kau, kau boleh dek!” Maya memandang wajah gadis dihadapannya,
diteleknya ralit. Tidak dikenalinya, tapi wajah yang tebal dengan bedak itu
jika tidak bersolek pasti lebih cantik.
“
Hoi! Aku datang tak suruh kau telek muka aku la, aku tau la aku cantik dari
kau!” Layla menempik penuh geram. Maya tersedar dari lamunan. Huih! Pukau
sungguh wajah dia yang mengerikan nih! Bisik hati kecil Maya hingga terukir
senyuman dibibir Maya tanpa dia sedari. Jari runcing Layla menunjal kepala Maya
membuatkan Maya tersentak dan terus berdiri. Pantang!
“
Cik datang cari siapa?” soal Maya tegas. Layla menjeling.
“
Cari kau la perempuan kampung! Bodoh!”
“
Watch your words!”
“Do
I care? Kau memang perempuan kampung, perampas!” Maya mendengus geram.
Perempuan dihadapannya terlalu lancang berkata-kata.
“
Perampas? Bila pulak saya merampas hak awak?”
“
Farhan tu sepatutnya jadi milik aku, bukan kau!” Maya tersenyum menyindir.
“
Dah termaktub, Abang Farhan suami saya, dan tiada isu rampas kat sini.” Ujar
Maya tegas. Layla geram. Maya seolah-olah mencabarnya.
“
Tak guna..” Tamparan hebat Layla hinggap diwajah Maya. Maya terkesima. Seumur
hidupnya, itulah pertama kali dia ditampar. Ayah atau abangnya tidak pernah
berbuat demikian. Maya anak yang patuh dan taat. Terasa bibirnya perit sekali.
“
Layla, what are you doing here?” suara Farhan menjengah ke ruang telinga.
Kedua-dua mereka kalih pandangan ke arah Farhan yang berada ditepi rumah. Maya
menekup pipinya yang masih perit. Layla melangkah penuh liuk lentuk ke arah
Farhan. Malas untuk melihat drama yang seterusnya, Maya terus masuk ke rumah
melalui pintu belakang.
Bibir
yang berdarah dicuci perlahan. Ditelek wajahnya dicermin. Pipinya kelihatan
bengkak dan bercalar. Peritnya masih terasa. Apa salah aku? Soal hati Maya. Keluh dilepas perlahan. Maya
melangkah keluar dari bilik air. Dari jendela masih terlihat adegan lakonan
penuh gedik Layla dan Farhan. Farhan seperti gaya biasanya, tangan dimasukkan
ke dalam poket seluar, tegak berdiri. Layla dengan tiada segan silu memeluk
erat pinggang Farhan.
“
Allah, kuatkan hatiku..” bisik Maya perlahan. Hatinya terguris melihat adegan
itu, biarpun Farhan kelihatan tidak membalas sebarang reaksi. Maya terluka, dia
sendiri tidak pernah merasa mesra hangatnya pelukan suami, kenapa Layla yang
mampu merasainya? Dengannya, Farhan cuma lebih kepada tanggungjawab, hanya
seperti melunas tanggungjawabnya sebagai suami. Maya mengeluh sendiri.
+++++++
Kepala
Maya seolah-olah dihempat batu besar. Terasa berat untuk diangkat. Terasa perit
untuk terus berdiri. Usai solat maghrib, Maya terus baring di atas katil.
Mungkin setelah berehat kepalanya akan kembali sihat.
“ Farhan.. Maya tak turun makan lagi?” Soal Mak Jah, melihatkan Farhan sedang ralit
membuat kerja diruang tv.
“
Masa Farhan masuk bilik, dia tidur, and masa keluar pun Han tengok dia tidur
lagi.” Jawab Farhan dengan matanya fokus kepada kerja-kerjanya.
“
Dia tak makan lagi tu, tengah hari tadi pun tak makan, isteri kamu tu ada
gastrik.” Ujar Mak Jah penuh risau.
“
Biarlah dia tidur, karang dia bangun, dia makan la Mak Jah.” Jawab Farhan acuh
tak acuh.
“
Pergi kejut dia Farhan..” Tutur Mak Jah lembut. Farhan memandang Mak Jah yang
masih tetap ditempatnya. Mak Jah bagai ibu kandung Farhan, suruhan Mak Jah tidak
pernah dibiarkan.
“
Okey Mak Jah, Farhan pergi jemput menantu kesayangan Mak Jah.” Mak Jah hanya
ketawa kecil mendengar tutur kata Farhan.
+++++++
Pintu
bilik dikuak perlahan. Maya masih tidur, itu yang dilihat dari kaca mata
Farhan. Nak tak nak, Farhan terpaksa mengejutkan Maya. Nanti bising pula Mak
Jah. Maya kelihatan letih, pucat. Farhan duduk disebelah Maya yang sedang asyik
terlena. Deru nafasnya kedengaran tidak teratur. Perlahan-lahan Farhan
menyentuh jari jemari Maya. Sejuk beku? Pantas Farhan meletakkan belakang
tangan di dahi Maya. Allah! Panasnya.
“
Nanti Mak Jah bawak naik tuala dan air suam ye. Farhan pergi call doktor.” Ujar
Farhan sebaik turun ke dapur. Resah, bagaimana Maya boleh tiba-tiba demam.
Petang tadi, dia melihat Maya baik-baik sahaja. Mak Jah juga terkejut, dengan
pantas Mak Jah menurut pesanan Farhan sebentar tadi.
+++++++
“
Ni kainnya Farhan..” Mak Jah menghulurkan kain tuala kecil dan semangkuk air suam
kepada Farhan yang sudah pun berada di dalam bilik.
“
Mak Jah tuamkanlah..” Farhan menolak.
“
Kamu suami dia, jadi ini tanggungjawab kamu juga Farhan..” Farhan mengeluh kecil
mendengar kata-kata Mak Jah. Dia tahu, cuma tidak biasa. Farhan kembali melabuh
punggung disisi Maya yang masih lena. Dibetulkan baringan Maya. Rambut Maya yang
menutupi wajahnya, dia kalih perlahan dan betulkan.
“
Kenapa dengan muka Maya Mak Jah?” Soal Farhan sebaik terlihat kesan calar dan
lebam dipipi Maya. Mak Jah cuba menelek.
“
Ish.. tak tahu pulak kenapa, macam kena tampar aje ni..” Farhan mendengus keras.
Layla!
“
Mak Jah ada perasaan atau dengar apa perbualan Layla dengan Maya petang tadi?”
“
Takde la pulak, Layla cuma tanya dekat Mak Jah, Maya mana, tu aje.” Jawab Mak
Jah jujur.
“
Ni mesti kerja Layla ni. Tak habis-habis nak kacau hidup Farhan.” Rungut Farhan,
sedikit keras.
“
Nanti Mak Jah bawakkan ubat ye.” Mak Jah tidak tahu mahu kata apa apabila Layla
menjadi persoalan. Dari Farhan belasan tahun lagi, Layla sudah
tergila-gilakannya. Biar sejuta kali Farhan menolak, lebih sepuluh juta kali
Layla akan terus menggoda.
“
Kejap lagi Doktor Anis akan sampai, Mak Jah suruh dia ke atas terus ye.” Mak
Jah mengangguk faham dan berlalu keluar. Farhan menelek perlahan wajah mulus
isterinya. Luka dibibir Maya disentuh perlahan dengan jari.
“
Maaf, bukan aku sengaja, hati ini serik pada yang bernama wanita.” Bisik hati
kecil Farhan. Ketukan dipintu mengejutkan dia dari lamunan. Doktor Anis dan Mak
Jah. Farhan beralih tempat, dan memberikan ruang kepada doktor Anis untuk
memeriksa Maya yang masih terlena.
Setelah
beberapa minit berlalu, Doktor Anis siap memeriksa dan mengemas
barang-barangnya. Dikeluarkan satu buku dari beg bimbitnya dan menulis sesuatu.
Kertas itu diserahkan kepada Farhan dengan senyuman.
“
You should take care of her from now. Tahniah Farhan, kurang 9 bulan dari
sekarang awak akan jadi Papa.” Ujar Doktor Anis, Farhan terkedu dan ternganga.
Farhan tidak tahu mahu berkata atau memberikan reaksi yang bagaimana. Dilihat
Mak Jah tidak putus-putus mengucap syukur. Doktor Anis pula tersenyum sedari
tadi. Kertas digenggaman dibelek bagai tembus hingga ke lantai. Ah! Aku belum
sedia dengan semua ni! Jerit batin Farhan sendiri.
++++++++
Tubuhnya
dihenyak ke atas sofa. Kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi hanya
dipandang tidak berperasaan. Jiwanya celaru! Masih terngiang-ngiang ucapan
tahniah Doktor Anis sebentar tadi dan ucapan syukur Mak Jah yang tidak
putus-putus. Mukanya diraup beberapa kali.
“
Aku yang nak kahwin dengan dia. Aku yang buat dia macam tu. Ah! Apa aku dah
buat ni??!” persoalan-persoalan yang timbul dalam kotak fikiran Farhan tika
ini. Celaru, sangat celaru! Farhan merengus perlahan. Badannya disandarkan ke
sofa. Kepalanya diletakkan mengadap syiling. Wajah Maya kelihatan, manis
tersenyum. Maya tiada salah, tapi dia.
“
Kandungan masih kecil, 3 weeks, masih lemah, jadi awak kena pastikan Maya tak
buat kerja berat, tak boleh stress, kalau boleh kena happy-happy la. Makan dia
kena jaga. Ingat tau Farhan, awak dah nak jadi Papa ni” pesanan Doktor Anis
masih lagi kedengaran. Anis kawan sejak zaman persekolahan lagi. Waktu Baba
sakit, Doktor Anis juga yang merawat, sejak dari itu, Doktor Anis secara
rasminya menjadi doktor keluarga Farhan. Pernah Baba merisik, tetapi hati si
doktor muda itu sudah terisi. Farhan sedikit kecewa, kerana Doktor Anis pernah
menjadi kekasihnya waktu mereka di tingkatan 3.
Fikiran Farhan
masih lagi merewang ke semua benda yang membuat dia celaru. Bagaimana dia mahu
menghadap Maya? Dan apa reaksi terbaik yang mampu dia berikan bila perut Maya
sudah kelihatan dan apa perlu dilakukan bila Maya sudah melahirkan anaknya?
Semua itu membuatkan Farhan makin celaru. Dia belum bersedia, banyak rahsia dia
simpan. Banyak perkara perlu dia selesaikan. Maya? Maya bagaikan satu kesilapan
yang besar Farhan lakukan. Semata-mata penat dengan permainan Datin Mazla, Maya
menjadi pertaruhan. Farhan terus berfikir jalan terbaik yang perlu dilakukan.
Tok Usu, nama itu menjengah ke ruang fikiran. Tok Usu jalan penyelesaian!
+++++++
“Untuk
beberapa bulan ni, awak pergi tinggal dengan Tok Usu. Saya tak pandai jaga
orang mengandung.” Arahan dari Farhan yang membuat Maya sedikit terguris dan
sedih. Maya hanya mahu berada di sisi Farhan. Rasa ingin mendampingi Farhan
lebih kuat kebelakangan ini. Berita kehamilannya membuatkan dia memahami mengapa
perasaannya kepada Farhan tersangat kuat kebelakangan ini.
“
Saya boleh jaga diri, biar saya duduk rumah ni je ye.” Tutur Maya perlahan dan
cuba di atur rapi supaya tidak menimbulkan kemarahan Farhan.
“
Rumah Tok Usu lagi selesa, tenang, sesuai untuk orang mengandung muda macam
awak.” Bila Farhan sudah bagi satu arahan jangan harap kita boleh ubah
arahannya. Siapa yang mampu melawan kata-kata seorang peguam merangkap CEO
muda?
“
Awak akan datang jenguk saya dekat sana nanti?” Maya soal lagi. Farhan yang
sedang membetulkan tali leher memandang Maya yang sedang duduk dibirai katil
melalui cermin solek. Pandangan yang tajam membuatkan Maya tunduk mengukur
lantai.
“
Kalau ada masa..” Jawapan yang mengundang air mata Maya. Hatinya pasti, dia
akan merindui Farhan untuk 8 bulan ini. Kenapa payah untuk Farhan mengerti perasaan
dia? Apa yang harus dilakukan?
+++++++
18 comments:
bestlah dear...tp asal farhan wat cm tu yer? mesti ade rahsia gelap ni....hehe...chayyok gulr! tak sabar tgu ending :D
ABC!!!!lama x masuk cite baru, kan..best nye cerpen ni...hope dapat abes kt blog ye ABC...knp la si farhan nih...sian kt maya...die xde perasaan ke kt maya...tp, klu xde, xkan maya boleh peggy, kan...ego lah farhan nih..hope sgt farhan sedar dgn tindakan die, n bawa maya blk rumah blk...ABC...update selalu ye cite nih..
sori! mintak maaf sgt2! abc tak berapa ada idea huhuhu
erm.. ego ke? payah nak tafsir hati farhan ni... tunggu ye ^^
nak lagi..best sgt2...suke..
nak lagi.. best2..
geram la dkt farhan tu..
klau jd maya..
dah lama say kiss my ass..
hahaha
abc, xpe, slow2 cr idea...jnji jgn lama sgt update nti...post lah n3...lama xde n3 cite cerpen baru cmni..
anon: tQ! esok eh... ;)
miss kira: fuyoo... sebab tu awk bukan maya hehehehe ^^ sabar2...
anon 2: hehehe sori... part blogger part time writer full time student.. gini la jadik nye.. huhuhu
kak zura: komen akak masuk spam huhuhu.. ^^ tQ akak...
cerita dibalik cerita ^^
wah, best2.. suka cerpen nie. Part 1 pun dah best. congrats =)
tq Zana ;)
best! x sabar nak tunggu part 2 punye. :D
^^ tunggu.... ;)
sambung cepat..setia menanti nie.. :)
geramnya kat pompuan gedik tuh , suka hati dia ja tmpaq maya . rasa mcm nak FIRE ja . hish . kih3
wahhh nama penuh sy sumayyah nadhirah bt abdullah =)
hehehee.... ^^ sy suka nama sumayyah!
Post a Comment