Friday, July 15, 2011

warkah cinta buat dia <3

Tak salah andai pitisan ini aku mulakan dengan lafaz kata cinta pada yang Maha Esa.

Bismillahirrahmanirrahim.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

+++

P7110134

Syukur pada Allah, atas rasa yang ada dalam hati kecilku ini.

rasa itu datang menyinggah tatkala aku sibuk dengan rasa sedih perpisahan.

Syukur pada Allah, aku kian melupakan.

kisah sedih semalam, dengan kehadirannya.

Allah, aku bertanya jua, adakah ini ujian hati?

adakah ini dugaan Mu lagi?

Aku redha, atas apa jua yang telah Kau rencana buat diri.

Allah, aku tahu duduk diriku ini.

dia hanya datang membawa seri.

menambah isi dan bunga pada perjalanan kehidupanku.

Allah. jangan biar aku lalai dengan perasaan sendiri,

biarlah sekadar suka suka dan sekadar penambah rasa pada yang tawar atau pahit.

+++

Syukur pada Allah, atas rasa yang ada kini.

aku sedar, aku tidak membenci pada kaum yang sering sahaja melukakan hati.

menambah darah yang sedia berdarah

menambah luka yang sedia masih terluka.

namun hadir dia, buat aku ketawa sendiri,

sebagaimana sekarang, aku menulis dengan senyuman.

+++

Gila!

itu sahaja aku boleh katakan pada diri.

tersenyum bila melihat dia dari jauh

malu bila dia dekat disisi

tunggu bila dia tiada

gelabah bila dia mula tersenyum dan bersuara.

Ah!

Aku hanya gadis dengan ada perasaan.

tentulah ianya perkara biasa ^^v

+++

Allah. terima kasih atas kehadiran dia

dan juga saat-saat hanya kami berdua.

semua Kau yang rencana bukan?

menguji kuatnya iman.

segala berlaku aku sedar sebuah ketentuan

jadinya ia seolah-olah kebetulan.

Aku takkan lupa. =)

kejadian yang sama

cara yang sama

cuma pelakonnya hanya kami berdua.

benar!

susah aku nak cerita, apa yang aku rasa waktu itu.

entah berani dari mana.

aku tegur dan menyapa!

pertama kali dalam hayat hidup, aku menegur lelaki asing?

OMG!

itu yang keluar dari bibir tanpa suara bila aku keluar dari bersamanya.

gila!

aku akan ketawa sendiri. ^^

+++

Aku tetap yakin, ia ujian tatkala aku seornok dengan dunia.

Aku sedar. Aku tahu.

moga perasaan rindu pada dia takkan lagi bertamu

biarlah sampai sini.

kerna aku tak yakin, dia cinta sampai syurga ku.

andai benar, aku terima

andai tidak, aku terima

dia, penyeri pertemuan dan perkenalan aku dan kawan baru.

dia, penambah kenangan yang sedia ada.

+++

Bagi kalian yang mendoakan, jika ia terbaek buat diri, aku harap Allah memakbulkan

jika tidak, aku minta diperjauhkan. cukuplah kelalaian yang ada.

biar ini sekadar seri dalam perjalanan kehidupanku.

biar dia kekal sebagai awal dan akhir kesah kehidupanku ^^v

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders