Showing posts with label pengisianRohani. Show all posts
Showing posts with label pengisianRohani. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Ajal itu Allah sahaja yang tahu!

Alhamdulillah.
Hari ke sebelas.
Tak lama lagi sudah dipertengahan ramadhan.
Moga kita diizinkan Allah untuk menyempurnakan ramadhan kali ini dengan baik.

Soal Jodoh, Ajal dan Maut itu
kita siapa untuk mempersoalkan?
Kuasa apa kita ada untuk tentukan?
Walaupun si pemegang ijazah perubatan dan kedoktoran 
menjangkakan tempoh hayat kita atas kajiannya.
dia tidak dapat menghalang, andai Allah memanjangkan usia kita
hingga ke seratus tahun lama.
kerana kita cuma MANUSIA BIASA.

Selepas kecoh isu Dayana dan Ashraf Muslim yang bernikah kali kedua
timbul pula, kisah si ibu yang merupakan seorang guru menyebabkan kematian anaknya.
Tegar kah seorang ibu membiarkan anak kecilnya mati dalam keseksaan?
Pinta diakah anaknya pergi sebegitu?
Ibu mana?
Jika ada, ibu itu sememang tidak layak dipanggil ibu, hanya meminjam rahim
dan melahirkan untuk menyeksa.

Kasihan ibu itu terus dipersalahkan.
dituduhnya dia CUAI dia ABAI
siapa kita untuk menuduh dia begitu?
Bukankah dia cuma manusia biasa, dan kita tentunya juga seorang manusia.
jadi mengapa menuduh menfitnah dia atas kematian anaknya yang telah Allah tentukan begitulah caranya.
terima.
Allah tidak lakukan saja-saja
Allah punya rencana.
maka siapa engkau mahu menuduh ibu itu sebegitu rupa??

Dia ibu
Dia guru

Tugasnya besar
Tugasnya mulia

atas salahnya yang terlupa
atas salahnya yang sibuk memikir kerja
dia ditindas kerana kematian anaknya

ajarkan ibu itu redha
ajarkan ibu itu sabar
ajarkan ibu itu terima

bukan menambah sakitnya menangis
bukan membeban menambah salah
bukan mencaci menambah tuduhan
bukan menuding mahu menjatuhkan hukuman!
BUKAN!

Jadikan ini satu teladan.
kembali kepada fasa satu langkah ke depan.
fikirkan.
salah ibu?
salah kerjaya ibu?
salah yang memberi kerja kepada ibu?
salah siapa?
bukan, bukan sesiapa.
sudah ketentuan.
jika anaknya tidak menemui Allah begitu.
mungkin cara lain.
telah gugur nama si kecil itu dari tangkai pohon di syurga.
maka tetap pergilah dia menemui Allah Yang Esa.

ingat, Ajal itu tidak LAMBAT sesaat
tidak CEPAT sesaat.
itu tepat dan ia PASTI. 

Wallahualam

Al fatihah.
Salam Takziah buat keluarga sikecil
Ibu, cikgu, teruslah bersabar, redha dengan ketentuan Allah.
anakmu sudah berbahagia di sana, insyaAllah

Tuesday, May 28, 2013

Kahwin biar sekufu! Erk.. Sekufu?

Alhamdulillah, masih mampu membarukan entri. eceh! 
Assalamualaikum!
okay, entri kali ni ada kaitan dengan komen-komen di cerpen Hatimu Sedingin Salju :)
maaflah cik Anon, kalau rasa abc sengaja membesarkan komen anda.
siapa suruh letak nama anonymous, ekekeke. gurau aje!

topik yang cik anon komen, buat abc nak huraikan sedikit.
yelah, kongsi ilmu yang abc baru dapat :)

komen cik anon.
klik gambar untuk lebih jelas :)


okay, dari komen cik anon, cik anon ni tekankan isu SEKUFU.
katanya Firdaus (cerpen HmSS), tidak sekufu dengan Aisyah.
Firdaus tiada rupa (abc gambarkan Firdaus seorang yang sasa + encem!)
Firdaus kerja kampung (usahakan sawah dan kebun/dusun miliknya) dan tiada pelajaran (SPM).
Aisyah pulak seorang guru dengan taraf pendidikannya Master. Rupa? kalau abc menulis, perempuannya sederhana sahaja :)

disebabkan Firdaus tak belajar tinggi, kerja sendiri, jadi Firdaus memang tidak SEKUFU dengan Aisyah?
Pelikkan...
 maaf, abc juga tidak arif soal SEKUFU. jadi abc update status di FB abc sendiri.
respon ada 2 orang yang bagi jawapan. yang lain sama dengan abc iaitu tak tahu ^^v

klik untuk lebih jelas

kisah Firdaus dan Aisyah, bermula apabila mama abc cerita tentang kawan dia yang sedang sambung belajar.
dari Ijazah Sarjana Muda sekarang sedang mengambil Ijazah Sarjana. suaminya hanya berkelulusan SPM.
kawan mama suruh suami dia sambung study, tapi alasan suaminya sama macam Firdaus dalam cerpen HmSS, hehehe sebab abc copy alasan dia :) nak tau, kena baca (HmSS)

komen cik anon tu agak 'harsh' bagi abc.
tiada rupa, tiada pelajaran, kerja kampung. bukan terlalu hina.

kalau tak hensem kena cari yang tak cantik?
kalau kerja kampung kena cari suri rumah?
kalau tiada pelajaran kena cari yang sama?

kerja kampung takleh bagi nafkah kepada anak isteri?
aishhh... 
mungkin tidak mewah, tapi cukup, inshaaAllah :)

macam moral of the story yang abc selitkan akhir cerpen.
yang lebih pada Firdaus menutup kurangnya Aisyah.
yang lebih pada Aisyah menutup kurangnya Firdaus.
In Shaa Allah.

komen cik anon tu tak salah.
mungkin dia tak berdepan lagi dengan pasangan2 yang nampak macam tidak sekufu ni.
sebelum ni kita hanya tahu sekufu ni dari segi  kewangan keluarga aje kan.
miskin kahwin dengan orang kaya. :) selalu kan...

zaman sekarang, lebih kepada pelajaran. abc ada buat research sikit. jom baca ye :)


Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

"Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. "Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

"Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga. (Halaqah.net)

Sekufu dalam perkahwinan elak pelbagai masalah. (Utusan)

Bermula dengan sejarah kisah penciptaan Adam dan Hawa, melalui sulbi merekalah keturunan manusia dilahirkan di dunia ini. Pelbagai bangsa, agama, keturunan, darjat, warna kulit dan sebagainya. Mereka ini diciptakan berpasangan-pasangan demi lengkap-melengkapi kehidupan antara satu sama lain, iaitu wanita memerlukan lelaki untuk melengkapi hidup mereka. (Mencari Bahagia-I Luv Islam.com)

Bagi abc, selagi isteri menghormati suami dan menerima suami seadanya. serta suami menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik. berusaha demi keluarga. In shaa Allah, tiada masalah.

abc tak mau komen banyak, sebab abc masih dalam proses mencari pasangan.
in shaa Allah, yang disebut dibibir ni sentiasa yang hebat2
jodoh kita Allah jua yang tahu. :)
di doakan agar yang hadir cukup nilai 'islam' nya. supaya dia mampu mendidik diri ini dan bakal anak2 terjamin syurga. Ameen. 


kalau ada pandangan, silalah komen ye :)

terima kasih!



Tuesday, March 26, 2013

Aku tak pandai berdakwah, tapi.....

Siapa kata dakwah itu untuk orang yang berlilit kepala/ berkopiah sahaja?
Siapa kata dakwah itu hak orang yang tudungnya labuh hingga ke lutut?
Semua yang cakap macam tu, mungkin menolak kewajipan ke atasnya sebagai seorang Muslim!

“Dan hendaklah ada di antara kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang – orang yang beruntung” (QS Ali Imran  : 104)
Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, kalau tidak mampu, hendaklah mengubah dengan lisannya, kalau tidak mampu hendaklah mengubah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.” (HR Bukhari dan Muslim)
alahai siapalah abc nak berdakwah.... mungkin ada yang cakap macam tu. abc tahu, blog abc ni blog jiwang2, penuh dengan cerpen cintan cintun. kisah lelaki dan perempuan. :(

sebab itulah, banyaknya kisah 'lagha' abc tu semua abc tulis kisah cinta selepas nikah. payahnya abc nak memulakan kisah cinta kalau depa tak kahwin. abc takut! takut hampa yang baca, gaduh nak pi bercinta. tapi bila dok tulih cerita kahwin-kahwin, hampa terus rasa nak kahwin! alamak! (keluaq abeh utagha!)

abc masih ingat kenangan waktu sekolah dan kolej, waktu abc banyak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat. sampai satu hari keluar pernyataan dari seorang sahabat, ' aku suka duduk dengan dia ni, banyak cerita yang aku taktau jadi tau.' SubhanaAllah, pujian yang besar. masa dulu abc sangat menjaga diri, mencari diri. mungkin sebab tu abc disenangi.

lumrah remaja bawah umur, bila kian meningkat usia abc ter'kemalangan' jiwa. jatuh cinta, mahu dicinta dan mencinta. bila fikir-fikir mungkin sebab masalah yang melanda membuatkan abc mencari sesuatu yang boleh buatkan abc melupakan sekejap masalah yang ada. Allahuakbar, kalau dikira2 abc yang dulu lagi tabah daripada yang sekarang :(

