Mr. S (senyap tapi singa)
“
Sabar. Menjadi seorang isteri, kesabaran kita sering teruji. Jadi kuncinya,
tetapkan iman, tetapkan hati untuk terus bersabar. Ingat cu.. Allah selalu
bersama dengan orang-orang yang bersabar.” Kata-kata Tok Usu menjengah ke ruang
telinga Maya usai solat maghrib. Telekung yang masih menutupi kepalanya dibuka
perlahan. Perut yang masih tiada bentuk itu diusap perlahan.
“
Ibu sayang dengan Papa, Ibu janji dengan baby, untuk terus bersabar.
InsyaAllah, Papa akan datang ambil Ibu dan baby dalam masa terdekat nih.” Maya
bersuara perlahan seolah-olah berbual dengan bayi di dalam rahimnya. Pada Allah
Maya berserah segalanya.
Laungan
suara Tok Usu dari dapur, menyedarkan Maya dari lamunannya. Segera telekung dan
sejadah dilipat dan diletak kemas di atas katil. Rambutnya yang kian panjang,
disisir rapi dan dikepit sekemasnya. Langkah diatur perlahan ke dapur. Tok Usu
sudah sedia dengan juadah makan malam. Siap dengan jus lobak merah yang Maya
idam-idamkan petang tadi. Tok Usu sangat baik!
“
Esok Maya balik rumah ye.” Tok Usu bersuara sedang kami asyik menikmati juadah
makan malam. Maya terkejut dengan berita yang dinanti-nantikannya. Takkan
secepat ini Farhan berubah? Detik hati Maya.
“
Abang Farhan nak ambil Maya balik ye Tok Usu?” Soal Maya, gembira bercampur
bahagia. Maya tersenyum-senyum sendiri.
“
Tak. Maya balik sendiri, Tok Usu dah siapkan kereta dengan Haji talib petang
tadi.” Senyuman Maya mati.
“
Kenapa Tok Usu? Abang Farhan tahu?” Maya bersoal, gusar.
“
Tak. Tok Usu nak Maya balik, tempat Maya bukan dekat sini, tapi di sisi suami.
Suami mahu atau tidak, Maya tetap tanggungjawab dia.” Tok Usu bersuara sedikit
tegas. Maya hanya terdiam, jemarinya menguis perlahan nasi yang masih banyak di
dalam pinggannya.
“
Jangan takut, Tok Usu ada rancangan buat Maya. Maya nak Farhan sayangkan Maya
kan?” Tok Usu seakan mengerti perasaan Maya yang berbelah bagi tika itu.
“
Memang la nak Tok Usu, nak dia sayang Maya, cintakan Maya dan terima anak Maya
dengan dia... tapi Maya takut dengan dia, mesti dia terkejut tengok Maya kat
rumah nanti.” Rintih Maya perlahan sambil tangannya mengusap perlahan perutnya.
Hatinya seakan boleh membaca masa depan, reaksi dan tingkah Farhan sudah dia
rasakan pabila dia tiba di rumah kelak.
“
Maya balik, nanti Tok Usu bagitau apa yang Maya perlu buat. Jangan risau. Janji
Allah itu pasti, kalau benar Farhan jodoh Maya, dia tetap milik Maya buat
selamanya. InsyaAllah.” Maya hanya menganggukkan sedikit kepalanya, biarpun
bersetuju namun hatinya tetap resah menanti reaksi Farhan ketika melihat dia.
+++++++
Langkah kakinya diatur keluar dari perut
kereta Haji Talib. Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam itu,
Maya hanya mendiamkan diri. Bukan mahu berlaku tidak sopan begitu, tetapi
hatinya berkocak kuat, takut! Apa yang Farhan akan lakukan? Marah? Jerkah? “Ya
Allah, jangan biarkan aku takut dengan insan yang telah Kau tetapkan untuk aku
sebagai pemimpin perjalanan hidupku..”Doa Maya di dalam hati.
“
What? Kenapa Tok Usu hantar dia balik... nanti siapa nak jaga dia?” Farhan
sangat tersentak dengan berita yang Tok Usu sampaikan. Alasan tiada siapa akan
jaga dipertahankan jua, sedang orang tua itu boleh membaca dengan sejelasnya,
ia adalah sekadar alasan yang dibuat-buat oleh Farhan.
“
What with your what? Maya is your wife. Siapa yang pilih dia? Farhan kan? Siapa
yang kahwin dengan dia? Farhan kan? Siapa yang buat dia mengandung? Farhan kan?
Jadi Farhan la yang jaga, bukan Tok Usu. She is your wife, your responsibility!
Tok Usu tak pernah ajar cucu Tok Usu lari daripada tanggungjawab!” Tazkirah
khas buat cucu tersayang Ahmad Farhan Syah. Farhan hanya diam tidak terkata,
dia sedar itu, tapi hatinya terasa resah tiap kali memandang Maya. Bagaimana
pula jika perut Maya kian membesar nanti?
“
But, Tok Usu tau kan kenapa?”
“
Yes. But that your choice, you choose her to be your wife, but then... why are
you treated her like that? Maya tak tahu apa-apa Farhan!”
“
Farhan tahu Tok Usu, tapi tolong Tok Usu, untuk beberapa bulan...” belum sempat
Farhan menghabiskan kata-katanya, Tok Usu sudah mencelah.
“
No! Kalau nak Maya ada di kampung, Farhan kena duduk kampung sekali. Faham?
Buka mata. Buka hati. Lupakan hal lama. Farhan nak anak Farhan rasa apa yang
Farhan lalui? Nak?” Tok Usu makin kuat memujuk dengan tegas dan cuba
menyedarkan Farhan dengan perbuatannya. Betul, Maya tidak bersalah!
Sebaik
tamat perbualan dengan Tok Usu, Farhan terus sahaja memecut pulang ke rumah.
Segala mesyuarat yang perlu dihadiri ditangguhkan waktunya. Serabut! Farhan
serabut. Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Memang Maya tak bersalah,
langsung tak bersalah. Tapi aku tak mampu nak jadi suami yang baik untuk dia,
apatah lagi Papa yang baik untuk bakal anak kami? Hati dan fikiran Farhan
menjadi satu, ligat memutarkan segala persoalan. Jawapan? Tiada!
Terngiang-ngiang dicuping telinga kata-kata Rusdi teman baiknya sejak Kolej,
semalam sewaktu mereka makan malam bersama.
“Isteri tu satu amanah, kau yang pilih dia,
kau yang mahu dia jadi isteri kau bukannya Layla, jadi kenapa kau jadikan dia
mangsa? Maya tak tahu apa-apa, dia dan anak kau dalam rahim Maya, tanggungjawab
kau, ingat tu!”
Farhan tahu, sedar akan hal itu,
tapi... payah, payah dia nak jelaskan. Serabutnya dia dengan hidupnya tidak
pernah habis dan kini bertambah serabut. Serabut yang dibuatnya sendiri!
+++++++
Maya
melangkah masuk ke rumah dengan penuh berhati-hati. Sunyi. Mungkin Mak Jah dan
Pak Teh Lan pulang ke kampung mereka, Sumayyah meneka sendiri. Pintu pagar
dibuka perlahan. Kereta Farhan tiada, waktu begini memang dia ke pejabat, Maya
tersenyum sendiri, dia sangat merindui suaminya. Biarlah suaminya membenci
kepulangannya hari ini, yang dia tahu, dia gembira! Berada hampir dengan
suaminya biarpun tidak diterima Farhan, adalah perkara paling membahagiakan Maya.
Belum
sempat Maya mengeluarkan kunci rumah daripada beg tangannya, Farhan sudah tiba
dengan kereta di depan pagar. Tanpa di suruh-suruh, Maya segera bergegas
membukakan pintu pagar.
“Tak
payah, saya balik kejap aje.” Suara Farhan yang dingin menyapa kepulangan Maya
tengah hari itu. Maya mengangguk perlahan sambil tak lepas memandang wajah
Farhan.
Baru seminggu,
kerinduan ini sudah menggunung tinggi. Teringin benar Maya untuk mengucup
tangan suami yang dirinduinya itu. Farhan terus sahaja melangkah masuk ke dalam
rumah, tanpa langsung memandang Maya. Benci
sangatkah dia? Desir hati Maya. Namun terukir senyuman dibibirnya, tatkala
melihat, Farhan mengangkat masuk beg pakaiannya yang diletakkan di hadapan
pintu rumah.
Farhan
melabuhkan diri ke sofa, beg Maya diletakkan di tepi meja teh. Farhan
menyandarkan tubuhnya. Kedua tangannya meraup wajahnya. Maya yang baru
melangkah masuk ke dalam rumah, menutup perlahan pintu. Farhan yang sedar
kehadiran Maya, membetulkan duduknya dan memandang Maya yang melangkah perlahan
menghampirinya. Maya menapak berhati-hati, seram bila pandangan matanya berlaga
dengan pandangan Farhan. Bagai lari semua tempo langkah kakinya.
“Tok
Usu yang paksa awak balik, saya tau tu. Awak suka balik ke sini?” Tegas dan
mendatar sahaja suara Farhan tika itu. Maya bagai kelu lidah, entah apa yang
patut dijawabnya dengan soalan ‘sukar’ Farhan itu. Farhan mendengus kasar
apabila Maya masih berdiam diri di hujung sofa itu.
“I
never realise that I’ve been married to a mute?” Farhan menyindir Maya yang
sedari tadi hanya mendiamkan diri.
“Saya
mintak maaf. Saya...” Maya bersuara perlahan dan dipintas Farhan yang kembali
berdiri.
“Okay.
Awak duduk bilik bawah aje, baik untuk awak dan kandungan. Mak Jah balik
kampung untuk beberapa hari. Jadi nanti urusan rumah awak kena urus. And now,
siap-siap kita keluar.” Farhan pantas memberi arahan. Kunci di dalam kocek di
keluarkan.
“Kita
nak ke mana?” Farhan hanya memandang dan berlalu.
“20
minit should be enough.” Ujar Farhan sebelum pintu kembali tertutup. Maya hanya
mengeluh kecil. Bila Farhan akan berlembut dengannya? Maya melangkah menjinjit
begnya ke bilik berhadapan ruang tamu itu. Maya tahu, Farhan sengaja mencipta helah
dengan membiarkan dia duduk di bilik bawah, Farhan mahu mengelak daripadanya,
Maya pasti!
++++++++
“Barang
dapur semua takde, lepas makan ni saya bawak awak pergi pasaraya, and you can buy
anything that you needs there.” Farhan bersuara setelah lama suasana antara
mereka senyap membisu. Farhan masih tunduk menjamah makanan di depannya tanpa
sedikitpun memandang Maya. Maya hanya mengangguk perlahan biarpun sedar Farhan
tidak nampak anggukannya itu.
Selepas keluar daripada Restoran
Masakan Kampung itu, mereka beriringan ke kereta. Sesekali Maya menelek jam
ditangan. Baru pukul 2.00, dia tak kerja ke? Maya bersoal sendiri. Farhan yang
sudah jauh ke depan, dikejarnya dengan lari-lari anak. Tanpa kawalan, kakinya
terpelecok dan dia jatuh terduduk di kaki lima itu.
“Aduh!”
Maya memegang kakinya yang terasa sengal-sengal dan menyucuk itu. Farhan yang
sudah berada ke kereta, berpaling dan kemudian kelihatan berlari laju ke arah
Maya yang terduduk di kaki lima. Reaksinya nampak kalut!
“Are
you okay?” Suara Farhan apabila hampir kepada Maya. Maya hanya mengangguk
dengan kerutan di dahi, menahan sakit kakinya.
“Are
you okay?!” Soal Farhan lagi. Kini sedikit tegas, tangannya memegang kedua-dua
bahu Maya, erat. Maya memandang terus ke wajah Farhan yang penuh dengan riak
yang tidak dapat ditafsir oleh Maya yang dalam masa yang sama menahan kesakitan
dikakinya.
“Saya
okay, tapi kaki ni sakit sikit.” Jawab Maya tergagap-gagap. Farhan mengangguk
laju dan memandang Maya atas bawah.
“Your...your..
it is okay?” Maya tidak faham apa yang ingin disoal Farhan, dia memandang
Farhan dengan wajah penuh tanda soal.
“Baby...
okay? Sakit?” Maya tersenyum kecil dan hanya mengangguk. Dalam hati, beribu
kesyukuran Maya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan keprihatinan Farhan tika itu
kepada kandungannya. Baru hendak cuba bangun, Farhan menarik kasut yang dipakai Maya, agak kasar. Kasut itu ditayang depan mata Maya.
“You
are pregnant, but you wearing this heel?” Wajah Farhan tika itu, menakutkan
Maya hingga membuatkan Maya bersuara namun tidak kedengaran, hanya bibirnya
yang bergerak-gerak.
“Bukak
kasut awak ni... and wait here.” Farhan mencabut sebelah lagi kasut Maya dan
terus berjalan ke arah keretanya. Maya hanya memerhatikan gerak geri Farhan.
Nak cakap apa-apa pun tidak berani setelah melihat ketegasan Farhan. Beberapa
saat kemudian, kelibat Farhan kelihatan kembali ke arah Maya yang sudahpun
bangun berdiri dengan kaki ayam. Farhan menyerahkan seliparnya kepada Maya.
“But...
its too big.” Maya merungut manja. Farhan menyuakan lagi dengan pandangan
menikam.
“Big
but safe.” Tegas suara Farhan. Maya mencebik dan mengambil selipar itu dan
terus menyarungnya. Besar! Boleh tumpang seorang lagi dibelakang. Farhan
menahan tawanya.
“Ni
lagi senang jatuh.” Maya merungut perlahan. Farhan dengar dan hanya menggeleng.
Waktu mereka beriringan ke kereta, Farhan menarik Maya dan memeluk pinggangnya,
erat.
“I’m
here to watch your step.” Ujar Farhan perlahan namun sampai ditelinga Maya yang
sudah tersenyum malu.
“Kita
ke klinik dulu.” Farhan bersuara lagi sebelum mereka masuk ke dalam kereta.
++++++++
Usai
solat zuhur, Farhan berjalan-jalan di sekitar deretan kedai yang berdekatan
dalam pasaraya itu sambil menunggu Maya selesai solat. Farhan singgah disebuah
kedai pakaian ibu dan anak. Baju untuk ibu hamil itu menarik perhatiannya.
Blaus labuh yang kembang dari aras pinggang dengan bunga-bunga kecil
menghiasinya. Manik-manik dan labuci tersusun disekitar pinggang menonjolkan
lagi kecantikan blaus itu
.
“Blaus
ni limited encik, ini yang terakhir. Beli untuk isteri?” Jurujual itu mula
memancing Farhan yang leka menelek baju tersebut.
“Untuk
ibu berapa bulan ye ni?”
Maya membetulkan sedikit baju
yang pakainya dan melangkah perlahan ke arah Farhan yang sedang duduk dikerusi
sambil membelek telefonnya. Sibuk memanjang! Maya bermonolog sendiri.
“Han,
jom.” Maya yang sudah berdiri tegak dihadapan Farhan mula bersuara. Mereka
belum lagi ber’shopping’ barang dapur, tentu banyak masa akan dihabiskan nanti.
“You
call me what?” Farhan pandang Maya dengan wajah berkerut.
“Saya
mintak maaf, saya tak panggil lagi.” Maya mula tergaru-garu kepalanya yang
berlapik tudung, tersalah panggil ke. Hati Maya sudah kecut seribu.
“No...
no... just beg your pardon. What you call me just now?” Farhan menyoal lagi,
masih dengan wajah berkerut namun ada terselit senyuman kecil.
“Han...
erm... dulu masa awal kahwin, saya panggil awak abang tapi awak marah. Awak
kata awak bukan abang saya.” Maya menjawab perlahan dengan wajah yang
ditundukkan, sangat takut memandang wajah Farhan tika itu. Macam nak kena
pancung rasanya!
“Han?
Erm.. okay, keep call me that. Jom.” Maya yang tidak mengerti hanya ternganga.
Betul-betul pelik dengan sikap Farhan.
“Kira
boleh la ni, Han?” Farhan ketawa kecil dan mengangguk.
Sekitar jam 6.00
petang mereka berdua sudah siap membeli belah dan pulang ke rumah. Semua barang
dapur telah siap disimpan ke tempatnya. Maya mula bergegas ke bilik kerana dia
belum lagi solat asar, takut terlepas. Waktu melintasi tangga untuk ke bilik,
Farhan yang kebetulan baru turun ke bawah menahannya.
“For you.”
Farhan menyerahkan satu beg kertas kepada Maya. Maya mengambilnya tanpa banyak
soal. Beg kertas itu di buka dan isi dalamnya diambil.
“Baju... eh..
awalnya Han beli?” Farhan menahan tawanya apabila mendengar Maya memanggilnya
Han.
“Salesgirl
tu cakap, baju tu untuk 2 bulan ke atas. Aw... erm.. Maya kan almost 2 month?”
Farhan menjawab sambil terus melangkah ke ruang tamu.
“Maya?”
Maya bersuara sendiri, kedengaran pelik bila Farhan membahasakan dirinya dengan
panggilan itu. Baju itu disimpan kembali ke dalam beg dan terus masuk ke bilik.
Setelah beberapa ketika, pintu dibuka kembali, Maya melaung kepada Farhan yang
berada di sofa ruang tamu.
“Han...
terima kasih. I love it!”
+++++++
Maya duduk
berteleku lebih lama di sejadah. Tersenyum dia sendirian. Hatinya terasa
senang. Sehari ini terlalu banyak yang terjadi. Mulanya waktu pagi, hatinya
terasa bagai berdetak dengan irama yang berkeceramuk. Hatinya terlalu takut
ingin bertemu muka dengan Farhan setelah dua minggu berpisah. Namun, ketakutan
itu hilang bila dia bagai melihat penerimaan Farhan terhadap dirinya. Mungkin
tidak seterang cahaya bulan atau matahari, tetapi tetap terang sebaik lampu
kalimantan. Tidak sudah-sudah hatinya mengucap syukur. Dalam tempoh 3 bulan
menjadi isteri kepada Farhan, hari ini adalah hari pertama mereka menghabiskan
masa bersama. Telekung ditanggalkan dan dilipat kembali bersama sejadah,
kemudian diletakkan dipenjuru katil. Telefon bimbit di ambil dan nombor Tok Usu
di dail.
“Assalamualaikum...”
Suara Tok Usu menjengah di talian sana.
“Waalaikummussalam...
Tok Usu...”
“Amboi... suara
ceria aje. Seronok dapat jumpa suami?” Tok Usu mengusik Maya yang mula panas
pipi. Tersengih dia sendirian.
“Sangat seronok
Tok. Abang Han, baik sangat hari ini.” Tok Usu mengucap syukur. Dia sentiasa
mendoakan yang terbaik buat cucu kesayangannya dan juga cucu menantunya. Maya
gadis yang baik.
“Haa... betul
tak keputusan Tok Usu suruh kamu balik?” Maya mengangguk perlahan, terlupa Tok
Usu tak nampak.
“Terima kasih
Tok. Tok nak tahu, Abang Han beli blaus dekat Maya, cantik sangat. Kebetulan,
hari ini hari jadi Maya. Macam tau-tau aje.” Ujar Maya sambil blaus itu di
ambil dan diteleknya. Sesekali dipeluknya.
“Alhamdulillah.
Baguslah. Tok doakan yang terbaik untuk kamu berdua. Ha, lagi satu, jangan lupa
apa yang Tok ajar. Tu penting.” Maya ketawa kecil, masakan dia lupa apa yang
telah dipesan dan diajar oleh Tok Usu selama dia disana.
“Maya tak lupa
satu pun, dan insyaAllah Maya akan cuba buat apa yang Tok ajar.” Beberapa
ketika berbual dengan Tok Usu, pintu bilik diketuk dari luar. Cepat-cepat Maya
tamatkan perbualan apabila pintu terkuak dari luar. Kepala Farhan terjengul
dari balik pintu.
“What are you doing?
Boleh keluar kejap?” Farhan bersuara lalu terus menutup pintu bilik Maya. Maya
bingkas bangun dari duduk dan membetulkan bajunya. Langkah diatur dengan
teratur keluar dari bilik. Farhan sedang duduk di sofa sambil membelek telefon
bimbitnya. Apabila Maya sudah menghampiri barulah kepalanya dipanggung sedikit.
“Saya nak keluar
makan. Nak keluar sekali or nak pesan apa-apa?” Farhan terus sahaja menyoal
Maya.
“Erm... saya
ingat nak masak aje. Han nak makan apa-apa? Saya boleh masakan.” Maya menyoal
kembali dengan senyuman tak lekang. Namun dia terlupa...
“Masak? Lupa ke?
Hah... lupa?” Farhan yang tenang tadi kini berubah riak. Serta merta dia
berdiri bertentangan dengan Maya. Maya tersentak dengan deras suara Farhan.
“Aku takkan
makan satu pun yang kau masak! Jangan ingat aku baik dengan kau, aku boleh
terima semua yang kau buat!” Maya tersentap. Kenapa berubah terlalu mendadak?
“Saya mintak
maaf. Saya terlupa. Betul-betul terlupa.” Maya menjawab dengan terketar-ketar.
Farhan mendengus kasar. Kedua-dua tangannya menyelak rambutnya kasar. Seketika
begitu, Farhan kembali duduk di sofa, dan kemudian bingkas bangun dan keluar
daripada rumah. Maya yang masih kaku, hanya terdiam berdiri di situ. Setelah
deruman kereta Farhan sudah tidak lagi kedengaran, terus sahaja dia terjelepok
jatuh ke atas permaidani itu dan terus teresak-esak menahan tangis.
“Kenapa? Apa
salah aku?” Terus sahaja Maya menyoal dirinya dalam tangisan yang kian
menjadi-jadi. Perasaannya tidak menentu, terlalu beremosi. Jika dulu boleh
sahaja dia tahan dengan jerkahan Farhan, bukan dia tidak biasa. Terlalu biasa!
p/s: susah nak garang-garang ^^ mintak menjadik la garangnye Farhan tu yek.. much love readers!
11 comments:
cian kat maya...x sabar nk tau ape jd pas ni...
Tu la cisn gsk kt Maya.Nape Farhan ni treat Maya cam tu.Erm..pelik2.Mesti da sbb dia jdi cam tu.X sbr nk taw pa jdi next e3.
-Ana-
sian nye maya...ape jadi pasni?ape ye kisah di sebalik farhan jd mcm tu..
wow!garang nye farhan...kite suke lelaki watak garang cenggini...tp, sian lak kat maya, dah lah tengah pregnent..jiwa sensitif...farhan lah main jerkah2..mahu nye maya x sentap..sambung lagi abc...suke ngat cite ni..
wat watak farhan lagi garang!hahaha..dan watak maya yg terlalu sabar, biar farhan akhirnye fall in luve dgn maya...hehehe...sian maya..
eeee....td dh okay...bile nk mkan asal jd singa balik? pelik2 si farhan ni..hmmm
eiii.. payah oo nak wat farhan jadik garang hehehe ^^
farhan tak suka makan dekat rumah.. ntah apa-apa jek! ^^v
apsal farhan marah sgt kalo nk masak?
ada sejarah ke?
cian tau kat wife dia tetiba kna marah..
Menarik... x memboringkan. Tahniah cerpen awak memng best.Sanbung cepat saiki ya...
^^ tQ! almost done! insyaAllah...
Post a Comment