BAB 20
Tepat
jam 7.00 pagi, Rashid sudah terpacak di depan Kafe’ Nur Ayla. Rashid keluar
dari kereta dan bersandar di tepi keretanya. Nur Ayla telah dimaklumkan yang
dia telah pun sampai. Rashid tersenyum sendiri apabila mengingat kembali hal
malam tadi. Nur Ayla merajuk apabila dia acuh tak acuh dengan perkara yang
ingin dikatakan. Sengaja dia membiarkan Nur Ayla merajuk sendiri.
Ya,
dia mengejar Nur Ayla tetapi untuk terus menangkap hati gadis itu, dia tidak
boleh terus memberi muka. Kadang kala, perlu ada kerasnya. Biar gadis itu rasa,
apa yang dia rasa. Rashid tahu dan sangat yakin, cintanya sentiasa berbalas.
Namun dek kerana Malik dan apa yang telah berlaku membuatkan Nur Ayla membina
tembok antara mereka.
“Sorry,
lambat.” Ujar Nur Ayla sebaik muncul dari tepi kafe’. Tumbler berwarna silver
dihulurkan kepada Rashid.
“Kopi
Kedah.”
“Thank
you. Kenapa macam panda?” Soal Rashid, tangannya mengambil beg baju dari tangan
Nur Ayla. Melihat bawah mata Ayla yang gelap dari biasa dan raut wajah yang
kelihatan begitu penat.
“Subuh
tadi baru boleh lelap mata.” Balas Nur Ayla, kemudian dia menutup mulutnya yang
menguap besar. Matanya seakan digam, terasa payah nak buka.
“Boleh
tak saya nak tidur dalam kereta kejap lagi? Saya rasa mengantuk sangat.”
“Okay.
Masuk dulu, saya letak beg dekat belakang.” Rashid membuka pintu kereta untuk
Nur Ayla sebelum meletakkan beg Nur Ayla di boot kereta.
Nur
Ayla yang lena dibuai mimpi dipandang sekilas. Rashid tersenyum sendiri. Dalam
tempoh setahun ini, berada berdua dengan Nur Ayla seperti sekarang adalah
diluar jangkaan. Mungkin seperti Nur Ayla, dia berharap ditemukan tetapi jauh
disudut hati, dia redha jika mereka mungkin benar-benar tiada jodoh.
“Dah
sampai mana?” Suara Nur Ayla yang serak-serak mematikan lamunan Rashid.
“Belum
sampai Penang lagi pun. Kalau mengantuk tidurlah dulu.” Ujar Rashid. Nur Ayla
membetulkan duduk dan tudung di kepala.
“Rasa
lama sangat saya terlena, masuk kereta terus hilang dari radar. Sorry tau.” Nur
Ayla bersandar namun kepalanya terarah kepada Rashid yang sedang memandu.
“It’s
okay. Mengantuk sangat awak, fikir apa sampai tak boleh tidur?”
“Fikir
pasal awak dan tunggu awak call saya.” Balas Nur Ayla, Rashid seakan terkejut dengan
jawapan itu.
“Why?
Bukan merajuk ke semalam.”
“Tak
adalah. Saya tak boleh tidur lepas saya pergi check kafe’ semalam, saya rasa macam
ada tak kena, terus rasa seram and terus tak boleh tidur.” Nur Ayla cuba menjelaskan.
“Kenapa?
Semalam awak nak cakap pasal gambar tu, apa yang tak kena dengan gambar tu?”
Soal Rashid. Nur Ayla membetulkan duduk, mencari selesa untuk dia terangkan apa
yang dia rasa tidak kena.
“Gambar
tu kan, saya jadi peliklah, siapa yang ambil? Macam mana dia boleh ambil gambar
kita tu. Waktu petang semalam tu, memang sure tak ada orang dah dekat kafe’.
Jadi saya belek gambar tu dan tengok dari arah mana orang tu ambil gambar
kita.”
“Aah
saya ada jugak fikir, siapa yang ambil gambar tu dan bagi pada Malik. Dari arah
mana?” Soal Rashid dengan kerutan kening.
“Tingkap
belakang kafe’. Sebab tu semalam saya turun and pergi tengok. Tingkap tu
terbukak besar kut, sedangkan saya memang tak pernah buka tingkap belakang
kafe’. Sekali sekala ya tapi selalunya memang tutup.”
“Jadi,
orang tu, Malik lah kan. Dia ambil dari tingkap tu?” Nur Ayla mengangguk.
“Saya
tak pasti orang tu Malik or kawan or kenalan Malik ke siapa, tapi memang dari
tingkap tu. Yang buat saya seram, ingat tak saya warded dulu tu. Yang saya
pengsan and ada hero selamatkan saya tu.” Nur Ayla sempat menyelit usikan dalam
ceritanya. Rashid senyum melebar mendengarnya.
“Eeii
suka eh…” Nur Ayla mengusik Rashid yang tersenyum lebar.
“Mestilah
suka, orang yang saya memang menanti cinta dia panggil saya hero. What a day!”
Rashid membalas. Nur Ayla mencebik.
“Okay
sambung, sebenarnya saya setiap malam tak tidur lena. Macam ada orang yang cuba
nak masuk kafe’. Nak buat report tapi lupa, tapi after keluar wad dah macam tak
ada.” Jelas Nur Ayla.
“Kenapa
tak bagitahu saya? Bahaya tu Ayla, what if apa yang awak rasa or fikir tu
betul?” Rashid sudah berubah riak.
“Saya
lupa nak report polis pun awak, apa tah lagi nak bagitau awak. Lagi pun dengan
awak ni asyik nak cakap pasal cinta, sayang, get back… macam mana nak bagitau.
Semalam nak cerita pun acuh tak acuh.” Suara Nur Ayla, jujur. Rashid tergelak
sendiri.
“Oh
my, awak merajuk tak habis lagi rupanya.” Nur Ayla mencebik sendiri.
“Betullah.
Bukan merajuk, terasa sikit aje.” Luah Nur Ayla.
“Tu
lah saya rasa bila selalu awak tak jawab soalan saya, mengelak soalan saya. Tak
bestkan.” Rashid membalas.
“Oh,
kira balas dendam eh. Tak ikhlaslah apa yang cakap dekat saya selama ni?”
“Eh,
apa kaitan?”
“Tak
ikhlas la bila awak mengharap yang sama dengan saya. Betul tak?”
“I
love you Ayla. Just once I pretend to ignore you, is it count as tak ikhlas?”
Ujar Rashid kemudiannya. Nur Ayla diam sahaja.
“Tau
la, yelah salah saya. Tak boleh merajuk sikit pun.”
“Haa
tengok tu, awak bukan merajuk sikit tau sayang. Awak ni tengah merajuk dengan
saya dah setahun. Sedar tak?” Nur Ayla mengerut keningnya.
“Mana
ada?”
“Dah
tu awak buat apa selama setahun ni?”
“Saya
buat apa? Kita yang masing-masing bawak haluan masing-masingkan.”
“Nope,
awak lari dari saya.”
“Itu
ya sebab awak ada Diana.”
“Haa
jangan nak mula up nama dia eh, dia dah tak ada dalam episode cerita ni.”
“Haa
tak boleh pulak, jadi semua salah saya?”
“Bukanlah.
Can we stop this?”
“Awak
yang mula.”
“Awak
yang merajuk.”
“Kata
saya merajuk dah setahun, awak lah yang mula.”
“Nur
Ayla…”
“Apa?”
“Do
you love me?” Nur Ayla terus diam.
“Diam
pun. Kalau sayang kata sayang, kalau cinta cakap cinta, semua ni akan stop
sendiri. Okay, back to our real discussion…”
“Okay,
pasal gangguan di kafe’… mungkin ada kaitan dengan gambar yang Malik ada tu.
Mungkin ke Malik orangnya?”
“Mungkin,
sebab last year bila saya ke rumah mak awak, Malik memang dah tak ada di
kampung. Mungkin, dia follow awak.”
“Ishhhh
seram pulak.” Nur Ayla menggosok lengannya yang meremang mendengar jangkaan itu.
“Tak
apa, kita balik, jumpa mak ayah awak dan kita jelaskan kedudukan kita. Whatever
happens next, saya nak awak terima segala keputusan masa tu.”
“Keputusan?
Contohnya?”
“Saya
akan kahwin dengan awak.”
“Mesti
ke situ… haa kalau mak kata malam ni juga kena kahwin macam mana?” Nur Ayla
sengaja menguji.
“Ohhh…
bagai mengantuk disorongkan bantal! Yes!” Rashid bersorak. Nur Ayla ternganga
dengan reaksi Rashid.
“Bahaya
ni, semua memihak kepada awak.” Nur Ayla tidak berpuas hati.
“Why,
tak nak ke?”
“Kenapa
mesti mak akan suruh kahwin?”
“Maruah
awak, saya dan family kita. Gambar tu dah tersebarkan?”
“Kita
tak buat apa-apa, kalau kita setuju, macam kita mengiyakan.”
“Kalau
biar macam tu aje, kan lagi tak manis. Awak tu, orang akan mengiyakan semua apa
yang Malik cakap sebelum ni. Tak ingat?” Nur Ayla mengeluh perlahan.
“Fitnah.
Biarkan aje lah.”
“Macam
nilah Ayla, kita dengar apa mak awak nak cakap dan seperti saya cakap tadi, apa
sahaja keputusan saya bagitahu mak awak nanti, saya nak awak diam dan terima. insyaAllah,
saya akan buat keputusan yang terbaik untuk awak bukan untuk saya. Boleh?”
Rashid ingin menamatkan perbincangan mereka yang meleret dan tiada kesudahan.
Nur Ayla masih berkeras. Mahu tapi malu dan egois!
“Okay,
saya pegang kata-kata awak tu.” Balas Nur Ayla tanpa memandang Rashid. Mereka
kemudian diam membatu. Masing-masing berfikir macam-macam dalam kepala sendiri.
Nur Ayla melepas pandang keluar kereta, Rashid pula fokus kepada pemanduannya.
Jam
10 pagi mereka berdua tiba di rumah keluarga Nur Ayla. Kelibat Angah dan Achik
kelihatan di tangga rumah. Usu pula bermain buaian di tepi rumah. Nur Ayla mula
rasa berdebar.
Nur
Ayla laju keluar dari kereta meninggalkan Rashid, terus memberi salam dan
adik-adik terus menghampiri dan menyalaminya.
“Mak
dengan ayah ada dekat ataih, dengan imam dan tok ketua.” Ujar Angah. Achik
mengangguk sahaja.
“La
kenapa imam dengan tok ketua ada sekali?” Soal Nur Ayla dengan kerutan dahi.
“Angah
habaq kak nak balik dengan laki tu, mak teruih suruh ayah panggey imam dengan
tok ketua. Mak Uda pun nak mai satgi, bawak Malik.” Nur Ayla menggeleng
kepalanya. Apa agenda mak? Hatinya berbisik.
“Mak
habaq nak kak pilih Malik ka laki hat dalam gambaq tu, lepaih tu mak nak suruh
kak nikah teruih.” Achik menyampuk.
“Ya
Allah, mengarut betui. Kak naik dulu. Angah pi tolong abang Rashid bawak beg
akak.” Nur Ayla menunjuk ke arah Rashid yang baru menapak keluar kereta. Nur
Ayla terus melangkah naik ke atas rumah.
Rashid
menghulur tangan menyalami adik-adik Nur Ayla. Ini kali kedua dia bertemu empat
mata dengan adik-adik Nur Ayla tetapi masih belum tahu atau kenal nama mereka.
“Usu
ja yang dok sekolah lagi, darjah 5. Saya dengan Achik la dok belajaq dekat
Polimas.” Angah menyantuni Rashid. Memperkenal dirinya dan adik-adik Nur Ayla
yang lain.
“Abang
nak naik atas, nak bincang apa patut dengan mak ayah.” Ujar Rashid meminta diri
apabila mendengar suara emak Nur Ayla yang sudah semakin kuat. Suara Nur Ayla
selang seli dengan suara Ayahnya.
“Ya
Allah mak, Ayla dengan Rashid tak buat apa-apa. Ni semua fitnah. Siapa yang
bagi mak gambaq tu?”
“Malik
yang mai tunjuk dekat mak, dia nak buktikan dekat mak yang hang memang sama
macam dia dok habaq. Aku tak paham dengan hang Ayla, lain aku ajaq lain hang
buat.”
“Mak
dari dulu dok percaya cakap Malik, semua dia buat mak dok percaya. Ayla dok
sana reja, cari duit untuk mak ayah adik-adik. Ayla ni cukup dah mak ayah ajaq
agama, Ayla tak buat semua tu.”
“Aku
tak mau aih duit hang. Aku tak mau nak dengaq apa dah. La ni hang pilih, hang
nak nikah dengan Malik atau laki tu?” Nur Ayla menekup wajahnya, menahan marah.
Kemudian Rashid muncul di muka pintu.
“Assalamualaikum.”
Rashid memberi salam dan semua yang ada di situ menyambut salam itu. Nur Ayla
memandang Rashid dan menggeleng kepalanya. Rashid mengangguk tanda memahami
keadaan Nur Ayla yang sudah tidak boleh menentang apa yang mak mahukan.
“Maaflah
saya datang sini dalam keadaan macam ni. Maaf mak cik pak cik… saya lelaki yang
ada dalam gambar tu.”
“Baguihlah
nak datang sini, pak cik ni dah rimas dengan mak cik hang ni. Pak cik tak mau percaya
sebelah pihak ja.” Emak mahu bersuara namun cepat-cepat ayah menahan.
“Macam
yang Ayla cakap, memang tak ada apa yang berlaku. Apa yang orang sangka dari
gambar tu, memang tak berlaku. Saya mengaku saya melampaui batas saya tapi demi
Allah, saya dan Ayla memang tak buat apa-apa. Memang tak berlaku apa-apa.” Emak
kelihatan tak berpuas hati dengan penjelasan Rashid.
“Aku
dah tak kisah apa hampa semua nak cakap, la ni, aku nak Ayla ni nikah. Kalau
hang nak dia, hang nikah dengan dia sekarang. Imam pun dah ada, tok saya nak
sekarang juga depa ni nikah.” Emak tetap dengan keputusannya. Nur Ayla sudah
habis kata-kata. Ayah juga menggeleng kepala.
“Cik
Nor macam nilah, apa kata kita tunggu si Malik mai sini, kita selesai dulu hal
ni elok-elok. Nak nikah bila pun tak kisah, kalau Ayla suka, Rashid pun suka,
habih cerita. La ni, kami dua ni mai, nak bagi dengaq cerita betui dari Ayla.
Kita tak mau esok-esok orang kampung dok cerita bukan-bukan. Tak gitu Man?”
Ujar Tok Ketua kepada emak dan Ayah.
Beberapa
minit kemudian Mak Uda datang bersama keluarganya dan Malik. Entah kenapa,
mereka datang seperti rombongan, membawa bersama tepak sirih dan cincin. Nur
Ayla tergamam, laju memandang ke arah Rashid yang kelihatan tenang sedari tadi.
“Kami
datang ni dengan hajat, nak sambung yang terputus dulunya. Harap kali ni
sambung dengan baiklah.” Pak Uda mula bersuara sebaik sahaja duduk bersama-sama
mereka yang lain. Nur Ayla sudah berubah tempat, dia duduk di hujung betul-betul
belakang Rashid dan Ayahnya.
“Maaflah,
bukan kami ni nak masuk campuq ka apa tapi la ni kami rasa pihak Uda ni salah
faham. Kami mintak Malik mai pagi ni sebab nak selesaikan isu gambaq Ayla hat
dia boh dalam mesej kampung malam tadi ni.” Tok Ketua bersuara, dia sendiri
naik pening dengan hal ini.
“Kami
tau, kami mai ni nak bagi peluang dekat keluarga Cik Nor dan Cik Man. Malik
kata dia ikhlas terima Ayla katanya. Kesian Ayla orang dok kata. Saya ni pun
mula berat tapi dah dia kata memang dia sayang dekat Ayla dari dulu sampai la,
jadi saya pun ikut sajalah.” Pak Uda menambah lagi.
“Maaflah
Uda, aku pun bukan nak menolak tapi hari ni Ayla balik sini dengan bakal suami
dia ni, Rashid. Tak manis pulak
tiba-tiba ada rombongan mai macam ni.” Ayah bersuara kemudiannya, sambil
menepuk bahu Rashid di sebelahnya.
Malik
yang berada di tangga mendengar dan terus panas hati. Tidak tunggu lama, Malik
terus masuk ke ruang rumah.
“Takkan
nak bagi Ayla kahwin dengan lelaki hat buat tak senonoh dengan dia. Bukti saya
dah bagi. Dia bukan laki baik nak bagi dekat Ayla. Tera sebelum kahwin dah buat
bukan-bukan, lepas kahwin tak tau macam mana.” Malik menyergah semua yang ada.
Nur Ayla mengepal tangannya menahan marah.
“Cik
Nor dah janji dengan saya, kalau saya boleh buktikan apa yang saya cakap betui
pasai Ayla, cik Nor nak kahwinkan saya dengan Ayla. Sekarang apa cerita?” Malik
makin berang dan mula menyerang Emak yang sudah tidak senang duduk.
“Mak
rancang semua ni?” Nur Ayla bingkas bangun dan bersuara. Emak diam sahaja namun
wajahnya masih tiada riak bersalah. Masih tegang, garang seperti hendak
menyerang.
“Mak
dah tahu semua yang jadi, Ayla dah cerita semua dekat mak. Tapi mak pilih nak
percayakan Malik dari Ayla anak mak?” Ayla mula bersuara, meluah segala rasa.
Dia tahu mak memang kurang menyebelahi dirinya dalam apa sahaja hal tetapi
dalam perkara ini Nur Ayla benar-benar kecewa.
“Malik
nak bertanggungjawab dengan semua yang dia dah buat, bagusla tu. Mana mak nak
tau hang nak cari laki lain. Dia tu sanggup ka nak terima hang lepas apa jadi
antara hang dengan Malik?” Mak masih berpihak kepada Malik. Nur Ayla bertambah
kecewa. Deraian air mata mula membasahi pipinya.
“Mak
sanggup nak terima Malik yang cuba rosakkan anak mak sendiri? Mak nak Ayla
kahwin dengan lelaki yang cuba rogol Ayla? Lelaki yang pijak maruah Ayla?
Lelaki macam ni mak nak Ayla kahwin?” Kenyataan yang dikeluarkan Nur Ayla
mengejutkan semua yang ada. Rashid terpempan, dia tidak menyangka sejauh itu
jahatnya Malik. Rashid baru faham kenapa Ayla tidak mahu menceritakan hal yang
telah berlaku antara dia dan Malik. Tangan dikepal kuat.
“Hang
nak fitnah anak aku pulak ka Ayla? Kami mai nak tolong hampa sekeluarga boleh
pulak hang nak burukkan anak aku!” Mak Uda berang. Nur Ayla tersenyum sinis.
“Mak
Uda tanya sendiri dengan Malik. Laporan polis tentang kejadian tu masih saya
simpan. Sebab kenangkan dia anak Mak Uda dan Pak Uda, saya diamkan. Selama ni
saya fikir maruah keluarga sendiri tapi keluarga sendiri sanggup nak pijak dan
salahkan saya.” Malik sendiri terdiam, dia tidak tahu langsung Ayla ada membuat
laporan polis.
“Betui
ka Malik?! Nor?!” Ayah menyergah. Emak terdiam.
“Kalau
hang rasa hang tak salah, tak apa. Aku akan buka balik laporan tu, aku nak
tengok hang atau aku yang cakap betul. Semua bukti kejadian tu aku simpan lagi.
Kalau berani hang teruskan perancangan hang dengan mak.” Nur Ayla memberi
amaran dengan tegas. Malik menumbuk dinding rumah sebelum terus menghilangkan
diri. Ahli keluarganya berbisik sesama sendiri sebelum semua turut mengundur
diri tanpa meminta izin. Seakan malu sendiri.
Nur
Ayla terjelepok duduk. Menarik lututnya ke dada dan menghembur semua
tangisannya. Rashid yang sedari tadi hanya menjadi pendengar mengalih tubuh
memandang Nur Ayla yang teresak menangis.
“What
ever happen, I will always choose you.” Bisik Rashid kepada Nur Ayla. Nur Ayla
masih teresak menangis, seakan meluah rasa kecewa, marah dan geram.
“Nor,
abang tak sangka seburuk tu Nor. Selama ni abang biaq Nor nak marah Ayla, sebab
abang pikiaq Nor mak dia, Nor nak bagi Ayla jadi baik saja. Abang betui-betui
kecewa.” Ayah meluahkan rasa. Emak hanya diam tanpa riak bersalah.
“La
ni lagu mana Cik Man? Kira kita dah ada jawapannyalah?” Tok Ketua bersuara
setelah masing-masing membatukan diri.
“Kira
selesailah tok. Saya minta jasa baik tok dengan Imam untuk jelaskan dekat orang
kampung semua pasai Ayla dengan bakal suami dia ni. Pasai Malik nantilah kita
bincang tengok lagu mana.” Ujar Ayah menjawab persoalan.
“Pasai
depa dua ni macam mana? Walaupun depa kata tak ada apa, kalau dah sama-sama
suka, baik kita nikahkan saja. Dok jauh-jauh, kita pun tak risau kalau depa dah
nikah.” Imam mencelah. Mereka memandang ke arah Rashid.
“Saya
datang harini pun memang dengan niat yang sama. Saya memang berhajat nak jadikan
Nur Ayla isteri saya yang sah.” Rashid bersuara, menyatakan hajatnya.
“Baguih
la macam tu, bincang baik-baik sesama keluarga. Orang kata lagi cepat lagi
baguih.” Tambah Imam. Ayah dan Tok Ketua mengangguk sahaja.
“Kalau
dah nak nikah, biaq cepat. Risau gambaq tak tentu hala pulak yang dapat esok
ni.” Mak seakan menyindir. Nur Ayla yang sudah reda tangisannya, mengangkat
muka. Air mata yang tersisa disapu kasar.
“Saya
nak imam nikahkan saya dengan Rashid malam ni jugak, saya pun risau entah apa pulak
rancangan mak dengan Malik lepas ni.” Nur Ayla terus melangkah ke biliknya selepas
memberikan kata putus.
Emak
menjeling tajam, geram dengan Nur Ayla yang menyindirnya. Ayah, Tok Ketua dan
Imam sudah saling berpandangan. Rashid tergamam, tak sangka Nur Ayla akan
membuat keputusan sendiri.
“Haa
sudah, macam mana ni Rashid? Boleh ka?” Tok Ketua menyoal.
“Sebenarnya,
saya memang dah ready kalau kena nikah hari ni, mak ayah saya dalam perjalanan
dengan rombongan. Kira kami ni dah bincang habislah. insyaAllah, kalau
diizinkan, bila-bila pun boleh dah.” Jawapan Rashid yang membuatkan semua
berlapang dada.
“Bila
keluarga nak mai tu?” Baru Ayah menyoal, kedengaran suara ramai orang di luar
rumah. Rashid tersenyum sahaja. Perancangan mama papa malam tadi kiranya
berguna, mereka telah bersedia lebih awal dari dijangka.
Majlis
akad nikah akan berlangsung selepas maghrib. Nur Ayla tidak sangka dia sendiri
yang membuat kata putus begitu. Melihat diri dalam cermin dengan persalinan
putih yang dibawa oleh Puan Ruhil untuk dirinya, dia seakan tidak percaya.
Ruhaila sendiri yang menyolek wajahnya malam itu.
“Saya
minta maaf mak cik, saya macam paksa Rashid, macam tergesa-gesa. Saya…”
“InsyaAllah,
semua yang jadi dengan izin Allah. Jangan risau, Rashid okay.” Puan Ruhil
menarik Nur Ayla dalam pelukannya.
“Kak
Ayla, abang Rashid dah lama tunggu saat ni. Dia okay, nanti akak dah sah jadi
milik dia, insyaAllah abang memang setujulah dengan keputusan akak nak nikah
malam ni jugak.” Ruhaila menambah.
Nur
Ayla cuba menguntum senyuman. Sejak pagi tadi, Rashid terus sahaja tidak
menampakkan dirinya. Selesai sahaja kedua-dua keluarga berbincang dan membuat
kata sepakat. Semua ahli keluarga Rashid yang hadir bergerak ke homestay yang
disediakan Tok Ketua. Sejak saat itu, Rashid langsung tidak bertemu empat mata
dengan Nur Ayla. Telefon juga tiada panggilan atau mesej ditinggalkan. Hanya
ada pesanan dari ayah untuk bersedia
selepas maghrib. Lewat petang, Puan Ruhil dan Ruhaila datang dan menyerahkan
sepersalinan putih untuk majlis nanti. Ruhaila juga menawarkan diri untuk
menyolek Nur Ayla.
“Boleh
sedia dah, depa dah sampai.” Emak memasuki bilik Nur Ayla dan menyampai pesan
sebelum terus keluar. Sejak pagi tadi, emak langsung tidak bercakap dengan Nur
Ayla. Mujur juga emak mahu berbual, berbahasa dengan Puan Ruhil, jika tidak
malu juga Nur Ayla.
Nur
Ayla membuntuti langkah Puan Ruhil yang memimpinnya ke ruang depan. Ruang itu
dihias sebaiknya oleh Butik Pengantin yang ditempah oleh Rashid. Memang cekap
dan cepat, Nur Ayla sendiri tidak tahu menahu.
Nur
Ayla memandang sekilas ke arah Rashid yang turut sama memakai persalinan putih.
Rashid turut memandang ke arah Nur Ayla. Mata mereka saling bertaut, Rashid
menghadiahkan sebuah senyuman buat Nur Ayla. Nur Ayla turut menguntum senyuman,
hatinya lega. Lega melihat Rashid yang berada di depan Imam ketika itu. Lega lelaki
itu masih bisa tersenyum selepas apa yang berlaku. Lega kerana merasakan
semuanya telah hampir selesai. Lega, kini dia bakal disatukan dengan cinta hatinya.
1 comment:
Tertuggu2
Post a Comment