Tuesday, August 16, 2011

hidup?

salam ramadhan buat semua umat islam di dunia, Malaysia khususnya.

sudah hari ke 16, kita berpuasa. dan hari ini hari bermakna buat bonda tercinta. Alhamdulillah, bonda sudah 55 tahun, masih sihat, masih kuat menjalankan tugasnya sebagai ibu dan juga sebagai guru. biarpun sudah dimamah usia, mama masih tabah menjalani kehidupannya, dan masih setia menguruskan keluarga dan mendidik anak2nya yang sudah dewasa. anak yang dewasa lagi sukar dikawal, payah untuk kenal kemahuan, payah untuk tahu keinginan, moga kami menjadi anak2 mama yang sentiasa menyenangkan hati mama, yang sentiasa menggariskan senyuman pada wajah mama.

+++

abc dalam jiwa yang berkecelaruan. kadangkala gembira, dan kadang ada gundahnya. entah kenapa, awal pagi lagi, jiwa dan hati ini berkocak kuat. ah! abc kecundang pada dunia. dunia yang penuh dengan dosa dan noda. dan sepenggalnya hari, abc mula terfikir, dan mulai muhasabah diri. kenapa dan mengapa? dan terfikir, adakah ini yang aku mahu dalam kehidupanku? baik atau buruk? abc cukup dewasa dalam membedakan dosa atau pahala, cerah atau gelap, putih atau hitam. tapi, tak cukup matang dalam merealisasikan.

doa?

kerapkali bila masanya sayu terundang dihati, doa pada Ilahi. ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan. sejuk itu datang, tapi diri sendiri yang menghalau kedinginan dengan kehangatan seronoknya dunia. Allah! betapa daku ini tidak pernah mensyukuri.

malu?

malu usah tanya, usah dipersoal dua seratus kali. kerap teriak, selalu hujan, sentiasa tangis diri ini. malu pada DIA, malu pada semua. tak pernah sangka, aku sembunyi dibalik helaian kain yang besar itu! malunya usah kira kerana tidak terhitung sudah! Astagfirullah.

taubat?

ini yang malu. abc nasihat manusia lain. taubat Allah itu besar. taubat Allah itu luas seluasnya. tidak ada masa, kerana ia sentiasa. jangan lambat hingga saat maut sudah mencengkam. tapi abc sendiri? lalai dalam saat diri hendak berubah. Allah, ampunkan hambaMu ini.

hidup?

abc tidak tahu sejauh mana hayat yang terkandung. mungkin selepas selesai penulisan ini, atau seminit selepasnya? atau abc diberi 100tahun masa. Matikanlah daku dalam diri suci dari dosa dan noda. Matikan daku dalam iman. hidup yang diberikan adalah masa untuk kita mencari Allah, mengutip pahala dan nah! balasannya syurga yang penuh nikmat, syurga yang abadi selama-lamanya.


moga Allah tidak menjarakkan dirinya dengan hambaNya ini.. Allahuakbar.

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders