BAB 21
Majlis
selesai dengan baik dan lancar sahaja, sesuai dengan perancangan ‘last minute’
mereka. Nur Ayla menghela nafas lega namun masih ada penjelasan yang perlu
dibuat kepada Rashid. Menyebut nama Rashid sahaja membuatkan Nur Ayla getar
sendiri. Dalam puas dia menolak, akhir lelaki itu sekali lagi menjadi hero
untuk dirinya. Hero sampai syurga. Dengan sekali lafaz, Rashid telah menjadikan
Nur Ayla isterinya yang sah.
Rashid
memasuki ruang bilik Nur Ayla sebaik sahaja keluarganya sudah pulang ke
homestay semula. Rashid memandang Nur Ayla yang termenung di jendela dengan
masih lengkap dalam persalinan putih. Entah apa yang dipandang dalam gelap
malam ini.
“Pandang
apa tu?” Tegur Rashid sebaik sahaja menghampiri Nur Ayla. Nur Ayla yang
terkejut disapa tiba-tiba oleh Rashid, laju sahaja menyapu air mata yang
membasahi pipi.
“Gelap
kat luar ni, pandang lama sangat nanti benda lain yang awak nampak.” Rashid
menambah, sengaja mengusik Nur Ayla. Bukan tidak perasan Nur Ayla masih
menangis, tetapi sengaja tidak mahu membangkitkan hal itu.
“Tak
pandang apa pun, saja ambik angin malam.” Ujar Nur Ayla dengan suara yang serak
selepas menangis.
“Kan
tak elok kena angin malam, nanti demam. Tengok tu suara pun dah serak tu.”
Rashid masih mood mengusik Nur Ayla. Nur Ayla mendecit.
“Mana
ada.” Balas Nur Ayla. Rashid ketawa kecil. Menyandar badan ke bingkai tingkap.
Nur Ayla beranjak memberi ruang.
“Tak
perlu menangis, semua dah selesai. Awak tak gembira?”
“Awak
gembira ke?” Nur Ayla membalas dengan soalan. Rashid mengangguk laju.
“Sangat
gembira. Akhirnya Allah izinkan saya menghalalkan awak dengan cara baik.” Nur
Ayla mengerut keningnya, matanya masih tersisa air mata. Rashid menyapu air mata
itu dengan jarinya. Nur Ayla agak terkesima dengan perbuatan Rashid yang diluar
jangkaannya.
“Cara
yang baik? Maksud awak, awak pernah plan yang tak baik ke?”
“Mungkin.
Kalau dah awak asyik menolak saya walaupun dalam hati tu nak, apa pilihan saya
ada?” Ujar Rashid bersahaja.
“Jahatnya.”
Rashid tersenyum menampakkan barisan giginya.
“Tapi
plan saya tak sejahat Malik.” Nur Ayla terdiam.
“Kata
tak akan ungkit lepas kahwin.” Ujar Nur Ayla perlahan sahaja.
“Tak
ungkit hal tu pun, lagi pun dah tahu. Kenapalah tak cakap dekat saya? Kalau
saya tahu dah pecah muka dia.” Rashid mengepal tangannya kuat. Nur Ayla pecah
ketawa.
“Pergh,
garang sungguh.”
“Betullah.
Benda serius dia boleh gelak.” Nur Ayla masih bersisa ketawa. Mereka diam
seketika sebelum Nur Ayla perlahan-lahan menyentuh lembut tangan Rashid dan
menggenggamnya erat. Rashid memandang tangannya sebelum memandang Nur Ayla yang
tersenyum kepadanya.
“Saya
sangat berterima kasih dekat awak, sebab masih sudi menerima saya seadaanya
saya selepas apa yang berlaku. Saya nak mintak maaf, banyak kali ignore
perasaan awak. Percayalah, saya bukan sengaja menolak awak untuk kembali, tapi
saya tak yakin untuk menghadap kebenaran yang ada.” Rashid membalas genggaman
tangan Nur Ayla.
“Tak
perlu risau. Saya terima awak, Nur Ayla Binti Sulaiman, seadanya awak. Saya
jatuh cinta dengan awak pada hari pertama saya bertemu empat mata dengan awak.
Saat tu, saya simpan dalam hati saya yang awak akan menjadi suri hidup saya.
Jadi, apa sahaja yang berlaku, tak kira apa sahaja berlaku, saya terima awak
sebab awak, bukan sebab lain. Jadi, jangan menangis lagi sayang. Saya akan cuba
jadikan awak seorang isteri yang paling bahagia. Ini janji saya.” Kata-kata
yang sangat mendalam, sejuk didengari, tenang di hati. Nur Ayla kemudian
mendekati dan merapatkan jarak antara mereka sebelum terus memeluk tubuh Rashid
seeratnya. Rashid kemudian mengeratkan lagi pelukan.
“Jangan
tinggalkan saya lagi.” Ujar Nur Ayla dalam pelukan.
“Saya
tak pernah tinggalkan awak, walaupun sesaat.”
Mereka
berpelukan beberapa ketika. Bunyi cengkerik yang kuat mengejutkan mereka berdua
yang hilang dalam kehangatan pelukan mereka sendiri. Rashid kemudian mengusik
Nur Ayla.
“Terasa
memanggillah katil tu. Jom, sayang.” Bisik Rashid di telinga Nur Ayla, membuatkan
Nur Ayla laju melepaskan pelukan.
“Jangan
gatal eh.”
“Dah
halal sayang, awak menolak boleh jatuh dosa tau.” Rashid mengecilkan matanya.
Nur Ayla sudah memerah wajah. Teragak-agak mencari jawapan.
“Makanlah
dulu, belum makan kan.”
“Lepas
makan, boleh? Dessert… yumss” Rashid menjeling penuh makna, membuat Nur Ayla
menelan liur yang penuh ditekak.
“Kalau
tak merenyam boleh?” Nur Ayla cuba menahan malu yang kian menebal. Tubuh Rashid
yang merapat ditolak lembut.
“Gurau
aje sayang. Lagi pun, awak dah tak terlepas dari saya.” Rashid mencuit hidung
Nur Ayla. Nur Ayla hanya mencebik dengan senyuman terukir kemudiannya.
“Ayla,
hampa tak mau makan ka? Tak sabaq sangat dah ka? Makan la dulu kut ya pun.
Senonoh sikit.” Suara emak melaung dari luar bilik jelas kedengaran. Rashid
terlopong. Nur Ayla yang sudah masak sikap emak, menekup mulut menahan ketawa.
“Jom,
senonoh sikit abang Rashid.” Nur Ayla menarik tangan Rashid untuk sama-sama
melangkah keluar bilik. Beberapa orang tetamu masih ada menikmati jamuan makan
di luar rumah biarpun majlis telah selesai tepat jam 10 malam.
Nur
Ayla mengangkat beg dan berjalan menuruni tangga. Rashid yang sedang berbual
dengan ayah di pangkin mengalih pandangan, memandang Nur Ayla yang sudah siap
berkemas.
“Dah
siap sayang?” Ujar Rashid, sambil melangkah menghampiri Nur Ayla yang
meletakkan beg di tepi kereta.
“Dah,
tak bawak banyak pun kan semalam.” Balas Nur Ayla.
“Kalau
macam tu, kita gerak sekaranglah.”Suara Rashid sambil membelek jam di tangan.
“Awak
ada kerja ke hari ni? Sorry, kalau tahu malam tadi lagi patut awak balik Ipoh.”
Nur Ayla beriak bersalah.
“Eh,
taklah. Saya dah apply cuti dekat papa seminggu.” Balas Rashid, beg baju Nur
Ayla dimasukkan ke dalam boot.
“Dah
tu kenapa macam nak cepat-cepat aje?” Nur Ayla memegang lengan Rashid, meminta
Rashid memandang ke arahnya. Rashid memegang dagu Nur Ayla kemudiannya dan
menggeleng.
“Sebab,
abang nak bawa sayang pergi bercuti.” Nur Ayla membeliakkan matanya.
“Ke
mana?”
“Nanti
sayang tahulah.”
“Tapi
kafe saya?”
“Lahhh
itu yang difikirnya. Cutilah dulu, tak bankrupt lah seminggu tak bukak.” Balas
Rashid sebelum berlalu ke arah ayah dan meminta diri. Nur Ayla berdecit kecil
sebelum turut berbuat yang sama.
Emak
yang buat-buat sibuk menyapu daun gugur juga dihampiri.
“Ayla
balik dulu mak.” Tangan dihulur untuk bersalaman.
“Datang
tak berjemput, baliklah. Hang bukan tanggungjawab aku dah.” Mak terus berlalu
masuk ke rumah melalui pintu dapur. Nur Ayla menghela nafasnya. Rashid yang
menghampiri Nur Ayla, terus memeluk pinggang isterinya.
“Biarlah,
mungkin mak tak suka abang.”
“Bukan,
mak tak suka saya bahagia.”
“Ish,
mana ada seorang mak tak nak anaknya bahagia?”
“Ada,
mak saya.” Nur Ayla terus berpaling dan melangkah ke arah kereta.
“Jom
lah, kan dah lambat.” Ujar Nur Ayla ke arah Rashid yang seakan membatu, tidak
bergerak.
Rashid
melangkah dan terus memasuki ruang pemandu.
“Jangan
pernah fikir macam tu. Tak ada seorang ibu yang tak nak tengok anak dia
bahagia. Percayalah, mak tu sangat-sangat gembira.” Ujar Rashid sebelum terus
memandu keluar dari kawasan rumah keluarga Nur Ayla.
Nur
Ayla hanya memandang Rashid tidak beriak. Kata-kata Rashid cuba dihadam
sebaiknya. Walaupun payah hendak percaya, namun cuba untuk percaya separuh
daripadanya. Mungkin, mungkin mak sudah gembira dengan perkahwinannya bersama
Rashid.
“Ke
mana kita ni?” Soal Nur Ayla setelah lama mendiamkan diri.
“Langkawi.”
Balas Rashid.
“Seriously?”
“Iye
sayang. Kenapa?”
“Seronoknya!”
Nur Ayla menjerit kecil. Rashid ketawa.
“Tak
sabar eh nak honeymoon?” Rashid mengangkat-angkat keningnya. Nur Ayla menjeling
tajam.
“Gatal
la awak ni.”
“Dengan
isteri saya sendiri.”
“Tu
modal baru eh?”
“Saya
sayang awak Ayla.” Ujar Rashid membuat Nur Ayla terus tersenyum lebar. Nur Ayla
memeluk lengan Rashid dan menyandar kepalanya ke bahu Rashid.
“Terima
kasih sayang saya, saya pun sayang awak.”
3 comments:
Kawen !! ��
happy
sedihnya dgn perangai mak ayla ni...
Post a Comment