Tuesday, July 26, 2011

Bila aku dewasa…

Assalamualaikum

entri sepetang sebelum senja menjengah kita.

abc menulis sambil mata menahan sisi terik cahya mentari yang masih menyinari bumi Alor Setar.

petang yang penuh barakah, setelah ampunan Allah aku pinta, dari kelalaianku sendiri.

moga Allah perkuatkan iman.

+++

bila aku dewasa?

ya pabila kita sudah dewasa pastinya saat girang, ketawa kanak-kanak kita rindui, kan?

abc sudah 22 tahun kini. sudah jadi seorang gadis dewasa.

remaja? ya remaja, tetap juga seorang dewasa.

terkadang terfikir.

penatnya aku menjadi dewasa.

penat memikir segala masalah yang ada.

ah! peningnya jadi dewasa.

18_6_orig

teringat kisah waktu aku masih dalam rahim mama.

makin aku dewasa, mama semakin cerita kisah abc dulu-dulu.

kisah yang abc sendiri taktahu dan tak sedar.

Mama kata sepanjang mengandungkan abc, rezki mama banyak.

ada sahaja rezki datang, Alhamdulillah. Moga abc terus membawa kebaikan buat Mama, moga jauhkan musibah dan kegagalan.

masa kecil segala benda kita buat, langsung tak fikirkan sebab dan akibat.

buat aje, kena marah kira belakang.

bila dah masuk alam kanak-kanak

lagilah bertambah akalnye.

macam-macam nak dicuba.

lengan abc pernah terbakar tau, masih ada parut. ni sebab perasaan ingin tahu yang kuat!

kenangan. bila tengok parut ingat lagi kejadian tu, angah lah hero yang menyelamatkan.

masih ingat waktu dapat basikal. sehari untuk boleh membawa basikal! hebat bukan?

usia kian menginjak, abc mula meninggalkan zaman kanak-kanak, zaman main-main.

budak perempuan kan cepat matang ^^v

zmn kecik!

malu mula ada.

masa ni mula la suka-suka dekat boys yang agak ada rupa

tapi dulu abc tak layan sangat.

memang agak jeles bila kawan2 yang lawa ada orang bagi surat cinta

kita? tak pernah merasa. =)

bila ke sekolah menengah, masih lagi jiwa budak2

maen-maen lagi

tapi mata boleh tahan!

usha senior yang hensem2

tapi bila pikir, memang hensem2 pun. hahaha

last day in school2

rindu dengan tudung tu. masa mula pakai ada juga yang mengata. biarkan siapa kita nak menghalang orang laen dari bersuara?

lagi terasa dewasa bila dipenghujung form 5. abc menjalani detik2 perasaan cinta.

hampir berbalas tapi tak jadi.

alahai. kecewa sampai bawak diri.

kebetulan pelbagai masalah timbul. dari situ wujudlah abc yang teguh seteguh nama ^^v

no me & frenz

masa matrik, lagi banyak dugaan.

lagi hebat ujian.

Dugaan hati. Dugaan dalam berkawan.

Allah sahaja yang tahu.

benar! susah menjadi dewasa.

sentiasa perlu waspada.

erm…

++

bukan mengeluh tentang susahnya dewasa tapi terpikir.

kalau dulu zaman kecik2 nak cepat-cepat besar.

tapi bila dah besar rasa nak kembali umur 15 =.=”

DSCF0113

bila dah dewasa, 1001 benda kena pikir, contohnya;

  • cantik. ya! dah 22 tahun, masih belum dalam berat badan idaman. yang laen dah oke. alah!
  • kerjaya, insyaAllah sudah dalam tangan, belajar pun Alhamdulillah oke =) tapi kalau yang belum stabil pelajaran? alamak!
  • cinta dan pasangan? ini lagi lah masalah, ada kawan abc merungut di FB, aku dah 22 tapi belum ada awex. orang tanya perlukah? memang tak perlu lagi, jodoh semua ada ditangan Allah ^^v

abc pening hal ni. mama tahu dulu abc dengan XXX (he isn’t cinta anymore!)

mama still ingat abc dengan dia, macamna nak gitau? ramai yang bertanya ma kata abc dah berpunya, melepas! hahaha

masanya akan tiba kan? sayang mama! <3

+++

banyak lagi perlu difikirkan oleh seorang dewasa.

kadang-kadang boleh jadi gila

stress

abc perempuan kira okelah juga, sebab tak perlu pening pikir nak minang anak orang. hahaha (tak berkaitan kut?)

entri ni ditulis sebab dok pikir cara nak gtau mama, i’m not with him anymore. cinta separuh jalan selama 4 tahun. huh.

ini kisah abc yang sudah terasa sangat dewasa. korang?

2 comments:

Cik TeN10 said...

ahaa.. mak aku faham2 sendiri bila aku jarang sebut pasal ex aku.. nampak gayanya mak aku berkenan dgn yg skrg ni.. hurmm dlm hal2 cinta ni.. kita takleh nak paksa.. serius aku ckp aku follow the flow ja.. mmg la.. siapa tak sakit merasa perpisahan kan.. tp percayalah jodoh pertemuan semua di tangan tuhan.. kita hanya mampu merancang.. yang aku selalu buat adalah berdoa dan solat mohon petunjuk dariNya.. sbb Dia lebih tahu apa yg terbaik buat kita semua.. >.<

akubersamaCahya said...

hope so, =)

yup. doa moga dihadirkan yg lebih baek. yg lepas tu kenangan dan pengalaman kan. ^^v

thanks.

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders