“Maya, where were you?!” Maya
ditalian masih tergagap-gagap setelah mendengar jerkahan demi jerkahan Farhan.
Salah apa lagi?
“I’m
asking you again Maya, where were you?!” Maya sudah bermain air mata, dengan
esakan dia cuba menjawab.
“Maya
dekat Mall... beli barang.”
“Pukul
berapa sekarang? Barang apa lagi tak cukup? Kenapa tak cakap dekat saya? I want
you to come back home right now, immediately!” Soalan per soalan dan arahan.
Maya terkaku dan hanya mengangguk, biarpun anggukan itu tidak dilihat oleh
Farhan. Setelah talian dimatikan, Maya terus sahaja bergegas keluar dari Mall
dan menahan teksi. Hatinya berdetak hebat. Takut untuk berhadapan dengan
Farhan.
“She’s
just going to Mall Ibu, apa nak besar-besar hal nih.” Datin Mazla memandang
anak tirinya itu dengan jelingan.
“Farhan
kahwin dengan dia ibu tak pernah setuju tau. Kahwin aje dengan budak tu, cakap
ibu langsung taknak dengar ye? Jadik Farhan nak kata ibu fitnah dia?” Farhan
mengeluh berat.
“Layla
tu cemburu Ibu. Layla tak dapat terima Farhan kahwin dengan Maya bukan dia.”
Datin Mazla merengus kuat.
“Layla
tunjuk gambar la, bukan sekadar cakap. Masih tak percaya walaupun dah tengok?”
Datin Mazla menayang-nayang telefonnya yang terpampang gambar Maya dan seorang
lelaki di Mall.
“Her
friend, maybe.” Datin Mazla tersenyum sinis.
“Her
friend but Farhan tak kenal? Pelik!”
Maya terkocoh-kocoh keluar dari
perut teksi itu. Perut yang makin membesar itu menyukarkan pergerakannya. Sudah
enam bulan usia kandungan Maya. Beg-beg barangannya diangkat dengan
berhati-hati. Laju sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Di luar sedia
kelihatan kereta Ibu dan Farhan. Hati Maya bertambah irama rancaknya.
“Assalamualaikum.”
Maya memberi salam perlahan. Kelibat Ibu dan Farhan kelihatan di ruang tamu.
Maya mengatur langkah berhati-hati ke arah mereka berdua. Dari pintu utama,
Datin Mazla sudah merenung tajam tingkah serta langkah Maya. Seperti harimau
lapar!
“Dah
balik isteri kesayangan kamu Farhan. Tanyalah, nah!” Datin Mazla menyerah
telefonnya kepada Farhan. Farhan mengeluh perlahan, dia meraup wajahnya dengan
kedua belah tangannya. Perlahan-lahan telefon itu dicapai dan dia menghampiri
Maya yang masih tegak berdiri di penjuru sofa itu.
“Ibu
ada gambar awak dengan lelaki dekat Mall tadi. Siapa dia?” Maya terpana,
lelaki? Siapa? Telefon itu ditarik untuk melihat gambar yang dikatakan.
Langsung dia tidak kenal siapa lelaki itu.
“Maya
tak kenal siapa.” Maya menjawab perlahan. Farhan memandangnya dengan pandangan
yang aneh.
“Dalam
gambar ni awak tengah berbual dengan dia Maya. Macam mana tak kenal pulak?”
suara Farhan ada nada marah di situ.
“Serius.
Maya tak kenal. Percayalah.” Datin Mazla sudah ketawa sinis. Beg tangannya di
ambil dan telefon bimbitnya dirampas kembali dari tangan Maya.
“Ibu
dah cakap, tapi kau tak nak dengar. Pandai-pandai kaulah Farhan.” Datin Mazla
sengaja menghangatkan hati Farhan yang tika itu sudah naik darjahnya. Sekejap
sahaja, Datin Mazla sudah beredar dari situ. Kini hanya tinggal Maya dan Farhan
serta kedinginan antara mereka.
“Han...
percayalah, Maya tak kenal lelaki tu.” Farhan menghenyak tubuhnya ke atas sofa.
“Just
go into your room Maya.” Suara Farhan tegas. Maya terus sahaja melangkah ke
arah Farhan. Duduk melutut di tepi Farhan.
“Maya
mintak maaf. Keluar tak beritahu. Tapi betul, lelaki dalam gambar tu Maya tak
kenal.”
“Then
why are talking to him?” Soal Farhan namun dalam nada lebih lembut.
“Dia
tanya Maya kat mana kedai buku. Maya tunjukkan. Itu aje. Memang Maya tak kenal
dia Han.” Farhan mengeluh lemah. Perlahan sahaja tangan Maya yang di atas sisi
sofa itu, digenggam erat.
“Maya,
Maya... kenapa dari tadi tak jelaskan? Buat saya risau dan buat Ibu pikir
bukan-bukan.” Farhan menyoal lagi, namun kini dengan riak yang berbeza, lega?
“Betul
apa jawapan Maya, Maya memang tak kenal.” Farhan ketawa kecil. Maya memang
lurus!
“Ye
lah, Maya ke mana? Sampai lewat macam ni?” Farhan menyoal Maya, ditarik Maya
supaya duduk di sisinya di atas sofa itu.
“Lupa?”
Farhan mengerut dahi dengan soalan Maya. Lupa? Aku lupa apa? Farhan menyoal
dirinya lagi.
“Semua
soal Maya cepat aje lupa... Maya masuk bilik dulu.” Maya buat-buat merajuk. Tok
Usu kata kena belajar merajuk, jangan mengalah aje. Dah empat bulan duduk
bersama, Farhan masih dingin dan kadangkala masih macam ‘singa’!
“Maya...”
Farhan memanggil Maya yang tiba-tiba merajuk. Tangan yang digenggamnya direntap
perlahan oleh Maya. Maya terus sahaja masuk ke dalam bilik langsung tidak
mempedulikan dia yang memanggil.
“Aduh...
aku lupa apa pulak? Macam mana nak pujuk ni...?” Farhan merungut sendiri.
Maya menarik
selimut menutup badannya. Terasa letih kakinya, sudah enam bulan usia
kandungan. Terasa makin berat mahu melangkah. Kebas-kebas kaki terasa diseluruh
kakinya. Maya bangun kembali, menyandar tubuhnya ke kepala katil. Minyak panas
di meja tepi itu di ambil. Semakin sukar, dulu waktu perut tidak begitu besar,
masih boleh dan mudah untuk dia mengurut kakinya sendiri. Ni la padahnya
merajuk tak kena masa. Maya mengutuk diri, jauh di sudut hati, berharap Farhan
akan datang dan menemani Maya tidur seperti setiap malam sejak empat bulan
lalu.
“Merajuk lagi,
kan dah susah diri.” Suara itu menyentakkan Maya yang sedang berusaha untuk
mengurut kakinya. Maya hanya mencebik, dia membetulkan duduknya. Farhan
melangkah menghampiri katil dan duduk betul-betul dihujung kaki Maya. Maya
mengalih muka ke tempat lain. Merajuk kan.
“Mintak-mintak
anak dalam perut ni tak ikut muka ibu dia waktu merajuk, buruk!” Farhan sekadar
mengusik Maya.
“Maya memang
buruk. Tak kisah.” Farhan menggigit lidah sendiri. Silap lawak! Perlahan minyak
panas ditangan Maya di ambil. Cepat-cepat Maya menarik kakinya, tidak mahu
diurut oleh Farhan. Farhan ketawa kecil. Bersungguh Maya merajuk dengannya.
“Alah... saya
gurau aje Maya.” Suara Farhan sambil kembali menarik kaki Maya untuk diurut.
Maya mengeluh lemah. Dia betul-betul tak pandai merajuk, tambah-tambah dengan
Farhan. Maya asyik memandang Farhan yang sedang mengurut kakinya. Sejak
kandungannya berusia 5 bulan, dan sejak kakinya mengalami kekejangan, Farhan
yang selalu menjadi tukang urutnya.
“Malam ni, saya
teman awak tidur lagi ye. Nak sambung surah semalam, mengantuk semalam, tak
habis saya baca.” Maya tersenyum dan mengangguk perlahan. Permintaannya dahulu
diterima baik oleh Farhan. Permintaan Maya yang mahu suaminya menemani tidur
malamnya dengan alunan al-quran. Elok untuk bayi yang dikandungnya.
“Betul ke baca
surah Yusoff anak yang keluar nanti segak?” Farhan tersenyum kecil dengan soalan
Maya.
“Papa dia hensem
dah, so memang akan segak, tampan dan macho lah.” Maya mencebik.
“Perasaan
pulak.” Maya mencebik, Farhan ketawa lagi.
“Bagus amalkan
membaca al-quran. Bukan surah Yusoff aje, semua surah. Mendidik anak kena
bermula dari sebelum dilahirkan. Sebaiknya dari diri kita sendiri, ingat tu.”
Panjang lebar Farhan menasihati isterinya. Maya yang mendengar hanya tersenyum.
Suka, suka bila bersama suaminya, berdua begitu.
“Ingat.
InsyaAllah... tapi...” Maya berhenti di situ, menimbulkan tanda tanya kepada
Farhan.
“Tapi?” Farhan
menyoal lagi.
“Bila nak hilang
dingin Han pada Maya?” Maya berani mempersoalkan soalan ‘panas’ itu. Entah
mengapa, hatinya terasa berani. Farhan yang sedang mengurut kaki Maya, terhenti
sebentar, sesaat dua dan kemudian meneruskan lagi. Maya mengecilkan matanya
memandang Farhan.
“Bila Han...?”
Maya menyoal lagi, kali ini, dia menarik tangan Farhan yang sedang mengurut
kakinya.
“Bila saya
dingin? Saya baik aje lah.” Farhan menjelir lidah kepada Maya. Bergurau.
“Saya serius la.
Main-main. Nak tidurlah.” Ujar Maya, terus sahaja dibetulkan bantal dan
berbaring. Dibiarkan Farhan memandangnya. Farhan ketawa kecil. Maya makin
manja, makin berani dan makin sensitif. Itu yang dia sedar. Maya berbeza dengan
Maya yang mula dinikahi dulu. Dulu Maya diam dan lebih suka memendam rasa.
“Tidurlah, saya
ambik wudhuk kejap.” Farhan terus sahaja melangkah ke bilik air yang ada dalam bilik
itu. Maya yang tadi sudah memejam mata kini kembali membuka mata dan melihat
langkah Farhan dengan keluhan kecil.
Alunan bacaan
ayat-ayat suci al-quran itu, menenangkan Maya dan juga bayi dalam kandungannya.
Suara Farhan mendayu-dayu tika mengalunkannya. Jernih wajahnya kelihatan dengan
songkok yang dipakai. Maya terus sahaja terlena dengan mudah. Farhan yang
selesai membaca Al-quran meletakkan dengan baik Al-quran itu di meja sisi
katil. Perut Maya yang sudah jelas kelihatan membesar, diusap perlahan-lahan
sambil berselawat. Diciumnya perlahan dan dikucup ubun-ubun Maya dengan penuh
kasih sayang.
“Berikan abang
masa. Abang cuba melupakan semuanya.” Bisik Farhan perlahan ditelinga Maya, dan
kemudian membaringkan tubuhnya disebelah Maya. Tangannya erat memeluk perut
Maya, seolah memeluk Maya dan bayi mereka bersama.
“Maya tunggu.”
Maya berbisik kembali dan turut membalas pelukan itu. Farhan terkejut dan terus
ketawa kecil. Maya makin nakal!
“Apa yang saya
lupa?” Farhan menyoal Maya sekali lagi.
“Hari ni kan
saya ada check up. Han kata nak teman, tapi tak muncul-muncul. Maya merajuk, tu
yang keluar sendiri. Last-last kena marah. Tu lah kan, berdosa keluar tanpa
izin.” Maya berkata-kata seolah tiada perkata besar yang perlu dibangkitkan.
“Astagfirullah.
Han lupa lagi. Maafkan saya Maya. Saya abaikan tanggungjawab saya.” Maya
menggeleng laju.
“Tiada apa yang
perlu dimaafkan. Salah Maya juga tak beritahu awal, macam Maya tak tahu Han
busy. Hal firma lagi, hal syarikat babah lagi.” Farhan tersenyum dengan jawapan
Maya. Selalu mengalah!
“Jom kerja
dengan Han.” Farhan cuba menawarkan peluang buat Maya. Maya menggeleng lagi.
“Maya taknak
kerja, Maya nak capai cita-cita yang belum tercapai.”
“Cita-cita?”
“Jadi surirumah
berjaya.”
“Belum
tercapai?”
“Yelah, tak
tercapai lagi, entah bila.”
“Kenapa? Bukan
dah jadik suri rumah ke?”
“memang suri
rumah tapi tak berjaya.”
“Kenapa tak
berjaya pulak?”
“Yelah, macam
mana nak berjaya, suami asyik makan kat luar aje.” Farhan terkedu sendiri. Kena
sebijik atas muka. Senyap tiada soalan atau jawapan. Terus sahaja dia
berdengkur. Maya ketawa dalam hati. Padan muka! Kau senyap kau singa, aku
senyap aku harimau betina!
++++++++++
Maya masih duduk
berteleku di atas tikar sembahyang. Panjang doanya seperti selalu. Bermohon agar
dibukakan pintu hati suaminya untuk menerima dia sepenuhnya. Bermohon agar
hubungan mereka makin erat. Telekung ditanggalkan, dan disidai kemas. Rambutnya
yang sudah panjang mencecah pinggang disikat kemas dan dikepitkan bersama. Langkah
di atur keluar bilik, jam sudah menunjukkan pukul 7, Farhan mesti sedang
bersiap-siap ke tempat kerja.
“Mak
buyung bangun lambat ke?” Terkejut Maya dengan suara yang tiba-tiba itu.
Farhan?
“Han
tak siap lagi? Nak menung dalam kereta ke kejap lagi?” waktu begini kalau belum
keluar, alamatnya sesak la jalan raya. Semua berkejar-kejar cari rezeki.
“Nope,
hari ini saya off... cancel semua meeting, dan... hari ini saya nak awak masak.”
Maya terkedu. Masak? Biar betul?
“Seriously?
No kidding?” Maya menyoal bagi mendapatkan kepastian. Farhan yang tika itu
bersenang di sofa hanya mengangguk laju.
“Tapi...
kita kena pergi pasar. Beli semua barang.” Maya berkerut.
“Banyak
dah kut barang dalam peti. Nak beli apa lagi?” farhan sekadar mengangkat
kening.
“Saya
dah cuci peti sejuk. Kemas dapur. So kena beli barang semula lah.”
“Maksud
Han, Han buang semua tu?” Farhan hanya mengangkat bahu.
“Cepat
siap, kita pergi sekarang. Pasar awal-awal ni banyak barang lagi.” Maya hanya
menurut kata, namun kepalanya masih berfikir. Kenapa mesti buang? Pelik!
“Han
nak Maya masak apa hari ni?” Maya yang siap memakai tali pinggang keledar
menyoal Farhan yang mula memandu.
“Rasanya
lama tak makan, ikan keli masak tempoyak.” Maya tergaru-garu dagu yang tak
gatal. Tempoyak? Mana mau cari?
“Kalau
ada jual tempoyak, boleh lah, sekarang musim ke?” Farhan menjungkit bahu.
“Lagi?”
Maya menyoal lagi. Farhan mengetuk-ngetuk stereng kereta dengan hujung jarinya
sambil berfikir.
“Kalau
takde tempoyak, Maya buat asam pedas ikan pari. Sedap jugak tu.” Maya hanya
mengangguk. Seronok, hari ini pertama kali dia akan memasak untuk Farhan.
“Selalu
dekat luar makan apa?” Farhan memandang Maya sekilas.
“Ikut
mana yang sedap.” Maya menjuih bibir. Tak menepati soalan.
“Yang
sedap tu apa?” Farhan tersenyum, tahu Maya mahu jawapan yang spesifik.
“Mana
yang terasa nak makan, sambal ikan ke , gulai ke, kalau tak tahu ayam goreng
aje.”
“Tu
je, baik masak kat rumah.” Maya merungut.
“Saya
tak makan kan...” Farhan tidak suka hal itu dibangkitkan.
“Kenapa?”
Maya cuba mengorek rahsia.
“Secret
la... tak boleh cerita lagi.”
“Tak
boleh cerita lagi, kira nanti akan cerita?” Maya teruja.
“Mungkin.”
“Ala...”
farhan ketawa melihat reaksi Maya yang kecewa.
.....................
p/s: part 5 akan jadik ending. I'm sure of it! ^^ much love readers!
8 comments:
farhan dh oke cuma nk tahu secret jer ni..hehe
uish.. nk thu apa yg han rahsia sgt ni.. xsbr2.. :)
mst han ada konflik dgn mak kndg dy dulu...so sbb 2 dy x suka mkn kt rmh
x sabar nak tau ni.
cepat sambung...x sabara nk tau endingnya dan apa yg disembunyikn farhan....
yeay!!! Farhan dah semakin baik, harap2 adalah peluang untuk diorang berdua bahagia :)
insyaAllah. kalau siap ending. malam ni abc akan post! ^^v
rahsia tu yang nak tahu sangat tu... hehehe
YEAH!! nasib baik Farhan dah baik..
Post a Comment