Tuesday, July 26, 2011

tunai atau hutang?

Assalamualaikum

bicara petang, sambil bersantai dengan angin yang agak kuat, tiada sepoinya. cuaca agak kelam bagai tiada cahyanya.

mungkin Allah mahu turunkan hujan? Alhamdulillah.

tatkala terkibas-kibas kepanasan, kami di sini, dikurnia cuaca petang yang sungguh nyaman, ibarat sepetang ditepi lautan.

nyaman sekali.

+++

bukan bicara tentang wang

jauh sekali hutang piutang.

tapi kali ini, tentang salah dan kesilapan.

pernah dengar istilah “ Allah bayar tunai?”

mungkin pernah bukan. abc bukan mahu memandai.

bukan membuat fatwa sendiri.

kita di sini mahu berkongsi, kisah dan teladan.

cara mudah nak tahu dan paham, tentang salahnya sesuatu perbuatan itu

apa maksud manusia-manusia itu tentang Allah bayar tunai?

abc berikan contoh yang berlaku di sekeliling abc;

Jiran mama tidak suka dengan kemewahan yang mama ada. kami hanyalah sedikit mewah dari dia.

bukan mewah dengan rumah atau kereta besar. kami cukup segala benda. Alhamdulillah.

akibat dengki, dan marahnya pada mama, dia menabur fitnah pada mama. ada percaya, ada tidak.

mama? marah juga pada awalnya. tapi kerana ilmu yang ada, mama cuba kata, biarlah, orang bukan percaya.

mama teruskan kehidupan mama seadanya, dengan kami anak-anaknya.

tak lama, si jiran ini ditimpa musibah, musibah apa? abc pernah cerita, cuba selak entri-entri sebelum ^^v

abc terfikir, munginkah itu balasan fitnahnya? mungkin.. kerana doa seorang yang teraniaya dimakbul Allah.

satu lagi, yang lebih jelas. jiran yang sama,

sewaktu mama melintas dihadapan rumahnya untuk ke surau.

dia mengata seolah-olah mama tunjuk alim.

salahkah nak ke surau? memang terpaksa melintas rumahnya kalau hendak ke surau. nak buat macam mana lagi?

tengah malam itu juga, dia dibawa ke hospital dengan ambulans kerana minyak panas tertumpah atas badan. teruk keadaannya.

mama cuma mampu berkata; itulah balasan, kita ke surau hendak baca yassin disindir-sindir. ambil pengajaran.

+++

mungkin itu maksudnya dengan “ Allah bayar tunai”

tunai di dunia terus.

besar dosanya memfitnah!

andai pernah lidah kamu-kamu memfitnah sesiapa cepatlah memohon ampun pada manusia itu dan Allah.

Allah itu Maha Adil.

yang salah tetap salah, yang benar tetap benar.

++++

hidup mama penuh ujian.

tapi mama seorang wanita yang tabah.

mama selalu kata, mungkin sudah ditulis macam ini, mama redha. Apa yang penting, doa pada Allah.

Sayang Mama. ^^,

2 comments:

NurWahidah Abdullah said...

pelik kan..nape la yg nak susah2 dok pi dengki kat org..

akubersamaCahya said...

tu sifat manusiakan. hasad!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders