Friday, November 26, 2010

kasi potong sama dia!

ini bukan iklan 'ah-long'
atau pun ceti haram.


dan ini juga bukan
iklan TM



ini entri pasal aktiviti cuti sekolah.
eh. bukan disney school holiday punya cerita.
cerita budak lelaki punya aktiviti
musim cuti sekolah la~~

berkhatan
atau lebih familiar
bersunat!


=)

+++++

adik-adik lelaki aku semua dah selamat.
abang-abang aku memang dah lama selamat.
he-he-he
jangan mare!
=)

anak-anak jiran aku dah selamat
berkhatan semalam.
hari-hari aku dengar budak menjerit
macam kena dera.
aiyoo!

esok ada kenduri diorang,
ni pun dah sebuk memasak.
aku cuma lihat dari jauh,
hehehe.
esok aku pegi makan aje.
=)

kenapa perlu berkhatan?

Allah itu suka akan kebersihan.
oleh sebab itu, setiap lelaki muslim
diwajibkan berkhatan.

budak-budak akan bertanya, kenapa
perlu potong???
mak-mak akan kata, nak kawen kena lah potong.
pas potong boleh la ada awek,
haa.. kan femes jawapan tu..

tak bersih ke kalau tak potong?
yela.. kalau bersih buat ape kena potong ye tak?

aku pernah dengar pendapat dan pernah terbaca,
kulit lebih yang dipotong tu, kalau tak potong akan
terkandung air kencing. macam bertakung la.
so.. kotor la, kita nak solat apa semua kan.
jadinya perlu dibuang.

nak jelas panjang aku tak berapa tahu sangat, tapi masa aku
skodeng mR.gOO, aku jumpa artikel kelebihan berkhatan dekat website
ehoza.com... kalau nak tau klik sini.

++++

dulu-dulu guna tok mudim.
dengan batang pisang, pisau dia.
memang seram. aku pun rasa nak lari!!

sekarang dah lain.
siap ubat kebas.
tak la rasa sakit masa dipotong.
(adik aku cerita)

masa adik yang lepas aku,
dia tak pakai tiub pun,
tapi adik bongsu aku sunat 2tahun lepas
dah dipakai tiub, dan aku rasa
lebih sakit.
aku pun tak tau tapi dari cara aku jaga diorang.
adik lepas aku takde nak nangis-nangis.
cool aje.
tapi yang bongsu nih, nak cuci pun takut
seram tiub tu, apa lagi menjerit menangis la dia.
plus manja jugak kut,
=)

even orang bukan islam (kebanyakan matSalleh)
dah banyak yang berkhatan, baby boys yang lahir
doktor akan tanya nak dikhatan ke tidak.
ada kelebihan lain katanya??
++++


apa kes aku perempuan cerita pasal berkhatan kan.
jangan tak tau.
perempuan pun bersunat jugak!
=)






pictures>>> Mr.Goo's Stor =)

reminder: aku tau perempuan bersunat pun sebab adik perempuan aku bersunat masa dia 6 tahun!aku???



No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders