Wednesday, November 24, 2010
love is forever~ 10
Malam itu, Baba pulang sendirian. Aku tanyakan Haikal, Baba kata Haikal hanya beritahu Baba yang dia ada hal lain yang hendak dibuat. Aku gelisah dan tidak senang duduk. Aku tahu, Haikal masih terasa hati dengan aku. Hal petang tadi salah dia, bukan aku. Takkanlah dia serius petang tadi? Ah! Aku masih belum sedia untuk ke arah itu. Ya Allah, ampunkan aku, aku isteri yang berdosa.
Tepat jam 10.30 malam, Haikal sampai ke rumah. Di hantar oleh Samad, anak ketua kampung, Haji Ali. Samadlah yang membantu Haikal membawa motor Baba yang pancit ke kedai dan menghantar motor tersebut ke rumah. Samad mengalami kecacatan fizikal, namun sikapnya yang ramah dan ringan tulang menyenangkan semua penduduk kampung. Aku menyambut kepulangannya, Haikal masih marahkan aku. Riak wajahnya aku mengerti. Aku yang tercegat dipintu tidak diendahkan. Penat aku senyum! Langkahnya terus ke dapur, di tangannya memegang sebungkus beg plastik. Aku hanya memerhatikannya, sampai hati buat tak tahu dengan aku, getus hati kecilku. Aku mengeluh perlahan dan menutup pintu. Ummi dan baba sudah pun masuk tidur, esok Baba dan Ummi hendak ke Qiamulail. Aku pun teringin nak pergi, maklumlah, nak buat sendiri takkan jadi punya. Aku menapak ke dapur. Dari anak tangga atas, aku melihat Haikal membancuh air, langsung tak pedulikan kehadiran aku. Sedih!
” Turun sini, makan.” suara Haikal, secara tiba-tiba. Hampir tersentak aku dibuatnya. Tanpa menunggu lama, aku melangkah menuruni tangga dan menapak ke sisinya. Aku tidak yang aku tersenyum sedari tadi. Mungkin gembira dengan respon yang diberikannya. Beli makanan rupanya, ingat apalah yang ada dalam bungkusan tadi. Mee goreng mamak, sedapnya.
” Abang tau sayang lapar, tadi lepas solat isya’ abang pergi kedai makan Pak Shuib dengan Samad, kebetulan dia pun nak ke sana.” ujar Haikal tanpa aku bertanya. Aku mengangguk dan mengambil tempat disisinya. Mee di isi ke dalam satu pinggan, satu garfu diberikan padaku dan satu sudu untuk dia. Aku belum sempat hendak bertanya, Haikal sudah memberikan jawapan. Hebat betul riak wajah aku ya?
” Kita makan satu pinggan aje, berkat suami isteri kongsi makanan, lagipun jimat la air rumah ummi.” ujarnya bersahaja. Jawapannya yang akhir membuat aku ketawa. Banyak mana lah air yang digunakan untuk basuh satu pinggan, Haikal memang pandai memberi jawapan. Aku agak kekok berkeadaan begitu. Sebelum ini, aku yang hidangkan, jadinya dua pinggan. Nak tak nak aku jamah juga, tapi tunggu dia ambil dahulu. Kalau dekat hostel aku pun biasa berkongsi makanan dengan kawan-kawan jadi aku tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi makanan dengan sesiapa, tetapi keadaan sekarang lain dengan keadaan aku dengan kawan-kawan. Haikal sedar yang aku kekok, tetapi dibiarkan sahaja. Mungkin mahu aku biasa dengan keadaan begini. Air juga satu cawan. Kalau orang tengok, memang kata kami pasangan paling romantiklah. Selepas dia minum, cawan itu diberi pula kepadaku, aku pun minum. Kalau aku menolak, takut rajuknya kembali. Dan aku mengaku, aku senang dilayan begitu. Masa yang ada aku guna untuk meminta maaf tentang hal petang tadi. Mahu tak boleh tidur aku malam ni. walaupun belum mencecah umur 20 tahun, aku tahu dosa pahala isteri. Aku wajib tahu setelah aku bergelar isteri kepada seseorang.
” Abang marah Zu lagi?” soalku perlahan, dan tersusun.
” Marah? Bila pulak abang marah? Kenapa pulak nak marah?” jawabnya bersahaja.
” Hal petang tadi, maaf ya, Zu tak bermaksud nak kecik kan hati abang.” ujarku lagi, tidak melayan marahnya dan tidak juga melayan ego wanitaku.
” Tau pun, salah.” ujar Haikal sinis. Menusuk ke jantungku. Sabar Zulaikha!
” Maaf, Zu belum biasa macam tu.” jawabku lagi. Aku dengar Haikal ketawa sinis. Masih marah! Aku hanya menundukkan wajah. Suapan aku terhenti. Hilang selera. Susah ke nak maafkan aku? Haikal menghabiskan makanan yang ada. Dibiar aku yang melayan perasaan. Air diminum beberapa teguk dan diberikan padaku. Aku ambil tidak minum. Apa yang aku boleh buat untuk dia maafkan kesilapan yang bukan berpunca dari aku?
” Malam ni tidur dengan abang.” ujar Haikal, tegas, lantas bangun dan terus bilik air. Aku? Aku kaget. Macam mana ni, apa aku nak buat. Ya Allah, aku belum bersedia. Jawapan itu masih terngiang-ngiang ditelingaku. Aku masih dikerusi. Tidak tahu hendak berbuat apa. Haikal yang keluar dari bilik mandi, memandang ke arahku. Serius aje muka dia.
” kemas cepat, ambil wuduk, kita solat baru tidur” ujarnya bersahaja tetapi tegas. Haikal terus melangkah ke bilik. Aku hanya mampu mengikut arahan. Kalau aku mengelak, buat helah, pasti marahnya makin meletus. Aku belum sedia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...
No comments:
Post a Comment