“Kenapa Maya buat saya macam ni
Maya?” Maya yang sudah berendam air mata tidak mampu berkata apa. Bekas
ditangan Farhan itu sungguh bukan miliknya. Mana mungkin dia melakukan semua
itu, syirik! Khurafat!
“Demi
Allah, Maya takkan pernah sanggup buat suami Maya macam tu. Percayalah Han,
bukan Maya punya.” Farhan menekup wajahnya. Bekas itu dicampak ke atas lantai.
“Habis
tu siapa punya? Kita berdua aje di rumah ni Maya!” Suara Farhan meninggi.
“Astagfirullah...
Astagfirullah...” Maya menenang diri sendiri. Terkejut dia sebaik pulang
daripada rumah jiran kerana ingin menjemput kenduri doa selamat malam esok,
melihat Farhan yang sudah berdiri di depan pintu dengan bekas berbalut kain
kuning ditangannya.
“Jelaskan
Maya. Jelaskan!” Farhan menjerkah lagi. Maya tersentak.
“Macam
mana nak jelaskan, Maya tak tahu. Bukan Maya punya..” Ujar Maya, cuba di raih
tangan suaminya, namun ditepis.
“Saya
nak awak keluar dari rumah ni sekarang jugak!” Maya terpana. Tidak!
“Jangan
halau saya, demi Allah, bukan Maya yang punya barang tu.” Farhan menepis lagi
tangan Maya yang mahu menyentuhnya.
“Jangan
guna nama Allah, awak buat benda tu tak fikirkan Allah pulak!”
“Istighfar
Han...” Maya bersuara lemah. Farhan terus sahaja bangun dan naik ke tingkat
atas. Namun sempat lagi dia memberi arahan tanpa belas kasihan.
“Just
go Maya... saya taknak tengok awak lagi.” Maya terjelepok ke lantai. Demi
Allah, dia tidak pernah guna-gunakan suaminya. Untuk apa? Allah, bantulah
hamba... Maya berdoa dalam tangisnya.
...................
“I
love her Rusdi, I love her so much, love her and our baby with my whole heart.
But...” Farhan teresak menangis di tepi kereta. Rusdi memeluk bahunya memberi
semangat.
“I
know. Sebab tu aku suruh kau pikir secara logik akal. Pikir betul-betul!” Rusdi
cuba menenangkan Farhan.
“There’s
nothing to think anymore. She just same like mama! Evil!” Farhan menjerit.
“Hey,
jaga bahasa. Seburuk mana Mama tu, dia tetap mama kau, kau keluar dari rahim
dia jugak tau.” Rusdi menegur.
“Sebab
tu aku lagi menyesal!” Rusdi menggeleng kepala. Bila hati terikut kata syaitan.
Semua jadi salah dipandangan mata.
“Okay,
sekarang cerita dekat aku, mana kau jumpa bekas tu?” Farhan mengesat air mata
dengan belakang tangannya.
“Ibu
yang bagi, ibu datang untuk majlis doa selamat malam esok, datang untuk tolong
mana patut. Bila aku turun bawah, ibu dah ada. Ibu bagi aku, dia kata dia jumpa
bekas tu dekat bawah kabinet dapur.” Rusdi mengangguk faham.
“Masa
kau tanya Maya dia kata apa? She speechless or...”
“She
denied it. Macam mama!” Farhan marah benar. Tangannya dikepal kemas.
“Ibu
mana?”
“Ibu
dah balik sebelum Maya balik.” Rusdi mengerut dahi.
“Maya
pergi mana?”
“Pergi
jemput jiran-jiran... kenapa tanya banyak nih!?” Farhan bengang, Rusdi soal
terlalu banyak.
“Kau
percaya ibu atau kau percaya Maya?” Farhan memegang kepalanya.
“I
don’t know!”
“Kau
patut siasat dulu Farhan. Aku percayakan Maya. Kalau dia nak buat kat kau, dah
lama dah... bukan takat nasi kangkang, benda kotor aje boleh control suami,
macam-macam lagi tau.” Rusdi cuba membuka mata Farhan.
“Then
kau nak kata ibu? Macam tu?”
“Tak
kata. Tak tuduh. Cuma kena siasat. Ibu pun tak suka Maya kan?” Farhan mengeluh
berat.
“Sekarang
nak buat apa?” Farhan menyoal bodoh.
“Balik
rumah, dan siasat.” Rusdi memberi idea.
“Maya
mesti dah takde.” Rusdi terkejut dengan jawapan Farhan.
“Why?”
“I
chased her out.” Rusdi mengeluh. Bodoh! Kutuknya dalam hati.
...................
“Mak
Usu jangan nak tuduh saya pulak ye. Budak Maya tu yang punya, kenapa saya
pulak?” Datin Mazla merengus kuat. Layla disisinya hanya menyokong.
“Kau
jangan ingat aku tak tau Maz. Jangan fikir aku bodoh. Selama ni aku diam, sebab
aku takde bukti. Tapi kali ni kau nak musnahkan hidup cucu menantu aku, aku tak
boleh nak diam diri.” Tok Usu bersuara tegas. Suasana sangat tegang tika itu.
“So,
Mak Usu nak kata Maz la punya kerja gitu?”
“Memang
kau!” Datin Mazla membeliakkan matanya. Layla yang di sisinya hanya terkedu.
“Tok,
bukan auntie lah, Maya punya kerja.” Layla cuba menyibuk. Tok Usu hanya
menjeling, terus dia terdiam sendiri.
“Sudah
la Maz. Dulu kau musnahkan hidup Sabariah sampai anak dia sendiri bencikan dia,
sekarang kau nak musnahkan hidup Sumayyah pulak?”
“Apa
maksud mak usu?”
“Kau
bukan musnahkan hidup mereka aje tapi hidup Farhan juga. Sampai hati kau buat
Farhan hidup dalam berdendam dan benci ibu dia sendiri?” Datin Mazla menekup
telinganya.
“Kenapa
saya? Bukan saya!” Tok Usu terus sahaja menghampiri datin Mazla yang sudah
duduk di sofa.
“Sebelum
Sabariah menghembuskan nafasnya, aku ada dekat dia, dia sempat cerita semuanya
dekat aku. Jadi, kau jangan nak sembunyi apa-apa lagi!” Datin Mazla terdiam.
Bagaimana ibu mertuanya boleh tahu semua?
“Sekarang
aku nak kau jelaskan dekat Farhan siapa kau sebenarnya, dan siapa mama dia
sebenarnya!” Tegas suara Tok Usu. Datin Mazla menggeleng laju. Tidak mungkin
aku akan bongkar rahsia berbelas tahun aku simpan!
“Jelaskan
apa Tok Usu, Ibu?” Farhan yang baru tiba bersama Rusdi, sudah mendengar
perbualan Ibunya dan Tok Usu. Pelik dengan persoalan-persoalan yang ada, lalu
dia menyampuk.
“Ibu?”
“Takde apa
Farhan, Tok Usu ni mengarut apa entah.” Datin Mazla cuba mengelak diri. Tok Usu
mencerlung marah.
“Jah dengan Lan
nampak apa yang kamu buat petang tadi Maz. Kau dah tak boleh lari. Baik kau
jelaskan semua dekat Farhan.”
“Apa Mak Usu ni?
Saya kata bukan saya, kenapa nak paksa-paksa?!” Datin Mazla meninggi suara.
“Kamu tak nak
jelaskan biar aku yang jelaskan.” Dati Mazla terdiam. Mukanya pucat.
“Tok Usu, apa
semua ni? Farhan tak faham.” Farhan tidak tahan lagi berteka-teki dengan
pertelingkahan mereka berdua.
“Farhan, kamu
ingat lagi pesanan akhir babah kamu?” Farhan hanya mengangguk. Babah sempat
berpesan supaya dia memaafkan Mama.
“Kamu tahu
kenapa dia pesan macam tu?” Farhan hanya menggeleng.
“Sebab ibu kamu.
Semua yang berlaku selama ni disebabkan ibu kamu ni. Datin Mazla yang gilakan
harta Dato’ Harun. Sebelum ibu kamu dapat kahwin dengan babah dia dah mulakan
rancangan dia.” Dati Mazla menekup telinganya dan menggeleng-gelengkan kepala.
“Mak Usu jangan
buat cerita!” Datin Mazla menjerit. Semua yang ada terkejut.
“Aku tak buat
cerita. Semua yang aku akan cerita ni betul belaka. Kau dah tak boleh nak
berdalih!”
“Apa ni ibu?”
Datin Mazla mula menangis, meraung. Farhan memegang kedua bahu Datin Mazla dan
menggoncangkannya kuat.
“Ibu mintak maaf
Farhan... Ibu buat semua ni sebab bencikan mama kamu, dia perampas! Dia rampas
Babah dari ibu!”
“Sabariah
pilihan Harun. Tak ada isu rampas!” Tok Usu cuba menegakkan kebenaran.
“Mak Usu tak
tahu apa-apa, Harun dengan saya dah lama bercinta, tapi Sabariah yang datang
menggoda!”
“Aku tahu lah,
aku ni Mak sedara Sabariah dan kamu tu pun anak sedara aku. Kamu dengan
Sabariah sepupu, kamu lupa tu?!”
“Saya tak lupa,
sebab tu saya benci dia!”
“Benci sampai
kamu fitnah dia?”
“Saya tekad
untuk buat apa sahaja untuk dapatkan Harun!”
“Kau bukan
cintakan Harun, tapi harta dia!”
“Ye. Memang!
Puas hati Mak Usu? Semua orang sayangkan Sabariah. Tapi saya? Semua yang saya
buat salah, sampai Harun yang sepatutnya berkahwin dengan saya tapi akhirnya
memilih Sabariah. Sejak hari tu saya tekad buat apa saja asalkan Harun jadi
milik saya!” Datin Mazla bersuara kuat. Farhan masih tidak mengerti.
“Sampai kau
bodohkan Harun?”
“Ye! Memang saya
bodohkan dia, supaya saya boleh dapatkan dia!”
“Tapi kau fitnah
Sabariah!”
“Saya terpaksa!”
Datin Mazla menangis teresak-esak.
“Saya tak faham
Tok Usu...” Farhan mencelah. Datin Mazla menghampiri Farhan dan terus duduk
memeluk kaki Farhan.
“Ibu mintak maaf
Farhan...”
.......................
Maya
masih termenung di jendela. Petang itu, sebaik dihalau oleh Farhan. Terus sahaja
dia menelefon Tok Usu yang kebetulan dalam perjalanan. Baru hendak keluar dari
rumah, Mak Jah dan Pak Teh Lan sudah berada di laman rumah. Tok Usu menyuruh
dia duduk dirumahnya, lebih baik daripada pulang ke kampung. Takut nanti Mak
dan Ayah bersoal macam-macam, kata Tok Usu ada betulnya. Dia tak mahu Mak dan
Ayah tahu masalahnya.
Lamunannya
terhenti dek suluhan cahaya lampu kereta yang memasuki perkarangan rumah Tok
Usu. Pantas dia melangkah ke bilik bagi mencapai tudung. Setelah itu, terdengar
suara orang memberi salam. Suara yang dia kenal. Kenal sangat. Terketar-ketar
tanyanya membuka selak pintu.
“Han...?”
Maya sudah bertakung air mata, melihatkan kehadiran Farhan di situ membuatkan
dia menitiskan air mata. Air mata sedih, gembira dan pelbagai rasa. Farhan menarik
tangannya, dan kemudian terus memeluk Maya yang berdiri di muka pintu.
“Demi
Allah, Maya tak buat semua tu. Maya takkan sanggup buat semua tu.” Maya
menjelaskan lagi. Farhan mengangguk-angguk.
“Han
tahu Maya. Han tahu. Han mintak maaf. Maafkan Han.” Mereka berdua berendam air
mata. Lama mereka begitu. Setelah beberapa seketika, mereka mengambil tempat di
kerusi rotan. Air mata Maya dikesat lembut oleh Farhan, dan Maya mengesat
linangan air mata Farhan dengan jemarinya yang halus.
“Han
mintak maaf sebab halau Maya petang tadi. Seriously, I’m out of my mind. Semua tu
mengejutkan Han.”
“Maya
nak Han percaya satu benda. Walaubagaimana benci Han pada Maya, Maya redha.
Maya takkan pernah sanggup nak bodohkan suami Maya sendiri.” Farhan mengangguk
laju, ditarik Maya merapatinya dan mengucup hangat dahi Maya.
“Han
percayakan Maya. Han terlalu ikutkan amarah. I’m so sorry sayang.” Maya
menggenggam tangan Farhan erat.
“Dari
awal Maya menjadi Puan Farhan, Maya tak faham situasi hidup Han. Maya ditolak
dari awal, sedangkan Maya tidak tahu apa yang berlaku. Sekarang, demi masa
depan kita, demi anak kita, Maya harap sangat tiada lagi rahsia antara kita...”
Farhan mengangguk. Maya ditarik ke dalam pelukkannya sekali lagi.
“15
tahun dulu, Ahmad Farhan Syah bukanlah seorang lelaki yang pendiam apatah lagi
pemarah. Tapi keadaan yang membuatkan Han terpaksa jadi begini. Mama yang Han
sayang difitnah sehinggakan Han membenci dia, benci sampai akhir nafas dia Han
tak jenguk langsung dia.” Farhan teresak-esak menangis. Maya mengeratkan
pelukan. Maya tidak mencelah, hanya mendengar dengan setia.
“Waktu
tu Han umur 13, Han balik dari sekolah, rumah dah kecoh-kecoh. Mama hanya diam.
Ibu menangis, Babah pun marah-marah. Di tangan Mama ada satu dulang, isi dia
sama macam dalam bekas yang Ibu jumpa petang tadi. Masa tu yang Han tahu, Mama
selama ini bagi Babah dan Han makan benda kotor sebab nak tundukkan dan biar
kami dengar kata-kata dia. Tapi semua tu Ibu yang cakap. Babah dan Han percaya
100 peratus, sebab ibu selama ni baik sangat, even hubungan dia dengan mama
sangat rapat, sebab tu mama izinkan Babah kahwin dengan ibu. I don’t know semua
tu fitnah ibu semata-mata. I really don’t know!” Maya menggosok belakang Farhan
seakan memujuk Farhan tika itu.
“Han
rasa bersalah pada mama... bersalah sangat.”
“InsyaAllah,
mama mesti faham, bukan salah Han, Han kecik lagi masa tu kan...” Maya cuba
memujuk.
“Han
hampir mengulangi salah tu pada Maya. I’m sorry sayang...” Maya tersenyum. Pelukkan
itu dileraikan.
“Hey,
where’s my Mr. S. Mr Singa but silent? Asyik mintak maaf je ni.” Farhan ketawa
kecil dengan usikan Maya. Dipicit lembut hidung Maya.
“Mr.S
akan berubah, insyaAllah.”
“Berubah?”
“Yup,
bukan singa or silent. But sayang and sweet.” Maya ketawa gembira. Malam itu
terurai semua cerita. Maya lega, akhirnya segala persoalannya terjawab.
Malam
itu, mereka berdua bermalam di rumah Tok Usu, esok pagi baru pulang ke rumah
untuk meneruskan hajat untuk kenduri doa selamat yang tergendala.
“Kenapa
macam tak suka Maya awal-awal dulu?” Farhan yang sudah memejam mata, kembali
menghadap wajah Maya di sisinya. Pelukkan di eratkan.
“Mama
insan yang paling Han sayang, begitu juga dengan babah. Babah sangat cintakan
mama. Tapi kejadian tu seolah-olah mimpi ngeri, Han jadi takut nak percaya pada
seseorang yang bernama isteri, dan dalam masa yang sama takut untuk mencintai
sebab takut dikhianati.” Maya mengangguk perlahan. Pipi Farhan dikucup lembut,
membuat Farhan tersenyum bahagia. Maya terlalu manja!
“Babah
tahu mama tak bersalah?”
“Tok
Usu kata babah tahu, sebab tu babah kept asking me to forgive mama. Erm...”
Farhan mengeluh kecil. Ingatannya terbang mengingati arwah mama.
“Ibu
macam mana?” Farhan mengeluh lagi.
“Han
tak tahu.”
“Maya
tahu.” Farhan mengerut dahi.
“Apa?”
Farhan menyoal.
“Maafkan
dan lupakan. Allah itu lagikan pula Maha Pengampun.” Farhan menarik Maya ke dalam
pelukkannya.
“InsyaAllah...”
Ujar Farhan perlahan. Dalam hati Farhan amat bersyukur dikurniakan isteri
sebaik Maya yang sentiasa menyejukan hatinya yang kadang kala terlalu cepat
panas.
Dalam
hati Maya, dia meminta agar Farhan yang 15 tahun dahulu kembali, dan melupakan
segala kepahitan hidupnya. Berdendam akan lebih menyakitkan daripada memaafkan
sesuatu yang perit bagi kita.
..................
“Terima kasih
Jah, kau tolong anak cucu aku.” Mak Jah yang membawa air untuk Tok Usu hanya
mengangguk lemah.
“Saya tak tahan
dengan sikap Datin, dulu Puan Sabariah saya tahu dia tak salah, saya kerja
dengan Dato’ Harun dari sebelum dia kahwin lagi. Saya kenal Sabariah dan Datin
Mazla. Saya tahu semua tapi saya takde bukti, tapi hari ini saya berjaya
tangkap kerja jahat dia. Syukur pada Allah.”
“Itu lah. Kerja jahat
ni lama-lama memang akan bocor jugak. Syukurlah, kita dapat leraikan marah
Farhan pada Mama dia.” Ujar Tok Usu, kemudian meneguk air yang dibawa oleh Mak
Jah tadi.
“Macam mana
dengan Datin, Puan?” Mak Jah menyoal. Sebaik tamat pertelingakahan dan
pembongkaran kerja kotor Datin Mazla, dia terus melarikan diri bersama Layla. Entah
ke mana. Puas Datin Mazla menangis merayu pada Farhan, namun Farhan hanya
membantu dengan linangan air mata.
“Biarkan dia. Nak
lari ke mana, aku ni ha sedara yang dia ada. Aku harap dia sedar perbuatan dia,
kembali ke jalan Allah.” Mak Jah turut mendoakan yang sama.
.....................
“Dah
letak nama anak kamu Farhan?” Farhan yang sedang memerhatikan anaknya, hanya
menggeleng.
“Belum
lagi, tapi Maya kata dia dah pilih beberapa nama. Tok Usu tanya dia lah.”
Farhan mengenyit mata pada Maya yang tersenyum memandangnya.
“Maya
ingat nak letak, Nur Saarrah, cahaya yang riang gembira. Boleh?”
“Macam
ibu dia lah, Nur Sumayyah... boleh aje kalau ikut abang... Tok Usu?” Tok Usu
yang sedang mengendong bayi hanya tersenyum.
“Tok
Usu tak kisah, asal makna baik. Baiklah bagi Tok Usu, kan Saarrah...” Farhan
dan Maya hanya tersenyum dengan tingkah Tok Usu.
“Ibu
dah ada, yang papa pegang ni? Mesti AFS jugak tau.” Maya ketawa kecil.
“Ibu
tau la, Ahmad Faheem Sabiir. Yang terpuji , faham dan sabar. Agak panjang, tapi
atas permintaan.” Maya ketawa kecil.
“Sabiir...
ibu perli papa aje kan Sabiir, mentang-mentang papa Mr. S dia.” Farhan seolah
berbual dengan bayi kecilnya, sambil mencium hidung si kecil itu. Maya hanya
tersenyum.
Mak Jah yang baru masuk, kelihatan
tercengang, sama jugak dengan Pak Teh Lan.
“Kenapa
dengan kau Jah?” Tok Usu menegur.
“Dua
orang sekali?” Pak Teh Lan menyoal.
“Tu
yang Jah terkejut, Maya tak cakap apa-apa pun.” Maya ketawa kecil.
“Mak
Jah, Farhan pun tak tahu kata dapat dua.” Maya ketawa lagi.
“Suprise
untuk semua.” Semua yang ada ketawa dengan jawapan Maya.
“Abang
nak tahu macam mana, teman Maya dua kali aje pergi check up.” Maya mencebik.
Farhan tergaru-garu. Pak Teh Lan hanya tersenyum melihat mereka berdua.
“Kamu
ni Farhan, lepas ni bahagi kerja dengan keluarga baik-baik. Ni anak dah dua,
jangan biar Maya sorang yang jaga pulak.” Tok Usu mula menegur.
“Takpe
Tok Usu, dulu ada orang cakap nak jadi surirumah berjaya, ha... ni lah masanya
nak mencapai cita-cita” Maya menjuih bibir. Perli la tu!
“Ha..
pandai la kamu bagi alasan ye, Maya mengadu lagi sekali, ni telinga ni, Tok Usu
piat-piat...” Tok Usu memulas telinga Farhan. Mengaduh Farhan sambil mengendong
bayinya.
“Aduh...
Sabiir Saarrah... tolong papa...” Maya ketawa, begitu juga dengan yang lain. Kegembiraan
ini menutup segala kesedihan yang pernah dilalui mereka. Moga kehadiran si
kecil berdua ini menceriakan lagi hari-hari mereka.
“Assalamualaikum,
riuh aje sampai luar dengar, ada apa?” Rusdi melangkah masuk dengan sebuah
hamper ditangannya.
“Kau
lambat bro, cerita dah habis...”
*TAMAT*
p/s: dah habes dah.... macam mana? okay tak Mr. S ni? ha... jangan komen tajuk dia, sebab saya sendiri rasa kurang kena ^^v much love readers!
27 comments:
potostet lah.
kepit2 semua episod.
buat novel.
ni cerpen jek ^^ hehehe
oh patut dia tak nak makan kt rumah...best..lain dr yg lain..novel pon okey..hehe...btw ending part rusdi tu lucu plak..hehe...NICE cerpen :D
kak zura: tQ akak... heheh part rusdi sengaja di 'end' kan macam tu ^^
haha..kelakar la ending rusdi tuh..
sweet nye..
terima kaseh banyak sebab baca sampai habes! hehehe ;)
ending yang da bomb la!! terbaik tu, lain dari yang lain
papepon, sebab kenapa Farhan jadik macam tu dah terjawab...
tenks ABC :)
u r welcome ^^
xjd nk tdo bca blog akak :DD
kbye..nt sy smbg bca..uplod cerpen bbyk k.
chumelll jer.. :)
one word = SUpeRb! ^_<
best2...mcm moleh buat novel ni...selalunya novel2 banyak sgt konflik...tapi ceta ni x, tu yg best!!!...nk tnya,, abc pernah baca buku hilal asyraf x??gaya penulisan abc ni ada lebih kurang dia sikit..hihihi
(qeela)
tq for reading ^^v
qeela: hilal asyraf? erm... nnti abc cri buku dia.. penah dgr nama dia, tapi tak pernah baca buku dia... huhuhu
hahaha...kalau abc baca buku hilal asyraf tu,mesti abc syok giler....kalau abc nk tau buku2 dia bukak ka laman web dia....langit ilahi.com...
(qeela)
yup2 dh jenguk. dlm misi mengumpul wang nak beli buku dia. pernah pegang dah bku dia tapi beli buku lain hehehehe
bagus la mcm tu...kalau bac betul2 minat nk menulis, bolehla join syarikat penulisan yg hilal buat tu...hihih
video2 dia pon byk kat you tube...abc tengoklah kalau ada masa...
hahahaaha ^^ oke
Baru baca... The story is superb
watla citer sal ank dorg saarah n sabiir tu...msti lg bestkn
Gile2 best laaa citer nii..
Teruskan usaha yaaa !! Sangat sweet lah "Mr. S" tu !!! ^_<
Bestlah..hahah nysal tak jumpa blog ni lebih awal..XD
Xpa. Jgn menyesal. Hehe sila baca ye apa yg ada. Wehuuu!
Best😉😉 good job penulis
Bestnya bace..simple tapi happy ending dye bestttt, rase nk sedih same pun ade...cerita tkde lerek2 sgt...keep a gud cerpen lagi ye
Post a Comment