Sunday, July 17, 2011

isteri solehah

assalamualaikum w.b.t

terlintas dek minda nak berkongsi kesah isteri solehah.

abc belum berkahwin.
abc belum bertunang,
abc masih sendiri.^^v

tapi tidak salah andainya abc nak berkongsi kisah menjadi seorang isteri solehah.

teringat pulak sewaktu di KMPP, abc dan group buat forum bertajuk:

"Indahnya poligami"

bila buat research dan sedikit pembacaan, ya! ternyata memang indah.
sangat indah!

abc dah pernah kesahkan kut, lama2 dulu ^^v

+++

apakah nilai seorang isteri solehah?

ini yang abc dapat dari cerita stanza cinta tadi:

1. suami yang memiliki seorang isteri yang solehah seolah-olah, memiliki separuh daripada agamanya.

2. belaian seorang isteri yang solehah seolah memberikan kebahagiaan kepada seluruh dunia.

hadis:

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

+++

menjadi seorang isteri ni memang banyak pahala yang kita tak pernah sedar or tahu.
jadi, kepada semua wanita, ibu dan isteri, banyakkan membaca dan banyakkan belajar agama.

kadang-kadang kita merungut sebab anak kita degil, suami kita asyik kerja.
anak taknak dengar cakap. suami buat perangai.

tak sedar, kalau kita bersabar, ada pahala dan ganjaran besar yang Allah berikan buat kita.

nak baca kelebihan isteri solehah?

SINI

+++

rugilah andai seorang wanita tu memilih untuk tidak berkahwin.
sebab banyak pahala tau bila kita menjadi seorang isteri,

mudah nak masuk syurga!

seorang wanita mudah nak masuk syurga Allah pabila:

1. menjaga solatnya
2. berpuasa
3. menjaga kemaluan (tidak curang kepada suaminya)


ustazah/ustaz abc pernah bagitau, abc juga pernah baca, perempuan ni
sangat mudah nak masuk syurga.

macam mana yang dok kata mudah?

taat kepada suaminya.

^^v

mudah bukan?


+++

abc share kan link2 untuk pembaca bersama

isteri solehah


isteri solehah





No comments: