Tuesday, November 9, 2010
love is forever~ 05
Deringan telefon haikal membuat pembacaan aku terganggu. Haikal sedari tadi di dalam tandas. Tersilap makan. Terlalu excited nak makan Char Kue Tiow petang tadi, suka sangat makan pedas tu lah bahana nya. Tandas la tempat nya. Aku mula rimas dengan deringan telefon berkali-kali. Telefon yang terselit di poket baju kemeja nya aku ambil. Nama pemanggil aku belek. Sayang? Siapa sayang Haikal? Aku? Dada aku berombak. Sifat ingin tahu menggunung tinggi. Ya Allah. Siapa sayang? Aku tekan butang hijau.
’B.. B pegi mane ni.. Baby call pun B tak angkat.. Baby mesej pun B tak reply. B!!”
“Hello B!!!”
Terkesima. Siapa Baby? B?
Jeritan perempuan itu aku biarkan. Aku matikan telefon. Aku terus mengemas barang-barang aku. Air mata seakan mahu menitis saat ini. Aku tahan. Takkan aku biar kolam air mata ini tumpah di depan dia. Takkan.
Sedang berkemas, Haikal keluar dari tandas, hanya bertuala. Matanya tidak berkelip melihat aku mengemas barang.
” sayang? Nak pegi mana.. belum pukul 5 kan...” soal Haikal curiga.
Setelah siap berkemas. Aku berdiri depan pintu, ”hantar saya balik sekarang jugak” ujar ku penuh getaran akibat menahan tangisan.
’ kan dah janji pukul 5.. kenapa ni..?” soal haikal, hairan.
” sekarang jugak, awak taknak tak ape. Saya tau balik sendiri” tanpa menunggu jawapan daripada dia aku terus memboloskan diri keluar. Jeritan haikal memanggil namaku aku biarkan. Entah mengapa air mata ini tetap berdegil mahu tumpah. Aku biarkan. Kali kedua aku dikecewakan setelah aku mulai menguntum cinta.
Haikal dibalut penuh kebuntuan. Nak mengejar, takkan tak berpakaian. Nak biarkan? Aduh.. apa lagi kali ni.. Ya Allah. Berikan aku peluang menebus kesilapan.
Telefon dibirai katil di ambil, setahu dia telefon ini masih belum dikeluarkan dari poket sedari pulang tadi. Kerana perut terlalu memulas, sampai sahaja di bilik hotel tandas menjadi sasaran pertama. Jangan-jangan... Haikal sudah mengesyaki sesuatu; di ambilnya telefon dan dibelek mesej dan panggilan.. Sayang.. Allah.. kenapa la aku simpan lagi nombor dia. Apa lagi betina ni nak? Apa yang Zu cakap dengan dia tadi.. aduh!
+++++++++++++++++++++++++++++++
”Puan nak ke mana?” suara pemandu teksi menjengah ke corong telingaku yang sedari tadi dihiburkan dengan esakan aku sendiri. Mujur hotel yang kami menyewa siap sedia kereta sewa untuk kemudahan pelanggan. Mujur.
” UTM ye encik.” ujar ku sambil melindungi suara esakan. Walau aku tahu, pemandu teksi ini sudah jelas-jelas tahu aku menangis. Biar lah. Aku nak cepat-cepat balik ke bilik. Hati aku remuk. Sudah enam bulan menjadi isteri Haikal. Kenapa bahagia belum menyinggah? Betul sangkaan ku. Memang Haikal tidak mencintaiku. Mana tidaknya, sedari tadi telefon ku sepi. Ya, aku terlalu berharap. Perasan! Mungkin ini lebih tepat. Dia hanya hendak menjalankan tanggungjawabnya. Atau dia hanya ingin membalas ”Jasa Besar” ku. Ah! Biarkan Zu! Bisik hati kecil, seakan memujuk diri supaya jangan lagi menitiskan air mata. Aku melayan perasaan sehingga aku terbuai mimpi disiang hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...
No comments:
Post a Comment