MENYESAL. sangat menyesal. kurangnya ilmu dan lemahnya iman buat abc hanyut dalam jiwa remaja. Mujur Allah masih sayang :)

motif entri malam ni, nak share blog yang abc terjumpa (sebenarnya adik dah lama bagitau) dan terbaca. sampai teringat kepada satu blog yang memang korang kenal. abc baru kenal awal tahun huk3 

budak-tomato.blogspot.com
haaa.. mesti korang dah tau lama kan?
al maklum, abc baru menjengah hari ni ^^
bila baca2, teringat satu blog yang femes tu.
APG a.k.a Inche Gabbana

angelpakaigucci.blogspot.com
kenai kan-kan-kan
femes dalam bidang dakwah tarbiyah dan seangkatannya
selalu dengar 'bulatan gembira' dari entri2 blog. tweet dan status FB :)

untungnya menjadi mereka-mereka yang berjuang dijalan Allah.
kita bila lagi?
tak mampu?
mampu punya. inshaAllah.
selagi mengajak ke arah kebaikan. menolak kemungkaran.
ia juga dipanggil dakwah :)

abc baru lepas baca tentang dakwah di blog ni

pssssttt... sebenarnya abc mengalami kemurungan dalam diam. abc tertekan dengan beberapa hal belakangan ini. sekejap mood baik sekejap mood merundum. iman terasa goyah sederas angin kencang mengoncang pokok kelapa hingga mahu tercabut akarnya! hebat bukan? abc perlukan sesuatu untuk ubat hati. jadi abc mencari penulisan yang menyejukan kembali hati yang lemah. (sebab abc suka membaca!). 

baca quran. solat. zikir. doa. Alhamdulillah itu kebiasaan sangat hati menggila, jiwa tertekan kepala tidak seimbang. Allah itu ada, dalam masa abc memaksa DIA mengabulkan segala doa. pesan yang 'alim; doa jangan pinta disegera. Allah tahu saya yang bagaimana. Allah tahu hati saya berkata apa. :) saya tahu, Allah akan memberi apa yang saya pinta, cuma masa yang menjadi penentunya (lambat atau cepat).

Adik perempuan saya ada blog, tahu? rajin-rajin bolehlah ke blog comel dia tu. 

much love readers!

Saturday, March 3, 2012

KasihMu Tuhan...

Assalamualaikum dunia.

terasa syukur masih bisa bangun membuka mata, menghirup udara pagi ini.
khabaran sahabat abc yang kemalangan malam tadi amat menggemparkan.
hati-hati para sahabat tak lekang berdetak berdoa, selamatkan dia daripada sebarang kecelakaan yang serius!
Allahuakbar.

facebook terlalu auta. manusia membawa berita-berita yang agak sukar hendak dipercaya.
kami tetap setia menanti jawapan daripada sahabat yang berasa di Hospital bersama dia.
selewat malam dia masih dalam wad kecemasan. pagi ini, abc sendiri belum dapat jawapan yang benar daripada para sahabat yang bersama dia semalam.

moga khabar baik menjengah. ameen.

daripada ujian sahabat abc itu, abc muhasabah diri sendiri.
ajal itu bila-bila masa. entah selepas tamat abc menulis entri ini.
atau semasa masih menulis. siapa tahu? ini kerja DIA. Allahuakbar.

ingat Mati!

takut. sangat takut.
iman masih nipis. sikit. goyah selemahnya.

ingat Mati!

pasti diam satu hari.
menangisi dosa yang lekat bagai daki tak tertanggal.

tapi... kekalkah ingatan itu?
abc masih banyak khilaf.
seawal minggu belajar masih leka dengan hal dunia. erm...
bagaimana mahu mengawal nafsu diri? Astagfirullah.
moga tak terlalai melakukan ibadah yang 5 waktu itu. ameen.

jauh di sudut hati. abc mahu menjadi Wathiqah. kuat, teguh dan kukuh.
menegur silapnya manusia. menasihati salahnya mereka. sabar dalam kata-kata manusia.
tapi rasa noda salah itu masih kuat melekat. moga Allah memberi abc jalan.

muhasabah diri bukan hanya hari ini
bukan hanya bila diuji
bukan hanya bila terasa sendiri.
muhasabah setiap hari, sedar khilaf diri.
adakah manusia yang aku kecewakan hatinya hari ini?
teruskan.... sampai jumpa nilai kesedarannya.

Ya Allah Bantulah moga selamat selamanya.....




p/s: terfikir, bagaimana pabila buka mata sudah di alam yang kekal selamanya? cukupkan amalan yang dibawa??

Tuesday, February 14, 2012

dakwah itu mudah. JOM!

Assalamualaikum w.b.t

hari ni abc nak kongsi satu Teaser

bukan teaser cerita abc, tapi teaser untuk sebuah majalah ^^

dunia-dunia jugak
akhirat perlu lebih.



Majalah JOM

nak tahu lebih lanjut KLIK

++++

moga majalah ini, akan menjadi majalah yang *wajib* untuk dibeli oleh
para remaja selain majalah REMAJA or MANGGA ^^

sekarang ada SOLUSI, i-islam, Gen-Q, Anis
moga JOM akan menyinari dan memenuhi pasaran majalah ISLAMIK di Malaysia nih.
ameen.

++++

teringat kata-kata Zizan masa ceramah ambang merdeka bersama Ustaz Azhar Idrus
waktu diorang maen gitar.

"takpe nak maen, jangan sampai najis"

jangan buat perkara sampai melekakan, dan membuatkan terlupa kewajipan kita sebagai seorang Muslim.
so, abc pun beringat-ingat waktu menulis dan berangan. ^^
takut jugak, takut jadik najis. hui-hui-hui




p/s: dakwah itu wajib bagi setiap muslim!

Sunday, February 5, 2012

Ya Muhammad.... daku rindu pada mu.






Salam Maulidur Rasul.... 
hari ini sama-sama kita soalkan diri... ^^

++++


Pernah terfikir oleh minda yang waras
apa yang akan kamu katakan jika Rasulullah ada dihadapanmu?
banyakkah? atau tidak terkata?

SubhanaAllah.... saya sendiri tidak pasti.
yang pasti hanya air mata, malu untuk memandang baginda, insan Mulia.
malu menjadi umatnya yang sering lupa kepadanya.
Allahuakbar!

hari ini, kita meraikan hari lahirnya.... sudahkah kita kembali memuhasabah diri?
banyakkan selawat, banyakkan zikrullah.

+++++

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...
 >>> Raihan

Friday, January 13, 2012

Hari Jumaat. terisi kisah Yusuf a.s ;)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. abc masih dipanjangkan usia hingga ke hari ini.
terasa panjang hari ini, seawal jam 6.30 pagi sudah bangun setelah tidur di jam 4.45 pagi.
abc terleka dengan dunia, hingga tidak sedar jam sudah menginjak ke waktu dini. Allahuakbar.

*maaf kiranya sudah Asar, abc solat sebentar ;)

Alhamdulillah. abc sambung penulisan yang tertangguh tadi. (menulis macam ada naik waktu aje dekat ayat2 atas hehehe)

Alhamdulillah. tak terucap rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat hari ini yang penuh makna. moga pengakhiran hari beberapa jam nanti turut terisi dengan pekara-perkara baik, insyaAllah.


jangan risau, korang tak tersalah blog, masih di akubersamacahya.blogspot.com. asyik bersembang soal dunia, sekali dua kala, kita kembalikan diri kepada sesuatu yang lebih penting dan bermakna. isi jiwa, penuhi dada, dengan sedikit ilmu yang ada.

Rasulullah bersabda; sampaikanlah walau sepotong ayat.

dalam leka abc menyiapkan cerpen abc untuk bulan Januari 2012, abc secara kebetulan telah masuk ke surah yang berikutnya selepas asyik dengan surah Hud, yakni surah Yusuf.

abc teruja. ya, sangat teruja sewaktu menyelak helaian Kitab Suci Al-Quran (beserta terjemahan), selepas tamat Surah Hud, diikuti Surah Yusuf pula. sangat teruja dengan Surah Yusuf. (abc tidak hafal urutan surah-surah dalam Al-Quran, dan bila menyata ayat ni, buat abc rasa kerdil)

teruja dengan Surah Yusuf. Ya. sangat! sebab, abc sejak dari darjah 3 kalau tak silap ada dengar kata-kata orang, (Wallahualam kebenarannya.) Ibu yang hamil jika perbanyakkan surah Yusof, kelak dapat anak yang cantik/kacak rupa parasnya. waktu itu, mama sedang hamil adik yang bongsu ;) abc kept pushing mama too read Surah Yusuf.

kekacakan Baginda, Nabi Yusuf ada dinyatakan dalam Surah Yusuf, ayat ke 31:
"....Ketika perempuan-perempuan itu melihatnya, mereka terpesona dengan keelokan rupanya, dan mereka (tanpa sedar) melukai tangan sendiri. seraya berkata; Mahasempurna Allah,ini bukanlah manusia. ini benar-benar Malaikat yang mulia."

tapi bila besar abc sedar. amalkan pembacaan Al-Quran, kerana mendidik anak itu adalah bermula daripada sebelum dia di lahirkan, insyaAllah.

okey berbalik kepada kisah Yusuf a.s

dalam Al-Quran (terjemahan) yang abc baca, Surah Yusuf, telah menyatakan kisah Nabi Yusuf, bermula dari saat Baginda mendapat mimpinya, bagaimana dia boleh dipenjarakan akibat fitnah Zulaikha yang menggoda baginda sehingga baginda menjadi Bedaharawan Mesir. kisah penilikan baginda dan kisah disebalik mimpi baginda.

Apa mimpi Nabi Yusuf?

baginda bermimpi:

"Wahai ayahku, sungguh! aku telah (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan;
ku lihat semuanya sujud kepadaku"
Surah Yusuf:ayat 4


dalam ayat ke 100 Surah Yusuf; baginda sendiri menyatakan kepada Nabi Yaakub, mengenai makna mimpi baginda itu.


"Dan dia menaikkan kedua orang tuanya ke atas singgahsana. dan mereka semua tunduk bersujud kepadanya (Yusuf). dan dia (Yusuf) berkata: Wahai ayahku! inilah takwil mimpiku yang dahulu itu. dan Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya kenyataan......"



Alhamdulillah, terjemahan Al-Quran abc ni, mudah nak faham ayat dia, tapi kalau secara mendalam tu kena lah bertanya pada yang lebih 'alim. insyaAllah. bahasa Al-Quran sangat tinggi sasteranya, terlalu indah. bukan mudah nak jelaskan kalau tiada ilmunya. 

dalam surah Yusuf ini, ada beberapa ayat yang berupaya doa, yang boleh kita ambil dan tanamkan dalam diri sebagai panduan dalam kehidupan harian kita. Antaranya;

".....hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku."
Surah Yusuf: ayat 86

"....(Wahai Tuhan) Pencipta Langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang yang saleh."
Surah Yusuf: ayat 101


sekadar pengisian petang ini. ;) moga sama-sama kita dapat sedikit daripada sedikit ilmu yang abc kongsi kan. insyaAllah. abc tak pandai menulis soal agama, takut ada kurang dan cacat celanya. hanya sekadar perkongsian ringkas sebegini. insyaAllah, ada manfaatnya biarpun kecil. Ameen.


p/s: andai ada salah dan silap dalam penulisan , harap diperbetulkan.

Sunday, December 4, 2011

kembara mencari identiti.

entri malam semalam : internet buat hal =.="

Alhamdulillah.
sehari berlalu. walaupun ada compang campingnya. abc tahu. abc mampu menyempurnakannya.

menjauh diri bukan makna berpisah.

abc mahu mencari kembali diri yang pernah abc cari sebelum ini. masa tu, abc masih kecil, belasan tahun. namun jauh di sudut hati, abc nyatakan pada diri, 'aku mahu apa di sini?'

pada usia itu, segala yang abc lakukan mesti disoal, mesti disuarakan. faham, orang sekeliling semua sebaya. semua masih 'hingusan'. namun entah kenapa, waktu itu, abc seorang yang kuat dalam mahukan apa yang diri mahu. dan selalunya abc lakukan sesuatu yang jarang abc kesalkan.

pabila usia menginjak dewasa, abc terkadang terfikir dan soal. "kenapa kian besar aku kian bodoh? rendah akalnya?"

seawal usia 15tahun, abc mula persoalkan. adakah kaki adalah aurat? jadinya perlu kita tutup? menutup kaki sama seperti menutup kepala?

ketika itu, abc mula belajar menjadi dewasa. namun kenapa bila dewasa abc menjadi kanak-kanak? Allah tahu segala. Allahuakbar.

abc tahu, tak perlu disoal kenapa dan kenapa. segala yang terjadi ada hikmahnya. ya tahu. cuma apabila mahu menilik diri, persoalan kenapa harus di soalkan pada diri sendiri. kenapa aku lakukan demikian dan demikian? bukan perlu soal kenapa Allah biarkan. itu salah!

dalam setiap kesalahan. abc tunding pada diri sendiri. sebab? dalam salah yang abc buat, abc sedar itu adalah salah namun diri tegar membiarkan. hati ini sendiri tidak dapat memaafkan salah yang abc lakukan. namun abc yakin, keampunan Allah itu Maha Luas, moga ada ruang keampunan untuk diri ini.

abc dalam kembara mencari diri. mencari kembali identiti.
kembara mencari kesucian hijab yang selama ini menutup diri.
kembara mencari cinta Ilahi.

"Janganlah kamu bersikap lemah & jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman." Surah Ali-Imran | 139
 



Saturday, December 3, 2011

sudah lama tidak ber'usrah'

usrah: ilmu jambatan hati.

lama tak ber'usrah'
rasanya last waktu di KMPP. itu secara tidak langsung.
lama tak berkongsi ilmu
mungkin sebab itu abc kian hanyut membawa diri.

usrah.
bila sebut aje
semua akan kata geng surau, geng masjid, geng tudung labuh

ah! silap sangat-sangat!

usrah satu perkongsian
kita kongsi ketidakfahaman
secara tak langsung kita akan merapatkan sialturahhim antara kita.

kita boleh kongsi semua cerita
dari cinta sampai kisah dunia.

indahnya..
indah sangat kalau ingat waktu-waktu dulu

++++

dalam jiwa yang tak tenang
abc jumpa kawan yang boleh abc harapkan
nasihat dan panduan.
biarpun kami dulu kurang bercakap
tapi entah 
mungkin abc terkesan dengan penulisan dalam blog dia.
matang!
 
jom buat blog usrah?

Saturday, August 13, 2011

Jangan Menyerah!

Jangan Menyerah : D’Masiv

dmasiv

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi
kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi


syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi


Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Source: http://liriklaguindonesia.net/d/dmasiv/dmasiv-jangan-menyerah/#ixzz1UwN8ffI5

+++

bukan sekadar tiada idea untuk berkongsi entri baru. cuma sejak dari abc dengar lagu ni. abc dah jatuh cinta dengan bait2 liriknya. lagu yang baik untuk motivasi diri dan pengisian rohani kita tika lemah atau berduka. cuba dengar dan hayati lagu ni. memang tiada yang sempurna ^^v

Tuesday, August 2, 2011

du'a


moga hari ini lebih baek dari semalam

esok lebih baek daripada hari ini.

amin.

Sunday, July 31, 2011

Maafkan hamba...

mengambil kesempatan harini untuk memohon kemaafan daripada anda semua.

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan
puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut ::-

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
+++

abc manusia biasa
ada segala cacat cela
ada segala salah dan silapnya.

maaf
maaf
maaf

andai pernah ada penulisan abc yang mengguriskan hati anda yang membaca

abc mungkin tidak sempurna
tidak salah andai maaf anda abc pinta, kan?

moga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua
insyaAllah



Thursday, July 28, 2011

takut HANTU!


abc nak kesah hal adik bongsu abc.
haiii la... penakut sangat!
geram kami dibuatnye
kalau umah besau tak ape la jugak.
ni kechik benau.

(opss. melaka la plak)

+++

mungkin masih kecik dan terpengaruh cerita2 hantu dekat tv dan sebagainyakan.

kalau muka hantu macam gambar kat atas, idaknye takut kan.
cute sangat!

Hantu?
ada.

tak percaya?

kena percaya.

sebab, alam ghaib itu ada kan.

sesetengah orang tak percaya. tahyul la katanya.
kena percaya, sebab syaitan itu ada.

Hantu ni syaitanla. sengaja menakutnakutkan manusia.
melihat iman manusia yang kadang sekelumit cuma.

korang dah tengok filem KARAK?


kalau dah tengok.
apa korang dapat?

ha.. dalam cerita ni, dia kisahkan tentang iman kita.
tak kuat iman
tak dapat nak lari dari gangguan iblis dan syaitan
tengok akhir dia, bila shira yakin dengan Qursi
dia dapat dengan mudah menghapuskan gangguan tersebut.

Yakin Pada Ayat Allah.
Yakin pada Allah.

kenapa syaitan/iblis ni takut dengan Ayat Allah?

sebab, dia mengaku Allah itu Ada dan Maha Kuasa.
dia pun tunduk pada Allah.
cuma dia tidak mahu tunduk kepada Adam.
kerana, dia rasa dia lagi hebat dari Adam.

+++

abc selalu pesan dekat adik,
jangan takut sangat, lagi hantu suka.
yelah, dah kita lemah.
kalau takut, simpan dalam hati.
luar buat2 berani.
kerana Hati Allah sahaja yang boleh tahu.

Allah dan Syaitan
mana yang harus kita takut dan tunduk?

fikir, renungkan.

Wallahualam =)

++

ramadhan dan dekat.
Syaitan kena ikat.

yang tinggal nafsu kita, ha.. boleh buat ujian diri nanti! ^^v





Tuesday, July 26, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…

 

masa terlalu pantas geraknya

tak terkejar oleh kita kepantasannya

tinggal beberapa hari cuma sebelum umat islam seluruh dunia menunaikan kewajiban berpuasa.

Syaaban akan berlalu, tibalah Ramadhan yang ditunggu-tunggu.

datangnya ia dinanti

perginya ia ditangisi

bulan penuh barakah.

bulan penuh kemuliaan

bulan penuh rahmat Allah.

Ramadhan.

CIMG2050 copy

++

sudah bersediakah kita?

bersedia untuk menunaikannya sebaik mungkin?

atau hanya sekadar nama berpuasa

sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga?

bagaimana pula dengan penghayatannya?

apa yang bakal kita peroleh untuk ramadhan kali ini?

+++

abc cuma berharap, Ramadhan kali ini lebih baek dari sebelum-sebelumnya

moga lebih banyak ibadah yang akan abc tunaikan

dan moga abc benar-benar menikmati tiap saat puasa abc kali ini.

dan harapnya Ramadhan ini memberi 1001 makna dalam kehidupan abc kali ini.

Amin.

+++

anda bagaimana?

apa yang anda harapkan?

sudah siap rencana apa yang bakal anda lakukan?

janganlah terlalu taksub dengan HARI RAYA.

ibadah puasa perlu dinikmati sepenuh. baru terasa kenapa penghabisannya Ramadhan diberikan sebuah keraian.

Waallahua’lam.

tunai atau hutang?

Assalamualaikum

bicara petang, sambil bersantai dengan angin yang agak kuat, tiada sepoinya. cuaca agak kelam bagai tiada cahyanya.

mungkin Allah mahu turunkan hujan? Alhamdulillah.

tatkala terkibas-kibas kepanasan, kami di sini, dikurnia cuaca petang yang sungguh nyaman, ibarat sepetang ditepi lautan.

nyaman sekali.

+++

bukan bicara tentang wang

jauh sekali hutang piutang.

tapi kali ini, tentang salah dan kesilapan.

pernah dengar istilah “ Allah bayar tunai?”

mungkin pernah bukan. abc bukan mahu memandai.

bukan membuat fatwa sendiri.

kita di sini mahu berkongsi, kisah dan teladan.

cara mudah nak tahu dan paham, tentang salahnya sesuatu perbuatan itu

apa maksud manusia-manusia itu tentang Allah bayar tunai?

abc berikan contoh yang berlaku di sekeliling abc;

Jiran mama tidak suka dengan kemewahan yang mama ada. kami hanyalah sedikit mewah dari dia.

bukan mewah dengan rumah atau kereta besar. kami cukup segala benda. Alhamdulillah.

akibat dengki, dan marahnya pada mama, dia menabur fitnah pada mama. ada percaya, ada tidak.

mama? marah juga pada awalnya. tapi kerana ilmu yang ada, mama cuba kata, biarlah, orang bukan percaya.

mama teruskan kehidupan mama seadanya, dengan kami anak-anaknya.

tak lama, si jiran ini ditimpa musibah, musibah apa? abc pernah cerita, cuba selak entri-entri sebelum ^^v

abc terfikir, munginkah itu balasan fitnahnya? mungkin.. kerana doa seorang yang teraniaya dimakbul Allah.

satu lagi, yang lebih jelas. jiran yang sama,

sewaktu mama melintas dihadapan rumahnya untuk ke surau.

dia mengata seolah-olah mama tunjuk alim.

salahkah nak ke surau? memang terpaksa melintas rumahnya kalau hendak ke surau. nak buat macam mana lagi?

tengah malam itu juga, dia dibawa ke hospital dengan ambulans kerana minyak panas tertumpah atas badan. teruk keadaannya.

mama cuma mampu berkata; itulah balasan, kita ke surau hendak baca yassin disindir-sindir. ambil pengajaran.

+++

mungkin itu maksudnya dengan “ Allah bayar tunai”

tunai di dunia terus.

besar dosanya memfitnah!

andai pernah lidah kamu-kamu memfitnah sesiapa cepatlah memohon ampun pada manusia itu dan Allah.

Allah itu Maha Adil.

yang salah tetap salah, yang benar tetap benar.

++++

hidup mama penuh ujian.

tapi mama seorang wanita yang tabah.

mama selalu kata, mungkin sudah ditulis macam ini, mama redha. Apa yang penting, doa pada Allah.

Sayang Mama. ^^,

Wednesday, July 20, 2011

pangkal akhir hayat.

bilakah masa dan waktunya?

abc sendiri tak tahu.

bagaimana caranya ia berakhir lagilah abc taktahu.

namun yang pasti

diri ini memohon moga ia berakhir tatkala diri dan hati suci dari dosa dan noda, walaupun sezarah.

hayat

abc melihat manusia-manusia berbeda-beda tingkahnya

terkadang abc terpikir, kenapa aku tidak jadi sebaiknya?

kadang juga terlintas, mujur aku tidak sejauh hanyutnya dia..

dan sedarlah diri ini, aku sendiri kadang tidak mensyukuri.

sudah terbaek namun meminta kepada kelalaian. Allahuakbar.

+++

dua

doaku pada tuhan:

moga hari ini lebih baek daripada semalamnya, dan esokku lebih baek daripada hari ini.

insyaAllah.

Sunday, July 17, 2011

isteri solehah

assalamualaikum w.b.t

terlintas dek minda nak berkongsi kesah isteri solehah.

abc belum berkahwin.
abc belum bertunang,
abc masih sendiri.^^v

tapi tidak salah andainya abc nak berkongsi kisah menjadi seorang isteri solehah.

teringat pulak sewaktu di KMPP, abc dan group buat forum bertajuk:

"Indahnya poligami"

bila buat research dan sedikit pembacaan, ya! ternyata memang indah.
sangat indah!

abc dah pernah kesahkan kut, lama2 dulu ^^v

+++

apakah nilai seorang isteri solehah?

ini yang abc dapat dari cerita stanza cinta tadi:

1. suami yang memiliki seorang isteri yang solehah seolah-olah, memiliki separuh daripada agamanya.

2. belaian seorang isteri yang solehah seolah memberikan kebahagiaan kepada seluruh dunia.

hadis:

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

+++

menjadi seorang isteri ni memang banyak pahala yang kita tak pernah sedar or tahu.
jadi, kepada semua wanita, ibu dan isteri, banyakkan membaca dan banyakkan belajar agama.

kadang-kadang kita merungut sebab anak kita degil, suami kita asyik kerja.
anak taknak dengar cakap. suami buat perangai.

tak sedar, kalau kita bersabar, ada pahala dan ganjaran besar yang Allah berikan buat kita.

nak baca kelebihan isteri solehah?

SINI

+++

rugilah andai seorang wanita tu memilih untuk tidak berkahwin.
sebab banyak pahala tau bila kita menjadi seorang isteri,

mudah nak masuk syurga!

seorang wanita mudah nak masuk syurga Allah pabila:

1. menjaga solatnya
2. berpuasa
3. menjaga kemaluan (tidak curang kepada suaminya)


ustazah/ustaz abc pernah bagitau, abc juga pernah baca, perempuan ni
sangat mudah nak masuk syurga.

macam mana yang dok kata mudah?

taat kepada suaminya.

^^v

mudah bukan?


+++

abc share kan link2 untuk pembaca bersama

isteri solehah


isteri solehah





Tuesday, July 12, 2011

dunia ini berputar!

assalamualaikum.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

abc mulakan penulisan untuk harini.

moga perkongsian ini ada juga terselit ilmu yang tidak seberapa untuk kita ^^v

+++

ya! kalau kita belajar tentang bumi. kita akan dapat tahu, bumi kita berputar pada paksinya.

ya! ada paksi. paksi yang menetapkan kedudukan bumi setiap kali putarannya.

begitu jugalah hidup kita dekat dunia ni. hidup kita juga berputar.

dan amat perlukan satu paksi, dalam putaran yang kita lalui setiap hari dan masa.

kenapa perlukan paksi?

paksi inilah yang akan menentukan dan memastikan kita takkan keluar atau tergelincir daripada jalanan yang sebenarnya.

kadang kala, kita terasa seperti diatas. dan kadangkala, seperti jatuh terus ke bawah.

kita berputar!

jadinya, pabila berada diatas, jangan pikir ianya kayangan.

jangan fikir ia untuk selamanya.

dalam perjalanan waktu atas itu, jangan angkuh, tamak dan sombong.

kelak pabila kita terus terjatuh, natijah kesombongan kita dahulunya pasti memakan kita kembali.

jatuh?

yang berada dibawah. bagai terpelosok ke dalam perut bumi.

tapi jangan pernah putus asa.

kejatuhan kita juga ada masa.

lama mana? tiada dapat kita ketahuinya.

Allah sering menguji.

yang penting, SABAR!

Allah akan membalas satu nikmat yang besar bagi orang-orang bersabar.

Yakinlah!

++++

Nampak?

kita juga ada paksi.

kita juga berputar.

abc selalu katakan, “belajarlah dari alam”

^^v

Sunday, July 10, 2011

what happen with my sakit?

dari Allah aku datang, kepada Allah aku kembali.

pelbagai nikmat dunia telah aku kecapi dan rasai.
dalam jarak waktu perjalanan kehidupanku
sedikit demi sedikit, nikmat dunia yang dipinjamkanNYA, diambil semula.

siapalah aku untuk memarahi atau meraung hiba.
itu semua milik DIA.
aku hanya meminjamnya buat sementara.
jadi aku perlu redha bila ia diambil semula.

nikmat apa itu?

itulah nikmat kesihatan
juga nikmat kebahagiaan.

bermula sekolah menengah, abc dah mula sakit-sakit.
bermula dengan kepala yang asyik pening.
akibatnya abc rabun.

kemudian, badan yang mudah letih dan lemah,
abc cepat penat!
akibat daripada tekanan darah rendah dan jenis/nilai hemoglobin yang rendah
abc tak berapa tahu yang ni, tak faham sangat, yang abc tau, sebab darah abc terlalu cair
9.6 gitu, sepatutnya 12.5

makin meningkat dewasa.
abc disahkan mengalami PCOs
masalah wanita.
1/10
doktor kata " nothing to worry"
doktor taktahu, i risau selalu =.="
dan i sendiri tak sedar, bila risau lagilah jadi penyebab!

bila nak gembira sedikit.
abc disahkan mengalami asthma
selepas muntah lendir
batuk sebulan tak berhenti.

dari kecik, abc mengalami alahan kulit
kulit abc tak boleh kena habuk or serangga
nanti naik gatal-gatal and tinggallah parut.
=.="
sampai sekarang. kat opis kawan tanya
"tangan ni sebab demam campak ke?"

malu!

alahan tu makin teruk, bila ada resdung
resdung pun makin teruk.
susah abc nak kemas even suatu ruang dalam bilik
bila berhabuk. habes!
hidung berair. asyik bersin. mata gatal dan mula bengkak.

it's take few days to recover!

+++

banyak bukan.
nikmat yang dulu abc tak hargai dah diambil semula,
abc pernah dengar.
makin hilang nikmat manusia itu, makin dekat dia dengan ajalnya.

abc takut mati! andai dosa-dosa belum diampuni.

abc mahu pergi ke sisi DIA, bila diri ini suci dari sekelumit dosa.

+++

Alhamdulillah, abc dikurniakan kulit muka yang licin dan susah nak naek jerawat!
thanks mama, genetik mama la ni ^^v

apa pun yang terjadi, berlaku dengan kehendakNya.
hamba redha Ya Allah
segalanya pasti ada hikmahnya. amin!

Wednesday, July 6, 2011

nikmat air mata

menangis bila hati tak tahan dek emosi tak terkawal
tapi tangisan itu bukan dibuat2
bukan raungan
bukan tangisan menggila, bengkak mata, pening kepala.
bukan!

tangisan penuh nikmat, pabila menangis di depan DIA
nyatakan sedih hati kepada DIA

asar ini, baru aku kenal.
erti tangisan penuh nikmat.
sungguh nikmat.

jika dulu, kalau menangis, kepala akan pening
mata pedih.

asar tadi, nikmat!
air mata laju mengalir, tapi mata tak merah, tak pedih.
kepala yang serabut jadi relax!

alhamdulillah.
aku boleh kembali tersenyum bahagia

betullah jika aku katakan,

'nikmatnya sakit/ujian/kecewa andai hati tetap yakin pada Cinta Allah'

+++

andai kau bersedih.
jangan mengadu pada manusia
tetapi pada DIA

andai kau mahu menangis
jangan menangis depan manusia
tetapi didepanNYA

kau akan rasa, satu nikmat yang kau tak pernah rasa.
Subhanallah!
Indah sangat.
satu rasa yang tak terungkap dek kata-kata.

Allah. aku takkan pernah kecewa dengan ujian yang Kau berikan.
aku takkan putus asa.
kerana aku sentiasa yakin dengan segala janjiMU

FAINNA MA'AL USRI YUSRA



FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders